2 ekor ikan kembong
(potong 2)
5 ulas bawang merah...
3 ulas bawang putih
1 1/5 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup/serbuk
3 keping asam gelugor
Garam n ajino secukup rase serta air secukupnya..
Selamat mencuba....
Wednesday, 24 January 2018
Recipe Ikan Singgang Mok
Sunday, 21 January 2018
Liqa' 2018 bersama Ukhti Naili
Assalamualaikum. Salam sayyidul ayyam. Insyaallah, ada beberapa penetapan baru utk halaqah ini.
1. Lq akan dimulakan dgn isyak bersama. Kt sama2 berusaha berkumpul jam 8.30pm di lokasi yg dipersetujui pd mggu tersebut. Dan liqo mesti Tamat jam 10.30pm. Jadi, kt semua berusaha tepati masa supaya agenda berjalan lancar.
2. Aminah H akan update task mgguan pada setiap hari Selasa utk memberi laluan reminder kpd kt semua melakukan persiapan sblm hadir halaqah.
3. List mutabaah yg baru.
Tahajud : 1/mggu
Dhuha: 2/minggu
S. Rawatib: 2/hari
Saum sunnah: 1/ bulan
Tilawah: 1 juzu'/minggu
Istighfar: 70/hari
Baca buku: 5 muka/minggu
Riadhah: 30minit/ minggu
Ukhwah: 1/minggu
4. Minggu ke-2 setiap bulan akan diadakan program/daurah. Jadi, boleh take note siap2 dalam perancangan peribadi utk dpt menghadirkan diri ke program.
Boleh kita semua sepakat? 👌🏻
Moga agenda tarbiyah kita berjalan lancar dan solid.
Moga Allah selalu menunjukkan kita jalan yang lurus dalam usaha memelihara iman dan menyuburkannya.
Aminnn..
Law of Attraction
BAYANGAN FIKIRAN BOLEH BERTUKAR MENJADI REALITI
Ini adalah konsep "Law of Attraction" yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W.
Apa yang kita cakap, apa yang kita fikir, ia boleh benar-benar terjadi.
Suatu hari, Rasulullah SAW menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut.
Baginda bersabda :
"Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu".
Orang itu menjawab :
"...tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orang tua yang sudah renta, boleh menyeretnya ke lubang kubur."
Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah SAW bersabda :
"Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Sungguh indah apa yang disabdakan Rasulullah SAW.
Perhatikan pesan-pesan Rasulullaah SAW berikut ini.
"Barangsiapa yang redha, maka keredhaan itu untuknya. Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keredhaannya menerima keputusan ALLAH."
(Hadis Riwayat Ahmad)
🔹Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia.
🔹Jika kita berfikiran sedih, maka kita menjadi sedih.
🔹Jika kita berfikiran gagal, kita menjadi gagal.
🔹Jika kita berfikiran sukses, maka kita nescaya sukses.
🔹Jika kita berfikiran sakit, kita juga menjadi sakit.
🔹Jika kita berfikiran sihat, maka kita pun akan sihat.
Inilah "The Law of Attraction"
Hukum Tarik Menarik, merupakan Sunnatullaah yang berlaku di alam semesta
You are what you think
Selalulah berfikir yang positif dan jangan pernah biarkan fikiran negatif membelenggu otak dan kehidupan kita.
Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.
Sedangkan selanjutnya itu Kuasa ALLAH SWT.
Nabi SAW bersabda :
"Ketika seorang hamba berkata, Laa Haula Wa Laa Quwwata Ila Billah, maka ALLAH berfirman, "Lihatlah (hai para malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu".
(Hadis Riwayat Ahmad).
Fikirkan yang baik-baik, berkata yang baik, Bertindaklah yang baik-baik, dan Insya'Allah yang datang juga yang baik-baik.
Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.
Robbana Taqobbal Minna
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), Aamiin...
#UstazIqbalZain
Tuesday, 9 January 2018
Senafas ke barzakh
*Kepada teman2 yg sudah mencapai umur 40an', 50an, 60+*
Ini ada beberapa
nasihat yg baik yang boleh dipraktikkan.
Lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.
*Nasihat pertama*
Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun untuk lancar perjlnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
*Nasihat kedua*
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
*Nasihat ketiga*
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
*Nasihat keempat*
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
*Nasihat kelima*
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.
*Nasihat keenam*
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.
*Nasihat ketujuh*
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
*Nasihat kelapan*
Banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.
*Nasihat kesembilan*
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.
*Nasihat kesepuluh*
Bersedekah,berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak.In syaa Allah..
*Nasihat kesebelas*
Makanlah makanan sunnah .Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang.Ingatlah orang yang tersayang..Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..
