Thursday, 16 November 2017

Didik anak cara Rasulullah s.a.w

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=409805.html

Didik anak cara Rasulullah s.a.w

Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 3 peringkat asas iaitu

i) Sebelum usia 7 tahun,
ii) antara 7 – 14 tahun dan
iii) antara 14 – 21 tahun

Usia sebelum 7 tahun
1) Sebaik dilahirkan, Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri

2) Mandikan

3) Berikan nama yang baik

4) Jika 4 anak lelaki, ada seorang yang sama namanya dengan Nabi S.A.W

5) Buat Aqiqah

6) Menyusukan anak - paling lama 2 tahun atau 21/2 tahun

7) Hampir umur 7 tahun. ajar solat (berjemaah) – suruh anak lelaki Azan & Qamat. Tidak boleh tidur di bawah satu selimut dengan adik perempuan

8) Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk)

7-14 tahun & 14-21 tahun

1) Ajar baca Al-Quran & kenal ayat-ayat Allah serta maknanya sewaktu usia 7 tahun

2) Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tinggalkan solat.

3) Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan

4) Ajar Hadis tentang amalan harian

5) Tanamkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W

6) Ajak anak beriadah & jangan terlalu manjakan

7) Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji, jangan bezakan anak

8) Bersalam & cium tangan ibubapa

9) Didik beri dan jawab salam

10) Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam bekas pengemis di pasar malam atau di tabung masjid)

11) Ajar biasakan ucap “Bismillahirahmanirahim” sebelum mulakan tugasan

12) Ajar doa-doa harian

13) Didik ucap “Terima kasih” dan “Alhamdulillah”

14) Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (Al-Quran terutamanya) dan rajin berusaha

15) Jika anak lakukan kesalahan, bersikap tenang & jangan cepat marah atau beri hukuman. Panggil masuk bilik dan suruh ibu bersuara - jelas sebab apa salah dan bila dah terbukti salah, ayah boleh bersuara dan beri hukuman ringan (misalnya, sapu sampah, cuci kenderaan, dll.)

16) Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri

17) Ajar pelbagai adab dan petua yang baik (misalnya, wuduk sebelum tidur, cara tidur,cara buang air besar dan kecil, dll.)

18) Ajar bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T

Cara Didikan Anak Oleh Saidina Ali r.a

7 tahun pertama kelahiran anak. (awal kelahiran sampai umur 7 tahun)
- Bermainlah dengannya.

- Bermain dgn anak ketika usianya dalam lingkungan ini dapat menjalinkan hubungan anak dengan ibu bapa. selain itu ketika ini minda anak2 sedang berkembang dan sedang belajar..

- sebab itu kita boleh lihat apa yg dilakukan oleh ibu dan bapanya akan perhatikan dan ditiru oleh anak2.

7 tahun kedua selepas kelahiran ( 7 hingga 13 tahun)

- disiplinkan Anak2

- Sbb itu Nabi bersabda : "Dan ajarkan Anak-anak kamu bersolat ketika umurnya 7 tujuh tahun dan pukulah mereka jika mereka tidak mahu menunaikan solat pada ketika umur mereka 10 tahun".

- Pada ketika ini minda anak-anak sedang belajar buruk dan baik..berkembang dan perlu dipimpin.

- Sebab itu kita dapat lihat kanak-kanak ketika ini boleh meluruskan barisan dan berdiri tegak bila menyanyikan lagu negaraku. kerana dia telah di disiplinkan oleh guru-gurunya..

- Ketika ini ibubapa boleh mengendalikan mereka kerana mereka masih dibawah pengaruh ibubapa.

- bak kata pepatah "Lentur buluh biarlah dari rebungnya".

7 tahun ketiga selepas kelahiran ( 13 hingga 19 tahun)

- Berkawanlah dengan mereka.

- Ketika ini pengaruh rakan sebaya adalah ancaman utama.

- pendekatan psykologi harus digunakan oleh ibubapa.

- ketika ini mental mereka akan berubah serta perubahan fizikal nampak ketara. dikala ini mereka sedang tercari-cari identiti mereka.

- Emosi mereka juga mudah terusik.. ketika ini mereka memerlukan teman meluahkan segalanya.

- jadilah teman yg baik kepada mereka. Jgn memperkecilkan emosi mereka.

- Bersedialah degan jawapan yg bernas apabila ditanya oleh mereka. Belajarlah konsep keibubapan. Supaya senang mengendalikan masalah anak.

- klu kita tidak dapat menjawab pertanyaan mereka maka jangan salahkan org lain kalau anak-anak ini mencari jawapannya sendiri. mungkin dia mencarinya dari kawan2 atau membuat rumusannya sendiri.

7 tahun empat sehingga dia berumahtangga (19 tahun hingga dia berkahwin)

Layanlah mereka seperti seorang dewasa.

- pada ketika ini mereka sudah tahu apa yg mereka inginkan dalam hidup.

- elakan melayan mereka seperti anak-anak kecil.

- pada ketika ini tegurlah mereka dgn cara dewasa.

- ketika ini mereka boleh dibawa berbincang.

InsyaAllah jika mereka didik dgn cara begini sejak kecil. masalah kerosakan akhlak anak2 dapat kita atasi.
tak susahkan?? jom fahami mereka..
sekian. salah dan silap hrap dimaafi.
wa Allahu a'lam...
____________

Sunday, 5 November 2017

Tips mendidik anak2 berjaya dunia akhirat

Berjaya dunia akhirat
1) kita sendiri kena bertaubat dan menuju kpd Allah swt - berguru, belajar dr orng alim
2) doa, doa, doa berserta dgn visualise - sekolah, belajar, keluarga anak kita. Makbul tidak terjadi depan mata kita
3) hantarlah kpd suasana positive dan islamic - pasang halaqah taklim fadael. Bacakan hadith pilihan setiap hari
4) kata-kata pujian setiap hari kpd anak

Tuesday, 17 October 2017

Info Sihat

INFO SIHAT
      
1. Wanita dilarang menarik brg berat tapi harus menolak.
Juga elakkan membawa brg2 berat.
Ini adalah krn urat saraf wanita yg cepat lemah.
                          
2. Jln 50 langkah memperbaiki tulang tubuh.
Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut. 

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA,
Krn dpt menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air,
Minum tiap hari selama 12 hari utk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium.
Tembikai adalah sumber kalsium.
Disarankan tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat.
Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik utk mempertajam daya ingat anak,
Dimakan oleh wanita hamil lebih baik.
Utk lelaki dewasa,
Labu berguna utk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang utk yg sering kram dan senggugut.

10. Manggis paling baik utk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes,
sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis di juice bersama dapat menjadi ubat pankreas / diabetes.

13. Makan sayuran hijau siang hari,
Bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.
          
*Panduan Kesihatan*

01. 🍴Makan sblm tidur boleh menyebabkan kanser lambung krn usus tidak dapt  istirahat.

02. 🍴Hanya boleh makan 4 butir telur🍳 seminggu.
Kalau lebih tidak baik.

03. Tungking ayam 🐔 mengandungi karsinogen,
penyebab kanser.
Jgn✋ makan tungking ayam.

04. Makan buah 🍇🍒🍉🍓🍑🍈🍌 seharusnya sebelum makan,
bukan selepas makan.

05. Masa haid jgn✋ minum teh ☕ lebihh lagi teh hijau,
sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.

06. ✋Kurangkn minum susu kacang dan jgn tambah telur dan gula pada minuman anda.

07. ☝Makan tomato semasa atau selepas makan.
Jgn waktu perut kosong.

