Tuesday, 28 July 2015

Ruginya Tidak Ke Masjid Dan Surau

#Tazkirah Tuesday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tazkirah 12 Syawal 1436 @ 28 Julai 2015

"Ruginya Tidak Ke Masjid Dan Surau"

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Solat secara berjemaah adalah dua puluh tujuh kali lebih baik daripada solat secara bersendirian.”

(Bukhari, Muslim, Turmizi dll)

Huraian hadith:

Orang Islam yang bijak tentulah akan berusaha untuk sembahyang berjemaah di masjid atau pun surau kerana sangat besar ganjaran dan kasih sayang Allah dalam hal ini. Orang yang sembahyang berseorangan di rumah hanya mendapat satu bahagian pahala sedangkan mereka yang pergi berjemaah mendapat 27 kali lebih banyak bahagian pahala tersebut. 

Untuk memudahkan pemahaman, bolehlah kita buat satu contoh.

  Pada suatu hari, pemerintah telah membuat tawaran kepada sesiapa yang pergi solat berjemaah ke masjid atau surau akan dibayar RM 27 untuk satu waktu, dan sesiapa yang sembahyang di rumah pula hanya dibayar RM 1 sahaja untuk satu waktu. Manakah yang akan kita pilih?

  Bayangkan, seandainya kita solat berjemaah lima waktu sehari semalam maka kita akan memperolehi gaji sebanyak RM 135 untuk sehari sedangkan mereka yang sembahyang di rumah pula hanya mendapat gaji RM 5 sahaja untuk sehari. Mana yang akan kita pilih? Sembahyang di rumah ataupun pergi berjemaah?

Kalaulah betul sebegini, sudah tentu ibu bapa akan memaksa dan memukul anak-anak mereka agar pergi solat berjemaah. Malangnya manusia lebih nampak besarnya duit berbanding pahala. Sebab itulah ibu bapa sekarang tidak berasa rugi sedikitpun kalau anak-anak mereka tidak pergi solat berjemaah. Tapi kalau dibayar RM 135 sehari, jangankan orang lelaki, orang perempuan pun akan berlumba-lumba ke masjid dan surau.

Sudah semestinyalah kita sebagai orang-orang yang tahu akan hal ini, membuat pilihan yang bijak iaitu mencari gaji RM 135 sehari berbanding orang kurang bijak yang mencari hanya RM 5 sahaja untuk sehari.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang itu telah berwuduk dengan sempurna dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka setiap langkahnya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa.”
(Bukhari)

  Alangkah besarnya kasih sayang dan ganjaran yang Tuhan sediakan untuk hamba-hamba-Nya yang pergi solat berjemaah! Setiap satu langkah kita ke masjid/ surau akan mendapat satu pahala dan menghapuskan satu dosa. Allah Maha Berkuasa untuk mengira langkah kita walaupun kita pergi dengan menaiki kenderaan. Kalau kita berjalan 200 langkah, maka dapatlah 200 pahala dan terhapus pula 200 dosa.

Namun begitu, untuk mendapatkan semua ganjaran ini, maka hendaklah kita mengambil wuduk siap-siap di rumah. Kalau kita mati di pertengahan perjalanan pun, kita mati dalam keadaan berwuduk.

Dalam sebuah hadith yang terkenal, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (iaitu pada Hari Akhirat). (Salah satunya ialah) seorang lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid.”
(Bukhari & Muslim)

Kalau kita rajin ke masjid/ surau, sudah tentu kita akan termasuk ke dalam golongan mereka yang akan mendapat naungan Allah.

Akhirnya, dalam sebuah hadith lain, pesan baginda s.a.w lagi:“Barangsiapa berjalan ke masjid pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan menyediakan baginya di dalam syurga satu rumah jamuan setiap kali dia pergi ke masjid.”
(Bukhari, Muslim, Ahmad dll)

Selamat Beramal & Berbekal.

