Wednesday, 28 February 2018

Didik anak tanpa marah

*Cara Mendidik Anak Tanpa Marah*

_Kepatuhan dengan bimbingan._

1st step: Berikan perintah kepada anak berupa hal-hal ringan, mudah & tidak memerlukan banyak waktu untuk mengerjakannya (< 15 saat). cth: letak cawan atas meja/ambil bola di lantai/ ambilkan garam.

2nd step: Apabila anak terus melaksanakan perintah anda, berikan ucapan terima kasih atas kepatuhannya. Tetapi berhati-hatilah, jangan berlebihan dalam memuji. Anda boleh ucapkan, "Semoga Allah menyanyangimu". Jika anak anda menolak melaksanakan perintah, anda harus ke 3rd step.

3rd step: Apabila anak anda tidak mematuhi perintah dalam waktu 5 saat, maka anda harus membimbingnya secara lansung mengerjakan perintah. Ulangi perintah dengan ayat & intonasi yang sama sebelum itu. Contohnya, "Khalid, tolong ambilkan garam". Kemudian, dekatilah anak itu, peganglah tangannya, lalu bimbinglah dia menjalankan perintah. Contohnya, ajaklah anak menuju ke tempat garam, tuntun tangannya untuk memegang, lalu arahkan dia membawa garam tersebut berjalan menuju tempat anda memberikan perintah.

4th step: Setelah anda membantu secara lansung anak anda untuk melakukan perintah, pujilah & ucapkan terima kasih kepadanya.

Disini, anak akan memahami 2 perkara:
1. Anak harus patuh kepada ibu bapa. Jika anak tidak menurut perintah, dia akan mengerjakan perintah dengan paksaan.

2. Apabila anak memilih untuk patuh, maka dia tidak berasa untuk dipaksai.

Peraturan penerapan konsep ini:
1. Berikan perintah dengan menggunakan 4 steps di atas. Anda harus komitmen dalam memberikan 5, 10 hingga 20 perintah dalam sehari. *Perintah harus sesuai dengan kemampuan anak*.

2. Anggaran jarak antara 2 perintah adalah sekitar 10-15 minit atau 1 hingga 2 jam.

3. Konsep ini boleh diterapkan pada anak berusia 3-9 tahun. Disarankan tidak diterapkan konsep ini pada anak berumur 15 tahun kerana dia akan menolak dan menentang.

4.Pastikan diri ibu bapa tenang & santai sepanjang menerapkan konsep ini. Hindari teriakan, berkata kasar & pukulan.

Sumber: Mendidik Anak Tanpa Marah. (Abdullah Muhammad Abdul Mu'thi)

Monday, 26 February 2018

Mengurus kereta ketika kemalangan

*MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN*

B A W A
K E R E T A  A N D A
K E  B A L A I  P O L I S  D U L U

Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). *Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.*

*Jangan tandatangan..!* Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat *komisen 10%* dari insurans anda.

Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!

Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,

*"Saya nak towing saje.."*

Biasanya kena caj dalam *RM200-RM300*. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.

Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.

Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk *claim 10%* dari tokey bengkel.

*Caranya..?* Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.

*Contoh*, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam *RM100,000*. Jadi anda boleh *claim RM10K* dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.

Sebab itulah longkai biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, anda boleh claim *'lost of use'* pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) *RM30 satu hari.*

Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat *RM30* setiap hari selama sebulan.

*RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900*

Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.

Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.

Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.

PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.

Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.

Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.

Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

*Kedua !* Hati-hati dengan longkai bila diaorang cakap,

*"Hantar kat bengkel saya je lah..!"*

Itu kencing je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu. Share artikel ini kalau berguna pada kawan lain..!

M E N G E L A K K A N
K E Z A L I M A N  S E M A S A
D A L A M  K E M A L A N G A N
...
Semoga bermanfaat..😊😊😊

Sunday, 25 February 2018

Surah Al Kahfi

SURAH AL KAHFI

Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengeluarkan pekeliling untuk masyarakat Negeri Johor membaca Surah Al-Kahfi pada setiap pagi Jumaat di masjid dan surau.

Apa rasionalnya?

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Ha, ini yang selalu disebut-sebut kan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 🤔

Pernah terfikir kenapa?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (ashabul kahfi)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa dan Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu perkara ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Betul tak?

So here we go 🙌

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! 😱

Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya  baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal, rezeki dan kelebihan datang dengan izin Allah, dan banyak mengingati mati/akhirat.

*Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak SOMBONGG untuk menuntut ilmu dari Khidir*

Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Tapi ada yang lagi mind blowing 🙌🙌🙌

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH! 😱

Tak percaya? Hehe.

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? ✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense!

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Marilah kita mengajak manusia kepada amar makruf dan nahi mungkar.

Aslih nafsak, wad'u ghairak! 🌹

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati dan nacam-macam lagi.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikutnya.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca surah al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Allah bosan

Bestnya tazkirah ini... malu rasanya bila baca.

ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Kisah seorang persara (bukan group ini) bermusykil seorang Ustaz:

"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"

Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah puas mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.

- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.

- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.

- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.

- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.

- Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

- Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.

- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.

- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada. 

Allah SWT nak mencari tuan dimana?

Cuba tuan beritahu?

Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita. 

