Sunday, 13 December 2015

Liqa Keluarga - Nabi Ibrahim

Antara Nabi2 ada gelaran..
Nabi Ibrahim - Khalilullah (teman paling dekat dgn Allah)

Kenapa Allah dpt gelaran Khalilullah:
Kebanyakan nabi tahu yang dia akan jadi rasul.
Nabi Ibrahim tak tahu, tetapi anak cucu tahu.

1- Mengutamakan suruhan Allah Taala lebih dr yg lain. Perlu rasa bukan sahaja tahu. Konsep perlu rasa utk suka.
Eg Org yang suka laksa.

2- Kita tidak risau tentang apa yang dijanjikan oleh Allah Taala. Berkait dgn point 1. Tak risau tentang rezeki. Cukupkan haq Allah Taala.
Eg Gaji 1k, tp Allah cukupkan macam gaji 3k. Pemimpin itu cerminan rakyat.

3- Nabi Ibrahim pasti akan menjamu org lain ketika makan. Nabi Ibrahim suka belanja orang makan. Sanggup jalan beberapa batu utk ajak orang makan sekali. Allah mengharamkan riba dan membiakkan sedekah.

Tuesday, 8 December 2015

Al Khauf

Al Khauf
Orang yang ada ilmu, yakin dgn ilmu ketuhanan dan janji Allah, maka akan lahir dr dalam jiwa mereka perasaan takut kepada Allah.

Hasil ketakutan, tunduk kepada Allah.

Allah tarik rasa takut manusia ketika buat maksiat.

Kesan ketakutan adalah ketaatan dan bersyukur kepadaNya.

Al Falaq - Aku berlindung drpd kegelapan malam (malam kerana kejahatan dan maksiat byk berlaku - merompak, kelab malam)

Imam Malik ditanya oleh seorang perempuan, tukang jahit yg takut mendapat rezeki yg waktu menjahit mendapat cahaya dari kem tentera. Imam Malik tanya asal usul, perempuan tu dari keluarga yg mempunyai darjat iman yg tinggi. Imam Malik menjawab haram baginya rezeki itu.

Ketakutan adalah harta sebenar-benar bg orang yg benar2 bertakwa.
Takut itu bukan bercucuran air mata. Ketakutan sebenar adalah meninggalkan maksiat.

Khauf - orang beramal tetapi masih takut amalannya tidak diterima.

Tasliah - beri khabar gembira kepada org yang sakit. Nabi anjur. Sesungguhnya Allah akan menyelamatkan kamu. Imam Abu Bakar takut amalan tidak diterima.

Harapan semata tanpa usaha, tidak dipanggil al khauf.

Setiap hari malaikat izrail..
Wahai manusia yang berumur 40, tenagamu masih kuat, beramal solehlah..
Wahai manusia yang berumur 50an, banyakkanlah istigfar..

Ketakutan itu timbul akibat perbuatan dosa.

Acheh - Kebanyakan orang Islam mati dlm keadaan menghadap ke langit.

Monday, 23 November 2015

Nasihat dari sahabat Adrina Ayuni

Subhanallah.. Allah memberi kesempatan utk saya bertanya dari sahabat Adrina Ayuni tentang sesuatu yg saya bermain di dalam fikiran saya beberapa hari ini, iaitu berkaitan kerjaya saya.

Nasihat Ad..

No. 1 most important
You must believe in YOU and you must believe in ALLAH SWT for ALLAH will always be there for u. When u make a new step remember Allah yg gerakkan hati kita sebab dah plan siap2 utk kita dah. Kalau tak mmg takkan terjadinya sesuatu kejadian dalam hidup kita.

2- dengan parent kita cerita yg best2 supaya dia tak terlalu risau. Bila tak risau dia jadi happy. Automatik redha n berkat datang pada kita.

3 - nak berjaya mesti berkawan dgn org yg berjaya. Belajar qualities yg ada pada dia. Contoh qualities yg ada pada org berjaya ni adalah influential n dominant

4 - there's always a first time for everything. U might not have experience in sales field or maybe other field. But take the opportunity to learn n grow

Thursday, 19 November 2015

6 Perkara yang membolehkan kita meminta Kematian

Hadith Rasulullah SAW bersabda,
Apabila sampai 6 perkara, maka segeralah meminta kematian:-

1- Pemimpin ialah orang yang bodoh
2- Ramai polis
3- Hukum haram boleh dijual beli
4- Nyawa sudah tidak berharga lagi
5- Hubungan silaturahim terputus.. Adik beradik bergaduh atas perkara yang kecil
6- Al-Quran hanya untuk dipertontonkan dan disenandungkan (dipertandingkan, dinyanyikan). Ramai orang yang mengaku faham AlQuran tetapi pengetahuannya sedikit sekali.

Kerja Iblis suka menjawab, suka memberi alasan.. Dia mampu buat, tapi dia menjawab juga. Spt sujud kpd Nabi Adam. Dia mampu sujud, tapi tak mahu sujud. Bagi alasan aku lagi mulia dari Nabi Adam kerana diciptakan dari Api.

Integrity

Integrity is doing right thing when no one is watching.

Core Function SAU

1- cari maklumat
2- buat siasatan
3- platform utk buat laporan
4- hubungan yg baik dgn agensi luar

Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Orang yang tahu tidak semestinya sedar...
Tapi orang yang sedar dia tahu...

Tuesday, 17 November 2015

Doa 17 Nov 2015

Ketika ini saya sedang menunggu giliran untuk masuk ke bilik surgery gigi di Klinik Pergigian Kajang Prima..

Saya rasa begitu risau memikirkan byk urusan kerja yang perlu diselesaikan.. Ada hutang yang perlu dilangsaikan.. Ada jasa yang perlu dibalas.. Kerana ada tanggungjawab yang akan dipertanggungjawabkan.

YA ALLAH.. Bantulah hambaMu ini...
Ampunilah segala dosa-dosaku...

Ya Allah.. Segala yang sukar adalah sangat mudah bagiMu.. Maka permudahkanlah aku..

Bantulah aku Ya Allah..
Tabahkanlah hatiku...
Hanya kepadaMu tempatku berserah..

Saturday, 14 November 2015

Kuasa Syukur 14 Nov 2015

Alhamdulillah..
Hari ini hari Sabtu, ada Sukaneka ZBC di TM MSC. Suami menemani saya untuk menjaga anak-anak ketika saya menyertai aktiviti zumba yang disediakan.

Alhamdulillah..
Kami sempat membeli kopiah Faaz utk Konsert LC Faaz esok.

Alhamdulillah..
Suami saya membawa Faaz pergi ke Masjid untuk sembahyang berjemaah Maghrib dan Isyak..

Semoga Allah memberi kekuatan kepada suami saya untuk istiqamah sembahyang berjemaah di Masjid.. in shaa Allah..

Amin Ya Robbal Alamin...

Wednesday, 11 November 2015

Syarat Sah Sujud

Rukuk dan sujudlah kamu..

Syarat sah sujud
1- Dahi terbuka, terkena dahi walaupun sedikit.. Jangan berlapik.
2- Sujud hendaklah wajib berlaku di atas tujuh anggota - sujud kena hidung.
3- Punggung lebih tinggi dari
4- Hendaklah ditekan kepala.
5- Hendaklah tomakninah.

Buruknya Mengumpat dan Atasilah Sebelum Terlambat

#Tazkirah Wednesday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tazkirah 29 Muharram 1437 @ 11 Nov 2015

BURUKNYA MENGUMPAT & ATASILAH SEBELUM TERLAMBAT!!!

Di zaman yang dikatakan orang sebagai zaman teknologi moden ini, kebiasaan berkumpul antara satu sama lain tanpa tujuan yang jelas, sudah menjadi makanan sehari-hari yang rasanya wajib untuk dilakukan di kalangan masyarakat kita.

Kebiasaan berkumpul tersebut akan terasa hambar jika tidak diselangi dengan percakapan hangat tentang pihak ketiga yang biasa dikenali dengan istilah GOSIP.

Media-media masa yang lain juga tidak kalah dalam ‘memasyarakatkan’ ghibah. Akhbar, radio, bahkan media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Telegram dan lain-lain. Semuanya berlumba-lumba untuk menyajikan berita terbaru mengenai gossip yang sedang hangat dibincangkan, bahkan terkadang mengangkat kembali berita-berita lama yang sudah ‘basi’, tujuannya hanya sekadar untuk mendapat rating yang tinggi dan sensasi.

Tahukah wahai saudaraku kebiasaan yang disebutkan di atas merupakan salah satu bentuk ghibah.?????

Imam Muslim meriwayatkan dalam sebuah hadith dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

أَتَدْرُونَ مَا اَلْغِيبَةُ?
قَالُوا: اَللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ.
قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ.
قِيلَ: أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ?
قَالَ: إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اِغْتَبْتَهُ, وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فَقَدْ بَهَتَّهٌُ
“Tahukah anda apa itu ghibah? Para shahabat berkata: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.” Kemudian beliau bersabda: “Engkau menyebutkan sesuatu yang ada pada saudaramu yang dia membencinya. Ditanyakan (salah seorang dari para sahabat bertanya), ”Bagaimana halnya jika apa yang aku katakan itu terdapat pada saudaraku?” Nabi SAW menjawab : “Jika yang engkau sebutkan tadi benar-benar ada pada saudaramu sungguh engkau telah berbuat ghibah, sedangkan jika itu tidak benar maka engkau telah membuat kedustaan atasnya.” (HR. Muslim)

Allah SWT berfirman di dalam Al-Qur’an surah Al-Hujurat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
“ Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah olehmu kebanyakan prasangka, kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa. dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengunjingkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.