08. ☝Tiap pagi bangun tidur minum 1⃣ gelas air putih bisa cegah batu hempedu.
Dua gelas utk mengaktifkan organ2 dalaman.

09. 3 jam sblm tidur😴 jgn makan boleh jadi kegemukkan.

10. ⛔Jgn minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) krn tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

11. ⛔Jgn makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.

12. ⛔Charger jgn dekat tempat tidur,
Mesti berjarak 30 cm lebih.

13. ☝Tiap hari minum air 🔟 gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

14. 🌞Siang hari perlu byk minum air putih,
🌚malam hari perlu sedikit minum air putih.

15. ☝Minum kopi jgn lebih 2⃣ cawan sehari,
boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.

16. ☝Jgn makan makanan yg tinggi lemak krn perlu 5⃣~7⃣ jam pencernaan,
Mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk😴 krn otak kekurangan oksigen.

17. ☝Setelah jam 5⃣ ptg jgn⛔ makan byk krn tubuh kita tidak perlu byk kalori.

18. ☝🔟 jenis makanan sihat:
Ikan laut dalam, pisang,
limau bali,
roti penuh gandum,
sayur bayam,
bawang putih, labu,
susu rendah lemak,
daging ayam,
buah ceri.

19. ☝Kurang tidur dapat melemahkn otak.

20. 🍋🍋🍋
Lemon panas membunuh sel kanser.

Tlg kongsikan.
Semoga bermanfaat 😊

:: Dapatkan tips-tips yang berguna untuk membina keluarga bahagia ::
https://t.me/PetuaKeluargaBahagia

Monday, 16 October 2017

Keluarga Sunnah

Assalamualaikum..hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca, jgn scroll je.. rugi besar kalau tak baca sampai habis.. sgt bermanafaat... tapi kalau malas baca tu x dapek den nk tolong..
Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

.(C&P....for sharing)

Monday, 9 October 2017

Cyberia Condominium for Rent

CYBERIA SMARTHOME, CYBERJAYA
BLOCK C1-3-3A

(>< 200 metre to Multimedia University)

PERSON TO CONTACT:
1) Fatin Farhana Binti Mohd Azemi (HP/WA: 013-2071008)
2) Mohd Azemi Awang Chik (HP/WA: 019-9560808 / 013-9320202)

Monthly Rental: RM1,400.00

- Ready for rental: 1 November 2017
- Newly painted & renovated
- 3 bedrooms (Master + Double + Single rooms)
- Complete with fans and double lighting in all rooms
- Complete newly installed 'airconds' in all bedrooms
- Furnished bedroom - bed, mattress, wardrobe and make up table
- Grills with curtains at living room and all bedroom
- 2 bathrooms + laundry area
- Living room with fan and 3 beautiful design lamps
- 1 small dining table with 4 chairs at living room
- Kitchen cabinet newly installed with gas stove, gas tank + plates + drinking glass + spoons etc
- 1 - washing machine
- 1 - small refrigerator
- Preferably muslim married couple / profesionals
 
General Facilities:
- Swimming pool
- Tennis courts
- 1 - Parking lot (roofing)
- Club house complete indoor facilities applicable for members
- Fully securitized

Used Furniture: (can be removed if not required)
2 - open wooden racks / shoe rack
1 - clothes drying rack
1 - plates plastic rack
1 - computer table
1 - computer chair
1 - writing table

Terms & Conditions:
2 months rental advance + 1 monthly rental
RM1,200.00 Utility deposit advance
Contract Period: 2 + 1 year

Thursday, 5 October 2017

Perasaan yg membawa kpd ibadah

Merasa diri sbg hamba
Perasaan yang membawa kepada ibadah- asshuul
1) merasa byknya nikmat Allah. Nabi solat malam smpi bengkak kaki. Nabi bersyukur dgn melakukan ibadah. Dgn beban disusuli rasa syukur. Solat dgn bersyukur

2) merasai keagungan Allah - perlu byk berdoa. Perlu byk ibadah, mengharapkan pertolongan Allah. Allah yg izinkan kita mampu beribadah kpdNya..

Tujuan ibadah ialah:
- Utk menghinakan diri (35:14-15)
- Kecintaan, supaya kita tunduk (22:38-39), Takut (khauf dan Harap hanya kepada Allah

Inti ibadah - mengharap kepada Allah, tidak syirik kpd Allah

Monday, 18 September 2017

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■💕Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■💕Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■💕Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■💕Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■💕AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■💕Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■💕Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■💕Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■💕Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■💕 Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■💕Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■💕Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■💕Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■💕Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

🔴Jangan lupa share kalau nota ni bermanfaat

Thursday, 31 August 2017

*TIPS AJAR MENGAJI DI RUMAH*

Beberapa hari lepas. Saya terserempak dengan kenalan. Dia memujuk saya untuk terima anaknya mengaji dirumah saya secara tetap seperti dulu. Kerana suatu ketika dulu saya mengajar mengaji dirumah selepas balik mengajar dari sekolah sesi petang.

Saya menolak secara baik atas sebab tertentu.

Dia meminta tips bagaimana nak ajar anak mengaji di rumah.  Saya pun berkongsi dan bagi semangat untuk dia cuba ajar sendiri dirumah.

Saya taip disini agar dapat berkongsi dengan yang lain. Semoga bermanfaat.

1) Doa kat Allah supaya dapat mengajar dan mendidik anak sendiri mengaji. Mengajar anak sendiri perlu banyak sabar dan kawal marah dengan baik.

2) Wujudkan suasana mengaji yang consistent. Sekejap pun jadilah. Sebab anak tak boleh fokus lama - lama.  Mulakan dengan juz ama ataupun iqro. Ikut kemampuan dan kesesuaian ibu. (selepas subuh atau selepas magrib masa yang sesuai).

Mesti CATAT di buku@quran.
- tanda tempat berhenti membaca.
- tanda ubah@tidak.
- tulis tarikh supaya mudah utk kita lihat. (mak mak selalu lupa sebab banyak fikir)

3) Sentiasa ulang surah surah pendek untuk permulaan anak menghafal. Boleh cuba sebelum tido ataupun di dalam kereta semasa hantar@ambil anak ke sekolah.

4) Fokus satu surah sahaja sehingga dia hafal. Baca dan minta anak ikut sedikit demi sedikit.

5) Kekerapan anak mendengar akan membuatkan dia ingat. InshaAllah dia akan mula sambung ayat dihujung-hujung sebelum dia ingat satu baris ayat lengkap.

6) Betulkan kesalahan ayat berulang kali dan jangan terlalu garang supaya anak tak takut salah dan seronok belajar di rumah.

7) Puji anak dan bagi kata-kata semangat pada anak bila dia menunjukkan peningkatan. INI sangat PENTING!. Nak bagi hadiah pun tak salah.

8) Ibu @bapa kena ISTIQOMAH dan banyak SABAR.

9) Setiap kemampuan anak tidak sama. Jangan membanding beza dengan anak orang @ adikberadik yang lain. Jangan putus asa sekiranya anak lambat ingat. Teruskan ajar.

10) Jangan letakkan masa untuk anak berjaya ingat & hafal. Supaya tidak rasa tertekan mahupun kita  menekan anak. InshaAllah kekerapan kita mengajar dan mengulang ayat banyak menentukan kejayaan anak.

11) Didik anak untuk solat berjemaah. Supaya dia nampak seronoknya bila pandai baca surah.  Dia akan boleh solat.

12) Doa secara berterusan semoga Allah mudahkan anak kita belajar sama ada dengan kita mahupun di sekolah kerana proses belajar sangat panjang.

13) Guna abm untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik. Pasang cd dalam kereta @ tunjuk video mengaji yang menarik @tengok yang berkaitan.