PASTIKAN NAMA KITA  SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.

Selamat berjuang saudaraku.
In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.

PENAWAR DALAM ISLAM:

✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = solat Tahajjud.
✿  Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.
✿ Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.
✿ Gelisah = perbanyakan berdoa.
✿ Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah".
✿ Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.
✿ Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfaat.

# Peringatan buat diri sendiri juga.

Panggilan Azan

*Lapangan Terbang dan Pertanyaan Non-Muslim “Kenapa Azan Mesti Kuat?”*
Oleh
M. Sholich Mubarok
Dec 8, 2016

Mengapa azan mesti dikumandangkan dengan kuat? Pakai speaker pula. Apa tidak mengganggu orang lain yang bukan muslim?

Ada sebuah cerita menarik yang diceritakan oleh seorang sahabat melalui aplikasi perbincangan di grup WhatsApp. Kisahnya adalah seperti berikut.

***

Teman saya, yang kebetulan non muslim, bertanya kepada saya, “Kenapa azan mesti dibunyikan kuat-kuat dengan speaker pula?”.

Saya yang bukan ahli agama kemudian berfikir sejenak mencari jawapan yang mudah dicerna beliau, menjawab seperti ini, “Bro, azan itu adalah panggilan solat, pasti  panggilan tidak mungkin dilakukan dengan cara bercakap atau berbisik-bisik”.

Teman saya membalas, “Tapi kan orang-orang di sekeliling tidak semuanya muslim?”.

Saya jawab lagi, “Benar. Bro, kita sekarang sedang berada di lapangan terbang, kita selalu mendengar panggilan menaiki pesawat melalui announcement kan? Apakah saudara juga akan mempersoalkan  pihak lapangan terbang mengapa melakukan panggilan menaiki pesawat YANG LAIN dengan kuat padahal bukan panggilan pesawat yang kita nak naik?”

Dia tersenyum namun membalas lagi, “Tapi kan hari ini semua orang sudah tahu dengan teknologi jam berapa waktu solat, apa masih perlu azan dengan kuat?”

Saya pun kemudian menjawab, “Ya, setiap penumpang juga kan sudah tau jadual penerbangan masing2 sejak menempah dan memegang tiket, kemudian check-in, sudah tercetak jadual keberangkatan di pas masuk, sudah masuk ruang tunggu, tapi pihak lapangan terbang masih tetap melakukan panggilan menaiki pesawat bukan?

Dan ada satu hal lagi mengapa azan mesti dikumandangkan, bukan hanya sebagai penanda sudah masuk waktu solat tetapi sebenarnya panggilan untuk menunaikan solat, kerana kami mesti solat dengan segera bila masuk waktu.

Sama halnya semua penumpang harus menyegerakan masuk pesawat setelah panggilan menaiki pesawat, walaupun masih ada waktu naik pesawat sampai pesawat ditutup pintu”.

Kali ini senyumannya bertambah lebar, lalu dia separa peluk aku sambil menepuk-nepuk bahuku dan berkata “superb got it bro" 👍

Mahjura

RAMAINYA GOLONGAN MAHJURA

Firman Allah Taala :

وَقَالَ الرَّسُوْلُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوْا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُوْرًا

artinya : "Berkata Rasululullah : Wahai Tuhanku. Seseungguhnya kaumku telah menjadikan akan Al-Quran ini sebagai mahjura." (Al-Furqan : 30)

Para ulama menjelaskan makna 'mahjura' dalam ayat di atas ialah terhalang atau meninggalkan yakni terhalang dari membaca dan mengimani Al-Quran dan meninggalkan Al-Quran kerana merasakan tidak penting lalu memilih urusan lain mengikut selera mereka.

Berkata Imam Ibnu Kathir yng bermaksud :

"Termasuk dalam pengertian mahjura ialah orang yang tidak memperdulikan al-Quran dan mengenepikannya lalu berpaling kepada perkara lain seperti membaca syair, perkataan rekaan manusia, nyanyian dan lagu, alat permianan, cerita penglipur lara dan perkara yang bukan daripada Al-Quran."

Betapa ruginya orang-orang yang mengaku Islam tetapi tidak memberi masa untuk Al-Quran. Hidupnya seharian hanya disibukkan dengan hobi, bermain, bersukan, nyanyian, hiburan, filem, novel-novel yang tidak berfaedah. Mereka lebih memberi tumpuan pasukan mana yang akan menang bersukan, siapa yang akan menang pertandingan menyanyi, filem mana yang paling seronok ditonton dan sebagainya.

Ini semua adalah hasil usaha yang tak mengenal penat para musuh Islam untuk melihat Islam hancur dengan cara menjauhkan umat Islam dari memahami kitab suci mereka sendiri.

Firman Allah :

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لاَ تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْءَانِ وَالْغَوْا فِيهِ

artinya : "Orang-orang kafir berkata : Janganlah kamu semua mendengar akan al-Quran itu dan dan buatlah sesuatu yang lagha padanya." (Al-Fusilat : 26)

Semuga kita semua bangkit dan sedar atas kelalaian dan perdaya musuh-musuh Islam terhadap kita marilah kita rebut kelebihan yang Allah janjikan kepada siapa yang beriman dan beramal dengan al-Auran di akhirat nanti.