Saturday, 25 July 2015

Tekanan Perasaan @ Mendung Kehidupan dari Ustaz Zul Ramli (Radio IKIM)

Perasaan mendung datang dan pergi supaya manusia tidak lupa akan hakikat dunia. Dunia adalah tempat ujian. Perasaan mendung yang minima 2 minggu, kita perlu melakukan sesuatu. Setiap perasaan sedih yang berpanjangan, akan ada advisor (syaitan) datang.

Tekanan yang berterusan akan menyebabkan mendung dalam atau kemurungan. Mohon pada Allah agar kita sbg muslim menjadi muslim yang qawiy (kuat). Kemurungan bermula dari stress. Stress yang tidak ditangani dari awal akan menyebabkan kemurungan.

Stress bermula bila terlalu ingin menjadi yang sempurna. Ini yang menyebabkan kita terperangkap. Spt contoh, kita ingin tinggal di bandar, sanggup berpindah dari kampung - akhirnya memerangkap kita.

Tanda amaran awal orang yang mendung:-

1) Sentiasa rasa hopeless / tiada harapan bila berdepan masalah
2) Sentiasa rasa bersalah walaupun orang lain yang bersalah
3) Terlalu mudah untuk tidur atau susah untuk tidur
4) Terlalu penat
5) Sukar membuat keputusan
6) Senang menangis
7) Berfikir untuk membunuh diri

Perlunya kekuatan dalaman.

Perasaan selalu rasa bersalah di atas dosa-dosa yang lalu. Jangan sampai hilang harapan, ini tidak positif lagi.

31 min

Thursday, 23 July 2015

Tetamu Membawa Berkat

#Tazkirah Thursday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tazkirah 7 Syawal 1436 @ 23 Julai 2015

"Tetamu Membawa Berkat"

Ada seorang lelaki yang senang kedatangan tamu. Namun isterinya menunjukkan sikap
sebaliknya. Setiapkali ia membawa tamu ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Orang itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah saw. Mendengar itu,

Rasulullah saw bersabda,

"Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah saw dan beberapa orang sahabatnya akan
bertamu ke rumah kita."

Rasulullah saw berpesan kepada orang itu,

"Katakan kepada isterimu supaya ia memerhatikan tamu pada saat keluar rumah."

Isteri laki-laki itu melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah saw. Pada saat tamu masuk, ia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak dan pada saat keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak.

Rasulullah saw bersabda,

"Kedatangan tamu
ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana."

Dengan menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima tamu.

Rasulullah saw bersabda,

"Sesungguhnya seorang tamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut."

Imam Ali bin Musa ar-Redha berkata,

"Orang dermawan adalah orang yang memakan makanan orang lain agar orang lain dapat memakan makanannya. Adapun orang kikir adalah orang yang tidak memakan makanan orang lain agar orang tersebut tidak memakan makanannya."

Rasulullah saw bersabda,

"Suatu majlis ( pertemuan ) tidak akan terasa sempit dengan adanya orang-orang yang saling mencintai di dalamnya."

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw bersabda,

"Setiap rumah yang tidak dikunjungi tamu, maka malaikat pun tidak akan mengunjungi rumah tersebut."

Imam Jaafar ash-Sadiq berkata,

" Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, nescaya Allah SWT mengutus 70 ribu malaikat untuk
menyertainya. Para malaikat itu berkata,

'Syurga untuk
kamu." ( Mizan al Hikmah )

Sesungguhnya beruntunglah rumah-rumah yang sering kedatangan tamu, maka itu janganlah mengeluh jika ada orang yang ingin bertamu.

Selamat beramal & berbekal.

Wednesday, 1 July 2015

Tazkirah Surau TM MSC Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi

Berbuka puasa dgn air tangan dari orang yang soleh. Jika pergi ke bazar ramadhan, ambillah peniaga yang soleh. Perhatikan..

Takwa - Bermaksud berhati-hati dlm perbuatan.

Warak - Apa yang dia buat, dia pilih timbang halal haram, syurga neraka, kita akan mati dgn apa yg kita selalu buat.

Qanaah - Utk timbul sifat ini, tgklah orang bawah.

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...