Jom kurus kerana Allah!
Saturday, 28 July 2018
Saturday, 14 July 2018
Bagaimana nak bagi anak pandai Matematik
*KENAPA ANAK SUSAH FAHAM MATEMATIK DALAM KELAS ?*
.
.
GANGUAN LUAR YANG REMEH TEMEH:
Banyak faktor gangguan yang menyebabkan anak-anak jadi lemah dalam Matematik.
*CARA ATASI*:
Berikut adalah cara untuk atasi masalah gangguan luar ini :
+ Apabila Cikgu mula mengajar minta anak hentikan semua perkara
lain serta merta. Ya...Serta Merta.
+ Berhenti cari buku,berhenti asah pensel dan berhenti suruh orang diam
+ Beritahu pada anak setiap pagi sebelum anak ke sekolah
+ Beri tumpuan 500% kepada penerangan guru.
Catat dahulu segala yang cikgu tulis walaupun BELUM FAHAM SEPENUHNYA.
Ingat! WALAUPUN BELUM FAHAM SEPENUHNYA.
+ Terus bertanya pada guru dan jangan bertangguh.
Matematik harini semakin sukar dan
perlukan tumpuan yang lebih tinggi lagi.
Pelajar yang kurang fokus akan ketinggalan jauh dan sukar untuk
mengejar lagi
*5 SUSUR GALUR KUASAI MATHS :*
Matematik ada Seni dan gayanya.
Untuk menguasainya perlu mengikut Susur Galur seperti berikut :
+ Menguasai Asas Matematik
(Contohnya Soalan Minta Bundarkan, Tukarkan,Tulis dalam perkataan)
+ Menguasai Sifir Matematik
+ Menguasai Soalan Berbentuk Operasi
seperti tambah, tolak,darab dan bahagi
+ Menguasai Soalan berbentuk ayat (Problem Solving) Aras Rendah (KBAR)
+ Menguasai Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Sekarang ibubapa sudah mula faham sikit:
+ Matematik ini bersifat berkait-kait.
+ Susur galur menguasai matematik bermula
dari asas sehinggalah kepada soalan KBAT
Saya akan share lebih banyak TIPS Matematik ini dengan menggunakan bahasa mudah supaya ibu bapa yang sibuk bekerja pun boleh faham.
Wednesday, 4 July 2018
Doa untuk Anak ketika ingin tinggalkan dgn pengasuh
Buat ibu bapa yg mahu tinggalkan anak dengan pengasuh, boleh amalkn doa ini. Ini doa yg guru saya, Almarhum Tuan Guru Ust Dr. Haron Din ajar dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ وَدَا ئِعُهُ
"Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang takkan pernah menyia-nyiakan apa yang di dalam jagaan-Nya"
************************
Al Imam Abdul Wahhab al- Sya'rani mengatakan:
"Di antara akhlak para Solihin ialah mereka menyerahkan segala urusan diri, anak-anak, serta ahli keluarga mereka kepada Allah Ta'ala ".
#Takziah buat ahli keluarga adik Adam Hayqal. Semoga Allah beri ketabahan kepada kalian.
Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu
Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael, Kak Leen Humaira & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...
-
Choosing the best country for Muslims to migrate depends on various factors, including personal preferences, career opportunities, cultural ...
-
Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael, Kak Leen Humaira & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...
-
3 Sunnah bersama Isteri yg ramai org Tak pandang serius sedangkan inilah akan mnjadi asbab makin semaraknya lagi kasih sayang dan kebhgiaan ...