Daripada menghabiskan masa berebut mahkota kejuaraan lagu terbaik, pasukan terbaik, penyanyi terbaik dan pelakun terbaik alangkah baik kita rebut mahkota yang Allah janjikan kepada orang-orang yang membaca dan mengamalkan Al-Quran.

Daripada Mu’az bin Anas al-Juhaniy r.a sungguhnya Nabi saw telah bersabda :

مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَعَمِلَ بِمَا فِيهِ ، أُلْبِسَ وَالِدَاهُ تَاجًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، ضَوْءُهُ أَحْسَنُ مِنْ ضَوْءِ الشَّمْسِ فِي بُيُوتِ الدُّنْيَا لَوْ كَانَتْ فِيكُمْ ، فَمَا ظَنُّكُمْ بِالَّذِي عَمِلَ بِهَذَا

artinya : "Siapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengannya maka akan dipakaikan kepada dua ibu bapanya akan mahkota pada hari kiamat. Sinarnya lebih terang daripada sinar matahari pada rumah-rumah kamu pada dunia. Bagaimana sangkaan kamu dengan balasan bagi yang membaca Al-Quran itu sendiri?" (Hadith Abu Daud)

wallahua'lam

Saturday, 24 February 2018

Tips

*Lapan jenis makanan yang paling baik untuk mencegah penyakit*
‎الرمان . Delima
‎الروب . Yogurt
‎الثوم . Bawang putih
‎البصل . Bawang besar
‎الشاي الأخضر . Teh hijau
‎الشوفان . Oat
‎القرع . Labu
‎البروكلي . Brokoli
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
*Tiga perkara membawa penyakit*
‎1) الكلام الكثير . Banyak bercakap
‎2) النوم الكثير . Banyak tidur
‎3) الأكل الكثير . Banyak makan
‎ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة أشياء تهدم البدن :
*Empat perkara merosakkan badan*
‎1) الهم . Dukacita
‎2) الحزن . Sedih
‎3) الجوع . Kebulur
‎4) السهر . Tak tidur malam
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
*Empat perkara menambah seri wajah*
‎1) التقوى . Taqwa
‎2) الوفاء . Jujur
‎3) الكرم . Pemurah
‎4) المروءة . Jaga kehormatan
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة تجلب الرزق :
*Empat perkara menarik rezeki*
‎1) قيام الليل . Qiamulail
‎2) كثرة الاستغفار بالأسحار. Banyak istighfar waktu 2/3 malam
‎3) تعاهد الصدقة . Biasa bersedeqah
‎4) الذكر أول النهار وآخر . Berzikir waktu awal pagi dan petang
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
*Jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan kawan mu dan orang yang anda kasihi..*

Friday, 23 February 2018

Pesanan Indah

*PESAN INDAH*
dari Ust. Arifin Ilham :

Assalamu'alaikum Wr. Wb.. Cerdasnya orang yg beriman adalah, *dia yg mampu mengolah hidupnya yg sesaat & yg sekejap untuk hidup yg panjang.. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.*

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, *tapi rindukan mati.* Karena, *mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.* Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, *tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,* maka *sambutlah kematian dengan penuh Ketakwaan.*

Hendaknya kita *selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap Hari.* Ketujuh Sunnah Nabi SAW itu adalah :

●Pertama,
*Tahajjud*  karena kemuliaan seorang Mukmin terletak pada Tahajjudnya.

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
●Kedua,
*Membaca Al-Qur’an sebelum terbit Matahari.* Alangkah baiknya sebelum mata melihat Dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh Pemahaman.
💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝

●Ketiga,
*Jangan tinggalkan Masjid terutama di waktu Subuh.* Sebelum melangkah kemana pun *langkahkan kaki ke Masjid, karena Masjid merupakan pusat Keberkahan,* bukan karena panggilan Muadzin *tetapi panggilan Allah SWT,*yg memanggil orang Beriman *untuk memakmurkan Masjid Allah.*

●Keempat,
*Jaga Shalat Dhuha* karena kunci Rezeki terletak pada Shalat Dhuha

●Kelima,
*Jaga sedekah setiap hari.* Allah menyukai orang yg suka bersedekah, dan *malaikat Allah selalu mendoakan kepada Orang yg bersedekah setiap hari.*

●Keenam
*Jaga wudhu terus menerus*, karena Allah menyayangi Hamba2-nya yg berwudhu.
Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, *“Orang yg selalu berwudhu senantiasa Ia akan merasa selalu Shalat walau ia sedang tidak Shalat,* dan dijaga oleh Malaikat dengan dua Do'a, *"ampuni dosa dan sayangi Dia Ya Allah”.*

●Ketujuh,
*Amalkan Istighfar setiap saat.*
Dengan Istighfar *masalah yg terjadi karena Dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.*         *Tiga Do'a yang janganlah Kita lupakan dalam Sujud*, yaitu :

*1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan Husnul Khatimah :*
Allahumma inni as'aluka husnal khotimah
Artinya : *" Ya Allah aku meminta kepada-MU Husnul Khatimah ".*

*2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum Wafat :*
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Artinya:  *Ya Allah berilah aku rezeki Taubat Nasuha (atau sebenar-benarnya Taubat) sebelum Wafat ".*

*3. Mintalah agar Hati kita ditetapkan di atas Agamanya :*
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika
Artinya: *" Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah Hatiku pada Agama-MU ".*

Kemudian saya sampaikan,
jika kau sebarkan perkataan ini, & kau berniat baik *maka Kami Do'akan menjadikan Kemudahan urusan - urusanmu di Dunia & Akhirat.*

*Lakukanlah Kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah Kau ketahui, Amal Kebaikan yang mana yang dapat menghantarkanmu ke Syurga.*

Kirim  ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 Org..

