Hiasi bibirmu dgn perkataan yang baik atau jika tidak mampu diam.
Ajak orang buat baik dgn hikmah.
Jaga lisan..
Jangan cakap tapi tak buat.. Buat apa yang kita cakap.
Sejahteralah orang yang lisan yang baik. Allah sayang..
Hiasi bibirmu dgn perkataan yang baik atau jika tidak mampu diam.
Ajak orang buat baik dgn hikmah.
Jaga lisan..
Jangan cakap tapi tak buat.. Buat apa yang kita cakap.
Sejahteralah orang yang lisan yang baik. Allah sayang..
#Tazkirah Tuesday#
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
"Merenungi NikmatNya dari sebatang Gigi"
Pernahkah anda berpikir berapa banyak nikmat yang telah Allah berikan selama ini?
Pernahkah anda merenungkan berapa besar karunia yang telah Dia limpahkan hingga sekarang?
Saya yakin ramai dari kita yang sudah mencuba merenungi nikmat-Nya. Sebut saja nikmat pada tubuh manusia. Saya sendiri tak pernah putus merenungi kebesaran-nya dalam tubuh saya sendiri. Nikmat-Nya mulai dari ujung rambut hingga telapak kaki. Nikmat yang tak pernah habis saya hitung.
Kebelakangan ini saya tersedar oleh salah satu nikmat pada tubuh ini. Nikmat yang semua orang miliki namun kebanyakan mereka tak menyedarinya.
Nikmat itu adalah memiliki gigi yang sihat. Nampak simple bukan?
Tapi hal simple itulah yang menginspirasi saya untuk menulis artikel ini.
Satu hal yang membuat saya sedar adalah harga dari sebuah gigi.
Satu gigi yang tanggal memerlukan kos untuk mengganti baru. Itupun palsu dengan kualiti yang jauh berbeza dari yg asal.
Justeru itu betapa kerdil dan dhaifnya diri kita klu nk d bndingkan dgn satu gigi kurniaan dari sang Pencipta.
Marilah kita renungi hadith nabi s.a.w:-
Dari Ibn Abbas r.a berkara, Rasulullah saw telah bersabda:
“Dua nikmat yang sering memperdaya manusia: Kesihatan dan kelapangan masa”. (Fathul Bari: 11/29/6412, Tuhfatul Ahwazi: 6/589/2405)
Pengajaran yang boleh kita kongsikan bersama ialah.
Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pastilah kamu tidak dapat menghitungnya.
Allah swt telah mengurniakan nikmat kepada hambanya yang tidak mampu dihitung banyaknya. Firman Allah:
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An-Nahl: 18)
“ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.(An-Nahl: 78)
“Katakanlah: "Dia-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur”. (Al-Mulk: 23)
Hai manusia, apakah yang Telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu yang Maha Pemurah.7. Yang Telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang,8. Dalam bentuk apa saja yang dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu”. (Al-Infithar: 6-8)
Bukankah kami Telah memberikan kepadanya dua buah mata,9. Lidah dan dua buah bibir.10. Dan kami Telah menunjukkan kepadanya dua jalan”. (Al-Balad: 8-10)
Menurut Mujahid: “Ini semua adalah nikmat-nikmat dari Allah yang saling bergandingan. Dengannya Allah menjadikan kamu bergembira dan tenang, supaya kamu bersyukur. Pada suatu malam, al-Fudhail menangis ketika membaca ayat ini. Lantas beliau ditanya tentang tangisannya. Lalu beliau menjawab: “Adakah anda pernah tidur pada satu waktu malam dalam keadaan kamu bersyukur kepada Allah kerana Dia menjadikan untuk kamu dua pasang mata yang dengannya kamu dapat melihat? Adakah kamu pernah tidur pada suatu malam dalam keadaan bersyukur kepada Allah kerana Dia menjadikan untuk kamu lidah yang dengannya kamu bertutur? Beliau mengulangi bentuk pertanyaan ini. (Jami’ Ulum wal Hikam 2/75)
Semoga bermanfaat.."sakit kaffarah dosa"..Semoga Allah tetapkan hati kita sebagai hambaNYA yang sentiasa bersyukur.Aamiiin
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
APABILA ALLAH S.W.T. MENCINTAIMU..........
Diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Kudri r.a. bahawa seseorang lelaki telah datang kepada Rasulullah ﷺ lalu berkata:
"Wahai Rasulullah! Hartaku telah musnah, dan badanku pula sakit"
Maka, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tiada apa-apa kebaikan pada seorang hamba yang tidak musnah hartanya, dan tidak sakit badannya. Sesungguhnya, apabila Allah cinta kepada seseorang hamba, Dia akan mengujinya, Apabila mengujinya, Allah menjadikannya sabar (dalam menghadapi ujian itu)".
Berhubung dengan perkara ini, Syeikh Ibn A'tha'illah berkata:
"Boleh jadi Allah memberi kepadamu (kekayaan dan kesenenangan dunia), tetapi Dia menghalangmu (daripada mendapat taufik dan hidayah-Nya). Boleh jadi Dia menghalangmu (daripada kesenangan dan kemewahan dunia), tetapi Dia memberi kepadamu (taufik dan hidayah-Nya)".
Boleh jadi Allah SWT mengurniakan kepadamu apa yang disukai hati dan nafsumu. Tetapi sebenarnya, Dia menghalangmu daripada memperolehi taufik untuk taat dan menjadi dekat kepada-Nya. Sedangkan nikmat yang lebih besar dan mulia ialah taufik Allah SWT kepadamu untuk melakukan amalan taat dan menjadi hampir kepada-Nya.
Sebaliknya, boleh jadi Allah SWT menghalangmu daripada mendapat apa yang diinginkan nafsumu. Tetapi Dia mengurniakan kepadamu taufik yang menjadi matlamat para salihin di jalan Allah SWT
Allah SWT berfirman (yang bermaksud):
“(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
(Surah al-Fajr: 15-16)
Kesimpulannya ialah:
1) Apabila Allah SWT tidak memberi nikmat dunia tetapi yang diberikan olehnya ialah nikmat taufiq dan petunjuk kepada orang taat dan beribadah, bererti itu adalah kurnia yang paling baik.
2) Apabila Allah SWT memberi nikmat dunia, tidak memberi nikmat taufiq dan petunjuk ke jalan benar, bererti itu bukan kurnia yang hakiki dan bukan nikmat atau rahmat.
والله أعلم بالصواب
Sekian, selamat beramal.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Kuliah Tafsir
Sesiapa yang menunaikan kewajipan, tinggalkan mungkar.. faedah untuk diri sendiri. Siapa yang mungkar dia hanya menyesatkan diri sendiri.
Hidayah dapat bila kita mujahadah. Menahan nafsu.
Jadilah generasi yg melawan nafsu, bukan melayan nafsu.
Kelebihan Membaca Al-Quran
1) Mengaji Al-Quran dapat membetulkan kita dr menyimpang / menyeleweng.
2) Keajaiban akan berlaku. Kisah orang kaya yang jatuh miskin jadi pemandu lori. Tetapi bangun kembali setelah mengamalakan Solat Dhuha, mengaji Al-Quran pagi, tengahari & malam, sedekah tanpa kira.
3) Satu huruf = 10 pahala.
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;
1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.
Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.
Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.
Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara boleh menjadikan arah hidup seseorang itu berbeza dengan yang lain.
Jadi, belajarlah drp ramai guru, banyakkan membaca untuk tambah ilmu, minta Allah SWT beri petunjuk dan mohon agar Allah SWT bimbing kehidupan kita.
Semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah kpd kita semua
"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".