Berdasarkan hadis dan firman Allah SWT di atas dapat di ambil suatu kesimpulan tentang takrifan ghibah iaitu menyebutkan sesuatu yang terdapat pada diri seorang muslim, sedang ia tidak suka jika hal tersebut disebutkan. Baik mengenai jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, akhlaknya, bentuk lahiriahnya dan sebagainya.

Cara manusia mengumpat pun bermacam-macam di antaranya dengan membukakan aib, meniru tingkah laku atau gerak tertentu dari orang yang digunjingkan dengan maksud memperolok-olokkan atau memperkecilkan orang lain.

Rasulullah SAW sangat mengambil berat masalah mengumpat ini. Suatu hari Aisyah pernah berkata kepada Rasulullah tentang Shafiyyah bahwa dia adalah wanita yang pendek. Maka beliau ? bersabda:

لَقَدْ قُلْتِ كَلِمَةً لَو مُزِجَتْ بِمَاءِ البَحْرِ لَمَزَجَتْهُ
“Sungguh engkau telah berkata dengan suatu kalimat yang kalau seandainya dicampur dengan air laut nescaya akan merubah air laut itu.” (HR. Abu Dawud).

Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda:

المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
“Seorang muslim sejati adalah bila kaum muslimin merasa selamat dari gangguan lisan dan tangannya.” (HR Tirmidzi dan Abu Dawud.)

Semoga Allah pelihara lidah dan seluruh anggota kita dari ghibah..aamiiin

Selamat beramal dan beristiqomah.

Sunday, 8 November 2015

Kuasa Syukur 8 Nov 2015

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana diberi peluang utk bangun pagi meminta keampunan drpd Allah..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana Allah melembut hati suami saya utk bangun tahajud pagi tadi..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur dapat bertemu dgn ibubapa saya dan memeluk adik-adik saya hari ini..

Alhamdulillah..
Saya dapat meluangkan masa bersama suami, gembirakan hati suami menemani beliau menonton wayang 'James Bond - Spectre'.

Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosa kami sepanjang hari ini..
Sesungguhnya diri ini mahu pulang kehadratMu dalam keadaan yg benar-benar suci..

Amin yarabbalalamin...

Thursday, 5 November 2015

Kuasa Syukur 5 Nov 2015

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana masih hidup pada hari ini..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana dapat meraikan hari jadi sahabat baik sy, Adrina dan Adlil.. Semoga ini dpt menjalin hubungan silaturahim semula..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami diri ini ketika diri ini sedang menghadapi simptom pms.

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana saya masih sihat dan dapat makan dgn berselera milo oat dan biskut oreo pagi tadi..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana Allah mengurniakan sahabat yang baik Khairun Nabilah yg sentiasa ajak ke arah kebaikan kepada saya..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana adik saya Yuni memaafkan saya apabila saya melakukan kesilapan..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana adik saya Mohd Syafiq sentiasa menyokong dan membantu saya ketika sy down..

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kerana ibu bapa saya masih hidup hari ini.. Ya Allah, berikanlah umur yang panjang dan kesihatan yg berpanjangan kpd mereka..

Tuesday, 3 November 2015

Hadith ke 206 - 3 Nov 2015

Hadith ke 206

Dari Aisyah dia telah berkata, Ya Rasulullah, Ibn Jud'an pada ketika Jahiliyyah dia berkasih sayang, dan memberi orang miskin makan, adakah bgnya kebaikan. Baginda bersabda, Tiada kebaikan dan sesungguhnya dia tidak pernah berkata, Tuhanku, ampunkanlah bagiku dosa-dosaku pada hari akhirat (dia tidak beriman dgn Allah).

Kesimpulan

Org yg tidak beriman tidak dapat masuk syurga walaupun berkasih sayang dan memberi makan kpd org miskin.

Info lain

Tidak diterima solat melainkan dgn kebersihan wudhu

Diharamkan menyebut Bismillah (nama Allah) dalam jamban.

8 Kelompok Manusia & 8 Perkara yg Diberi Allah

Telah berkata IMAM AL-GHAZALI :

Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:

1.من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.

2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.

3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.

4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه
4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.

5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح
5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.

6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.

7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات
7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.

8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع
8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.

(Kitab Tanbihul Ghofilin)

Cuba kita renungkanlah dengan siapa kita  bersahabat......???

Https://telegram.me/infotazkirah

Monday, 2 November 2015

Sirah Nabi Ustaz Zamri

Sirah Nabawiyyah pg 26-27

Jika org tidak sembahyang bermakna org itu tidak bertauhid.

- Seorang pendakwah mestilah mengambil berat tentang kaum kerabatnya. Dia perlu menyampaikan dakwah islah kepada keluarganya. Ambil berat dgn ahli keluarga kita.

- Apabila pendakwah mendapati jemaah dalam bahaya, samada kepada nyawa dan berbentuk amcaman fitnah kepada pegangan akidah, dia mestilah menyediakan tempat yg selamat utk penyokongnya drpd pencerobohan golongan batil tersebut.

Seorang suami bertanggungjawab mengajar kepada isteri2 dan anak2.

8 Kelompok Manusia

Telah berkata IMAM AL-GHAZALI :

Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:

1.من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.

2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.

3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.

4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه
4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.

5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح
5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.

6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.

7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات
7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.

8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع
8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.

(Kitab Tanbihul Ghofilin)

Cuba kita renungkanlah dengan siapa kita  bersahabat......???

Https://telegram.me/infotazkirah

Thursday, 29 October 2015

Kuasa Syukur 29 Oct 2015

Alhamdulillah, saya dan suami bersyukur kerana selamat sampai di rumah ketika hujan sangat lebat lewat petang tadi..

Alhamdulillah..

Bulan Muharram

Rasul SAW paling baik dgn ahli keluarganya.

Bulan Muharram 1-10 adalah hari yang dinanti-nantikan oleh org berfahaman Syiah.

Org Syiah akan pakai pakaian hitam. Cederakan badan sendiri. Sebab hari Husin dibunuh.. Maksud mereka biarlah mereka dicederakan.

Antara amalan Syiah, makan bubur Asyura. Diperbuat kacang yang Aisyah tak makan.

Monday, 26 October 2015

Solat Jumaat

Mandi solat sunat Jumaat, dosa gugur..
Setiap langkah berjalan ke masjid tiap langkah bersamaan solat sunat 20 tahun lamanya.

Kuasa Syukur 26 Oct 2015

Alhamdulillah..
Saya masih sihat pada hari ini..
Saya dapat meminum air teh ais yg sangat sedap.. Subhanallah..

Monday, 12 October 2015

Sharing from Khairun Nabilah

- Larangan bercakap ketika khutbah Jumaat even cakap "Amin.. Tolong pass tabung".

- Amalkan ayat Kursi 17 kali sehari. Jin boleh baca ayat Kursi, tapi tersekat kat Walayauduhu..

- Ayat ini dibacakan ketika kita dengar org cakap mengenai kebaikan yg dibuatnya / kita sedar kita bercakap mengenai kebaikan diri kita - Surah At-Taubah Ayat 105:

Dan katakanlah," Bekerjalah kamu, mka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu diberikanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan (Surah At Taubah 9:105) 

Thursday, 8 October 2015

Cinta dibalas cinta

Nabi berdakwah dgn begitu berlemah lembut.

Benda yg paling susah nak buat sekarang ialah diam. Tahan diri dr nak share, comment dlm fb dll.

Jika tidak mampu berdakwah, amallah sunnah Rasulullah saw. Doa2 yg Rasulullah amalkan..

- Kenang kembali pengorbanan rasulullah saw

Tinggalkan apa shj yg makruh.
Tolong istiqamah sedikit tetapi sampai akhir hayat.

Wednesday, 7 October 2015

Tafsir Surah Abasa

Manusia binasa disebabkan kufur keingkaran.
Manusia tu tak tahu ke siapa yg menciptakan dia?
Allah jawab aku jadikan manusia dari air mani, Allah susun kejadiannya putih hitam dll dlm perut. Check iman.

Kemudian, apabila dia telah aqil baligh.

1) Perintah buat - wajib & sunat. Allah tak pernah paksa. Kl malas, binasa (kutila) celaka.
2) Perintah jauh - haram & makruh. Kenapa mampu bayar Astro setiap bulan RM80 sebulan, tp tak mampu nak buat korban. Hukum makruh.

Allah rancang bukan sia-sia. Binasalah manusia selepas mati bg mereka yg ingkar.

Tuesday, 6 October 2015

Tazkirah Zohor - Tangan Kanan

Utamakan tangan kanan.
Nabi kata lazimkan ambil dgn tangan kanan.
Bila masuk tandas, jangan memegang kemaluan dgn tangan kanan.
Nabi larang kencing dlm air yg bertakung.

Segala puji utk Tuhan sekalian alam - ada 18 ribu alam. Jangan meludah / kencing dlm air yg bertakung. Ada alam ghaib. Hormat alam lain.

Iblis, syaitan dan jin mohon utk sesatkan anak cucu, minta tak mati sampai akhirat.

Doa - Ya Allah, lindungilah aku dari gangguan iblis dan bala tenteranya.. Amin..

Bulu roma iblis sepanjang pelepah kelapa.

Syaitan jin boleh masuk dlm salur darah manusia. Sbb tu boleh kena heart attack, darah beku, gout dll. Paling menakutkan.

Bacakan ayat2 rukyah dalam air.. Minum air dgn bacaan ayat al Quran.

Rasulullah dihadiahkan tabib oleh Mesir. Nabi tolak sbb rawatan islam dah cukup. Minyak zaitun, habatussauda, berbekam, khal, zamzam.

Rasulullah minum air zamzam setiap pagi.

Nabi bertaubat sehari seratus kali. Manusia ada perasaan malas dan ego utk bertaubat.

Iblis memang jahat.

