Thursday, 30 August 2018

Petua dari DMFK untuk Fatin dan Azhar

AS SALAM PUAN FATIN.  Moga Allah rahmati u sekeluarga.
Ingat hakikat yg ALLAH UJI KITA SETAKAT KEMAMPUAN KITA. Allah tak zalim. Allah benci org yg mudah patah semangat & setan amat suka kpd org yg mudah kecewa, rasa sedih,
TAK YAKIN DIRI, TAK TAHAN TERIMA UJIAN & takde semangat. So segera azam utk berubah jadi lebih positif.
SETIAP MASALAH KERJAYA/ KEWANGAN ATAU CABARAN YG KITA HADAPI DLM KEHIDUPAN KITA MUNGKIN berpunca drp:
1. Hati yg kotor,
2. Minda yg negatif,
3. AMALAN & TINDAKAN TAK BETUL,  
4. Jahil ttg agama & CUAI TTG SOLAT & IBADAH,
5. MASALAH BERPUNCA DRP KWN2 ATAU PERSEKITARAN,
6. SIFAT PERIBADI YG NEGATIF ATAU SIFAT2 MAZMUMAH YG ADA PD DIRI,
7. MISMATCH ANTARA APTITUDE & KERJAYA,
8. USAHA YG BELUM MEMENUHI KEPERLUAN,
9. KURANG REDHA ATAU BERSYUKUR DGN QADA' & QADAR DRP ALLAH SWT,
10. TIDAK SEIMBANG ANTARA KERJAYA & RUMAHTANGGA,
11. Gangguan sihir, santau atau gangguan PARANORMAL yg lain,
12. ALLAH TAHU KITA MAMPU TANGGUNG UJIAN ITU,
13. ALLAH NAK CUCI SEMUA DOSA KITA,
14. ALLAH NAK KITA LEBIH DEKAT KPDNYA,,
15. ALLAH NAK KITA JADI LEBIH KUAT & KENTAL., ATAU
16. UJIAN ALLAH SEMATA MATA KRN SAYANG ALLAH KPD KITA. Cuba semak diri u & kaji  apakah punca sebenar masalah yg u hadapi.
    CUBA GOOGLE "50 TANDA KENA SIHIR" & CEK SAMA ADA U MENGALAMI GANGGUAN PARANORMAL SPT SIHIR NI. JIKA ADA TANDA2 U KENA SIHIR, SEGERA JUMPA USTAZ YG BENAR2 MAHIR MERAWAT GANGGUAN SIHIR NI. INGAT, NABI SAW PUN KENA SIHIR!!!
   ALLAH AMAT PENGASIH & AMAT PENYAYANG. ALLAH TAK PERNAH MENZALIMI HAMBANYA, TAPI HAMBA YG MENZALIMI DIRINYA SENDIRI!
  
   BILA HADAPI DILEMA; NABI SAW BERPESAN: TAKKAN RUGI ORG BERMESY & TAKKAN MENYESAL ORG YG ISTIKHARAH. JUSTERU, LAKUKAN ISTIKHARAH BYK2, KEMUDIAN BINCANG BAIK2 DGN KELUARGA UTK DPT BUAT KEPUTUSAN YG ALLAH REDHA & DI RAHMATI ALLAH.
  