*SEKECIL* apapun Amal Ibadah, Allah SWT menghargainya PULUHAN kali lipat...
Semoga Kita semua termasuk dlm Golongan Org2 yang Bertaqwa,, Aamiin... *tolong Baca sebentar aja Kita Dzikir sebentar ingat اَللّهُ ...*

*"Subhanallah, Walhamdulillah WalailaHa ilallah Allahu-Akbar wa la haula wala quwata illa billahil aliyil adzim”*

Sebarkanlah... Insha Allah kita akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah SWT

آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Niat Membaca Al Quran

*Ketahui 33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran*

OLEH USTAZ IQBAL ZAIN, PADA 14 AUG 2017

Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”

فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها
Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.

Dari dua prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dengan beberapa dari niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya :

*#1 – Tujuan Belajar Dan Beramal*

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.

*#2 – Tujuan Memohon Hidayah*

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.

*#3 – Tujuan Bermunajat*

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

*#4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit*

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.

*#5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya*

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

*#6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras*

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)
Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).

*#7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan*

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

*#8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai*

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)
Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.

*#9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan*

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

*#10 – Niat Mentaati Perintah Allah*

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.

*#11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan*

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.

*#12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat*

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.

*#13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi*

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.

*#14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam*

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.

*#15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga*

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.

*#16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah*

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.

*#17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah*

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.

*#18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran*

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.

*#19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka*

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.

*#20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah*

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.

*#21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur*

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.

*#22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan*

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

*#23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan*

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

*#24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah*

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

*#25 – Tujan Mendapat Kebaikan*

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.

*#26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum*

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)
Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).

*#27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia*

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

*#28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran*

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

*#29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur*

(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

*#30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya*

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

*#31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq*

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

*#32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu*

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

*#33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin*

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)
Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

KONGSIKAN ARTIKEL INI

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In syaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat

Wednesday, 21 February 2018

Tadabbur Al Kahfi

Ringkasan  tadabur surah Al Khafi ayat 1-10 semalam utk yg x dpt hadir oleh Utz awesome lg hensem.

Sabda Nabi SAW “ Barang siap yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Khafi dipelihara dan diselamatkannya dari fitnah Dajjal”

Kenapa perlu 10 ayat terawal?  10 ayat awal akan menjadi pedoman kepada kita.

10 key point ayat 1-10
1. Istiqamah dgn nas Al Quran
- Segala puji bagi Allah yg menurunkan kitab kpd nabi dan hambanya iaitu Al Quran yg tiada berselisihan pendapat.

2. Jelas membezakan kebenaran & kebathilan.
- Allah mengingatkan fungsi Al Quran sebagai jurang antara benar & bathil.

3. Jangan jadi sekuler
- Membezakan dunia & akhirat.  Selepas akhirat akan ada perhitungan.  Mereka kekal selamanya didlm syurga atau neraka.

4. Kenali & waspada dgn musuh Allah
- Al quran ini mengancam org2 Yahudi & nasrani
-
5. Proksi zoinis & kejahilan
- Mereka sama sekali tiada ilmu & apa yg dikatakan adalah dusta

6. Fithnah & propaganda
- Propaganda yg mereka buat boleh mengawal minda.  Utk kuatkan iman selalu solat tahajud, baca surah Muzammil & baca quran dgn tartil.

7. Sesatnya ajaran materialisma
- Jangan syg kpd dunia kerana akan menyebabkan kita cinta kpd dunia .  Dunia ini adalah ujian bagi org2 yg beramal utk akhirat

8.  Fatamorgana
- Apa yg kita kejar di dunia tidak akan kekal.  Siapa yg kejar akhirat in sha Allah akan dapat dunia

9. Jangan mudah terpengaruh
- Cerita pemuda2 Al Khafi adalah satu peristiwa tentang kekuasaan Allah yg sangat mengnajubkan.  Agar cekal menjadi jati diri

10. Doa menghadapi  islamophobia.
- Allah mengajar doa utk mendapat Rahmat serta petunjuk yg betul kepada kita.

Tuesday, 20 February 2018

Parenting Tips

HOW TO INSPIRE MANNERS IN YOUR CHILDREN.

1. When entering the house greet your children or even hug them. This should help develop their sense of love and self worth.

2. Be good to your neighbours and never backbite. Never speak ill of other drivers when on the road. Your children would listen, absorb and emulate.

3. When calling your parents, encourage your children to speak to them. When visiting your parents take your children with you. The more they see you take care of your parents the more they will learn to take care of you.

4. When driving them to school, don't always play albums or cds in the car. Rather, tell them some motivational stories yourself. This will have a greater impact - trust me!