IBU yang bekerja di luar rumah mahupun di dalam rumah. Kita ada banyak peluang untuk didik anak sendiri. InshaAllah.

Jom kita rebut peluang untuk dapat pahala dan keseronokan mengajar anak sendiri.

Boleh mulakan dari bayi di rumah secara santai.

Bila ibu jadi USTAZAH di mata anak. Secara tak langsung kita akan belajar dan akan ulangkaji. Kerana secara fitrah guru akan pastikan dia tahu sebelum mengajar.

Kita belajar anak pun belajar. Win - win situation.

Sikit - sikit tapi ISTIQOMAH. Mulakan sekarang.

Kitalah IBU kitalah GURU. InshaAllah.

Jom semangat ajar anak mengaji,
meskipun tak dapat gaji,
Inshaallah itulah amal kita nanti,
dapat pahala tak henti-henti,
meskipun kita dah mati.

Semoga berjaya! 😊

#AuraFitrah99
#QuranicHealingMalaysia
#amazingparent

Thursday, 24 August 2017

Didik anak

- Tingkatkan akaun emosi (eq) anak lagi penting berbanding akademik
- Mulakan sesuatu (sekali seminggu)

Kemampuan sosial atau bermasyarakat

Bermuamalat dgn manusia dan bersabar dgn mereka. Kita perlu mentarbiyah dgn dgn kita, pd masa yg sama, perlu bermasyarakat.

1- Beradaptasi
2- Berharmoni
3- Berinteraksi

- Jangan berlebihan mengkritik berdengkian terhadap masyarakat krn masyarakat fasad (tak baik atau rosak) krn ia boleh menjauhkan kurang
- Tidak mengasingkan kita dgn masyarakat krn merasakan kita lebih suci. Bergaul ttp berprinsip.
- Meyakinkan diri bila bergaul dgn masyarakat
- Meluaskan pengetahuan sehingga ke peringkat agama, culture
- Jaga penampilan diri dr realiti masyarakat
- Perhebatkan dlm diri dgn pandangan kasih sayang - tak judge org lain, bukan ckp perli, rasullah sesuaikan cara bercakap dgn org lain.
- Berusaha agar menjadi org yg tidak meminta, cukup gaji dgn material.
- Bermasyarakat bukan kerana rasa diri hebat
- Seimbang dgn pembaikan tingkahlaku dan peribadi - sentiasa perbaiki diri
- Kemahiran hidup, skills kecemasan, survival

Tuesday, 22 August 2017

Semoga aku dan suami mampu mendidik anak2 kami sepertinya.. Aamin..

Saya lihat seorang alim. Dia didik anaknya untuk tidur awal setiap malam. Pukul 10 malam sahaja semua anaknya dah tidur lena.

Dalam pukul 4.45 pagi semua anaknya dengan mudah bangun dan semuanya solat tahajud dan baca Al-Quran. Dengan sekali panggil.

Anaknya berebut-rebut nak pergi masjid solat subuh. 6 orang anaknya umur 4 tahun sampai umur 15 tahun.

Dari kecil dia didik anaknya zikir 300 pagi dan 300 petang. 100 kali tasbihat, 100 selawat, 100 x istighfar.

Untungnya anak-anaknya. Untungnya mak ayahnya. Hari ini ramai orang latih anaknya untuk main bola sejak kecil. Menyanyi sejak kecil. Pandai matematik sejak kecil. Pandai menari sejak kecil.

Benarlah agama ini mudah dan nikmat untuk orang iman kuat dan mengenal Allah. Bila iman lemah orang kata agama mudah juga tapi setelah mereka permudahkan sendiri.

Ya Allah umurku sudah tua tapi masih belum istiqamah bangun tahajud dan menangis. Ya Allah apalah yang aku cari dalam dunia ini. Wahai diri berapa lama lagi kamu perlukan masa untuk jadi hamba Allah yang sebenarnya

Adakah sehingga tanah kubur masuk dalam mulutmu

-Ustaz Ebit Lew-

Monday, 21 August 2017

TIPS GENIUS

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logik dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang kita .

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat.

Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad... sampaikan pada semua group agar mereka juga akan genius insyaa' Allah...

Jooom...trus mngaji
Bykkn solawat d istighfar.

Tuesday, 15 August 2017

Senarai blacklist ke syurga

Jom semak diri, agar kita tidak termasuk dalam senarai "blacklist" ke syurga.

Sembilan Orang yang Tidak Masuk Syurga:

1. Pemutus hubungan
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim!” (Riwayat Muslim)

2. Penggunjing
“Tidak masuk syurga si penggunjing!” (Riwayat al-Bukhari)
Menggunjing itu termasuklah mengumpat, memfitnah, kata belakang dan menyebarkan cerita buruk tentang seseorang.

3. Takbur
“Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya rasa takbur walaupun sebesar biji sawi!” (Riwayat al-Tirmizi)

4. Menyakiti jiran
“Tidak masuk syurga sesiapa yang jirannya tidak aman daripada perangai buruknya.” (Riwayat Muslim)

5. Makan harta haram
“Tidak masuk syurga daging yang subur dengan harta haram!” (Riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Hakim)

6. Pelaku kasar terhadap orang bawahan
“Tidak masuk syurga orang pelaku buruk terhadap hambanya!” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad)
Hamba pun sedemikian, inikan pula pembantu rumah, pekerja upahan atau pekerja bawahan yang merdeka.

7. Kahin
“Tidak masuk syurga si kahin.” (Riwayat al-Tabarani)
Kahin merangkumi tukang tilik, tukang sihir, bomoh, pawang dan sebagainya.

8. Percaya bomoh

9. Peminum arak
“Tidak masuk syurga peminum arak, orang yang mempercayai tukang sihir dan pemutus hubungan.” (Riwayat Ibn Hibban)

Nama-nama yang paling disukai Allah swt

Sunday, 13 August 2017

Doakan suami

“Saya akan kehilangan cinta suami?”

“Tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah.”

“Saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tetapi saya terus belajar dan mendengar. Saya ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah.”

Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia, jika usia perkahwinan baru memasuki tahun kelima, keenam atau kurang daripada itu.

Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al-Quran dan hadis. Ataupun oleh sajak dan ungkapan yang indah serta puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan.

Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita kerana bahagia itu ditempa oleh derita!.

(Baca sepenuhnya tulisan ini dalam blog saya www.genta-rasa.com atau di dalam buku tulisan saya BEDUK DIKETUK LAGI)

Saturday, 12 August 2017

PART 2: MACAM MANA ELAK ANAK KETAGIH GAJET

Ok ok macam yang ibu AN & NA janji, ibu sudah tengok sambungan perbincangan pasal anak dan gajet 💪🏻
.
Tadi sempat juga suami cakap "ibu kena tengok hari ni. Biar ada kesudahan" sebab dari semalam kami suami isteri terkejut sebab sharing riboribo 😂

.
Hari ni 3 orang panel (tengok gambar). Sorry dari tepi pula snap gambar sebab AN conquer tengah sofa 😅

🔴Ibu bapa jadi role model - Jangan melekat sangat dengan gajet. Anak tengok tu! Dah kalau ibu dengan abi sibuk dengan fon, anak pun akan ikut. Papppp tampar pipi sendiri!

🔴Guna kuasa parents - jangan bagi full charge gajet tu. Supaya anak berhenti once bateri habis kan. Mujur ibu AN & NA selalu buat gini. Jangan bagi tau AN pula haha!