SAYA MMG TAK MAMPU NAK BANTU MENGANALISIS POTENSI DIRI U SUAMI ISTERI BERDASARKAN TARIKH LAHIR SAJA. SAYA CUMA MAMPU BANTU DGN BERHADAPAN & INFO TAMBAHAN YG KRITIKAL.
APA YG SAYA BOLEH NYATAKAN, U BERDUA MMG ORG YG BAIK, SUKA AMBIL JALAN TENGAH & TAK SUKA GADUH2, BYK IDEA TAPI SUKAR NAK BUAT PILIIHAN YG TEPAT. SOLAT TAUBAT, ISTIGHFAR & ISTIKHARAH TIAP MLM AKAN DPT BANTU U BERDUA, INSYA ALLAH.
Prinsip hidup, jika UBAH DIRI KITA secara bersepadu, Allah akan UBAH NASIB & prestasi diri kita & UBAH SEMUA ORG DI SEKITAR KITA.
Juga, semakin rapat kita dgn Allah, maka Allah akan perbaiki hub kita dgn semua org.
MULAI HARI INI, CUBA  OVERHAUL DIRI U SEKELUARGA  secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu & lakukan solat2 sunat qabliah & ba'diah utk menampung segala kekurangan dlm solat2 fardu.
2.  IMAM HASSAN AL BASRI MENGAJAR ANAK2 MURIDNYA, SOLAT TAUBAT & ISTIGHFAR 100X SETIAP MLM  & MAAFKAN SEMUA ORANG sebelum tidur AKAN SELESAIKAN SEMUA MASALAH, SELESAI HUTANG, TENANGKAN JIWA, BAHAGIAKAN RUMAHTANGGA & SEMBUHKAN SEMUA PENYAKIT.
LAKUKAN TAUBAT NASUHA. Bila dosa​ ​terampun, maka hati jadi bersih, dpt mengawal emosi, mudah dpt kerja yg terbaik atau MAJU dlm KERJAYA, selesai masalah, TERHINDAR DRP ANIAYA ORG, doa makbul, mampu berfikiran kreatif & semua org sayang.   Lakukan juga solat hajat, istikharah & tutup dgn solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap mlm sepanjang hayat sbg pembalut kpd segala amalan kita seharian agar dpt d serahkan kpd Allah dgn sempurna.
3. Maafkan  semua org setiap mlm sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul, lebih yakin diri, lebih kreatif, & semua org maafkan kita & terbuka pintu2 rezki.
4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 & ayat Kursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yg mengamalkan doa2 tersebut, maka org bujang akan bertemu jodoh, yg berkawin akan wujud kasih syg,di sayangi ahli keluarga, di sayangi kwn2, selesai masalah, sembuh penyakit, TERBUKA SEMUA PINTU REZKI, BERJAYA DLM KERJAYA ATAU BISNIS, SELESAI HUTANG, TERLINDUNG DRP GANGGUAN MANUSIA, ELAK BERSIFAT BARAN ATAU BUAT MAKSIAT & BANTUAN ALLAH TURUN MENCURAH HINGGA KITA BERJAYA DGN CEMERLANG. SILA GOOGLE UTK DAPATKAN DOA2 NI DGN MUDAH.   Share doa2 tersebut dgn ahli keluarga & kwn2 yg lain.
5. Pagar diri dgn fatehah and surah 3 Qul, hembus tapak tgn & sapu seluruh badan. Ini akan menghindar drp gangguan manusia, binatang, jin & sihir.
6. Layan semua org  lebih baik drp biasa agar mrk melayan u dgn baik.
7. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat, baca Bismillah,
surah al ikhlas, senyum, beri salam & masuk dgn melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan setan bernama DA'ASIM yg duduk atas pintu drp masuk kepala & ganggu supaya manusia bergaduh, Bos menzalimi pekerjanya, kwn dgn kwn akan bertengkar, suami isteri bertengkar, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, kwn sabotaj atau buli kwn, etc
8. Setiap kali nak bercakap dgn  org lain, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & hembus ke arah org tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dpt mendengar cakap atau hujah u.
9. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah doa yang Nabi saw  ajar: 1. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. 2. ALLAHUMMAKJURNI FI MUSIBATI WA AKHLIFLI KHAIRON MINHA. 3. Ya Allah, aku BYK MENGHADAPI MASALAH & CABARAN DARI SEGI KERJAYA, MASALAH  KEYAKINAN DIRI, KURANG PENGHARGAAN DRP ORG LAIN & MASALAH DLM BERBAGAI ASPEK KEHIDUPAN YA ALLAH.  
Kau bantulah selesaikan segala masalah & cabaran KU ya Allah. Jadikan AKU SEKELUARGA insan yg SOLEH, LEBIH SABAR & ELAK DRP MELAKUKAN MAKSIAT, BERMOTIVASI & GIGIH SEMANGAT, bertimbang rasa, jaga solat, YAKIN DIRI, rajin, bertenaga, berfikiran kreatif, pemaaf, sentiasa bersangka baik, DI SAYANGI SEMUA ORG, DPT KERJA YG BERKAT, SELESAI SEMUA MASALAH,  MURAH REZKI, SELESAI HUTANG,  dsbnya. In sya Allah hati akan tenang n doa akan makbul.
10. Rawat diri & keluarga dgn amalkan membaca DOA MANZIL & YAASIIN setiap mlm.
11.   DAPATKAN SUPLEMEN MINDA "EXCEL SUPREME" YG TELAH MEMBANTU RIBUAN PELAJAR, PEKERJA & ORG DEWASA JADI TENANG, MANTAP FIKIRAN, CERDAS PINTAR, YAKIN DIRI & LEBIH BERJAYA MENANGANI SEMUA MASALAH YG DI HADAPI. WHATSAPP 01121065560 (SHAZWAN) UTK DPTKAN SUPPLEMENT EXCEL SUPREME.
12. JIKA ADA SESIAPA YG ANIAYA  U: 1. Maafkan, 2. Doakan, 3. Bantu dia dgn ikhlas JIKA RELEVEN, 4. Beri dia hadiah, 5. Ceria depan dia, 6. Hebahkan kebaikannya, 7. Bela dia jika sesiapa kutuk dia. Bila kita doakan kwn/ ORG LAIN, Malaikat akan aminkan doa & seterusnya mendoakan kita agar berjaya.
Juga, jika selalu doakan  kwn/ ORG LAIN, maka Allah akan jadikan  kwn2/ ORG LAIN hormat & syg kat kita!!Ingat ORG BALING TAHI, KITA BALING BUNGA. IN SYA ALLAH BUNGA AKAN KALAHKAN TAHI.
  Jadikan petua2 ini sbg titik perubahan yg terbaik. Moga Allah bantu u sekeluarga
Cuba amalkan amalan d atas selama 40 hari krn tabiat baru terbentuk dlm 40 hari. Insya Allah u akan nampak pembaikan diri dari masa ke masa. SELAMAT MAJU JAYA. WASSALAM.