5. Read to them a short story and  even a scripture a day – it doesn't take much time, but very impactful in creating strong bonds and wonderful memories. 

6. Comb your hair, clean your teeth and wear presentable cloths even if sitting at home and not going out for the day. They need to learn that being clean and tidy has nothing to do with going out! 

7. Try not to blame or comment on every word or action they say or do. Learn to overlook and let go sometimes. This certainly builds their self-confidence.

8. Ask your children's permission before entering their rooms. Don't just knock and enter, but then wait for a verbal permission. They will learn to do the same when wanting to enter your room.

9. Apologize to your children if you made a mistake. Apologizing teaches them to be humble and polite.

10. Don't be sarcastic or make fun of their views or feelings, even if you "didn't mean it" and was "only joking". It really hurts.

11. Show respect to your children's privacy. Its important for their sense of value and self-esteem.

12. Don't expect that they will listen or understand the first time. Don't take it personal. But be patient and consistent.

13.Pray with them. Show them how to pray. Lead by example.
14. In addition, ask them to discuss their daily plans after the morning prayers. Children without concrete daily plans usually join others in executing theirs. They fall easy to peer pressure.
15.Hold them and bless them specially every morning.
*Please share with other parents.*

Sunday, 18 February 2018

Kekal Beriman, Kawal Perasaan

Masya Allah, selama baca Al-Kahfi hari Jumaat, baru sekarang faham mesej Allah yang satu ini. Mesej yang tepat menuju ke diri sendiri.

Bahkan jadi satu senjata penting untuk elak fitnah akhir zaman.

Apa mesejnya?

Cuba tengok ayat ke-6.

Terjemahannya :

"Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini."

Apa yang kita faham melalui ayat ini?  Cuba baca berkali-kali.

Tuan Fazrul Ismail bagitahu, ayat ini mengajak kita supaya KEKAL BERIMAN bila berlaku sesuatu. KAWAL PERASAAN. Jangan EXTREME.

Contohnya, anak taknak belajar Quran, kita sedih sangat-sangat (extreme/melampau). Aku bukan ibu yang baik. Aku tak layak ada anak yang suka baca Quran.

Contoh lain, orang pandang hina pada kita, kata macam-macam. Surirumah tak bergaji. Tak pandai jaga anak. Anak kurus tak dibagi makan etc etc.

Asyik memikirkan sampai jadi murung, down. Rasa diri ini tak berguna.

KAWAL PERASAAN. KEKAL BERIMAN.

Bukan tak boleh sedih, kecewa atau marah. Sekadarnya sahaja. DOA pada Allah. Buat TINDAKAN. Bukan melayan perasaan.

Beliau bagitahu lagi, Dajjal senang mempengaruhi orang-orang yang MELAMPAU dengan perasaan.

Itulah antara hikmah pesan Rasulullah saw supaya baca Surah Al-Kahfi untuk elak fitnah Dajjal.

Saya belajar sesuatu. Elak fitnah Dajjal ini
bukan sekadar BACA sahaja, tetapi FAHAM mesej (TADABBUR) dan ambil pengajaran serta tindakan (TAZAKKUR).

Dapat tak pointnya?

Kalau ada yang saya silap, mohon teguran.

Kalau rasa bermanfaat, tekan butang SHARE supaya lebih ramai dapat manfaatnya.

#SyahirahZulkifli
#QuranManualKehidupan

Saturday, 17 February 2018

Redha

Tazkirah Saturday
01 Jamadil Akhir 1439hijrah
17 Februari 2018

REDHA SEORANG FAQIR KEPADA ALLAH

Ja'far Ibn Sulaiman Ad-dhibi' bertanya pada Rabiatul Adawiyah, "Bilakah seorang hamba dikatakan redha kepada Allah?"

Rabiatul Adawiyah menjawab, "Ketika kebahagiaannya saat ditimpa musibah sama dengan kebahagiaannya saat diberi nikmat."

Sebagaimana Al-Fudhayl mengatakan, "Jika diberi atau tidak diberi nikmat oleh Allah sama saja baginya, maka itu bererti dia redha pada Allah SWT."

Ahmad Ibn Abi Al-Hawari juga menuturkan "Sesungguhnya Allah Maha Agung dan Maha Mulia dengan kemurahan-Nya. Dia telah redha kepada hamba-hamba-Nya, sebagaimana mereka redha kepada tuan-tuan mereka." Aku bertanya, "Maksudnya apa?" Ia menjawab, "Bukankah setiap hamba sahaya menginginkan agar tuannya redha padanya?"
Maka aku menjawab," Ya"
Dia berkata, "Sesungguhnya Allah menginginkan agar semua hamba-hamba-Nya redha kepada-Nya."

Sahl menjelaskan, "Tingkat keyakinan seorang hamba sesuai dengan tingkat keredhaannya. Tingkat keredhaannya sendiri sesuai dengan tingkat kehidupannya untuk selalu bersama Allah SWT."

Rasulullah SAW bersabda, "Dengan kebijaksanaan dan keagungan-Nya, Allah Azza wa Jalla menjadikan kelapangan dan kebahagiaan dalam redha dan keyakinan. Dia juga menjadikan kesusahan dan kesedihan dalam ketidak redhaan."
- (H.R. At-Thabrani).