🔴Guna kuasa parents - jangan ajar anak password telefon/iPad. Part ni kita lepas, bi 😅

🔴Guna kuasa parents - ibu tidak bagi anak gajet, apaknya pula yang baik hati bagi huhu
Lepas tu dah kalau parents say no jangan pula segala auntie uncle jiran bagi green light pass gajet✖️

🔴Selalu ingatkan anak gajet tu parents punya. Teringat dulu AN pernah tantrum minta fon abi dia. Berulang kali cakap dengan AN fon tu abi punya. Abi ada kerja kena buat guna fon (padahal tiada pun). Then sekarang jarang dah minta fon abi.

🔴Panel juga ada sebut jadikan gajet ganjaran misalnya kalau anak buat kerja sekolah then baru dapat gajet tapi still kena kawal hari apa dan masa berapa lama.

🔴Bila anak tengah guna gajet, parents sebolehnya kena ada sama dengan anak. Explain apa yang anak tengah tengok tu. Biar ada interaksi. Contoh saya buat dengan AN is saya explain gajah warna apa, yang ni belalai yang ni gading. Then AN akan respon "besarnya bu"😅

🔴Ok yang ini terkena batang hidung sendiri - jangan suruh anak simpan gajet bila habis main, parents yang ambil dan simpan. So mulai sekarang ibu & abi kena rajin ambil dan simpan dari AN, ok bi?

🔴Part ni suka dan seperti diketuk dahi ibu ni nak oii
-wujudkan zon sifar teknologi misalnya tempat tidur, meja makan, dalam kereta.
-wujudkan masa sifar teknologi contohnya masa makan, masa tengah sanati dengan family.

🔴Buat aktiviti dalam rumah untuk kurangkan ketagihan anak pada gajet. Ohya ibu ni salah seorang peminat Puan Adlil tu, ibu follow fb beliau. Puan tu bagi contoh aktiviti ada 4 jenis beliau sebut tapi ibu sempat take note 3 ni ja huhu ampuuunn:
1. Pergerakan boleh lompat trampolin
2. sensory berjalan kaki ayam atas pasir atau rumput
3. kemahiran motor halus cari benda tersembunyi dalam pasir

🔴Prof galakkan kita bawa anak keluar supaya boleh stimulate sensory anak sebab persekitaran sangat membantu kita as parents ni bentuk anak. Bila di luar, sekeliling anak ada bunyi, bau, rupa dan interaksi - benda benda ni yang akan anak guna untuk belajar.

Ini ibu setuju sebab AN dulu tidak pandai bergaul bila bawa keluar (tapi memang jenis kuat senyum mesra sangat hehe). Masa mula-mula bawa pergi playground dia react seolah-olah the whole playground tu AN punya tau sebab kalau dalam rumah toys yang ada memang dia punya kan. Sekarang ni alhamdulillah dia dah pandai mingle up dengan budak lain 😊

🔴Satu poin yang buka mata ibu juga bila prof ada sebut kekadang taska/playchool terlalu pentingkan ilmiah then balik sekolah anak stress cari gajet. Serius bi, kita kena cari playschool yang tidak strict pada ilmiah sahaja 🤔

PERASAN TIDAK?

🔥Alasan klise kita: download video ilmiah misalnya ABC satu dua tiga supaya anak belajar.
Hakikatnya: still perlukan ransangan. Perlukan interaksi pelbagai. Gajet punya komunikasi satu hala saja, parents!

Bak kata Fiza Sabjahan tadi kita bukan menidakkan teknologi tapi menyeimbangkan 😊

Sebagai penutup, 3 panel bagi kesimpulan yang buat ibu cakap dalam hati - insoffff ibu insof😔:
✅Frekuensi - dalam seminggu hadkan berapa hari. Contoh 2/7 jangan tiap hari please!

✅Durasi - berapa jam setiap sesi. Contoh yang 2 hari bukan 24jam. Mungkin 2 jam saja.

✅Konten - atau bahasa mudah isi video yang anak tengah tonton tu. Bentuk ilmiah atau permainan pastikan parents ada di sebelah. Risau kalau macam YouTube tu kan anak TERtekan video yang tidak sepatutnya. Jadi satu hal pula nanti 🤔

✅ suka ibu dengar salah satu panel tu sebut the best parenting is thru akhlak 😍 semoga ibu ni berakhlak la ya pada AN & NA hehe

✅ Pemikiran parents mesti lebih tinggi daripada anak sebab kuasa besar sebenarnya dari parents.

Memang ramai yang risau bab-bab gajet ni macam zombie datang gigit anak supaya infected. Saya ni hah pun risau sebab AN & NA membesar di tangan saya. At the end of the day, anything happen baik buruk AN & NA saya yang kena soal siasat dulu 🙈

Sebab itu saya suka baca buku atau tulisan pasal parenting sebab parenting ni bukan pencapaian tapi perjalanan. Banyak benda lagi kena belajar 😊

Pheww panjang lebar ibu bebel buat sharing haha! Parents yang baca ni mohon doakan AN & NA saya cepat sembuh dari demam. Terima kasih ❤️

Saya izinkan share kalau bermanfaat. SHARE ya bukan kopipes (berpeluh karang ni sambil layan demam AN & NA kesianlah pada saya 😅)

Kalau ada percanggahan info dari diskusi tadi dengan apa yang saya share ni mohon tegur saya dan saya akan betulkan.

Terima kasih sudi share penulisan saya ni sampai viral korang kerjakan hehe

Hahhh bagi yg belum baca Part 1 boleh klik link ini 👉🏻 http://bit.ly/2hMtofa

Momster yang masih belajar
#nijabagitips #nijasukasharing #momsterneej #alahaiAN #alahaiNA

Tuesday, 8 August 2017

Kelebihan Muazin Dan Solat Berjemaah

Assalamualaikum wbt.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kelebihan Muazin Dan Solat Berjemaah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya manusia (Muslim) mengetahui apa (kebaikan) yang terdapat pada azan dan saf pertama, lalu mereka tidak akan mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka akan melakukannya. Dan seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir pertama pada solat berjemaah, nescaya mereka akan berlomba-lomba untuk mendapatkannya. Dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat pada solat Isya dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun harus dengan merangkak" (HR Bukhari No: 580)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah memberi kelebihan kepada orang yang menjadi muazin dan solat berjemaah di sof pertama.

2.  Jika Muslim itu mengetahui kelebihan menjadi muazin dan berada di saf pertama, nescaya mereka akan mengundi dan berebut untuk melaungkan azan serta berada di saf pertama.

3.  Allah juga memberikan kelebihan kepada orang yang sentiasa sempat takbirratulihram bersama imam dalam solat berjemaah.

4.  Muslim yang prihatin kelebihan solat berjemaah pada waktu isya dan subuh akan sentiasa berusaha melakukannya walaupun terpaksa merangkak ke masjid.

5.  Muslim yang menunaikan solat isya dan subuh berjemaah seolah-olah ia telah bersembahyang sepanjang malam. Hadis Rasulullah SAW:

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ

Dari Utsman bin ‘Affan ia berkata; “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melaksanakan solat isya berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam.” (HR Tirmizi No: 205)

6. Marilah kita merebut keutamaan dan kelebihan dalam beramal:

a. Sebagai muazin
b. Solat berjemaah di saf pertama
c. Mendapat takbirratulihram bersama imam dalam solat fardhu berjemaah
d. Dapat solat isya dan subuh berjemaah di masjid.

