Wednesday, 10 July 2019

Nasihat Ustaz Pahrol Md Juoi buat Fatin

Assalamualaikum.  Kerja itu ibadah. Berpahala. Menolong suami membantu ekonomi keluarga. Berpahala. Perlu mujahadah untuk kuatkan semangat. Kenangkan orang yang tidak ada kerja dan miskin. Nasib mereka lebih malang. Kita ada peluang...usah dipersiakan. Itu rezeki daripada Allah. Terimalah dan buatlah dengan baik. Kenangkan keredhaan Allah dan suami. InsyaAllah semangat akan kembali. Amin.

1) Kerja itu ibadah. Berpahala.
2) Menolong suami membantu ekonomi keluarga. Berpahala.
3) Perlu mujahadah untuk kuatkan semangat.
4) Kenangkan orang yang tidak ada kerja dan miskin. Nasib mereka lebih malang. Kita ada peluang...usah dipersiakan. Itu rezeki daripada Allah.
5) Terimalah dan buatlah dengan baik.
6) Kenangkan keredhaan Allah dan suami. InsyaAllah semangat akan kembali. Amin.

Thursday, 4 July 2019

Parenting Gaya Sheikh Muszaphar

Murid darjah 6 merogol.

Saya tak mahu sentuh pasal tu. Dah jenuh dah.

Cuma saya nak ajak kita pegang dengan satu perkataan ni.

PANTAU.

King of Pantau dalam Malaysia ni pada saya ialah Dr Syeikh Muszaphar.

Masa anak dia pantau.
Kerja sekolah anak dia pantau.
Makan anak dia pantau.
Pembelajaran anak dia pantau.
Hiburan anak dia pantau.
Tunggu beberapa tahun lagi kita tengok calon suami anak-anak yang akan beliau pantau.

Walaupun dia seorang doktor, selebriti, instafamous dan duta pelbagai produk, dia sentiasa punya masa untuk pantau anak. Setiap apa yang bakal masuk ke otak anaknya, perlu melalui tapisan dan piawaian beliau.

Walaupun beliau nampak strict, tapi dipastikan supaya setiap dari tangki emosi anak-anaknya penuh setiap hari
.
Kalau beliau yang sebegitu sibuk tidak meletak sebarang alasan untuk didik anak beliau dengan baik, apa agaknya alasan kita. Dalam memantau anak, tirulah cara beliau.

Nak bagi henfon kat anak pon dia bagi yang betul-betul berfungsi untuk buat panggilan dan mesej sahaja. Betul-betul untuk keperluan. Tak ada ruang untuk anaknya meneroka Bigo,Tiktok tu semua.

Jadi sporting untuk anak, tak ada salahnya. Tapi fikir panjang akan kesan sebelum membuka ruang sporting tersebut. Jangan kesannya sampai melibatkan masalah sosial, akidah dan sikap anak.

Tak kira apapun alasan, telefon pintar tidak wajar untuk jadi pendamping budak sekolah. Anak yang panjang langkah, fikir panjang sebelum belikan motor. Jangan biarkan masa anak terbazir dengan tv dan terperuk di bilik.

Pabila anak bermasalah, kitalah orang pertama yang perlu berubah. Orang yang terakhir untuk give up dengan anak adalah kita.

Mahu anak berdisiplin, kitalah orang pertama yang perlu betulkan disiplin. Bukan pondok tahfiz.

Aduh pedih kenyataan ni.

Tapi itulah kenyataan. Kejayaan anak perlukan pengorbanan seluruh ahli yang hidup serumah dengannya.

Biar mereka menangis sekarang. Jangan kita yang nangis kemudian hari.

Lagi info mengenai kesan gajet di sekolah bit.ly/30dHCXN
.

15 Konsep Didikan Dr Syeikh Muszaphar Kepada Anak-anak:

1. Say 'i love you' pada setiap anak at least 10 times a day.

2. Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti educational.

3. Gunakan sebaiknya Golden Age anak2, iaitu usia 6 tahun pertama.
Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method)
memandangkan fasa ini otak anak2 sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.

4. Inspire & encourage your kids to push their limit so that they will be tough, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

5. Strict with your rules at the same time full of love.

6. Expose anak dengan macam-macam aktiviti aktif. Aktiviti kebajikan cepat mematangkan EQ anak.

7. Kanak2 sukakan rutin. Stick with routine

8. Children never get tired. So gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.

9. Communicate communicate communicate! Kneel down & bend down bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting.

10. Never saya 'no' (its a one way communication). Use a lot of 'WHY'.

11. Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat.

12. Home environment. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.

13. Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.

14. Identify signs of stress & reschedule.

15. EDUCATION STARTS AT THE AGE OF 6,
BUT LEARNING BEGINS AT BIRTH.

Wawa Shauqi
Queen of King Azmi

Follow & See First untuk ilmu keibubapaan dan perkembangan kanak-kanak.

Tuesday, 2 July 2019

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...