Nabi Musa ty apa kelemahan iblis? Iblis jawab:-
1- Bila nak buat dosa, manusia ingat aku (iblis). Manusia tak jadi buat jahat. Maka syaitan jadi lemah dan cair.

Tuesday, 29 September 2015

Motivasi Zohor Ustaz Merico

Kita perlu ada sensory awareness. Peka kpd perasaan org. Tgk state representatiove dia.. Apa issue yg kawan kita suka etc

Jgn terlalu layan perasaan sedih, tension. Ubah pemikiran kita.

Macamana nak buat kawan kita suka dgn kita.. Create rapport.

Perlu match mood kawan kita.

Teknik komunikasi Rasulullah saw, rasul menhadap seluruh badan dari kepala sampai kaki kepada org yg baginda bercakap. Increase 55% commumication.

Dakwah ialah mengubah sesuatu menjadi lebih baik. Semua org boleh berdakwah.

Komunikasi dgn org sekeliling:-

1) Match, aku faham perasaan kau. Aku pernah melaluinya. Sampai bila kau sedih ni? Match sebyk mungkin ttg diri org yg kita nak match. Bila kita dah match apa yg Allah nk, Allah akan beri jalan.

2) Rapport

Cuba apply ilmu ni..

Sunday, 27 September 2015

Muhasabah Aidiladha bersama Syafiq Azemi

Agama Allah, Agama tauhid bermula dr Nabi Adam. Agama yang mengesakan Allah swt. Allah itu Esa.

Hari raya korban mengajar kita ttg kekeluargaan. 2 nabi Allah utus seluruh manusia - Nabi Ibrahim & Nabi Muhammad saw.

Allah Taala sebut kita perlu contohi Al-Imran, Nabi Ibrahim & Nabi Yaacob.

Nabi Ibrahim:
Pendakwah seluruh umat, byk tempat.
Concern pada sepupunya, Nabi Lut..
Nabi Ibrahim & keluarganya, Allah sebut dalam selawat.

Macamana Allah angkat martabat Nabi Ibrahim?
Kita perlu concerns kat family besar kita bkn basic shj.
Sbb family nabi ibrahim dikenang spjg zmn.
Tgglkan hajar dgn nabi ismail di mekah
Allah dahulu sblm family kita.
Keyakinan dgn Allah perlu sgt tinggi.

DOA NABI IBRAHIM SETELAH MENINGGALKAN KELUARGANYA SURAH IBRAHIM AYAT 37

1- Spiritual needs -Jaga hubungan dgn Allah. Bila Nabi Ibrahim tinggal, nabi berdoa agar keluarganya solat. Kekuatan kita adalah kerohanian. Pyramid, ini paling penting. Perlu ada usaha utk tingkatkan
2- Social needs - Nabi Ibrahim berdoa agar org cenderung @ suka kepada keluarganya.
3-  Physical needs - Rezeki.

Monday, 21 September 2015

Bicara Mufti - Pengertian "Hidup Lebih Mudah"

Amin Idris - Pengacara
Dato' Hj Muhamad Shukri Muhamad - Mufti Kelantan
Datu Hj Kipli Hj Yasin - Mufti Sarawak

HIDUP LEBIH MUDAH - ANTARA REALITI & INSPIRASI

Hadith - Jika kita memudahkan org yg kesusahan Allah akan memudahkan urusan akhirat kelak.

Apa yg kita lakukan di bumi ini akan dipertanggungjawab di akhirat kelak.

Permudahkan org lain dlm pelbagai cara - senyum, dgr org yg tgh risau. Pandang dgn penuh senyuman. Guna perkataan spy dia rasa gembira. Allah akan membalas.

Ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam di tengah malam yg gelap gelita.

Niatkan ikhlas kerana Allah.

Igt siapa kita.. Kita adalah manusia - makhluk sosial.. Bererti kita memerlukan orang lain. Kita ada peraturan & undang2.

Sy wakilkan dan izinkan urusan transaksi - korban.

Hutang malam dukacita, siang penghinaan. Jika Allah nak menghina seseorang, Allah bg dia ditimpa hutang.

Allah sayang - Allah beri kefahaman dalam agama.

Tunjukkan keindahan Islam terhadap org bukan Islam.

Sesungguhnya Islam itu mudah, kita bertanggungjawab utk membawanya..

Hadapi perbezaan dgn kasih sayang..

Thursday, 10 September 2015

Hadith

3 perkara yg dpt menghilangkan kegelisahan:-

1- dgr org baca AQ atau kita baca AQ
2- dtg majlis ilmu
3- bersendirian untuk Allah. Ambil cuti 1 hari: hari Jumaat, solat jemaah subuh sampai syuruk, sambung dhuha plg krg 4, solat sunat zohor 4 rakaat sebelum dan selepas, mengaji AQ, berzikir, istigfar 1000 kali, selawat, solat asar jemaah.

Warak - berhati-hati dgn setiap perbuatan.

Wednesday, 9 September 2015

Monday, 7 September 2015

Sirah Nabi

- 3 tahun pertama dakwah nabi, nabi berdakwah secara senyap
- Tahun ke 4, dakwah secara terang- terangan. Penyeksaan terhadap siapa yg ikut Rasullullah SAW spt Bilal, oleh tuannya.

Kapten Ramzi - buku sejarah terjemahan bahasa melayu Rasulullah SAW yg paling sahih. Tajuk Sirah Rasulullah terbitam Yadim. Atau Rahiq Makhtum. Boleh dibaca.

Thursday, 20 August 2015

Tazkirah Surau TM MSC

Solat istikarah bila ada org nak meminang anak perempuan kita.

Orang yang mati ingin dihidupkan semula hanya utk bersedekah & beramal soleh.

Jangan minta mati.

Wednesday, 19 August 2015

Tafsir Surah Gafir:8

Doakan pasangan kita.. rahmati pasangan & zuriat.

Ya Allah rahmatilah berkatilah orang yg masak masakan ni..

Surah Gafir : 7-9 Doa Malaikat kpd Manusia

Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada kami, dan orang yang soleh di antara nenek moyang kami, isteri-isteri dan keturunan kami. Sungguh, Engkaulah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.

dan peliharalah kami dari (bencana) kejahatan.

kami (na)

Orang yang tidak mendapat rahmat Allah akan mendapat kesengsaraan di akhirat kelak.

Waktu solat sujud.. doa rabbighfirli warhamni.. ampuni dosaku, rahmati aku..

Tahfiz memahami Al Quran perlu diberi perhatian.

Sunday, 16 August 2015

Ubat mujarab menangani stress

dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..

1- zikir.. istighfar.. ya Allahhu ya Allah..
2- baca Quran & terjemahan..
3- ambil wudhu dgn sempurna..
4- solat sunat 2 rakaat

Magnet Diri

1- jadilah org pertama yg membantu
2- prihatin thdp keperluan org lain
3- tolong smpi siap

Saturday, 15 August 2015

Kata-kata Mencemari Dunia

4- Menuduh.. aku rasa..
5- Kotor & kasar.. Sesungguhnya Allah amat membenci kpd orang yang bercakap kotor & kasar.
6- Membisu.. dr bercakap perkara yg benar.

Sunday, 9 August 2015

Puding Raja

Bahan-bahan utk membuat Puding Raja ala Fatin

Bahan A
Pisang Mas -seikat, dibelah dua
Telur 1@ 2 biji yg dikepuk
Minyak untuk menggoreng

Bahan B
Susu cair 1 tin
Air masak 2 tin
Tepung custard 4-5 sudu
Susu pekat @ gula 4-5 sudu ikut suka
Esen vanila 1 tudung
Sedikit butter
Secubit garam

Bahan A - Pisang

1- Celup pisang mas ke dalam telur yang telah dikepuk
2- Goreng pisang mas
3- Setelah masak, angkat & terus susun ke dalam bekas puding. Terus susun kerana pisang yg baru digoreng tu masih lembut.

Bahan B - Custard

1- Letak susu cair dan tambah 2 tin air masak. Guna tin yg sama nak sukat air masak. Slow fire.
2- Tambah tepung custard. Kacau perlahan-lahan sehingga pekat.. still slow fire. lebih kurang 20 min.. tgk atas kepekatan.
3- Bila dah pekat, masukkan esen vanila, sedikit butter & garam utk memberi rasa lemak pd custard.
4- Tuang custard dlm bekas puding.
5- Simpan dlm peti ais.

Tuesday, 28 July 2015

Ruginya Tidak Ke Masjid Dan Surau

#Tazkirah Tuesday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tazkirah 12 Syawal 1436 @ 28 Julai 2015

"Ruginya Tidak Ke Masjid Dan Surau"

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Solat secara berjemaah adalah dua puluh tujuh kali lebih baik daripada solat secara bersendirian.”

(Bukhari, Muslim, Turmizi dll)

Huraian hadith:

Orang Islam yang bijak tentulah akan berusaha untuk sembahyang berjemaah di masjid atau pun surau kerana sangat besar ganjaran dan kasih sayang Allah dalam hal ini. Orang yang sembahyang berseorangan di rumah hanya mendapat satu bahagian pahala sedangkan mereka yang pergi berjemaah mendapat 27 kali lebih banyak bahagian pahala tersebut. 

Untuk memudahkan pemahaman, bolehlah kita buat satu contoh.

  Pada suatu hari, pemerintah telah membuat tawaran kepada sesiapa yang pergi solat berjemaah ke masjid atau surau akan dibayar RM 27 untuk satu waktu, dan sesiapa yang sembahyang di rumah pula hanya dibayar RM 1 sahaja untuk satu waktu. Manakah yang akan kita pilih?

  Bayangkan, seandainya kita solat berjemaah lima waktu sehari semalam maka kita akan memperolehi gaji sebanyak RM 135 untuk sehari sedangkan mereka yang sembahyang di rumah pula hanya mendapat gaji RM 5 sahaja untuk sehari. Mana yang akan kita pilih? Sembahyang di rumah ataupun pergi berjemaah?