#Tazkirah Friday#
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
#5 M Untuk Bergelar Jutawan Akhirat#
Antara tajuk tazkirah yang tidak boleh saya lupakan ialah bagaimana menjadi guru seperti Rasulullah. Jika berjaya, seorang guru itu mungkin mampu bergelar jutawan di akhirat kelak. Gelaran 'jutawan akhirat' itu benar-banar menarik perhatian saya. Siapa tidak mahu bergelar jutawan? Di dunia lagi gelaran ini sudah menjadi idaman apatah lagi bergelar jutawan di akhirat sana! Jika serius mahu ke syurga dengan tiket seorang guru, seriuslah juga membentuk diri menjadi guru seperti Rasulullah s.a.w. Kata Ustaz Shopuan Anuar semasa berkursus di Langkawi 2010, jika mahu menjadi guru seperti Rasulullah s.a.w, guru perlu ada dan faham tentang personaliti 5M berikut:
Guru sebagai MUDARRIS
Mudarris bermaksud pengajar iaitu menyampaikan segala ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada anak didik. Guru perlu mengajar tanpa jemu dan bosan sebagaimana Rasulullah tabah berdakwah bertahun lamanya kepada penduduk Mekah. Kesannya mungkin tidak serta merta tetapi percayalah jika air sentiasa menitis di batu pasti tampak lekuknya satu hari nanti!
Guru sebagai MUALLIM
Muallim bermaksud orang yang berilmu dan menyampaikan. Bererti guru perlu berilmu terlebih dahulu. Guru jangan menyampaikan sesuatu ilmu yang dia sendiri kurang pasti. Bimbang yang diajar menjadi sesat. Seharusnya guru bersungguh-sungguh mendalami sesuatu ilmu sebelum mengajarkannya kepada orang lain. Seperti Rasulullah s.a.w yang berguru terus dengan Allah sebelum menyampaikan dakwah kepada umatnya.
Guru sebagai MUADDIB
Muaddib bermaksud pendidik adab dan akhlak. Guru bukan sekadar mengajar ilmu tetapi juga bertanggungjawab dalam menyemai sifat-sifat mahmudah ( sifat terpuji ) di kalangan anak didiknya. Tidak kira apa mata pelajaran yang diajar, guru mesti menerapkan nilai-nilai murni seorang mukmin. Jangan anggap tugas mendidik akhlak dan rohani pelajar ini tanggungjawab guru-guru agama sahaja!
Guru sebagai MURABBI
Murabbi bermaksud penjaga dan pemelihara. Bagaimana guru boleh menjaga dan memelihara? Di sinilah uniknya sifat pekerjaan seorang guru. Seperti Tuhan, Dia menciptakan hambanya kemudian adakah Dia membiarkan begitu sahaja? Tidak sama sekali. Setiap hamba dipelihara perjalanan hidup dan rezekinya oleh Allah. Begitu juga guru. Bukan sekadar mencipta pelajar-pelajar yang pandai dan cemerlang tetapi guru juga perlu memelihara kebajikan para anak didiknya.
Guru sebagai MURSYID
Mursyid bermaksud pembimbing jalan yang benar. Guru harus membimbing manusia ke arah kebenaran. Satu tugas warisan para nabi dan rasul. Membimbing jiwa-jiwa yang jauh terleka kembali berada di atas landasan yang diredhai Allah. Hebatnya tugasan ini. Hanya bergelar seorang guru sudah persis seorang pendakwah di alam maya ini!
Kesimpulannya di sini, guru perlu mencorak peribadinya terlebih dahulu sebelum mencorak peribadi anak-anak pelajarnya. Rasulullah s.a.w sendiri menjadikan dirinya ‘Qudwah Hasanah’ ( contoh terbaik ) dalam berdakwah kepada manusia. Ini kerana sifat manusia cenderung menurut apa yang dilihatnya. Janganlah sampai terkeluar lagi istilah guru “kencing berdiri, murid kencing berlari”. Kuasailah personaliti hebat 5M ini. InsyaAllah anak-anak pelajar yang dibentuk oleh kita pasti akan hebat mindanya, hebat jiwanya, hebat sahsiahnya dan yang paling penting dialah hamba Allah yang cemerlang di dunia dan akhirat sana.