Sumber:Syarah oleh Tn. Guru Hj Ir. Alias Hashim Zawiyah Syattariyyah

Semoga bersama beroleh manfaat

Selamat beramal dan beristiqomah

Akhukum Fillah,
Alfaqir Abu Musoddiq

Thursday, 15 February 2018

7 nafkah wajib suami terhadap isteri

http://www.mingguanwanita.my/suami-sediakan-7-nafkah-wajib-ini-dulu-jangan-ungkit-duit-isteri-bekerja-melainkan/

Monday, 12 February 2018

Pergi Tak Kembali oleh Ustaz Dusuki Ab Rani

Kebanyakn manusia menyesal pertama kali ketika malaikat maut berdiri depan muka kita.
Kita minta nak:-
1) Bersedekah
2) Beramal soleh

Kita tak pernah berbicara apa kita nak jawab malam pertama barzakh..

Hidup dalam keadaan sombong
Syaitan kumpulan pertama,

Alquran yg dibaca ketika sebelum subuh membantu kita ketika dlm kubur.

Maa rabbuka..? Allahurabbi. Lapang kubur mukmin. Org mukmin tak nak hidup kembali. Nampak syurga.

Org yg minta dihidupkan kembali adalah org yg mati dlm keadaan:
1- Org yg sedang buat zalim pada diri sendiri. Org yg dgr azan, tak mahu solat jemaah.
Eg Org yg buat hutang, tp tak bayar. Org yg hisap rokok, dadah. Org yg tak boleh baca alquran.
2- Org yg terang-terangan yg lawan syariat islam.
Eg Firaun tak pernah sakit dan menguap. Berani tggal islam, tak tutup aurat. Caci para ulama.
3- Amalan hilang
a) Tak yakin dgn cara islam, alQuran dan hadith (eg sistem dan pendidikan islam, tahfiz utk anak2)
b) Ibadah kosong - ibadah kita menjadi semakin kedekut. Lagi berusia lagi berinfak. Infak sebyk kita dpt gaji sehari2 bila dah pencen.
c) Jaga tulisan dan jaga mulut. Social media jadikan medan dakwah.

4- Org yg kata tuhan kita Allah dan tak lari dr agama. Pergi tak kembali..

Makan madu jadikan amalan.. Hidangkan pd ahli keluarga yg disejukkan.

Thursday, 8 February 2018

Azam konmari

Peringatan utk isteri,  keluarga dan sahabat2 saya.. Mari renung2kan.  Adakah kita dalam golongan ini. Mngkin ada yg tidak tahu dan ada yang dah tahu. Semoga ilmu yg disampaikan dapat kita menafaat dgn sebaik2nya.

👞👔👕👖👠👡👢👚👘💰💶👛👜👑

Keluarkan smua baju2 yg bersusun dlm almari.
Keluarkan pinggan mangkok yg sekadar hiasan..

Astaghfirullah...😢

Seorang ustaz ada berkata dalam kuliahnya....
Katanya, Simpanan2 itu akan ada Hisabnya di hari kemudian.
Astaghfirullahal 'Azim...
Aduuh..!!!
Misalnya... simpanan telekung yang tak dipakai,..baju-baju yang beli banyak tak di pakai..
simpanan yang lain... aduhhh....

Ada blaus cantik yang saya jahit tapi Tak pernah dipakai….
ada kain yang di beli Tak pernah dipakai..,
ada puluhan tudung entah bila mahu dipakai….
Ada banyak selendang yang hanya sesekali saja dipakai…
Ada kasut sampai berdozen..
Ada sandal selemari,
ada beg tangan segudang…
Ada perabot yang tersimpan cantik di stor, masih bagus , tak pernah dipakai dan tak ada rencana utk dipakai….
ada gamis2 1 lemari,
ada baju dinner yang entah bila mahu dipakai..

Ada….Tupperware2 penuh lemari yang hanya sebagai perhiasan.
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
(Masih panjang listnya...)

Yang kita pakai dan kita Sedekahkan itulah yang bermanfaat..!!!
yang hanya jadi simpanan atau koleksi2 yang tak dipakai kelak akan di Hisab..
Yang akan Menyusahkan diri kita sendiri..!!!

Kerana semua yang di beli berawal dari Nafsu..!!!
Nafsu ingin mempunyai ini.....itu.....
lihat orang punya..
ingin beli juga…
walau Tak berguna bagi diri kita…,
Ternyata saya masih termasuk golongan orang yang menumpuk-numpuk barang… 😪
Dan semua itu pasti akan di HisabNYA
(perhitungan) kelak di akhirat…. .

Astaghfirullahal 'Azim..
Astaghfirullahal 'Azim..

Rasulullah bersabda :
“Wahai segenap wanita, Bersedekahlah,
dan Perbanyaklah Istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”
Perlu diingatkan…!
bahwa sedekah menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api.

QS. At- Taubah .Ayat 35
~(ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahanam,
~Lalu dengan itu diseterika dahi, dada dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka,
“inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri..,
~Maka rasakanlah
(akibat dari) apa yang kamu simpan itu.