08hb Ogos  2017
15hb Zulkaedah 1438H

Sunday, 6 August 2017

Keutamaan azan

1- Pahala azan sgt besar
2- Makhluk dan benda yg mendengar azan akan menjadi saksi di akhirat
3- Muazzin mendapat keampunan sejauh org yg mendengarnya.
4- Muazzin mendapat pahala spt org yg solat bersamanya
5- Muazzin mendapat kepercayaan Allah
6- Muazzin didoakan oleh rasulllah saw
7- Azan buat syaitan takut dan lari smpi terkentut-kentut
8- Leher muazzin akan dipanjangkan di padang mahsyar
9- Org yg azan dibanggakan Allah dihadapan malaikatNya
10- Muazzin akan dimasukkan syurga.. Puncak segalanya.

Seks education

Seks education bermula dari aurat. Jaga aurat dlm keluarga.
- Adab masuk bilik
- Jaga aurat dari bawah pusat ke bawah lutut.

Wednesday, 26 July 2017

Ciumlah 4 anggota tubuh anak

http://www.mingguanwanita.my/mobile/info-psikologi/setiap-hari-mak-ayah-ciumlah-4-anggota-tubuh-anak-selebihnya-lakukan-5-sentuhan-ini-1.707931

Tuesday, 25 July 2017

Adab Berbicara

Islam adalah diin al-adab, atau agama yang mengajarkan norma-norma luhur dan suci bagi umat manusia. Seorang mukmin yang menjadikan dirinya sebagai kendali diri dalam berbuat dan berbicara, akan menikmati saat-saat diamnya, sementara orang lain pun merasa sejuk berdekatan dengannya.

Ketika ia berbicara, manisnya kata-kata yang keluar dari mulutnya membuat orang yang mendengarnya sadar dan terbimbing kepada kebaikan dan kebenaran. Demikian juga tatkala ia berbuat sesuatu, maka perbuatannya selalu baik, memberi manfaat, dan dapat menjadi keteladanan bagi yang lain. Mukmin seperti ini adalah mukmin yang memiliki sifat-sifat yang dekat kepada Rasulullah saw. yang mulia, di mana diamnya adalah fikir, ucapannya adalah dzikir, dan amalnya adalah keteladanan.

ADAB AT-TAHADDUTS(Bicara)

1. Berbicara yang jelas, mudah difahami oleh setiap pendengar.
Dari ‘Aisyah ra. Berkata: 
كَانَ كَلاَمُ رَسُوْلِ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ كَلاَمًا فَصْلاً يَفْهَمُهُ كُلُّ مَنْ سَمِعَهُ . رواه أبو داود و أحمد
Adalah ucapan Rasulullah saw. selalu jelas maksudnya dan dipahami oleh setiap orang yang mendengarkannya. (HR. Abu Dawud dan Ahmad).

Dari ‘Aisyah ra. juga berkata: “Bahwa Rasulullah saw, pernah berbicara, sekiranya ada yang menghitung ucapannya pasti terhitung.” Dan dalam riwayat lain: “Beliau tidak mengeluarkan ucapan sebagaimana kalian berbicara.” (HR. Bukhari-Muslim).

2. Berbicara dengan ungkapan yang simpel dan tidak mencari-cari bahasa yang tinggi, sehingga kalimat yang diucapkan tidak memiliki makna yang sulit atau tidak bisa dimengerti.
Khalil bin Ahmad -rahimahullah- pernah ditanya suatu masalah, beliau tidak segera menjawab. Maka penanya berkata, “Apakah pertanyaan ini tidak ada jawabannya dalam pandangan tadi?” Beliau berkata, “Anda sebenarnya telah mengetahui masalah yang Anda tanyakan berikut jawabannya, tetapi saya ingin memberi jawaban yang lebih mudah lagi Anda pahami.”

3. Tidak diulang-ulang kecuali untuk memberikan tekanan makna, karena “Sebaik-baik ucapan adalah yang singkat dan membawa arti, dan seburuk-buruk ucapan adalah yang panjang dan membosankan.”
Abdullah bin Mas’ud ra., memberi nasehat kepada masyarakatnya setiap hari Kamis. Ada seseorang yang berkata, “Wahai Abu Abdir Rahman, saya berharap engkau memberi nasehat kepada kami setiap hari.” Beliau berkata, “Ketahuilah, bahwa sesungguhnya yang menghalangiku untuk itu karena aku tidak suka membuat kalian bosan.” Selanjutnya ia berkata,
وَإِنيِّ أَتَخَوَّلُكُمْ بِالْمَوْعِظَةِ كَمَا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَخَوَّلُنَا بِهَا مَخَافَةً السَّآمَةَ عَلَيْنَا . متفق عليه
Aku selalu memilih waktu untuk kalian dalam memberi nasehat, sebagaimana Nabi saw, memilih waktu untuk kami dalam memberi nasehat karena khawatir membuat jenuh atas kami. (Muttafaq ‘alaih)

Dari ‘Ammar bin Yasir ra berkata, Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, 
إِنَّ طُوْلَ صَلاَةِ الرَّجُلِ وَقِصَرَ خُطْبَتِهِ مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ فَأَطِيْلُوْا الصَّلاَةَ وَأَقْصِرُوْا اْلخُطْبَةَ . رواه مسلم
Sesungguhnya panjangnya shalat seseorang dan pendeknya khuthbah, merupakan bukti kemantapan pemahamannya. Maka panjangkan shalat dan pendekkan khutbah! (HR. Muslim)

4. Ucapan harus bagus, tidak kotor dan munkar (jahat).
Rasulullah saw, bersabda: 
كُلُّ كَلاَمِ ابْنِ آدَمَ عَلَيْهِ لاَ لَهُ إِلاَّ أَمْرًا بِمَعْرُوْفٍ وَنَهْيًا عَنْ مُنْكَرٍ وَذِكْرَ اللهِ .
Setiap ucapan anak Adam mencelakannya, bukan menguntungkan, kecuali perintah untuk kebaikan, mencegah kemungkaran, dan dzikrullah.

Agar ucapan kita selalu bagus dan menambah pahala kita dan tidak menambah dosa, maka kita harus menjaga hal-hal berikut:
a. Setiap pembicaraan kita agar selalu membawa unsur perintah shadaqah, atau berbuat baik, atau perdamaian bagi manusia. Allah ta’ala berfirman:
Tiada kebaikan dalam banyak pertemuan mereka, kecuali orang yang memerintahakan shadaqah, atau kebaikan, atau perdamaian bagi manusia. Dan barangsiapa melakukan hal itu untuk mencari ridha Allah, maka niscaya Kami memberinya pahala yang besar. (Surat An Nisa’: 114)

b. Meninggalkan pembicaraan yang bukan kepentingan kita untuk membicarakannya.
Rasulullah saw. bersabda, 
ِمنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ اْلمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ . رواه الترمذي
Di antara bagusnya keislaman seseorang adalah, ia tinggalkan sesuatu yang tidak ia ada kepentingan dengannya. (HR.Turmudzi)

c. Menjauhi ucapan yang sia-sia dan tidak bermanfaat. 
Allah berfirman, Sungguh beruntunglah orang-orang yang beriman. Yaitu orang-orang yang dalam shalatnya selalu khusyu’. Dan orang-orang yang dari hal yang tidak berguna mereka selalu bepaling. (Surat Al-Mu’minun: 1-3).
Rasulullah saw. bersabda, Sungguh seorang hamba ketika mengucapkan suatu ucapan, tidak lain hanya untuk membuat orang lain tertawa, ia bisa jatuh di neraka lebih jauh antara langit dan bumi. (HR. Baihaqi)

d. Menyebar-luaskan salam.
Rasul saw bersabda, 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ وَصِلوُا اْلأرْحَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوْا بِالَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا اْلجَنَّةَ بِسَلاَمٍ . رواه الترمذي
Wahai manusia sebar-luaskan salam, sambunglah silaturrahim, berikan makanan, dan shalatlah malam ketika manusia tertidur niscaya kalian akan masuk surga dengan selamat. (HR Turmudzi)