Jika seorang pelajar begini sudah memberi puluhan pahala kepada gurunya, bayangkan jika ada ribuan lagi pelajar yang sama. Bererti tidak sedikit lagi pahala yang dikaut. Maka sudah pasti teramat layaklah guru itu bergelar "jutawan akhirat"!
#Selamat Hari Guru 16 Mei 2015#
Kaya oleh Ustaz Roslan Mohamad
Paling takut dalam nak kaya ialah:-
1) Tiada masa untuk Allah lagi.. tak sempat nak berdoa..
2) Tidak fikir halal haram. Punca rezeki haram, nerakalah tempatnya. Allah tak terima doanya.. Rasulullah saw ada hamba Allah sesat di padang pasir, rezeki tak halal, Allah tak makbulkan doanya.
3) Kedekut untuk menyumbang. Sedekah jariah tak miskinkan kita.
Kaya, pangkat dalam Islam ialah satu amanah, bukan kemuliaan. Biarlah kekayaan diwarnai dgn keimanan.
Bila ada harta, perlu beri:-
1) Zakat - 2.5% dari hasil
2) Sedekah - Bawa syiling pg mana2 untuk sedekah
Kesimpulan
Untuk menjadi kaya tidak susah. Tetapi untuk menjadi org kaya yang bertakwa susah.
1) Dahulukan takwa kerana Allah, bila aku kaya, aku bertakwa pd Allah.
2) Kaya paling besar ialah kaya jiwa, kaya hati, kaya iman, kaya akhlak. Kemenangan kita pd Allah.
Hadith 18
Tempat yang pasti untuk kita duduk & perlukan persediaan adalah kubur.
Manusia itu sering lalai..
Kubur orang beriman lapangnya 70 hasta. Diberi pakaian indah. Diberi satu pintu nampak syurga. Kalaulah kamu mampu menghimpun seluruh arkitek dlm syurga pun tak mampu tandingi. Orang beriman excited nak tunggu hari kiamat sebab nak masuk syurga.
Kubur orang api neraka. Sempit.
Antara cara elak kena dlm siksa dlm kubur
1) Solat awal waktu. Kita boleh pilih antara tv atau Allah. Perlu seronok dgn Allah.
2) Baca Mulk setiap malam.
3) Baca Qul huwallah ketika waktu dekat dgn sakatulmaut.
4) Doa minta jauhi fitnah dajjal.
5) Paksa diri bangun tahajud.
6) Bacalah Al-Quran.
#Tazkirah Saturday#
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
"Bersediakah Kita Untuk Mati"
Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....
Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.
Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"
Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami!Kematian itu PASTI.Sama2lah kita ingat-meningati. Semoga semua kita diberakhir dgn disayangi Ya Rabbi.
Mengatasi ketakutan
Bina matlamat - lifestyle yg kak fatin nak.
Apa yang sy buat skrg dpt membantu sy mencapai matlamat sy.
Create a need to change.
Letak matlamat kat tmpt yg kita selalu tgk. Kena fikir selalu agar dapat menghasilkan tindakan..
Create a bigger reason than your fear.
Dengar tony robins. Ambil points & cerita.
Setiap dr kita dicipta dgn blueprint sendiri.
Goal setting
Reasoning
#Tazkirah Friday#
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Kelebihan Berjalan Menuju ke Masjid
Daripada Buraidah RA daripada Nabi ﷺ sabdanya, “Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kelaparan ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang paling sempurna pada hari kiamat”.
(Hadith Riwayat: Abu Daud dan al-Tirmizi)
Huraian Hadith:
1. Kelebihan orang yang berjalan menuju ke suatu tempat dengan niat untuk menunaikan sembahyang, terutama sembahyang isyak dan subuh, di mana Allah SWT akan memberi cahaya pada hari akhirat kelak semasa mereka di padang mahsyar.