QS. Al-Baqarah . Ayat 195
~Dan belanjakanlah (harta bendamu) dijalan Allah,
~dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,
~Kerana sesungguh nya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁

Banyak dapat reminder hari ni pasal hisab😭

*copy paste dr FB sahabat saya*

Wednesday, 7 February 2018

Andaikata

🕊💞🕊💞🕊💞🕊💞🕊💞

*USAH BERSEDIH...*

📝1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg  mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

✍🏻2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

📝3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

✍🏻4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

📝5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

✍🏻6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

📝7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.

✍🏻8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

📝9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bilamana brrhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN..

      *iya*😊

🕊💞🕊💞🕊💞🕊💞🕊💞🕊💞

Syukur

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

"Apabila seseorang hamba benar-benar bersyukur atas nikmat menjadi seorang Islam, Allah akan tambah nikmat kefahaman agama Islam padanya, sehingga hatinya dibukakan untuk memahami bukan lagi apa yang tersurat, tetapi juga yang tersirat (makrifat ilmu laduni / tasawwuf)."

[ Murabbi Iqbal Zain Al-Jauhari ]

Sibuk

🌹Mutiara kata ....🌹

"Banyak orang yang sibuk memikirkan hidup yang senang. *Tetapi lupa memikirkan cara mati yang senang.* Dunia ini bukanlah tempat tinggal, tetapi tempat untuk *meninggal*..."

*-Imam Hassan Al Banna-*

Sunday, 4 February 2018

Teguran dari Allah

*😭😭😭 Allahu... Tersentuh hati mmbacanya*

Teguran dari Allah.

Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca.
Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji.

Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji.

Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu.
Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain.
Lambat boleh bercakap.
Lamabt boleh membaca.
Lambat mengenal huruf.
Lambat membaca quran.

Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali.

Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya
" Tak mengaji kat rumah ke?"

Si anak menjawab jujur.
" Mengaji ustazah"

Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya.
Terkejut ustazah bila tahu ibunya adalah Ustazah Hafizah.

Jadi, bila si anak memberi tahu siapa dirinya, ustazah berasa sedikit tertekan.

Ustazah kata dia malu dan segan. Yelah, anak ustazah tapi baca quran kurang lancar.
Macam mana?

Kemudian ustazah 'push' anaknya setiap hari untuk baca quran dan ustazah menjadi garang.
Sampaikan ustazah kata anaknya menjadi takut kepadanya.

Ustazah ajar berkali kali.
Masih juga tak dapat.
Sampai ustazah jadi frust dan dia berhenti menyuruh anaknya mengaji.

Lalu ketika itu dia membuka quran dan membaca surah yang dibuka secara random.

Surah Ar Rahman

Dialah yang mengajarkan Al-Quran- Ayat 2
.
Jika kita belek tafsir quran maksud adalah

Allah sendiri yang mengajar Qur’an kepada kita, bukan orang lain.
Guru atau ustaz yang mengajar itu hanya menyampaikan sahaja. Tapi yang memberi pemahaman adalah Allah sendiri.

Akhirnya, pemahaman itu dari Allah juga. Kalau Allah tak beri, kita pun tidak dapat.

Kadang-kadang, pengajaran yang diberikan sama, tapi pemahaman anak tidak sama.

Dua orang murid duduk dalam kelas yang sama, 'follow' pembelajaran yang sama, tapi kadang kadang pemahaman mereka tidak sama.
Ini menunjukkan pemahaman itu diberikan oleh Allah.

Ini menunjukkan Allahlah sebenarnya guru yang mengajar.

Ada orang yang Allah mudahkan penerimaan ilmu, namun ada orang laluan menuju ilmu itu terasa gelap dan payah.
.
Jadi ustazah kata, bila dia baca surah itu dia terasa tersentak.
Bagaikan ditegur direct dengan tuhan.

Ustazah rasa bersalah kerana marah anak nya yang lambat faham bila diajar.

Ustazah rasa kesal kerana tidak meminta pertolongan dari Allah untuk memahamkan anaknya.

Kata Ustazah, dalam mengajar anak. Jangan rasa anak akan faham dengan kehebatan kita mengajar.
Tetapi semua itu atas bantuan tuhan-Dia yang memberi kefahaman kepada anak kita.

Sejak hari itu ustazah fokus kepada meminta kepada ALLAH  supaya anak diberi kefahaman.
Ustazah tidak fokus untuk mengajar anak tanpa henti.
Tetapi ustazah kata ajar sedikit sedikit dan banyakkan mengadu dan memohon kepada Allah untuk kefahaman si anak.
.
Lama kelamaan anak ustazah mampu membaca quran perlahan lahan dan akhirnya  sekarang dia menjadi hafiz☺

.

Belajar sesuatu tak?

Kalau ada anak yang lambat begini jangan marah anak kerana lambat faham.
Tetapi sebaliknya mengadu lah pada Allah- Dia memberi faham.

Kita usaha untuk mengajar anak, tetapi dalam masa yang sama jangan hanya berharap kepada kekuatan diri kita sahaja untuk membuatkan anak faham.
Tetapi berharap lah pada Allah untuk membantu kita.

insyaAllah.
#ibumenulis
*Kredit fb Puan Farhan*

🧕🏻🌷📝 Copy paste

Thursday, 1 February 2018

Gerhana Bulan

🔖 *Jangan Biarkan Peristiwa Gerhana Berlalu Tanpa Bersedia 3 Perkara Ini*

Saya yang pening atau pasal jam di atas dinding bergoyang? Itulah peristiwa berlaku pada satu malam di Los Angeles pada 2010.