Monday, 27 August 2018

Kebaikan Solat Dhuha

*AKIBAT BUAT SOLAT DHUHA*

Ramai Org Yg belum tahu akibat yg akan mereka RASAkan bila rajin "SOLAT Dhuha".

Bertuah anda ber- kesempatan lihat & membaca artikel ini

*Pertama*
Org yg solat Dhuha - Allah akan  ampuni dosa2nya. *“Barangsiapa yg selalu mengerja -kan solat Dhuha niscaya akan diampuni dosa2 -nya walau sebyk buih di lautan.”*
(HR. Turmudzi)

*Kedua*
Dia tergolong sbg org yg BERTAUBAT kepada Allah swt. *“Tidaklah seseorg selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia TELAH  tergolong sbg orang yang BERTAUBAT.”*
(HR. Hakim).

*Ketiga*
Dicatat sbg ahli ibadah & TAAT kepada Allah swt. *“Barangsiapa yg solat Dhuha 2 rakaat, maka dia TIDAK ditulis sbg org yg LALAI.  *Barangsiapa yg mengerjakan 4 rakaat, maka dia ditulis sbg org yg Ahli  IBADAH. *Barangsiapa yg mengerjakan 6 rakaat, maka dia dislmtkan di hari itu. *Barangsiapa mengerjakan 8 rakaat, maka Allah tulis dia sbg org yg TAAT.   * Dan siapa yg mengerjakan 12 rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di Syurga untuknya.”* (HR. At-Thabrani).

*Keempat*
  Dia akan masuk syurga lalui pintu KHUSUS, pintu Dhuha yg Allah disediakan khas. *“Sesungguhnya di dlm syurga terdpt sebuah pintu Dhuha. Apabila Kiamat  tiba maka akan ada suara yg berseru, ‘Di mana -kah org2 yg semasa hidup di dunia selalu solat Dhuha?  Ini adalah pintu buat  Anda. Masuklah dgn 'RAHMAT' Allah S.W.T.”*
(HR. At-Thabrani).

*Kelima*
Allah akan mencukupkan REZEKInya. *“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari 4 rakaat dlm mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan mencukupkanmu di akhir harimu.”* (HR. Abu Darda`).

*Keenam*
  Dia telah mengeluarkan SEDEQAH. *“Hendaklah masing2 kamu Bersedekah utk setiap ruas tulang badanmu pd setiap pagi. Sebab setiap kali Bacaan Tasbih itu adalah sedekah, setiap TAHMID adalah sedekah, setiap TAHLIL adalah sedekah, setiap TAKBIR adalah sedekah, menyuruh kpd yg ma’ruf adalah sedekah, mencegah yg mungkar adalah sedekah. Dan sbg GANTI utk semua itu, maka cukuplah Tunaikan 2 rakaat Solat Dhuha.”*
(HR Muslim).

