Monday, 23 November 2015

Nasihat dari sahabat Adrina Ayuni

Subhanallah.. Allah memberi kesempatan utk saya bertanya dari sahabat Adrina Ayuni tentang sesuatu yg saya bermain di dalam fikiran saya beberapa hari ini, iaitu berkaitan kerjaya saya.

Nasihat Ad..

No. 1 most important
You must believe in YOU and you must believe in ALLAH SWT for ALLAH will always be there for u. When u make a new step remember Allah yg gerakkan hati kita sebab dah plan siap2 utk kita dah. Kalau tak mmg takkan terjadinya sesuatu kejadian dalam hidup kita.

2- dengan parent kita cerita yg best2 supaya dia tak terlalu risau. Bila tak risau dia jadi happy. Automatik redha n berkat datang pada kita.

3 - nak berjaya mesti berkawan dgn org yg berjaya. Belajar qualities yg ada pada dia. Contoh qualities yg ada pada org berjaya ni adalah influential n dominant

4 - there's always a first time for everything. U might not have experience in sales field or maybe other field. But take the opportunity to learn n grow

Thursday, 19 November 2015

6 Perkara yang membolehkan kita meminta Kematian

Hadith Rasulullah SAW bersabda,
Apabila sampai 6 perkara, maka segeralah meminta kematian:-

1- Pemimpin ialah orang yang bodoh
2- Ramai polis
3- Hukum haram boleh dijual beli
4- Nyawa sudah tidak berharga lagi
5- Hubungan silaturahim terputus.. Adik beradik bergaduh atas perkara yang kecil
6- Al-Quran hanya untuk dipertontonkan dan disenandungkan (dipertandingkan, dinyanyikan). Ramai orang yang mengaku faham AlQuran tetapi pengetahuannya sedikit sekali.

Kerja Iblis suka menjawab, suka memberi alasan.. Dia mampu buat, tapi dia menjawab juga. Spt sujud kpd Nabi Adam. Dia mampu sujud, tapi tak mahu sujud. Bagi alasan aku lagi mulia dari Nabi Adam kerana diciptakan dari Api.

Integrity

Integrity is doing right thing when no one is watching.

Core Function SAU

1- cari maklumat
2- buat siasatan
3- platform utk buat laporan
4- hubungan yg baik dgn agensi luar

Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Orang yang tahu tidak semestinya sedar...
Tapi orang yang sedar dia tahu...

Tuesday, 17 November 2015

Doa 17 Nov 2015

Ketika ini saya sedang menunggu giliran untuk masuk ke bilik surgery gigi di Klinik Pergigian Kajang Prima..

Saya rasa begitu risau memikirkan byk urusan kerja yang perlu diselesaikan.. Ada hutang yang perlu dilangsaikan.. Ada jasa yang perlu dibalas.. Kerana ada tanggungjawab yang akan dipertanggungjawabkan.

YA ALLAH.. Bantulah hambaMu ini...
Ampunilah segala dosa-dosaku...

Ya Allah.. Segala yang sukar adalah sangat mudah bagiMu.. Maka permudahkanlah aku..

Bantulah aku Ya Allah..
Tabahkanlah hatiku...
Hanya kepadaMu tempatku berserah..

Saturday, 14 November 2015

Kuasa Syukur 14 Nov 2015

Alhamdulillah..
Hari ini hari Sabtu, ada Sukaneka ZBC di TM MSC. Suami menemani saya untuk menjaga anak-anak ketika saya menyertai aktiviti zumba yang disediakan.

Alhamdulillah..
Kami sempat membeli kopiah Faaz utk Konsert LC Faaz esok.

Alhamdulillah..
Suami saya membawa Faaz pergi ke Masjid untuk sembahyang berjemaah Maghrib dan Isyak..

Semoga Allah memberi kekuatan kepada suami saya untuk istiqamah sembahyang berjemaah di Masjid.. in shaa Allah..

Amin Ya Robbal Alamin...

Wednesday, 11 November 2015

Syarat Sah Sujud

Rukuk dan sujudlah kamu..