2. Orang yang paling banyak mengerjakan amal ibadat di dunia akan mendapat balasan baik dan syafaat daripada amalan-amalan tersebut, serta syafaat daripada Allah dan Rasulnya.
Sekian, selamat beramal.
والله أعلم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Amalan di Bulan Rejab
1) Menghidupkan malam bulan Rejab dgn pelbagai ibadah.
2) Solat sunat 20 rakaat selepas Maghrib. Sesiapa yang solat sunat 20 rakaat slps Maghrib (fatihah & qul huwallah) akan selamat dia & keluarganya akan dilindungi dr bencana (bencana terbesar ialah hilang iman).
3) Puasa sunat - Puasa 10 hari akan dikabulkan permintaan oleh Allah.
Bulan Rejab Malaikat mentulikan dirinya dr mencatat amalan dosa.
4) Perbanyakkan selawat.
5) Perbanyakkan kasih sayang.
6) Zikrullah. Terutama zikir lailahaillallah.
7) Sedekah. RM1 Allah akan darab 10.
8) Perbanyakkan qiamulail - 2/3 malam Allah turun ke langit dunia, Allah buat announcement siapa yang minta ampun Allah ampun, siapa yang berdoa Allah akan kabulkan
9) Baca Al-Quran. Cuba 10 juzuk Rejab, Syaban & Ramadhan.
10)
Doa untuk Mok Ani..
Di saat blog ini ditulis, saya dalam perjalanan dari kampung saya, Terengganu ke Kuala Lumpur. Saya mendapat perkhabaran yang ibu saudara yang saya kasihi sedang sakit tenat akibat barah payudara yang dihidapi beliau. Terlalu sedih untuk saya nyatakan perasaan saya ketika ini. Hanya doa sahaja yang dapat menjadi penenang hati & bantuan yang mampu saya buat untuk Mok Ani.
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah..
Ampunilah seluruh dosa Mok Ani.. Terimalah seluruh amalan Mok Ani..
Maha Suci Allah..
Tempatkanlah Mok Ani dikalangan ahli syurga yang tertinggi darjatnya.
Ya Tuhanku..
Bantulah Mok Ani untuk menyebut kalimah Lailahaillallah ketika penghujung nyawanya.. Lindungilah beliau dr syaitan yang direjam.
Ya Rahman..
Bantulah kami & keluarga Mok Ani untuk melalui saat yang sukar ini..
Ya Rahim..
Sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepadamu jua tempat kembali. Gantikanlah ujian ini dengan sesuatu yang lebih baik untuk kami semua..
Aminyarabbal alamin...
#Tazkirah Sunday#
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللهم صل على سيدنا محمد
Tip Amalan Harian : 15 Sunnah Rasulullah ﷺ
Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad ﷺ dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’.
1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah ﷺ.”
(Riwayat At-Tirmidzi)
2. Dahulukan Kanan
Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah ﷺ lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.”
(Hadis riwayat Muslim)
3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda ﷺ ialah pakaian Qamis).”
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
4. Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).”
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
5. Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah ﷺ memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.”
(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah ﷺ makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.”
(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
7. Minum
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah ﷺ minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.”
(Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
8. Bersilaturrahim
Rasulullah ﷺ bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”
(Riwayat Ibnu Majah).
9. Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah ﷺ berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)
10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah ﷺ mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)
11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad ﷺ hanyalah senyuman.”
(Riwayat Tarmizi )
12. Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi ﷺ menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’”
(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah ﷺ selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda ﷺ lakukan sebanyak tiga kali.”
(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
14. Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah ﷺ membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah ﷺ membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah.
(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah ﷺ melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda ﷺ menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.”
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael, Kak Leen Humaira & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...