*_Setelah Baca, Hayati & Fahami... Masih ada Alasan Untuk Meninggalkan Soalat Dhuha ?_*

Solat Dhuha mempunyai kedudukan MULIA.
  Disunnahkan utk kita kerjakan sejak terbitnya matahari hingga menjelang solat Zohor.
*_SEMANGAT SOLAT DHUHA_*

🍃 Rasulullah saw bersabda: *"Barang siapa yg sampai -kan 1 ilmu saja & ada org yg mengamalkannya, maka walaupun yg menyampaikan itu sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap perolehi pahala."*
(HR. Al-Bukhari).

** SEGERA  AMAL KAN kerana FREE + MUDAH  &  PASTI TIADA KERUGIAN Dunia & Akhirat.

Tuesday, 7 August 2018

Tips Kesihatan

*4 PENGETAHUAN AM*
yang wajar anda kongsi

Perkongsian dari FB Dato' Dr. Fadhilah Kamsah:

1. Tersedak makanan,
2. Kram Kaki,
3. Salah Bantal,
4. Kaki Kebas @ Semut2

Insya-Allah pengetahuan ini berguna untuk kita & menolong orang lain.

Caranya adalah seperti berikut:

*1. Jika tersedak makanan*
Hanya perlu “mengangkat tangan”.

*2. Kram kaki*
Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.

*3. Salah bantal*
Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki shj, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

*4. Kaki semut2 @ kebas*
Ketika kaki kiri semut2, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan semut2, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga.

_Jangan simpan saja info ini. Siapa tahu kita mungkin dapat membantu orang lain. Semoga bermanfaat.._

Peribadi Mukmin - Sebaik-baik Manusia

Terdapat Lapan Peribadi Mukmin Menjadi Sebaik-baik Manusia Menurut Hadis Nabi SAW.

Setiap antara kita pasti ingin menjadi yang terbaik. Sebagai seorang mukmin perlulah kita berusaha menjadi sebaik-baik manusia semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.

Mari kita lihat apakah ciri-ciri mukmin terbaik ini:

1. Tidak liat membayar hutang

Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya): "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang." (Muttafaqun ‘alaih)

2. Belajar al-Quran dan mengajarkannya.

Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya): “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Paling diharapkan kebaikannya.

Rasulullah S.A.W pernah berdiri di hadapan beberapa orang, lalu bersabda maksudnya: “Mahukah kalian aku beritahukan sebaik-baik dan seburuk-buruk orang dari kalian?”

Mereka terdiam, dan Nabi bertanya seperti itu tiga kali, lalu ada seorang yang berkata: “Ya, kami mahu wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami sebaik-baik dan buruk-buruk kami.”

Baginda bersabda: “Sebaik-sebaik kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan sedangkan keburukannya terjaga…” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

4. Suami yang paling baik terhadap keluarganya.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

5. Paling baik akhlaknya dan menuntut ilmu.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Sebaik-baik kalian Islamnya adalah yang paling baik akhlak jika mereka menuntut ilmu.” (Hadis Riwayat Ahmad)

6. Memberi makan.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang memberikan makanan.” (Hadis Riwayat Ahmad)

7. Panjang umur dan baik perbuatannya.

Ada seorang Arab Badwi berkata kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik manusia?”

Baginda S.A.W menjawab maksudnya: “Siapa yang paling panjang umurnya dan baik amalannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

8. Paling bermanfaat bagi manusia.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Thabrani & Daruqutni)

Mukmin kah kita?

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!

Sumber: Fb Ustaz Ahmad Hasyimi

Monday, 6 August 2018

Isteri Solehah

*SYURGA SEORANG ISTERI*

_Dugaan paling besar adalah BERSABAR._

🎯Sebagai seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

🎯Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

🎯Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

🎯Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

🎯Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

🎯Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

🎯Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

🎯Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, sahabat2! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

🎯Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. In shaa-Allah.

🎯Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

🎯Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri yang menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.

_www.datoksirkronik.blogspot.com_
.

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...