Friday, 26 April 2019

Maaf ikhlas dariku

Maafkan aku

Maafkan aku jika kata-kataku pernah mengguris hatimu..
Maafkan aku jika ada janji yang tidak dapat kutepati..
Maafkan aku jika amanah yang belum selesai..
Maafkan aku jika aku tidak dapat memenuhi jemputanmu..
Maafkan aku jika aku terlupa membalas senyuman atau setiap mesejmu..

Nukilan,
Fatin Farhana Mohd Azemi

Wednesday, 24 April 2019

Petua Berubah

Petua Berubah oleh Ustaz Mohd Pahrol Juoi - 3S 2I

S - Sendiri (bermula dari diri sendiri)
S - Sedikit -demi sedikit
S - Sekarang
I - Ikhlas (mulakan kerja dengan istigfar)
I - Istiqamah

Thursday, 18 April 2019

Doa Harian Fatin

Nak masuk syurga? Taat Allah, Rasul & Suami
Mulakan hari dgn menyebut Alhamdulillah & Istigfar Bismillahirahmanirrahim..

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku. Permudahkanlah seluruh urusanku pada hari ini.. Berilah aku ketenangan, kekuatan (spiritual, mental & fizikal), kesabaran, keyakinan, kebijaksanaan, kepantasan & kecekapan untuk aku melaksanakan tanggungjawabku sbg hambaMu dan KhalifahMu dgn sebaik-baiknya sehingga selesai. Begitu juga untuk suamiku, anak-anak kami, kedua-dua ibubapa kami, adik beradik kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.

Kurniakanlah kami ilham agar kami dapat menjalankan kerja dengan produktif dan berkualiti, diberikan kejayaan dalam pekerjaan kami, keberkatan yang dapat memberikan kebaikan dunia & akhirat. Ampunilah dan permudahkanlah urusan kami. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik pengurus alam.. Hanya kepadaMu aku berserah..

Aminn Yarabbal alamin..

Wednesday, 10 April 2019

Sombong

Bismillah...
Assalamu alaikum

Syurga Bukan Untuk Yang Sombong

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ (رواه مسلم )

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan." Seorang laki-laki bertanya, "Sesungguhnya laki-laki menyukai apabila baju dan kasutnya bagus - cantik (apakah ini termasuk kesombongan)?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya Allah itu cantik dan  menyukai yang cantik, kesombongan itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia." (HR Muslim : 131)

Saudaraku,

✍ Sombong adalah sifat iblis, bila merasa dirinya lebih baik dari yang lain dan menderhaka dengan perintah Allah.
Imam Nawawi  berkata: Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka, serta menolak kebenaran

✍ Tidak masuk syurga sesiapa yang memiliki sifat sombong dalam dirinya walaupun sebesar biji sawi.
Maksud sombong itu disebut dalam kitab riyadussolihin, menolak kebenaran adalah dengan menolak dan berpaling dari kebenaran agama ini serta ragu dan tidak mahu menerimanya. Sedangkan meremehkan manusia yakni merendahkan dan meremehkan orang lain, memandang orang lain tidak ada apa-apa dan melihat dirinya lebih dibandingkan orang lain.

✍ Suka kepada kecantikan pakaian tidak termasuk kepada sifat kesombongan, kerana itu semula jadi manusia yang suka kepada kecantikan dan keindahan.
===============
Ya Rabb, lindungilah kami dari rasa diri lebih baik dari orang lain (sombong)

Friday, 5 April 2019

Taujih bersama Naili Husna

Taujih oleh Naili Husna
5 April 2019
Tadabbur 41:30

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. {41:30}

- Berusahalah untuk istiqamah dalam amal soleh. Jika kita istiqamah dalam beramal, akan melahirkan berani, tenang dan optimis. Melahirkan kebahagiaan dalam diri.
- Berperangai ahli syurga
- Berdoa agar Allah yang mengizinkan kita mampu melaksanakan amal ibadah. Allah yang menggerakkan
- Iman datang dari hati, berusaha untuk membersihkan hati
- Cuba istiqamah baca al mathurat pagi dan petang agar urusan dipermudahkan

Hasil istiqamah:
1. Berani
2. Tenang
3. Optimis

Cara istiqamah:
Beriman dgn lisan, hati, perbuatan

Tuesday, 2 April 2019

Doktor Terbaik

Assalamualaikum....

Sebelum kematiannya, Iskandar Zulkarnain mengarahkan jeneralnya melakukan 3 perkara berikut:

Pertama - Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat.

Kedua - Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

Ketiganya - Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

Ditanya oleh salah seorang Jeneralnya, Iskandar Zulkarnain menjelaskan begini:

1. Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.

2. Aku mahu jalan menuju ke kuburku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati.  Ia tetap akan terus berada di dunia.

3. Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA.

Kesimpulannya:

Tak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati. Pada masa itu terputuslah segala2nya kecuali amal jariah dan warisan2 kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu.

KEBAHAGIAAN HIDUP...

Pada saat kita memakai jam tangan berharga RM500 atau RM50, kedua jam itu menunjukkan waktu yg sama.

Ketika kita membawa beg atau dompet berharga RM500 atau RM50, keduanya sama dapat membantumu membawa sebahagian barang/wang.

Ketika kita tinggal di rumah seluas 50m2 atau 5.000m2, kesepian yg kita alami tetaplah sama.

Ketika kita terbang dengan "first class" atau "economy class", kita akan mendarat di waktu dan tempat yg sama.

Kebahagiaan sejati bukan datang dari harta duniawi.

Jadi ketika kita memiliki pasangan, anak, saudara, teman dekat, teman baru dan lama... lalu kita berbual, bergurau, tertawa, bernyanyi, bercerita tentang berbagai hal, berbagi suka dan duka... itulah kebahagiaan sesungguhnya.

Hal penting yang patut direnungkan dalam hidup:

1. Jangan mendidik anakmu untuk obses menjadi kaya. Didiklah mereka menjadi bahagia. Apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menilai segala sesuatu bukan dari harganya.

2. Kata2 yg terbaik: "Makan makananmu sebagai ubat. Jika tidak, kamu akan makan ubat2an sebagai
makanan."

3. Seseorang yg mencintaimu tidak akan pernah meninggalkanmu kerana walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan menemukan 1 alasan untuk bertahan.

4. Banyak sekali perbezaan antara "manusia & menjadi manusia". Hanya orang bijak yg mengerti tentang itu.

5. Hidup itu antara "B" birth (lahir) dan "D" death (mati). Di antaranya adalah ada "C" choice (pilihan) hidup yang kita jalani. Keberhasilannya ditentukan oleh setiap pilihan kita.

Jika kamu mau berjalan cepat, jalanlah sendirian. Tetapi, jika kamu ingin berjalan jauh, jalanlah bersama sama.

6. Ada 6 "DOKTOR" terbaik:

a. Keluarga.
b. Santai/rehat.
c. Bersenam / solat 5 waktu dan tahajud
d. Makanan yg sihat.
e. Sahabat/kawan.
f. Ketawa.

Pelihara semua itu dalam semua aspek kehidupan & nikmatilah...

Wallahua'lam.

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...