Syarat sah sujud
1- Dahi terbuka, terkena dahi walaupun sedikit.. Jangan berlapik.
2- Sujud hendaklah wajib berlaku di atas tujuh anggota - sujud kena hidung.
3- Punggung lebih tinggi dari
4- Hendaklah ditekan kepala.
5- Hendaklah tomakninah.

Buruknya Mengumpat dan Atasilah Sebelum Terlambat

#Tazkirah Wednesday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tazkirah 29 Muharram 1437 @ 11 Nov 2015

BURUKNYA MENGUMPAT & ATASILAH SEBELUM TERLAMBAT!!!

Di zaman yang dikatakan orang sebagai zaman teknologi moden ini, kebiasaan berkumpul antara satu sama lain tanpa tujuan yang jelas, sudah menjadi makanan sehari-hari yang rasanya wajib untuk dilakukan di kalangan masyarakat kita.

Kebiasaan berkumpul tersebut akan terasa hambar jika tidak diselangi dengan percakapan hangat tentang pihak ketiga yang biasa dikenali dengan istilah GOSIP.

Media-media masa yang lain juga tidak kalah dalam ‘memasyarakatkan’ ghibah. Akhbar, radio, bahkan media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Telegram dan lain-lain. Semuanya berlumba-lumba untuk menyajikan berita terbaru mengenai gossip yang sedang hangat dibincangkan, bahkan terkadang mengangkat kembali berita-berita lama yang sudah ‘basi’, tujuannya hanya sekadar untuk mendapat rating yang tinggi dan sensasi.

Tahukah wahai saudaraku kebiasaan yang disebutkan di atas merupakan salah satu bentuk ghibah.?????

Imam Muslim meriwayatkan dalam sebuah hadith dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

أَتَدْرُونَ مَا اَلْغِيبَةُ?
قَالُوا: اَللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ.
قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ.
قِيلَ: أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ?
قَالَ: إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اِغْتَبْتَهُ, وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فَقَدْ بَهَتَّهٌُ
“Tahukah anda apa itu ghibah? Para shahabat berkata: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.” Kemudian beliau bersabda: “Engkau menyebutkan sesuatu yang ada pada saudaramu yang dia membencinya. Ditanyakan (salah seorang dari para sahabat bertanya), ”Bagaimana halnya jika apa yang aku katakan itu terdapat pada saudaraku?” Nabi SAW menjawab : “Jika yang engkau sebutkan tadi benar-benar ada pada saudaramu sungguh engkau telah berbuat ghibah, sedangkan jika itu tidak benar maka engkau telah membuat kedustaan atasnya.” (HR. Muslim)

Allah SWT berfirman di dalam Al-Qur’an surah Al-Hujurat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
“ Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah olehmu kebanyakan prasangka, kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa. dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengunjingkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.

Berdasarkan hadis dan firman Allah SWT di atas dapat di ambil suatu kesimpulan tentang takrifan ghibah iaitu menyebutkan sesuatu yang terdapat pada diri seorang muslim, sedang ia tidak suka jika hal tersebut disebutkan. Baik mengenai jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, akhlaknya, bentuk lahiriahnya dan sebagainya.

Cara manusia mengumpat pun bermacam-macam di antaranya dengan membukakan aib, meniru tingkah laku atau gerak tertentu dari orang yang digunjingkan dengan maksud memperolok-olokkan atau memperkecilkan orang lain.

Rasulullah SAW sangat mengambil berat masalah mengumpat ini. Suatu hari Aisyah pernah berkata kepada Rasulullah tentang Shafiyyah bahwa dia adalah wanita yang pendek. Maka beliau ? bersabda:

لَقَدْ قُلْتِ كَلِمَةً لَو مُزِجَتْ بِمَاءِ البَحْرِ لَمَزَجَتْهُ
“Sungguh engkau telah berkata dengan suatu kalimat yang kalau seandainya dicampur dengan air laut nescaya akan merubah air laut itu.” (HR. Abu Dawud).

Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda:

المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
“Seorang muslim sejati adalah bila kaum muslimin merasa selamat dari gangguan lisan dan tangannya.” (HR Tirmidzi dan Abu Dawud.)