Kalaulah betul sebegini, sudah tentu ibu bapa akan memaksa dan memukul anak-anak mereka agar pergi solat berjemaah. Malangnya manusia lebih nampak besarnya duit berbanding pahala. Sebab itulah ibu bapa sekarang tidak berasa rugi sedikitpun kalau anak-anak mereka tidak pergi solat berjemaah. Tapi kalau dibayar RM 135 sehari, jangankan orang lelaki, orang perempuan pun akan berlumba-lumba ke masjid dan surau.

Sudah semestinyalah kita sebagai orang-orang yang tahu akan hal ini, membuat pilihan yang bijak iaitu mencari gaji RM 135 sehari berbanding orang kurang bijak yang mencari hanya RM 5 sahaja untuk sehari.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang itu telah berwuduk dengan sempurna dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka setiap langkahnya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa.”
(Bukhari)

  Alangkah besarnya kasih sayang dan ganjaran yang Tuhan sediakan untuk hamba-hamba-Nya yang pergi solat berjemaah! Setiap satu langkah kita ke masjid/ surau akan mendapat satu pahala dan menghapuskan satu dosa. Allah Maha Berkuasa untuk mengira langkah kita walaupun kita pergi dengan menaiki kenderaan. Kalau kita berjalan 200 langkah, maka dapatlah 200 pahala dan terhapus pula 200 dosa.

Namun begitu, untuk mendapatkan semua ganjaran ini, maka hendaklah kita mengambil wuduk siap-siap di rumah. Kalau kita mati di pertengahan perjalanan pun, kita mati dalam keadaan berwuduk.

Dalam sebuah hadith yang terkenal, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (iaitu pada Hari Akhirat). (Salah satunya ialah) seorang lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid.”
(Bukhari & Muslim)

Kalau kita rajin ke masjid/ surau, sudah tentu kita akan termasuk ke dalam golongan mereka yang akan mendapat naungan Allah.

Akhirnya, dalam sebuah hadith lain, pesan baginda s.a.w lagi:“Barangsiapa berjalan ke masjid pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan menyediakan baginya di dalam syurga satu rumah jamuan setiap kali dia pergi ke masjid.”
(Bukhari, Muslim, Ahmad dll)

Selamat Beramal & Berbekal.

Saturday, 25 July 2015

Tekanan Perasaan @ Mendung Kehidupan dari Ustaz Zul Ramli (Radio IKIM)

Perasaan mendung datang dan pergi supaya manusia tidak lupa akan hakikat dunia. Dunia adalah tempat ujian. Perasaan mendung yang minima 2 minggu, kita perlu melakukan sesuatu. Setiap perasaan sedih yang berpanjangan, akan ada advisor (syaitan) datang.

Tekanan yang berterusan akan menyebabkan mendung dalam atau kemurungan. Mohon pada Allah agar kita sbg muslim menjadi muslim yang qawiy (kuat). Kemurungan bermula dari stress. Stress yang tidak ditangani dari awal akan menyebabkan kemurungan.

Stress bermula bila terlalu ingin menjadi yang sempurna. Ini yang menyebabkan kita terperangkap. Spt contoh, kita ingin tinggal di bandar, sanggup berpindah dari kampung - akhirnya memerangkap kita.

Tanda amaran awal orang yang mendung:-

1) Sentiasa rasa hopeless / tiada harapan bila berdepan masalah
2) Sentiasa rasa bersalah walaupun orang lain yang bersalah
3) Terlalu mudah untuk tidur atau susah untuk tidur
4) Terlalu penat
5) Sukar membuat keputusan
6) Senang menangis
7) Berfikir untuk membunuh diri

Perlunya kekuatan dalaman.

Perasaan selalu rasa bersalah di atas dosa-dosa yang lalu. Jangan sampai hilang harapan, ini tidak positif lagi.

31 min

Thursday, 23 July 2015

Tetamu Membawa Berkat

#Tazkirah Thursday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tazkirah 7 Syawal 1436 @ 23 Julai 2015

"Tetamu Membawa Berkat"

Ada seorang lelaki yang senang kedatangan tamu. Namun isterinya menunjukkan sikap
sebaliknya. Setiapkali ia membawa tamu ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Orang itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah saw. Mendengar itu,

Rasulullah saw bersabda,

"Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah saw dan beberapa orang sahabatnya akan
bertamu ke rumah kita."

Rasulullah saw berpesan kepada orang itu,

"Katakan kepada isterimu supaya ia memerhatikan tamu pada saat keluar rumah."

Isteri laki-laki itu melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah saw. Pada saat tamu masuk, ia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak dan pada saat keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak.

Rasulullah saw bersabda,

"Kedatangan tamu
ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana."

Dengan menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima tamu.

Rasulullah saw bersabda,

"Sesungguhnya seorang tamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut."

Imam Ali bin Musa ar-Redha berkata,

"Orang dermawan adalah orang yang memakan makanan orang lain agar orang lain dapat memakan makanannya. Adapun orang kikir adalah orang yang tidak memakan makanan orang lain agar orang tersebut tidak memakan makanannya."

Rasulullah saw bersabda,

"Suatu majlis ( pertemuan ) tidak akan terasa sempit dengan adanya orang-orang yang saling mencintai di dalamnya."

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw bersabda,

"Setiap rumah yang tidak dikunjungi tamu, maka malaikat pun tidak akan mengunjungi rumah tersebut."

Imam Jaafar ash-Sadiq berkata,

" Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, nescaya Allah SWT mengutus 70 ribu malaikat untuk
menyertainya. Para malaikat itu berkata,

'Syurga untuk
kamu." ( Mizan al Hikmah )

Sesungguhnya beruntunglah rumah-rumah yang sering kedatangan tamu, maka itu janganlah mengeluh jika ada orang yang ingin bertamu.

Selamat beramal & berbekal.

Wednesday, 1 July 2015

Tazkirah Surau TM MSC Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi

Berbuka puasa dgn air tangan dari orang yang soleh. Jika pergi ke bazar ramadhan, ambillah peniaga yang soleh. Perhatikan..

Takwa - Bermaksud berhati-hati dlm perbuatan.

Warak - Apa yang dia buat, dia pilih timbang halal haram, syurga neraka, kita akan mati dgn apa yg kita selalu buat.

Qanaah - Utk timbul sifat ini, tgklah orang bawah.

Thursday, 18 June 2015

Tazkirah Ramadhan - Tadarus

Tadarus
Perlu ada terjemahan -
Ibadat paling baik di bulan ramadhan ialah mengaji Al-Quran.
Dirikan solat. Tanda orang beriman bila dia melakukan solat.

Solat tanda org beriman.

Saturday, 13 June 2015

Akrab dengan Allah, Intim dengan Manusia dr Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Lebih afdal meninggalkan mengumpat pada siang hari dr mendirikan solat pada malam hari.

Amalan-amalan kita disaring di antara 7 langit kerana mengumpat, riya' sombong dll.

Kepatuhan kepada suami boleh membawa ketaatan kepada Allah. Dosa dengan suami, minta maaf dengan suami. Kelembutan dalam rumah tangga.

Punca manusia ego dengan manusia kerana ego dengan Allah. Bersyukur kpd Allah kerana ada orang menegur kita. Kerana itulah hakikat Allah mendidik kita, manusia melalui manusia lain.

Lihat apa yang ditegur adalah cara Allah mendidik kita, kita menjadi kurang marah.
Lihat apa yang ditegur - betul atau tidak. Bukan siapa yang menegur. 

Orang yang ego:-
Kalau org atas (boss), dia mudah marah.
Kalau dia org bawah (staff), dia mudah merajuk.

Perlunya pendidikan di pejabat, kuliah fardu ain, kuliah kesedaran & tarbiyah. Jangan hanya mengejar produktiviti. Satu, ilmu kemahiran & satu lagi, soft skills (hatinya dapat melihat kerja itu satu ibadah). Dan bagaimana kawan-kawan itu dapat menegakkan keimanan & ketakwaan. Menjadikan seluruh kerja sebagai ibadah kepada Allah. Bekerja bukan utk majikan sahaja, tp utk Tuhan.

Melihat sahabat yg tak bertegur sapa. Menjadi org tgh / pendamai yang baik, perlu ada niat yang ikhlas, ilmu & kemahiran. Dalam syariat, bagi maklumat yg boleh mendamaikan.
"Saya tengok sejak dia berkrisis dengan kamu, dia asyik bermuram durja, nampak sedih tu... rasa-rasa macam nak minta maaf.."
"Saya rasa kalau dia minta macamana..?"
"Rasanya dia dah menyesal.."

Dalam mendamaikan, kita boleh menceritakan cerita tidak sepenuhnya benar tetapi melalui tafsiran kita.

Yang penting, niat & doa sungguh-sungguh untuk mendamaikan kawan kita.

Berhati-hatilah dgn urusan manusia..
Selesaikan urusan dengan manusia, perlu minta halal & minta maaf.

Menyempurnakan hajat lebih baik menunaikan iktikaf.

Ibadah & ukhwah.

Siapa yang paling baik ibadahnya dengan Allah, in shaa Allah dia adalah paling tinggi ukhwahnya sesama manusia.

Wednesday, 10 June 2015

Ramadhan & Periods

What is Ibadah?!
The term “Ibadah” (worship) in Islam is not only confined to the pillars of Islam as it comprises many other goodly aspects. Allah [Exalted be His mention] says [what means]:
“And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.”
{Surat Adh-Dhariyat 51: Verse: 56}

Many people mistakenly understand the term “worship” to mean living an ascetic way of life. This is not true at all. In Islam, worship is not [only] restricted to prayer, going to the masjid, giving in charity, or going for Hajj, as one can even turn permissible acts such as sleeping, eating, drinking, going to work, etc. into an act of worship. How is that?! By having a good intention! So, if one sleeps with the intention to rest his body so he can have more energy to worship Allah then this is a good intention. If one goes to work so he can provide for his family and those under his care, then this is a good intention which he will be rewarded for.