e. Menahan diri dari ucapan jahat yang tidak membawa kemaslahatan. 
Allah berfirman, Janganlah berdebat dengan Ahli Kitab kecuali dengan cara yng baik, kecuali dengan orang yang zhalim di antara mereka. (Al-Ankabut: 46)
Dalam hadits Aisyah ra. dia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, Sesungguhnya sejahat-jahat manusia kedudukannya di sisi Allah pada hari Kiamat adalah orang yang ditinggalkan masyarakatnya karena menghindari ucapan jahatnya. (HR Bukhari)

f. Bersabar dalam berdialog dengan orang-orang bodoh (jahil). Hal ini tidak berarti menerima kehinaan, akan tetapi bisa menahan diri di hadapan faktor-faktor yang memancing emosi dan mencegah diri dari marah, sukarela atau pun terpaksa. 
Allah swt. berfirman, Dan hamba-hamba Allah yang Maha Rahman mereka itu berjalan di muka bumi dengan rendah hati. Dan apabila diajak bicara oleh orang-orang yang bodoh (jahil) mereka berkata, ‘selamat.’ (Al Furqan : 63)
Dan Allah memerintahkan kepada Nabi Musa dan Harun as, Pergilah kalian kepada Fir’aun sesungguhnya dia itu melampaui batas. Maka katakanlah kepadanya perkataan yang lembut. 

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata bahwa ketika Rasulullah saw. sedang duduk bersama para sahabatnya, ada seseorang mencaci Abu Bakar ra. dan menyakitinya, tetapi Abu Bakar tetap diam. Lalu ia menyakitinya yang kedua kali dan Abu Bakar pun tetap diam. Kemudian ia menyakitinya yang ketiga kali, maka Abu Bakar membela diri. Ketika itulah Rasulullah saw. bangkit meninggalkan majlis. Abu Bakar bertanya, “Apakah engkau mendapati suatu dosa atas diriku, wahai Rasulullah?” 
Rasulullah saw. menjawab, Ada malaikat turun dari langit mendustakan orang itu terhadap apa yang ia ucapkan kepadamu. Namun ketika kamu membela diri, setan pun datang, maka aku tidak mau duduk di sini ketika setan datang. (HR Abu Dawud).

g. Menjauhi perdebatan, baik dalam kebenaran maupun dalam kebatilan, karena hal itu akan menimbulkan keinginan mencari menang dalam diri akhi, dan lebih suka berapologi daripada menampakkan kebenaran.. 
Rasul saw bersabda, 
مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى ِإلاَّ أُوْتُوا اْلجَدَلَ . رواه الترمذي
Tidaklah suatu kaum tersesat setelah berpegang kepada kebenaran kecuali mereka diberi kegemaran berdebat. (HR Turmudzi).
Ibnu Majah dan Ahmad). Rasul saw bersabda, “Aku pemimpin sebuah rumah di dalam surga bagi orang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia yang benar. Dan aku pemimpin sebuah rumah di tengah surga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun bercanda. Dan aku pemimpin sebuah rumah di puncak surga bagi orang yang akhlaknya baik.” (HR Abu Dawud)

h. Menjauhi tempat-tempat kejahatan. Yaitu tempat dilakukannya kemungkaran atau dibicarakan di dalamnya ucapan yang menghina atau melecehkan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Allah swt. berfirman,
Dan apabila kamu melihat orang-orang yang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan yang lain. Dan jika syetan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini) maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zhalim sesudah teringat larangan itu. (Al-An’am: 68)
Dan Allah swt. berfirman, Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. (Al Humazah: 1) 

Rasulullah saw. bersabda, 
لَيْسَ اْلمُؤْمِنُ بِطَعَّانٍ وَلاَلَعَّانٍ وَلاَ فَاحِشٍ وَلاَ بَذِيْءٍ . 
Tidaklah pantas seorang mukmin pencaci maki, pelaknat, suka berkata keji, dan suka berkata jorok. 
Rasulullah saw. bersabda, “Tidak ada kata keji dalam sesuatu kecuali ia akan merusaknya. Dan tidaklah ada sifat malu dalam sesuatu melainkan ia akan menghiasinya.” (HR Turmudzi).

Monday, 24 July 2017

Haji Cilik Faaz Mikael

Semoga Allah berkati ilmu praktikal anakku.. InshaaAllah.. Ameen..

*Nak Kongsi Tips Haji.*

(Kpd yg nak mengerjakan haji)

1. Bawa berus & sabun cap buruh untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.

2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon. Banyak jasanya nanti di Mina. Bawa juga internasional adapter.

3. Bawa tali ampai. Buat gantung baju dlm bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.

4. Bawa ubat panadol dll. Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan2. Terutama di kem Mina.

5. Bawa Quran kecil. Senang nak baca di mana2. Niat nak khatam di Mekah. Baru ada nostalgia... best.

6. Makanan di sana tak pedas... banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan.

7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar). Jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang. Lampu suluh kecil jgn lupa. Siap melontar, batu lebih dibuang. Haram bawa balik.

8. Di dlm Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain. Jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pi dlm kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.

9. Ingat mercu tanda dan bangunan masa ke masjid dll supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.

10. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up spt Zain, Mobile. STC susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile... kena top up. Jika top up 100 riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga.

11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.

12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH. Boleh keluar duit hari2 yg mampu nak shooping. Kalau lebih boleh simpan balik.

13. Masa taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk duit poket.

14. Bila ke masjid pakat kawan2 sebilik siapa gilir2 boleh ambil nasi makanan tghari dan mlm ikut bilangan kawan2 sebilik. Ambil letak di bilik.

15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa2. Jgn takut minta tawar.

16. Patuh pada arahan TH. Masa pi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.

17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di masjid, pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru & hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak didlm masjid.

18. Sebelum pergi kena banyak buat solat Hajat, solat sunat Taubat dll. Minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah2an dimakbulkan.

19.Bawa kgesang yg agak besar nak buat tempat sangkut baju... Juga sorang 4.   5 hanger
.
Selamat berangkat. Semoga dipermudahkan utk mendapat Umrah dan Haji Mabrur. Aamiin...

Last sekali:

*Bila nak guna bilik barakah jgn rebut2* ye. Jgn malu2. Tanya sapa yg simpan kunci... he he he...

- Semoga bermanfaat.

# copy & paste.

Wallahu a'lam...

Sunday, 23 July 2017

Dengki Yang Dibenarkan

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ قَالَ  قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

Dari Abdullah bin Masud RA, Nabi SAW bersabda: "Tidak boleh mendengki kecuali pada dua perkara; (1) Orang yang Allah berikan harta lalu dia pergunakan harta tersebut di jalan kebenaran (mengalahkan perasaan kikirnya) dan (2) Orang yang Allah berikan hikmah lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain".
(HR Bukhari No: 71)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dengki dan iri hati kepada orang hanya dibenarkan dalam dua perkara dan kita ingin menjadi seperti mereka iaitu:

a.  Orang yang Allah berikan harta lalu dia menggunakan harta tersebut di jalan yang benar (mengalahkan perasaan kikirnya) seperti bersedekah, berwakaf, memberi hadiah

b.  Orang yang Allah berikan ilmu lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain

2.  Dilarang kita memiliki sifat dengki dengan kelebihan orang lain dengan hasrat kelebihan itu hilang daripadanya.

3.  Kita dilarang menghilangkan kelebihan dan nikmat yang ada pada orang lain serta berusaha memindahkan pada diri kita.

4. Sifat iri hati yang dibenarkan ialah ingin mencontohi kelebihan orang yang memiliki harta dan memiliki ilmu untuk turut menjadi seperti mereka.