Semoga Allah pelihara lidah dan seluruh anggota kita dari ghibah..aamiiin

Selamat beramal dan beristiqomah.

Sunday, 8 November 2015

Kuasa Syukur 8 Nov 2015

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana diberi peluang utk bangun pagi meminta keampunan drpd Allah..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana Allah melembut hati suami saya utk bangun tahajud pagi tadi..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur dapat bertemu dgn ibubapa saya dan memeluk adik-adik saya hari ini..

Alhamdulillah..
Saya dapat meluangkan masa bersama suami, gembirakan hati suami menemani beliau menonton wayang 'James Bond - Spectre'.

Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosa kami sepanjang hari ini..
Sesungguhnya diri ini mahu pulang kehadratMu dalam keadaan yg benar-benar suci..

Amin yarabbalalamin...

Thursday, 5 November 2015

Kuasa Syukur 5 Nov 2015

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana masih hidup pada hari ini..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana dapat meraikan hari jadi sahabat baik sy, Adrina dan Adlil.. Semoga ini dpt menjalin hubungan silaturahim semula..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami diri ini ketika diri ini sedang menghadapi simptom pms.

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana saya masih sihat dan dapat makan dgn berselera milo oat dan biskut oreo pagi tadi..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana Allah mengurniakan sahabat yang baik Khairun Nabilah yg sentiasa ajak ke arah kebaikan kepada saya..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana adik saya Yuni memaafkan saya apabila saya melakukan kesilapan..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana adik saya Mohd Syafiq sentiasa menyokong dan membantu saya ketika sy down..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana ibu bapa saya masih hidup hari ini.. Ya Allah, berikanlah umur yang panjang dan kesihatan yg berpanjangan kpd mereka..

Tuesday, 3 November 2015

Hadith ke 206 - 3 Nov 2015

Hadith ke 206

Dari Aisyah dia telah berkata, Ya Rasulullah, Ibn Jud'an pada ketika Jahiliyyah dia berkasih sayang, dan memberi orang miskin makan, adakah bgnya kebaikan. Baginda bersabda, Tiada kebaikan dan sesungguhnya dia tidak pernah berkata, Tuhanku, ampunkanlah bagiku dosa-dosaku pada hari akhirat (dia tidak beriman dgn Allah).

Kesimpulan

Org yg tidak beriman tidak dapat masuk syurga walaupun berkasih sayang dan memberi makan kpd org miskin.

Info lain

Tidak diterima solat melainkan dgn kebersihan wudhu

Diharamkan menyebut Bismillah (nama Allah) dalam jamban.

8 Kelompok Manusia & 8 Perkara yg Diberi Allah

Telah berkata IMAM AL-GHAZALI :

Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:

1.من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.

2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.

3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.

4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه
4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.

5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح
5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.

6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.

7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات
7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.

8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع
8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.

(Kitab Tanbihul Ghofilin)

Cuba kita renungkanlah dengan siapa kita  bersahabat......???

Https://telegram.me/infotazkirah

Monday, 2 November 2015

Sirah Nabi Ustaz Zamri

Sirah Nabawiyyah pg 26-27

Jika org tidak sembahyang bermakna org itu tidak bertauhid.

- Seorang pendakwah mestilah mengambil berat tentang kaum kerabatnya. Dia perlu menyampaikan dakwah islah kepada keluarganya. Ambil berat dgn ahli keluarga kita.

- Apabila pendakwah mendapati jemaah dalam bahaya, samada kepada nyawa dan berbentuk amcaman fitnah kepada pegangan akidah, dia mestilah menyediakan tempat yg selamat utk penyokongnya drpd pencerobohan golongan batil tersebut.

Seorang suami bertanggungjawab mengajar kepada isteri2 dan anak2.

8 Kelompok Manusia

Telah berkata IMAM AL-GHAZALI :

Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:

1.من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.

2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.

3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.

4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه
4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.

5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح
5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.

6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.

7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات
7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.

8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع
8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.

(Kitab Tanbihul Ghofilin)

Cuba kita renungkanlah dengan siapa kita  bersahabat......???

Https://telegram.me/infotazkirah

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...