Mu’aadh (may Allah be pleased with him) said: I sleep and I get up (to pray at night), and I seek reward for my sleep as I seek reward for my getting up.
[Narrated by al-Bukhari]

The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said: “You will never spend anything that you spend for the sake of Allah, but you will be rewarded for it, even the morsel of food that you put in your wife’s mouth.”
[Narrated by Al-Bukhari]

Sheikh ul-Islam Ibn Tayimah (May Allah have Mercy on him) gave a very comprehensive definition of the word “Ibaadah” as he said: “Al-Ibadah is a collective term for all of the deeds and words which Allah loves and is pleased with [whether] inward or outward.”

WHAT CAN I DO DURING MY PERIOD?
Many sisters feel that they cannot do much of Ibaadaat while on their monthly period, this is not true. Allah (Exalted be His mention) gave us the blessing of time, we should take advantage of it in doing things that are pleasing to Him. So, here is a list of ten easy Ibaadaat that can be done during the period:

1. Make lots of du’a (supplication) to Allah
Being in that state of ritual impurity should not prevent you from making du’a.
It is reported from An-Nu’man bin Bashir (May Allah be pleased with him) reported the prophet (Peace & blessing of Allah be upon him) said: “Du’a is worship.”
[Abu Dawud]

2. Visit a close family member
When you are visiting one of your close family members make sure to have the intention of keeping good ties of kinship between both of you.

The prophet (Peace & blessings of Allah be upon him) said:  “And he who believes in Allah and the Last Day should unite his ties of kinship.”
[Reported by Al-Bukhari]

3. Make lots of Istighfaar (seeking forgiveness from Allah) and dhikr (remembrance of Allah)
This can be done when you are cooking, cleaning, going to work, going to the shop, etc. Allah [Exalted be His mention] says [what means]:
“O you who have believed, remember Allah with much remembrance.”
[Surat Al-Ahzab: 33: Verse: 41]

4. Give Da’wah to Muslims and non-Muslims
This can be by sharing an Islamic post on face book, sharing Islamic knowledge in general through media, and most importantly being a good example through your manners, speech and actions. Allah says what means: “And who is better in speech than one who invites to Allah and does righteousness and says, “Indeed, I am of the Muslims.” [Surat Fussilat: 41: Verse: 33]

And the prophet (Peace & blessings of Allah be upon him) said: “Convey from me even if it is (only) one ayah (verse).” 
[Narrated by al-Bukhari]

5. Read beneficial books
Choose books that will help you understand more about Islam, purpose of this life and duties towards our creator. Anas ibn Malik said, the Messenger of Allah (peace be upon him) said: “Seeking knowledge is obligatory upon every Muslim.”
[Sunan Ibn Majah]

6. Visit the sick
It is one of the rights upon another Muslim to visit them when they are sick, and not only that, there are great virtues for visiting the sick as mentioned by our beloved Prophet (Peace & blessings of Allah be upon him): “When the Muslim visits his (sick) Muslim brother, he is harvesting the fruit of paradise until he returns.” [Narrated by Muslim]. This would also enable us to be more thankful to Allah for the good health that we have and content with the condition we are in.

7. Listen to the Qur’an frequently
Listening to the Qur’an would enable you to prefect your recitation of the Qur’an, help you revise what you memorized, and constantly remembering Allah in your heart and mind.

8. Help others
If you see your sister in Islam going through hard circumstances, do what you can to help her. One day if you are in that same position, Allah will bring to you someone who will help you too.

9. Smile in your sister’s face
By doing so, we are following the prophet’s sunnah and will be rewarded for it Insha’Allah.

10. Spread the greeting of “Salam”
This should be done with those [sisters] we know or never met before. The prophet (Peace be upon him) said: “You will not enter paradise until you believe, and you will not believe until you love one another. Shall I tell you about something which, if you do it, will make you love one another? Greet each other with Salam.”
[Muslim]

In conclusion, let’s renew our intentions and make sure we are doing all these good deeds sincerely for Allah’s sake and following the footsteps of our beloved prophet Muhammad and his companions (May Allah be pleased with them all).

Authored by Dina Aboubasha
Edited by Nasmira Firdous

Umur 82 Tahun, Hafal Al Qur’an

Umur 82 Tahun, Hafal Al Qur’an

UMMU Shalih. 82 tahun, mulai menghafal Al-Qur’an pada usianya yang ke-70. Tamasyanya ke taman hafalan Al-Qur’an, sungguh sangat menginspirasi. Cita-citanya yang tinggi, kesabaran, dan juga pengorbanannya patut kita teladani.

Inilah hasil wawancara dengan Ummu Shalih yang dimuat Majalah Ad-Dakwah di Malaysia.

Motivasi apa yang mendorong Anda untuk menghafalkan Al-Qur’an pada umur yang setua ini?

Sebenarnya, cita-cita saya untuk menghafal Al-Qur’an sudah tumbuh sejak kecil. Kala itu ayah selalu mendoakanku agar menjadj hafizhah Al-Qur’an seperti beliau dan juga seperti kakak laki-lakiku. Dari hal itulah, aku mampu menghafal beberapa surat —kira-kira 3 juz.

Ketika usiaku menginjak 13 tahun, aku menikah. Tentu setelah itu aku tersibukkan dengan urusan rumah dan anak-anakku. Ketika aku dikaruniai 7 (tujuh) orang anak, suamiku wafat. Karena ketujuh buah hatiku masih kecil-kecil, maka seluruh waktuku tersita untuk mengurusi dan mendidik mereka.

Nah, ketika mereka sudah dewasa dan berkeluarga, maka waktu ku pun kembali luang. Dan hal yang pertama kali aku tunaikan adalah mencurahkan tenaga dan waktuku untuk mewujudkan cita-cita agungku yang tertunda untuk menghafal Kitabullah Azza wa Jalla.

Bagaimana awal perjalanan Anda dalam menghafal?

Aku mulai menghafal kembali ketika putri bungsuku masih duduk di bangku Tsanawiyah (SMP). Dia salah satu putriku yang paling dekat denganku, dan dia sangat mencintaiku. Sebab kakak-kakak perempuannya telah menikah dan disibukkan dengan kehidupan baru mereka. Sedangkan, dia (putri bungsuku) tinggal bersamaku. Dia sangat santun, jujur, dan mencintai kebaikan.

Putri bungsuku pun bercita-cita untuk menghafal Al-Qur’an—terlebih ketika ustadzahnya menyemangati dirinya. Dari sinilah, saya dan juga putri bungsuku menghafal Al-Qur’an, setiap hari 10 ayat.

Bagaimana metode yang Anda gunakan untuk menghafal?

Setiap hari, kami hanya menghafal 10 ayat saja. Pada ba’da Ashar, Kami selalu duduk bersama. Putriku membaca ayat, kemudian aku menirukannya hingga 3 (tiga) kali. Setelah itu putriku menerangkan makna dari ayat-ayat yang Kami baca. Lantas membaca kembali ayat-ayat tersebut hingga 3 (tiga) kali.

Keesokan harinya, sebelum berangkat ke sekolah putriku mengulangi ayat-ayat tersebut untukku. Tak cukup itu saja, saya pun menggunakan tape recorder untuk mendengar murattal Syaikh Al-Hushairi, dan aku mengulanginya hingga 3 (tiga) kali. Aku pun mendengar murattal tersebut pada sebagian besar waktuku.

Kami menetapkan hari Jum’at, khusus untuk mengulangi kembali ayat-ayat yang kami hafal selama satu pekan. Demikian seterusnya, saya dan putri bungsuku selalu menghafal ayat-ayat Al-Qur’an dengan cara tersebut.

Kapan Anda selesal menghafal seluruh Al-Qur’an?

Kira-kira 4,5 tahun berjalan aku sudah hafal 12 Juz dengan cara yang telah saya sebutkan. Kemudian putriku pun menikah. Ketika suaminya mengetahui kebiasaan kami, dia pun mengontrak sebuah rumah yang dekat dengan rumahku untuk memberikan kesempatan kepadaku dan putriku untuk menyempurnakan hafalan kami.

Semoga Allah membalas kebaikan menantuku dengan kebaikan yang lebih baik. Dialah yang selalu menyemangati kami, bahkan terkadang dia menemani kami untuk menyimak hafalan kami, menafsirkan ayat-ayat yang kami baca, dan juga memberikan pelajaran-pelajaran berharga kepada kami.

Tiga tahun kemudian, putriku tersibukkan dengan urusan anak-anaknya dan pekerjaan rumahnya. Sehingga tidak bisa melazimi kebiasaan yang telah kami jalani. Putriku pun merasa khawatir hafalanku menjadi terbengkalai. Maka, putriku pun mencarikan untukku seorang ustadzah agar dapat menemaniku menyempurnakan hafalanku.

Dengan taufik Allah Azza Wajalla aku pun telah purna menghafalkan seluruh Al-Qur’an. Semangat putriku pun masih membara untuk menyusulku menjadi hafizhah Al-Qur’an. Bahkan, tidak mengendur sedikit pun.

Cita-cita Anda sangat tinggi, dan Anda pun telah mewujudkannya. Siapakah sosok wanita di sekitar Anda yang selalu mendukung Anda?
Motivasi saya telah jelas dan terang. Putri-putriku, juga para menantu perempuanku pastinya selalu mendukungku. Walau hanya satu jam, kami sepakat untuk mengadakan pertemuan sepekan sekali. Dalam pertemuan itu kami menghafal beberapa surat, dan saling menyimak hafalan. Terkadang pertemuan itu pun macet. Tetapi kemudian mereka bersepakat kembali untuk bertemu. Saya yakin, niat mereka semua sangat baik.