Monday, 17 July 2017

Ajar faaz math

Rumah Masih Cantik Walaupun Ada Anak Kecil

Ini Tip Yang Wajib Anda Tahu!

By Bella

Kita selalu hairan kenapa ada rumah rakan dengan anak kecil nampak kemas dan bersih sedangkan kediaman kita pula hanya kelihatan teratur  seketika saja sebelum bersepah semula.

Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari.

Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.

Lakukan 5 perkara ini setiap hari dan anda akan dapat hasil yang sama.

1. Kemas katil

Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Minta anak lakukan perkara yang sama juga setiap pagi.

2. Selepas basuh baju terus lipat

Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari.

3. Jangan biar singki penuh

Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan.

4. Pastikan kaunter dapur sentiasa bersih

Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh.

5. Kemas ruang tamu tengah hari dan malam

Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas.

Tip ekstra

* Sambil mandi bersihkanlah bilik air. Sental lantai atau pun bersihkan singki dan mangkuk tandas.

* Sekali sehari sapu lantai ruang tamu dan dapur.

* Seminggu sekali mop lantai.  

Mudah saja bukan untuk dapatkan rumah yang kemas. Anda hanya perlu jadikan 5 perkara ini sebagai rutin harian.

Sumber : Vanilla Kismis

Sunday, 16 July 2017

Mahu tulisan anak cantik

Mahu tulisan anak cantik

Antara soalan yang kerap ditanya ialah mengenai bagaimana untuk mengajar anak menulis. Kebiasaan pihak NURY akan menjelaskan dengan memberitahu ibi bapa supaya mengajar anaknya membaca dahulu. Mengajar anak membaca menyediakan anak dengan perbendahaharaan kata yang diperlukan disamping menyediakan contoh terbaik bagaimana ayat boleh di bina serta bagaimana untuk menerangkan cerita. Mengajar anak membaca berasaskan satu program yang tersusun dan disampaikan secara berulang kali, konsisten dan jelas adalah permulaan yang baik.

Manakala ada juga pertanyaan mengenai cara menghadapi anak-anak yang berputus asa untuk cuba menulis. Dalam hal ini, biasanya pihak NURY akan menjelaskan kepada ibu bapa itu lakukan :

PERTAMA :

Pastikan sesi menulis anak tidak terlalu lama agar dia dapt membuat yang terbaik berulang kali dalam satu hari iaitu sesi menulis dirancang sebagai sesi pendek yang dilakukan beberapa kali dalam sehari.. sesi menulis yang terlampau panjang adalah memenatkan dan membosankan.

KEDUA :

Sediakan anak peralatan menulis serta permukaan menulis yang membolehkan aktiviti dilakukan dengan mudah. Pertama kali aktiviti ini dimulakan, berilah anak pena marker dan bukan pensel atau kapur yang mudah patah. Pastikan saiz pena yang digunakansesuai untuk tangannya yang kecil. Permukaan seperti papan putih pula adalah lebih baik daripada kertas yang mudah koyak yang akan mungkin menyebabkan anak tidak minat untuk meneruskan aktiviti menulis.

Anak kecil lebuh mudah menulis dalam keadaan berdiri daripada duduk. Dalam keadaan berdiri, fokus adalah lebih senang dan pergerakkan tangan adalah lebih mudah. Menggunakan permukaan yang besar untuk menulis mengizinkan anak membuat lakaran yang besar dan mudah. Pencahayaan serta suasan yang tenang mempengaruhi kejayaan program.

Tingkat kebolehan

Ada pertanyaan yang berkaitan cara membantu meningkatkan kebolehan anak menulis. Dalam hal ini, NURY akan membaritahu ada beberapa aktiviti yang dapat menggalakkan pembangunan otak yang tersusun yang diperlukan untuk menulis. Antara aktiviti tersebut adalah brachiation atau penggunaan monkey bar yang sering kita temui di taman permainan.

Aktiviti mengayun merentasi brachiation atau monkey bar menggalakkan pembentukanfokus mata di samping membangunkan koordinasi motor halus. Aktiviti ini juga menggalakkan pembentukan dada serta pengambilan oksigen yang diperlukan oleh otak. Selain dari itu, ibu dan ayah haruslah memastikan bahawa anak merangkak dan menjulur. Seratus ela sehari melaksanakan aktiviti ini akan meningkatkan kebolehan yang sofistikated seperti membaca dan menulis tulisan kecil.

Tulisan cantik & kemas

Ada ibu bapa berharap agar tulisan anak nampak cantik dan kemas. Sikap ini bagus keranaibu bapa ini begitu teliti terhadap perkembangan anaknya.  Jadi untuk melatih supaya tulisannya cantik, apabila anak sudah suka menulis dengan sendirinya, ibu bolehlah mengajak anak melihat cara menulis dengan betul. Pada percubaan pertama, lukis satu garisan dan cadangkan kepada anak, jika huruf-huruf dapat ditulis atas garisan maka ia akan lebih cantik dengan beberapa syarat.

Tunjukkan kepadanya bahawa ada huruf-huruf  yang seharusnya mengambil posisi duduk seperti a,c,e,i,m,n,o dan lain-lain. (Ajar anak menulis tulisan kecil dahulu.) Tunjukkan juga huruf-hurut yang mempunyai posisi berdiri seperti b,d,k,l,t dan huruf lain serta posisi berjuntai kakinya seperti g,j,p,q dan seterusnya. Ada baik jika ibu bapa menjadikan posisi huruf ini sebagai poster untuk rujukan anak. Galakkan anak menulis mengikut posisinya. Apabila anak telah memahami konsep ini, cadangkan kepada anak bahawa dia boleh tulis dengan lebih cantik sekiranya kita tambah satu garisan lagi.

Tunjukkan kepada anak bahawa huruf-huruf seharusnya diletakkan di antara dua garisan kecuali bahagian yang tegak serta berjuntai. Bila anak dapat menulis dengan konsisten berdasarkan panduan ini, tambahkan dua garisan lagi dia atas dan bawah dua garisan lama. Cadangan bahawa huruf-huruf yang ditulis tanpa melepasi garisan-garisan tersebut akan kelihatan lebih cantik dan kemas. Ibu bapa harus ingat langkah-langkah yang diajar di atas  seharusnya dilakukan bila anak bersedia dan setuju melakukannya. Jika tidak, segala usaha yang dilakukan agar anak minat menulis akan jadi sia-sia. Ibu dan ayah perlu menjadikan sesi menyeronokkan di samping memberi ganjaran yang setimpal bila anak berjaya menulis dengan baik.

Apa jua bentuk pertanyaan, ia amat membantu untuk memastikan perkembangan anak terbentuk secara positif. Anak jika dibantu dan di didik dengan betul dan konsisten dia akan mudah mengikut sebarang pembelajaran yang diberikan kepadanya.

Thursday, 6 July 2017

Pesanan drpd Alyaa Sakinah

Mgkin drp sini kita boleh belajar.. xsemua perkara kita boleh sampaikan sekiranya boleh menyinggung hatinya.. atau kita boleh belajar dengan cara penyampaian yg lain pula..

