Tuesday, 25 October 2016

Sebab amalan tidak diterima di setiap lapisan langit

Muhasabah diri...syukran ya akhi ustaz mohd Isa di atas perkongsian ini..
ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT
1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali,

Riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:
1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.
Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.- Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.
#semogakitadalamrahmatdankasihsayangallah

Sunday, 9 October 2016

*DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR


1...  *Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki.* Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
2...  *Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.* Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.
3...  *Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking* kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
4...  *Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah* kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.
5...  *Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai* kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.
6...  *Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus* kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
7...  *Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah* kerana selalu berdusta ketika di dunia.         
8...  *Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air* kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.         
9...  *Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api* kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.         
10...  *Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta* kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.      
11...  *Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran* kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
        
12...  *Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat* kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.         

*Sekarang Anda mempunyai ② (dua) pilihan;*         
①. Biarkan Tulisan ini berada di PAGE ini, dan orang lain tidak membaca.
        
②. Menyebarkan ke-teman Anda yang lain dengan meng-Klik ‘‘BAGIKAN’’ agar orang lain ikut termotivasi dan Insya Allah Anda mendapat PAHALA.
        
*‘‘...Undzur ma Qaala, Wala Tandzur man Qaala...’’*

Thursday, 6 October 2016

Doa seorang ibu

Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu  telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.

Isi tulisannya sebagai berikut :

" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya.
dan aku bersumpah demi Allah.... agar Engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. "

*Begini doanya:*

اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (.....) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا
فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم                                                                      

*"Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah 'an ibnii/ibnatii.... (sebut nama anak-anakmu satu persatu)... tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka 'alaihim bi ridhaa-ii 'anhum"*

*(Yaa Allaah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Yaa Allaah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.*

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Shaa' Allah

Khas untuk ibu ayah dlm group ini:
Jgn pernah LETIH untuk berdoa..

Tuesday, 4 October 2016

Melayan tetamu

#Tazkirah Tuesday#
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tazkirah 03 Muharram 1438 @ 04 Oktober 2016

Seorang Mukmin Akan Melayan Tetamunya Dengan Baik.

Maksud tetamu adalah seorang yang menziarahi seseorang samada dijemput atau tidak dijemput.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.” (HR Bukhari).

Menghormati dan memuliakan tetamu adalah sunnah rasul dan nabi. Malah, Nabi Ibrahim a.s adalah antara rasul yang amat memuliakan tetamunya. Baginda menerima tetamu dengan hati terbuka dan melayani mereka dengan baik.

Allah SWT merakamkan perihal Nabi Ibrahim a.s ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!”, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya dan dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkan kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” (Surah Dzaariyaat ayat 24-27)

Di antara adab memuliakan tetamu dianjurkan Islam ialah:

i. Menyambut tetamu dengan perasaan gembira dan wajah yang manis.

ii. Saling bertanya khabar berita serta bertukar-tukar cerita yang baik.

iii. Sedaya-upaya menyembunyikan sebarang masalah keluarga agar tidak diketahui tetamu.

iv. Menyajikan hidangan makanan kepada tetamu.

v. Menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan yang diperlukan jika mereka bermalam di rumah.

vi. Sediakan mengikut tahap kemampuan tuan rumah.

vii. Tidak terlalu berkira, tak pula terlalu berlebihan dan bukan dengan niat untuk bermegah-megah dengan rezeki serta kemewahan yang ada.

Rasulullah SAW bersabda: “Bertamu (menziarah) itu tiga hari dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang Muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Sahabat bertanya: Bagaimana caranya dia berdosa? Jawab Baginda: Orang itu menetap di rumah saudaranya, padahal saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan (diberikan) kepada tetamunya itu.” (HR Bukhari)

Adab tetamu yang hadir antaranya adalah:

i. Mengucapkan salam ketika sampai dirumah yang hendak di ziarahi.

ii. Bersalaman ketika bertemu.

iii. Tidak menetap melebihi 3 hari atau boleh melebihi tempoh itu asal mendapat keizinan tuan rumah.

iv. Menjaga batas aurat dan pergaulan dan jangan terlalu bebas bergerak dan dapatkan keizinan tuan rumah terlebih dulu.

Sesungguhnya tetamu mengundang rahmat daripada Allah SWT menghilangkan dosa penghuni rumah dan menjanjikan pahala sedekah buat tuan rumah yang berusaha sebaik mungkin memuliakan tetamu menurut tuntutan Islam.

Semoga kita dikurniakan akhlak para solihin..aamiiin

Semoga bersama beroleh manfaat

Selamat beramal dan beristiqomah.

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...