Tak ketinggalan pula, cucu-cucu perempuanku yang selalu memberikan kaset-kaset murattal Al-Qur’an. Hingga aku pun selalu memberi mereka bermacam-macam hadiah.

Awalnya, tetangga-tetanggaku juga tidak simpatik dengan cita-citaku. Mereka selalu mengingatkanku betapa sulitnya menghafal di usia yang daya ingatnya telah lemah. Tetapi ketika mereka melihat kebulatan tekadku, akhirnya mereka pun berbalik mendukung dan menyemangatiku. Ada di antara tetanggaku yang juga ikut tersulut semangatnya untuk menghafal, dan sedikit demi sedikit hafalannya pun mulai bertambah.

Ketika tetangga-tetanggaku mengetahui bahwa aku telah purna menghafal seluruh Al-Qur’an, mereka pun sangat berbahagia. Hingga kulihat air mata bahagia menetes di pipi mereka.

Sekarang, apakah Anda merasa kesulitan untuk muraja’ah (mengulangi) hafalan?
Saya selalu mendengarkan murattal Al-Qur’an, dan menirukannya. Demikian juga ketika shalat, saya selalu membaca beberapa surat panjang. Terkadang pula saya meminta salah seorang putriku untuk menyimak hafalanku.

Di antara putra-putri Anda, adakah yang juga hafizh seperti Anda?
Tak ada satu pun dari mereka yang hafal keseluruhan Al-Qur’an. Tetapi, insya Allah mereka selalu berusaha mencapai cita-cita menjadi hafizh. Semoga Allah menyampaikan mereka pada hal tersebut dengan bimbingan-Nya.

Setelah hafal Al-Qur’an, tidak terpikirkan untuk menghafal hadits?
Saat ini, saya telah hafal 90 hadits, dan saya tetap berkeinginan untuk melanjutkannya, Insya Allah. Saya menghafalnya dengan mendengarkan dari kaset. Pada setiap akhir pekan, putriku membacakan untukku 3 (tiga) hadits. Sekarang, saya telah mencoba untuk menghafal hadits lebih banyak lagi.

Setelah kurang lebih 12 tahun Anda disibukkan dengan menghafal Al-Qur’an, perubahan apa yang Anda rasakan dalam kehidupan Anda?
Benar, saya merasakan perubahan yang mendasar dalam diri saya. Walau sebelum menghafal–untuk Allah segala pujian—saya selalu menjaga diri untuk senantiasa dalam ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Setelah disibukkan dengan menghafalkan Al-Qur’an, justru saya merasakan kelapangan hati yang tak terkira, dan sirnalah seluruh kecemasan dalam diriku. Saya pun tidak pernah menyangka akan terbebas dari perasaan khawatir terhadap urusan-urusan yang menimpa anak-anakku.

Moral dan spiritku benar-benar terangkat. Hingga aku pun rela berpayah-payah untuk mewujudkan kerinduanku dalam mewujudkan cita-citaku. Inilah nikmat terbesar yang diberikan oleh Sang Khaliq Azza Wajalla kepadaku sebagai wanita tua, suami pun telah tiada, dan juga anak-anaknya pun mulai berkeluarga.

Di saat wanita lanjut usia lainnya terjebak dalam angan-angan dan lamunan. Tetapi aku —segala puji hanya untuk Allah— tidak merasakan hal yang demikian. Saya benar-benar tersibukkan dengan urusan besar yang memiliki faedah di dunia dan akhirat.

Ketika itu, apakah Anda tidak berpikir untuk mendaftarkan diri pada sebuah pesantren penghafal Al-Qur’an?
Pernah beberapa wanita yang mengusulkan kepadaku, tapi saya adalah wanita yang terbiasa untuk berdiam diri di dalam rumah dan jarang sekali keluar rumah. Alhamdulillah, karena putriku telah mencukupi segalanya dan membantuku dalam segala urusan. Sungguh, putriku benar-benar tidak ada duanya. Aku pun telah banyak mengambil pelajaran darinya.

Apa saran Anda kepada wanita yang telah lanjut usia, dan menginginkan untuk dapat menghafalkan Al-Qur’an, tetapi terhalang oleh rasa khawatir dan merasa tidak mampu untuk melaksanakannya?
Saya katakan, “Jangan berputus asa terhadap cita-cita yang benar. Teguhkanlah keinginanmu, bulatkan tekadmu, dan berdoalah kepada Allah di setiap waktu. Kemudian, mulailah sekarang juga. Setelah umurmu berlalu dan kau curahkan seluruhnya untuk memenuhi tanggung jawab sebagai ibu rumah tangga, mendidik anak, dan mengurus suami. Maka sekarang saatnyalah Anda memanjakan diri. Bukan berarti kemudian memperbanyak keluar rumah, memuaskan diri dengan tidur, bermewah-mewah, dan banyak beristirahat. Tetapi memanjakan diri dengan amal shalih. Hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kita memohon khusnul khatimah.

Nasihat Anda terhadap para remaja?

Jagalah Allah, niscaya Allah akan menjagamu. Nikmat Allah berupa kesehatan, dan banyaknya waktu luangmu, maksimalkanlah untuk menghafal kitab Allah Azza Wa Jalla. Inilah cahaya yang akan menyinari hatimu, hidupmu, dan kuburmu setelah engkau mati.

Jika kalian masih memiliki ibu, bersungguh-sungguhlah dalam membimbingnya menuju ketaatan kepada Allah. Demi Allah, tidak ada nikmat yang lebih dicintai seorang ibu kecuali seorang anak shalih yang mau menolongnya untuk mendekatkan diri kepada Allah Azza Wa Jalla.

[Koin untuk penghafal qur’an]

Copy paste dr group sblh..

Tuesday, 9 June 2015

Rahsia buat anak solat tanpa disuruh

RAHSIA  BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU
DISURUH….DIBEBEL…DAN DIPUKUL?
-MAHA SUCI ALLAH SWT-
Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak
solat.
Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.
Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.
Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.
Saya rasa sangat marah… dah la tak solat…menipu pulak…
Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya….
Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.
Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.
Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah
bagi warning… tapi anak saya tetap tak berubah… susah
dan liat nak solat..
Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.
Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.
Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan
berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk
solat.
Tak perlu disuruh….
Kawan  ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya
solat tanpa perlu disuruh..
Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni
dan saya masih amalkan sampai sekarang”
Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.
Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je…
doa.. doa.. dan doa….
Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan
saya yang dulu liat solat dah mula berubah…
solat tak perlu disuruh dah…solat Subuh pun boleh bangun
sendiri, tak payah saya kejutkan.
Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut
kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah …
“Rabbij ‘al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa
wataqobbal Du’aa’…..

[14:40] “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”
.
Sila share jika rasa ilmu ini bermanfaat…

Monday, 8 June 2015

Amalan bulan Ramadhan

Dalam bulan ramadhan, Rasulullah spt tidak kenal anak isteri kerana dilipat kali ganda utk melakukan ibadah. Terutama 10 malam terakhir.

Amalan dlm bulan Ramadhan
1- Siang hari, bykkan mengaji Al-Quran. Wajib khatam Al-Quran 2 kali setahun. Dalam Ramadan, sekali.
2- Malam hari, baginda solat sunat terawih.
3- Perbanyakkan ucapan zikir, Ashaduallailahaillah, Waashanduannamuhammadarrasulullah.
4- Perbanyakkan Istigfar. Allah rantaikan syaitan yg degil, Allah menjanjikan keampunan. Waktu terbaik istigfar, waktu sebelum sahur.

Saturday, 6 June 2015

Reclaim your heart by Yasmin Mogadeh

Be in the world as a traveller. Always traveller. Difficulties we face today will be different tomorrow..

Solat & zikir.

Hope  - Allah mercy. Never too late until we die.

Pondok Motivasi - Kaya

Kategory kaya:-

1- Kaya dalaman
2- Kesihatan
3- Legasi - Ilmu yg bermanfaat, doa anak soleh & sedekah jariah.
4- Perhubungan - ukhwah yg baik
5- Kerjaya
6- Pengalaman
7- Ekonomi - Business yang mendapat redha Allah. Bertawakal kpd Allah, Allah akan memberI rezeki tanpa disangka2.

Tuesday, 2 June 2015

Amalan yang mendapatkan doa para Malaikat

Sharing kuliyah cinta ilmu tv-alhijrah ptg td,ustaz badli shah..

Amalan yg mendapatkn doa para malaikat;

1. Sentiasa tidur dlm keadaan berwuduk
2. Menunggu waktu solat
3. Duduk sof dpn dlm solat
4. Menyambung sof dlm solat
5. Mengaminkn alfatihah dlm solat
6. Duduk di tempat solat selepas selesai solat
7. Solat subuh n asar bjemaah
8. Mdoakan saudaranya tanpa diketahui oleh saudaranye
9. Infaq fi sabilillah

Jom amalkan��

Tuesday, 26 May 2015

Hiasi bibirmu dgn perkataan yg baik

Hiasi bibirmu dgn perkataan yang baik atau jika tidak mampu diam.

Ajak orang buat baik dgn hikmah.

Jaga lisan..

Jangan cakap tapi tak buat.. Buat apa yang kita cakap.

Sejahteralah orang yang lisan yang baik. Allah sayang..

Merenungi Nikmatnya dr sebatang Gigi

#Tazkirah Tuesday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

"Merenungi NikmatNya dari sebatang Gigi"

Pernahkah anda berpikir berapa banyak nikmat yang telah Allah berikan selama ini?