Rupa-rupanya gempa bumi skala rendah berlaku. Pengalaman pertama itu - disikapi berlainan oleh rakan-rakan saya di sana. Di luar, mereka kata 'dah biasa...'. Namun di masjid, Imam Muhammad Faqih berkongsi bagaimana zaman Nabi beramal bila ada fenomena alam berlaku.

Syeikh Muhammad Faqih memberi penerangan tentang gempa tersebut. Beliau menerangkan ayat-ayat Quran berhubung peristiwa tersebut. Selebihnya, beliau menerangkan juga bagaimana Nabi beramal kalau berlaku gerhana.

Saya tahu ada solat, solat gerhana dan pelbagai zikir. Namun itulah pertama kali saya mendengar dengan jelas MENGAPA dan BAGAIMANA Nabi memberi respon. Malah Nabi akan berjalan cepat dan bimbang kalau lalu di kawasan yang pernah diazab Allah. Bukannya menunjukkan tanda 'peace' atau senyum. Sampai sekarang, apabila berlaku fenomena alam yang unik, saya akan teringat peristiwa di Orange County tersebut.

Dengan gerhana yang berlaku, apakah yang boleh kita laksanakan? Minimum 3 perkara:

1) Tahu MENGAPA penting?

Ia bukan penting pasal ia akan menyebabkan musibah. Ia penting bukan kerana ia sudah lama tidak berlaku atau kerana namanya supermoon atau blood moon atau blue moon.

Ia penting kerana semua kejadian ini ada perkiraannya oleh Allah - bukan dicipta sia-sia atau tanpa penjagaan. Kalau Allah mengira dengan tepat bulan dan matahari yang besar tersebut tanpa bertembung (bayangkan kalau bertembung malam ini?!!) , sudah tentu Allah mudah mengira urusan kita dan akan ditanyakan semula nanti adakah kita sudah selalu berkira-kira apa yang kita buat.

"Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu." (Surah ar-Rahmaan 55:5)

Ia juga penting kerana ia petanda Allah yang Maha Besar yang perlu kita bersujud, bukan sujud pada hambaNya yang bernama bulan atau matahari.

”Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kaliann sujud (menyembah) matahari maupun bulan, tapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika memang kalian beribadah hanya kepada-Nya.” (Fushshilat 41:37)

2) APA faktanya?

Mana tahu ada yang kongsi fakta-fakta pelik, paling kurang kita tahu betapa Allah ini Maha Hebat. Jangan pula lebih-lebih menunjukkan kehebatan Allah sampai ada fakta tak betul.

Berikut ialah beberapa fakta ringkas:

--Supermoon kerana ia lebih besar dan cerah.
--Blue moon kerana berlaku bulan purnama 2 kali dalam masa sebulan.
--Blood moon kerana warnanya nanti amat merah
--Gerhana bulan kerana matahari, bumi dan bulan dalam keadaan selari.

Semua ini menandakan ada ukuran bagi bulan seperti mana yang Allah sampaikan dalam Surah ar-Rahman.

3) APA nak buat masa gerhana?

--Rasa takut sebagaimana zaman Nabi, baginda amat bimbang kerana ia datang dari Yang Maha Perkasa

--Solat jemaah solat fardhu kemudian solat sunat gerhana

--Solat ini kalau sesetengah masjid memang panjang. Sunnahnya sampai habis gerhana.

--Jangan mudah rasa bosan menunggu gerhana habis. Boleh isikan dengan doa dan istighfar memohon ampun dari Allah.

--Boleh kaji ayat-ayat berkaitan bulan dan matahari dan hari kiamat agar kita tadabbur dan mendapat peringatan

Selama ini Allah beri kita bulan serta matahari dan terang, namun malam ini ada masa gelap.

Apa rasa kalau kita ada mata dan tetiba gelap? Apa rasa kalau terang di dunia ini dan apabila sampai di kubur nanti gelap? Apa jadi kalau hidup di sini bahagia dan terang, sampai di sana nanti gelap dalam bakaran api? Nauzubillah.

Malam ini adalah ayat Allah untuk kita sedar kita hamba seperti bulan. Kita perlu mohon ampun banyak-banyak pada Allah sebagai pengajaran peristiwa gerhana ini.

Moga minimum 3 perkara di atas kita amalkan dapat kongsikan dengan ahli keluarga serta rakan agar fenomena ini memberi kesan besar dan mendekatkan diri padaNya.

P/S Di Malaysia, gerhana 3 serangkai ini (gerhana, bluemoon dan supermoon) bermula 31 Jan 2018 dari 7:48 malam hingga 11:11 malam. Fasa Gerhana Penuh bermula dari 8:51 malam, kemuncak gerhana pada jam 9:29 malam dan tamat pada jam 10.07 malam. Boleh dilihat dari seluruh Malaysia. (FalakOnline)
.
*#tadabburtazakkur*
*#binakejayaankesyurga*
Tuan Fazrul Ismail
Pengasas Modul Build Your Legacy (BYL)

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...