Tuesday, 4 July 2017

3 Sunnah bersama Isteri yang ramai orang tak pandang serius

3 Sunnah bersama Isteri yg ramai org Tak pandang serius sedangkan inilah akan mnjadi asbab makin semaraknya lagi kasih sayang dan kebhgiaan antara suami Isteri dalam rumah tangga dan dpt mengelakkan penceraian:

1-makan Bersama
2-mandi Bersama
3-tidur Bersama

Hari ni..org makan asing dgn isteri..usahakanlah makan bersama isteri..mkn sorang2 ni tak elok..mkn berjemaah lah...lebih utama kalau dpt mkn masakan air tgn isteri..akan makin brtambah syg pd isteri...rugilah klau hari2 mkn air tgn restoran...Bab mandi asing dgn isteri,usahakanlah plg kurang seminggu sekali mandi bersama...Bab tidur asing dgn isteri ni juga Sunnah...jgn tidur bilik lain atau dpn tv..tidur lah dgn mereka..sedangkan semua ini akan mybbkan kasih sayang semakin kuat...tp bila rasa ini biasa dan tak perlu..makin lama makin pudar hubungan td..kalau tak percaya cuba amalkan insyAllah akan brtambah ksh sayang..kasihanlah mereka yg berjauhan dgn isteri ataupun dgn suami...melainkan mereka di Jalan Allah,Allah sndiri memandang mereka dgn kasih sayang sebab berjauhan kerana Allah sprti Para Sahabat dan Sahabiah...

Wednesday, 21 June 2017

Adab menziarahi kubur terutama ibubapa

```RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka.

SATU KALI ANDA SEBAR MUNGKIN DAPAT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI

Salam.
Kuliah dhuha Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara.

Tajuk : Adab menziarahi kubur.
Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan.```

*....simpan nota ini anak-anak dan sebarkan. Terima kasih.*

Tuesday, 6 June 2017

Kunci Lancarkan Rezeki Suami

KUNCI LANCARNYA REZEKI SUAMI ADA PADA ISTERI

Masyaallah! Ternyata Ini 10 Sifat Isteri Yang Membuat Rezeki Suami Mengalir Dengan Sangat Deras

Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahwa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak dapat dilihat secara mata kasar, tetapi dapat dijelaskan secara spiritual bahawa 10 karakter isteri ini ‘membantu’ menghadirkan rezeki untuk suaminya.

1. Isteri yang pandai bersyukur
Istri yang bersyukur atas semua karunia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk juga rezeki. Miliki suami, bersyukur. Jadi ibu, bersyukur. Anak-anak dapat mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami istri, bersyukur.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).

2. Isteri yang tawakal kepada Allah
Di waktu seseorang bertawakkal pada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.

“Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ” (QS. Ath Thalaq : 3).

Bila seseorang isteri bertawakkal pada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak selamanya harus langsung diberikan pada wanita itu. Boleh jadi Allah akan memberi rezeki yang banyak pada suaminya, lalu suami itu memberi nafkah yang cukup pada dirinya.

3. Istri yang baik agamanya
Rasulullah menjelaskan kalau wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.

“Pilihlah kerana agamanya, niscaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Beruntung itu beruntung didunia dan di akhirat. Beruntung didunia, salah satu aspeknya yaitu dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.

Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat pada Allah namun rezekinya lancar? Boleh jadi Allah akan memberi rezeki pada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi kerana taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah lalu mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.

4. Istri yang banyak beristighfar
Diantara keutamaan istighfar yaitu mendatangkan rezeki. Hal semacam itu dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12. Kalau dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.

“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).

*. Istri yang gemar silaturahim
Istri yang gemar menyambung silaturahim, baik pada orang tuanya, mertuanya, sanak familinya, serta saudari-saudari seaqidah, pada dasarnya dia tengah menolong suaminya membuat lancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

“Siapa yang suka dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi. ” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

6. Istri yang suka bersedekah
Istri yang suka bersedekah, beliau jua dalam intinya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Kerana keutamaan sedekah misalnya dijelaskan pada surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali lipat. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah.
Apabila istri yang mendapat  nafkah dari suaminya, lantas sebahagiannya dia pakai untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya. Namun mungkin saja dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yg menumbuhkan tuj
uh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha tahu. ” (QS. Al Baqarah : 261).

7. Isteri yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan beliau bakal mendapatkan rezeki menurut arah yang tidak disangka-sangka. Misalnya firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa dalam Allah, nescaya beliau bakal mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya apabila seseorang ingin menerima suatu hal, dia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Beliau tidak dapat mendapatkan sesuatu itu tetapi dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan cuma bersandar kepada usaha manusiawi namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah, serta yakinlah apabila isteri berdoa dalam Allah buat suaminya tentu Allah akan mengabulkannya.
“DanTuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu nescaya Saya kabulkan” (QS. Ghafir : 60).

9. Istri yang suka solat dhuha
Solat dhuha adalah solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Solat dhuha dua raka’at setara beserta 360 sedekah buat menukar hutang sedekah setiap persendian. Solat dhuha empat rakaat, Allah bakal mengklaim rejekinya sepanjang hari.
“pada pada tubuh insan ada 360 sendi, yg seluruhnya mesti dikeluarkan sedekahnya. ” Mereka (beberapa sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah? ” dia menjawab, “Engkau bersihkan kahak yang ada dalam masjid merupakan sedekah, engkau menyingkirkan suatu hal yang Mengganggu menurut jalan yaitu Jadi apabila engkau tidak menemukannya (sedekah sebesar itu), jadi dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu. ” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput berdasarkan empat rakaat di awal harimu, pasti Aku cukupkan untukmu pada sepanjang hari itu. ” (HR. Ahmad).

10. Isteri yang taat serta melayani suaminya
Salah  satu kewajipan isteri pada suami yaitu mentaatinya. Sepanjang perintah suami tak dalam rangka mendurhakai Allah serta RasulNya, isteri hendaklah mentaatinya.
Apa hubungannya beserta rezeki? Ketika seorang isteri taat dalam suaminya, jadi hati suaminya juga damai dan hening. Ketika hatinya damai, dia sanggup befpikir lebih jernih dan kreativitinya ada. Semangat kerjanya juga aktif. Ibadah juga lebih damai, rezeki mengalir lancar.

[reportaseterkini.net]

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Saturday, 3 June 2017

Ketentuan solat fardu

Igt Allah selalu..
Ditetapkan waktu solat, maka jangan diakhirkan..

Surah al-Nisa'

Friday, 2 June 2017

Tanda memberontak kepada Allah

Apabila ditimpa ujian, kita diajar utk mengucapkan kalimah Innalillahiwainnailahhirajiun

Spy kita mengingatkn kita ini hamba dan milik Allah.. Hanya kepada Allah kita dikembalikan

Mukmin Profesional - Zikir Pendorong Hidup

Mencari bahagia menurut Al Quran dan Assunnah

- Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam

Fikir tapi jangan khuatir

Wednesday, 31 May 2017

Riyadus Salihin

Bersabar di atas kehilangan nyawa orang yg dicintai

Iklan Cyberia

LOOKING FOR TENANTS IN CYBERIA CONDO

We are searching for Mukmin Family / Mukmin Professionals

Cyberia Condominium Blok C - Type B
Partly Furnished
- Newly Renovated Kitchen Cabinet
- Washing Machine
- Window Grill at all rooms for security
- Curtain at all rooms

Interested?
Kindly call Fatin @ 013-2071008

Sunday, 28 May 2017

Hadis Qudsi

Daripada Jabir r.a , Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman,"Sesiapa yg disibukkan oleh zikir kepada-Ku sehingga tidK sempat memohon kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya sesuatu yang melebihi daripada apa yang diminta oleh orang-orang yang memohon."

Hadis Riwayat Abdurrazaq
(Isamuddin As-Sahabati, Jamiu'l Ahadisi'l Qudsiyyati, Jilid 2. Tt: 24)

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...