Pernahkah anda merenungkan berapa besar karunia yang telah Dia limpahkan hingga sekarang?

Saya yakin ramai dari kita yang sudah mencuba merenungi nikmat-Nya. Sebut saja nikmat pada tubuh manusia. Saya sendiri tak pernah putus merenungi kebesaran-nya dalam tubuh saya sendiri. Nikmat-Nya  mulai dari ujung rambut hingga telapak kaki. Nikmat yang tak pernah habis saya hitung.

Kebelakangan ini saya tersedar oleh salah satu nikmat pada tubuh ini. Nikmat yang semua orang miliki namun kebanyakan mereka tak menyedarinya.

Nikmat itu adalah memiliki gigi yang sihat. Nampak simple bukan?

Tapi hal simple itulah yang menginspirasi saya untuk menulis artikel ini.

Satu hal yang membuat saya sedar adalah harga dari sebuah gigi.

Satu gigi yang tanggal memerlukan kos untuk mengganti baru. Itupun palsu dengan kualiti yang jauh berbeza dari yg asal.

Justeru itu betapa kerdil dan dhaifnya diri kita klu nk d bndingkan dgn satu gigi kurniaan dari sang Pencipta.

Marilah kita renungi hadith nabi s.a.w:-
Dari Ibn Abbas r.a berkara, Rasulullah saw telah bersabda:

“Dua nikmat yang sering memperdaya manusia: Kesihatan dan kelapangan masa”. (Fathul Bari: 11/29/6412, Tuhfatul Ahwazi: 6/589/2405)

Pengajaran yang boleh kita kongsikan bersama ialah.

Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pastilah kamu tidak dapat menghitungnya.

Allah swt telah mengurniakan nikmat kepada hambanya  yang tidak mampu dihitung banyaknya. Firman Allah:

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An-Nahl: 18)

“ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.(An-Nahl: 78)

“Katakanlah: "Dia-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur”. (Al-Mulk: 23)

Hai manusia, apakah yang Telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu yang Maha Pemurah.7.  Yang Telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang,8.  Dalam bentuk apa saja yang dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu”. (Al-Infithar: 6-8)

Bukankah kami Telah memberikan kepadanya dua buah mata,9.  Lidah dan dua buah bibir.10.  Dan kami Telah menunjukkan kepadanya dua jalan”. (Al-Balad: 8-10)

Menurut Mujahid: “Ini semua adalah nikmat-nikmat dari Allah yang saling bergandingan. Dengannya Allah menjadikan kamu bergembira dan tenang, supaya kamu bersyukur. Pada suatu malam, al-Fudhail menangis ketika membaca ayat ini. Lantas beliau ditanya tentang tangisannya. Lalu beliau menjawab: “Adakah anda pernah tidur pada satu waktu malam dalam keadaan kamu bersyukur kepada Allah kerana Dia menjadikan untuk kamu dua pasang mata yang dengannya kamu dapat melihat? Adakah kamu pernah tidur pada suatu malam dalam keadaan bersyukur kepada Allah kerana Dia menjadikan untuk kamu lidah yang dengannya kamu bertutur? Beliau mengulangi bentuk pertanyaan ini. (Jami’ Ulum wal Hikam 2/75)

Semoga bermanfaat.."sakit kaffarah dosa"..Semoga Allah tetapkan hati kita sebagai hambaNYA yang sentiasa bersyukur.Aamiiin

Saturday, 23 May 2015

Liqa' Adik Beradik - Apabila Allah SWT mencintaimu

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

APABILA ALLAH S.W.T. MENCINTAIMU..........

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Kudri r.a. bahawa seseorang lelaki telah datang kepada Rasulullah ﷺ lalu berkata:

"Wahai Rasulullah! Hartaku telah musnah, dan badanku pula sakit"

Maka, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tiada apa-apa kebaikan pada seorang hamba yang tidak musnah hartanya, dan tidak sakit badannya. Sesungguhnya, apabila Allah cinta kepada seseorang hamba, Dia akan mengujinya, Apabila mengujinya, Allah menjadikannya sabar (dalam menghadapi ujian itu)".

Berhubung dengan perkara ini, Syeikh Ibn A'tha'illah berkata:
"Boleh jadi Allah memberi kepadamu (kekayaan dan kesenenangan dunia), tetapi Dia menghalangmu (daripada mendapat taufik dan hidayah-Nya). Boleh jadi Dia menghalangmu (daripada kesenangan dan kemewahan dunia), tetapi Dia memberi kepadamu (taufik dan hidayah-Nya)".

Boleh jadi Allah SWT mengurniakan kepadamu apa yang disukai hati dan nafsumu. Tetapi sebenarnya, Dia menghalangmu daripada memperolehi taufik untuk taat dan menjadi dekat kepada-Nya. Sedangkan nikmat yang lebih besar dan mulia ialah taufik Allah SWT kepadamu untuk melakukan amalan taat dan menjadi hampir kepada-Nya.

Sebaliknya, boleh jadi Allah SWT menghalangmu daripada mendapat apa yang diinginkan nafsumu. Tetapi Dia mengurniakan kepadamu taufik yang menjadi matlamat para salihin di jalan Allah SWT

Allah SWT berfirman (yang bermaksud):
“(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
(Surah al-Fajr: 15-16)

Kesimpulannya ialah:

1) Apabila Allah SWT tidak memberi nikmat dunia tetapi yang diberikan olehnya ialah nikmat taufiq dan petunjuk kepada orang taat dan beribadah, bererti itu adalah kurnia yang paling baik.

2) Apabila Allah SWT memberi nikmat dunia, tidak memberi nikmat taufiq dan petunjuk ke jalan benar, bererti itu bukan kurnia yang hakiki dan bukan nikmat atau rahmat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, selamat beramal.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Wednesday, 20 May 2015

Tafsir Surah Isra':12-15

Kuliah Tafsir

Sesiapa yang menunaikan kewajipan, tinggalkan mungkar.. faedah untuk diri sendiri. Siapa yang mungkar dia hanya menyesatkan diri sendiri.

Hidayah dapat bila kita mujahadah. Menahan nafsu.

Jadilah generasi yg melawan nafsu, bukan melayan nafsu.

Monday, 18 May 2015

Tazkirah Kelebihan Membaca Al-Quran

Kelebihan Membaca Al-Quran

1) Mengaji Al-Quran dapat membetulkan kita dr menyimpang / menyeleweng.

2) Keajaiban akan berlaku. Kisah orang kaya yang jatuh miskin jadi pemandu lori. Tetapi bangun kembali setelah mengamalakan Solat Dhuha, mengaji Al-Quran pagi, tengahari & malam, sedekah tanpa kira.

3) Satu huruf = 10 pahala.

Sunday, 17 May 2015

Pesanan Hasan Al Bakri

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

�� Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara boleh menjadikan arah hidup seseorang itu berbeza dengan yang lain.

Jadi, belajarlah drp ramai guru, banyakkan membaca untuk tambah ilmu, minta Allah SWT beri petunjuk dan mohon agar Allah SWT bimbing kehidupan kita.
Semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah kpd kita semua

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

Friday, 15 May 2015

5 M Untuk Bergelar Jutawan Akhirat

#Tazkirah Friday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

#5 M Untuk Bergelar Jutawan Akhirat#

Antara tajuk tazkirah yang tidak boleh saya lupakan ialah bagaimana menjadi guru seperti Rasulullah. Jika berjaya, seorang guru itu mungkin mampu bergelar jutawan di akhirat kelak.  Gelaran 'jutawan akhirat' itu benar-banar menarik perhatian saya.  Siapa tidak mahu bergelar jutawan?  Di dunia lagi gelaran ini sudah menjadi idaman apatah lagi bergelar jutawan di akhirat sana! Jika serius mahu ke syurga dengan tiket seorang guru, seriuslah juga membentuk diri menjadi guru seperti Rasulullah s.a.w. Kata Ustaz Shopuan Anuar semasa berkursus di Langkawi 2010, jika mahu menjadi guru seperti Rasulullah s.a.w, guru perlu ada dan faham tentang  personaliti 5M berikut:

Guru sebagai MUDARRIS
Mudarris bermaksud pengajar iaitu menyampaikan segala ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada anak didik. Guru perlu mengajar tanpa jemu dan bosan sebagaimana Rasulullah tabah berdakwah bertahun lamanya kepada penduduk Mekah.  Kesannya mungkin tidak serta merta tetapi percayalah jika air sentiasa menitis di batu pasti tampak lekuknya satu hari nanti!

Guru sebagai MUALLIM
Muallim bermaksud orang yang berilmu dan menyampaikan. Bererti guru perlu berilmu terlebih dahulu. Guru jangan menyampaikan sesuatu ilmu yang dia sendiri kurang pasti.  Bimbang yang diajar menjadi sesat.  Seharusnya guru bersungguh-sungguh mendalami sesuatu ilmu sebelum mengajarkannya kepada orang lain. Seperti Rasulullah s.a.w yang berguru terus dengan Allah sebelum menyampaikan dakwah kepada umatnya.

Guru sebagai MUADDIB
Muaddib bermaksud pendidik adab dan akhlak.  Guru bukan sekadar mengajar ilmu tetapi juga bertanggungjawab dalam menyemai sifat-sifat mahmudah ( sifat terpuji ) di kalangan anak didiknya.  Tidak kira apa mata pelajaran yang diajar, guru mesti menerapkan nilai-nilai murni seorang mukmin.  Jangan anggap  tugas mendidik akhlak dan rohani pelajar ini tanggungjawab guru-guru agama sahaja!

Guru sebagai MURABBI
Murabbi bermaksud penjaga dan pemelihara.  Bagaimana guru boleh menjaga dan memelihara?  Di sinilah uniknya sifat pekerjaan seorang guru.  Seperti Tuhan, Dia menciptakan hambanya kemudian adakah Dia membiarkan begitu sahaja?  Tidak sama sekali. Setiap hamba dipelihara perjalanan hidup dan rezekinya oleh  Allah.  Begitu juga guru.  Bukan sekadar mencipta pelajar-pelajar yang pandai dan cemerlang tetapi guru juga perlu memelihara kebajikan para anak didiknya.

Guru sebagai MURSYID
Mursyid bermaksud pembimbing jalan yang benar.  Guru harus membimbing manusia ke arah kebenaran.  Satu tugas warisan para nabi dan rasul. Membimbing jiwa-jiwa yang jauh terleka kembali berada di atas landasan yang diredhai Allah.  Hebatnya tugasan ini. Hanya bergelar  seorang guru sudah persis seorang pendakwah di alam maya ini!

Kesimpulannya di sini, guru perlu mencorak peribadinya terlebih dahulu sebelum mencorak peribadi anak-anak pelajarnya.  Rasulullah s.a.w sendiri menjadikan dirinya ‘Qudwah Hasanah’ ( contoh terbaik ) dalam berdakwah kepada manusia.  Ini kerana sifat manusia cenderung menurut apa yang dilihatnya.  Janganlah sampai terkeluar lagi istilah guru “kencing berdiri, murid kencing berlari”. Kuasailah personaliti hebat 5M ini. InsyaAllah anak-anak pelajar yang dibentuk oleh kita pasti akan hebat mindanya, hebat jiwanya, hebat sahsiahnya dan yang paling penting dialah hamba Allah yang cemerlang di dunia dan akhirat sana.

Jika seorang pelajar begini sudah memberi puluhan pahala kepada gurunya, bayangkan jika ada ribuan lagi pelajar yang sama.  Bererti tidak sedikit lagi pahala yang dikaut.  Maka sudah pasti teramat  layaklah  guru itu bergelar "jutawan akhirat"!

#Selamat Hari Guru 16 Mei 2015#

Thursday, 14 May 2015

Kaya dr Ustaz Roslan Mohamad

Kaya oleh Ustaz Roslan Mohamad

Paling takut dalam nak kaya ialah:-

1) Tiada masa untuk Allah lagi.. tak sempat nak berdoa..

2) Tidak fikir halal haram. Punca rezeki haram, nerakalah tempatnya. Allah tak terima doanya.. Rasulullah saw ada hamba Allah sesat di padang pasir, rezeki tak halal, Allah tak makbulkan doanya.

3) Kedekut untuk menyumbang. Sedekah jariah tak miskinkan kita.

Kaya, pangkat dalam Islam ialah satu amanah, bukan kemuliaan. Biarlah kekayaan diwarnai dgn keimanan.

Bila ada harta, perlu beri:-
1) Zakat - 2.5% dari hasil
2) Sedekah - Bawa syiling pg mana2 untuk sedekah

Kesimpulan
Untuk menjadi kaya tidak susah. Tetapi untuk menjadi org kaya yang bertakwa susah.

1) Dahulukan takwa kerana Allah, bila aku kaya, aku bertakwa pd Allah.
2) Kaya paling besar ialah kaya jiwa, kaya hati, kaya iman, kaya akhlak. Kemenangan kita pd Allah.

Monday, 11 May 2015

Hadith 18 oleh Ustaz

Hadith 18

Tempat yang pasti untuk kita duduk & perlukan persediaan adalah kubur.
Manusia itu sering lalai..

Kubur orang beriman lapangnya 70 hasta. Diberi pakaian indah. Diberi satu pintu nampak syurga. Kalaulah kamu mampu menghimpun seluruh arkitek dlm syurga pun tak mampu tandingi. Orang beriman excited nak tunggu hari kiamat sebab nak masuk syurga.

Kubur orang api neraka. Sempit.

Antara cara elak kena dlm siksa dlm kubur

1) Solat awal waktu. Kita boleh pilih antara tv atau Allah. Perlu seronok dgn Allah.

2) Baca Mulk setiap malam.

3) Baca Qul huwallah ketika waktu dekat dgn sakatulmaut.

4) Doa minta jauhi fitnah dajjal.

5) Paksa diri bangun tahajud.

6) Bacalah Al-Quran.

Saturday, 9 May 2015

Bersediakah Kita Untuk Mati

#Tazkirah Saturday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

"Bersediakah Kita Untuk Mati"

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami!Kematian itu PASTI.Sama2lah kita ingat-meningati. Semoga semua kita diberakhir dgn disayangi Ya Rabbi.

Friday, 8 May 2015

Session with Megat Marwan Megat Muzafar

Mengatasi ketakutan

Bina matlamat - lifestyle yg kak fatin nak.
Apa yang sy buat skrg dpt membantu sy mencapai matlamat sy.
Create a need to change.
Letak matlamat kat tmpt yg kita selalu tgk. Kena fikir selalu agar dapat menghasilkan tindakan..
Create a bigger reason than your fear.
Dengar tony robins. Ambil points & cerita.
Setiap dr kita dicipta dgn blueprint sendiri.

Goal setting
Reasoning

Kelebihan Berjalan Menuju ke Masjid

#Tazkirah Friday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Kelebihan Berjalan Menuju ke Masjid

Daripada Buraidah RA daripada Nabi ﷺ  sabdanya, “Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kelaparan ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang  paling sempurna pada hari kiamat”.
(Hadith Riwayat:  Abu Daud dan al-Tirmizi)

Huraian Hadith:

1. Kelebihan orang yang berjalan menuju ke suatu tempat dengan niat untuk menunaikan sembahyang, terutama sembahyang isyak dan subuh, di mana Allah SWT akan memberi cahaya pada hari akhirat kelak semasa mereka di padang mahsyar.

2. Orang yang paling banyak mengerjakan amal ibadat di dunia akan mendapat balasan baik dan syafaat daripada amalan-amalan tersebut, serta syafaat daripada Allah dan Rasulnya.

Sekian, selamat beramal.

والله أعلم

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Thursday, 7 May 2015

Amalan Bulan Rejab

Amalan di Bulan Rejab

1) Menghidupkan malam bulan Rejab dgn pelbagai ibadah.

2) Solat sunat 20 rakaat selepas Maghrib. Sesiapa yang solat sunat 20 rakaat slps Maghrib (fatihah & qul huwallah) akan selamat dia & keluarganya akan dilindungi dr bencana (bencana terbesar ialah hilang iman).

3) Puasa sunat - Puasa 10 hari akan dikabulkan permintaan oleh Allah.
Bulan Rejab Malaikat mentulikan dirinya dr mencatat amalan dosa.

4) Perbanyakkan selawat.

5) Perbanyakkan kasih sayang.

6) Zikrullah. Terutama zikir lailahaillallah.

7) Sedekah. RM1 Allah akan darab 10.

8) Perbanyakkan qiamulail - 2/3 malam Allah turun ke langit dunia, Allah buat announcement siapa yang minta ampun Allah ampun, siapa yang berdoa Allah akan kabulkan

9) Baca Al-Quran. Cuba 10 juzuk Rejab, Syaban & Ramadhan.

10)

Sunday, 3 May 2015

Doa untuk Mok Ani..

Doa untuk Mok Ani..

Di saat blog ini ditulis, saya dalam perjalanan dari kampung saya, Terengganu ke Kuala Lumpur. Saya mendapat perkhabaran yang ibu saudara yang saya kasihi sedang sakit tenat akibat barah payudara yang dihidapi beliau. Terlalu sedih untuk saya nyatakan perasaan saya ketika ini. Hanya doa sahaja yang dapat menjadi penenang hati & bantuan yang mampu saya buat untuk Mok Ani.

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah..
Ampunilah seluruh dosa Mok Ani.. Terimalah seluruh amalan Mok Ani..

Maha Suci Allah..
Tempatkanlah Mok Ani dikalangan ahli syurga yang tertinggi darjatnya. 

Ya Tuhanku..
Bantulah Mok Ani untuk menyebut kalimah Lailahaillallah ketika penghujung nyawanya.. Lindungilah beliau dr syaitan yang direjam.

Ya Rahman..
Bantulah kami & keluarga Mok Ani untuk melalui saat yang sukar ini..

Ya Rahim..
Sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepadamu jua tempat kembali. Gantikanlah ujian ini dengan sesuatu yang lebih baik untuk kami semua..

Aminyarabbal alamin...

Tip Amalan Harian : 15 Sunnah Rasulullah ﷺ

#Tazkirah Sunday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللهم صل على سيدنا محمد

Tip Amalan Harian : 15 Sunnah Rasulullah ﷺ

Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad ﷺ dan ia menjadi sunnah  buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah  ‘soleh wa musleh’.

1.     Senyuman
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah ﷺ.”
(Riwayat At-Tirmidzi)

2.     Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah ﷺ lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.” 
(Hadis riwayat Muslim)

3.     Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda ﷺ ialah pakaian Qamis).”
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

4.     Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).”
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

5.     Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah ﷺ memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.”
(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)

6.     Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah ﷺ makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan  Baginda menjilati ketiga-tiganya.”
(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

7.     Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah ﷺ minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.”
(Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)

8.     Bersilaturrahim

Rasulullah ﷺ bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”  
(Riwayat Ibnu Majah).

9.     Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah ﷺ berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)

10.  Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah ﷺ  mengulangi  perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)

11.  Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad ﷺ   hanyalah senyuman.”
(Riwayat Tarmizi )

12.  Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi ﷺ  menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’”
(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

13.  Tidur

Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah ﷺ selalu menadahkan  kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda ﷺ lakukan sebanyak tiga kali.”
(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

14.  Membaca al-Quran

Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah ﷺ  membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah ﷺ  membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah.
(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

15.  Ibadah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah ﷺ melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda ﷺ menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.”

(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...