*Semoga beroleh manfaat*
Senafas Ke Barzakh : https://goo.gl/N91mmH
Makan Buah
*MAKAN BUAH-BUAHAN SEMASA PERUT KOSONG*
Ini akan membuka mata anda! Baca hingga akhir; dan kemudian, hantar kepada orang lain dalam senarai anda seperti yang saya lakukan!
Dr Stephen Mak merawat pesakit kanser terminal dengan cara yang "un-ortodoks" dan ramai pesakit pulih.
Sebelum dia menggunakan tenaga solar untuk membersihkan penyakit kepada pesakitnya, dia percaya pada penyembuhan semula jadi dalam tubuh daripada sebarang penyakit. Lihat artikel beliau di bawah.
Ia adalah salah satu strategi untuk menyembuhkan kanser. Sehingga kini, kadar kejayaan saya dalam menyembuhkan kanser adalah kira-kira 80%.
Pesakit kanser tidak akan mati. Penawar untuk kanser sudah dijumpai - dalam cara kita makan buah-buahan.
Ia adalah sama ada anda percaya atau tidak.
Saya minta maaf untuk beratus-ratus pesakit kanser yang mati di bawah rawatan konvensional.
MAKAN BUAH
Kita semua berfikir makan buah-buahan bermakna hanya membeli buah-buahan, memotong dan memasukkannya ke dalam mulut kita.
Ia tidak semudah yang anda fikirkan. Ia adalah penting untuk mengetahui bagaimana dan bila untuk makan buah-buahan.
Apakah cara yang betul untuk makan buah-buahan?
IA BERMAKNA TIDAK MAKAN BUAH SELEPAS ANDA MAKAN!
BUAH PERLU DIMAKAN KETIKA PERUT KOSONG
Jika anda makan buah-buahan semasa perut kosong, ia akan memainkan peranan utama untuk menyahtoksik sistem anda, membekalkan anda dengan banyak tenaga untuk penurunan berat badan dan aktiviti kehidupan lain.
BUAH-BUAHAN ADALAH MAKANAN PALING PENTING.
Katakan anda makan dua keping roti dan kemudian sepotong buah.
Buah-buahan tersebut sedia untuk masuk terus melalui perut ke dalam usus, tetapi ia terhalang daripada berbuat demikian kerana roti yang diambil sebelum buah.
Dalam pada itu makan keseluruhan roti dan buah-buahan ynag dimakan akan membusuk dan menapai dan bertukar kepada asid.
Apabila buah bercampur dengan makanan di dalam perut dan pencernaan jus, jisim keseluruhan makanan mula menjadi rosak.
Oleh itu, sila makan buah-buahan anda semasa perut kosong atau sebelum anda makan!
Anda pernah mendengar orang mengadu:
Setiap kali saya makan tembikai saya sendawa, apabila saya makan durian perut saya kembung apabila saya makan pisang saya rasa seperti ingin ke tandas, dan lain-lain ..
Sebenarnya semua ini tidak akan timbul jika anda makan buah-buahan semasa perut kosong.
Buah bercampur dengan makanan lain yang membusuk dan menghasilkan gas dan dengan itu anda akan merasa kembung!
Rambut beruban, botak, cetusan saraf dan lingkaran hitam di bawah mata semua ini TIDAK akan berlaku jika anda mengambil buah-buahan semasa perut kosong.
Tidak ada perkara seperti beberapa buah-buahan seperti oren dan lemon adalah berasid, kerana semua buah-buahan menjadi alkali dalam badan, menurut Dr Herbert Shelton yang membuat kajian mengenai perkara ini.
Jika anda telah menguasai cara yang betul untuk makan buah-buahan, anda mempunyai rahsia kecantikan, umur panjang, kesihatan, tenaga, kebahagiaan dan berat badan normal.
Apabila anda perlu minum jus buah-buahan - minum hanya jus buah-buahan segar, BUKAN dari tin, pek atau botol.
Jangan juga minum jus yang telah dipanaskan.
Jangan makan buah-buahan masak kerana anda tidak mendapat zat makanan langsung.
Anda hanya mendapatkan rasanya.
Memasak memusnahkan semua vitamin.
Tetapi makan keseluruhan buah-buahan adalah lebih baik daripada minum jus.
Jika anda perlu minum jus buah-buahan segar, minum perlahan-lahan, kerana anda mesti biarkan ia bercampur dengan air liur anda sebelum menelannya.
Anda boleh mengamalkan 3 hari diet buah-buahan untuk membersihkan atau menyahtoksik badan anda.
Hanya makan buah-buahan dan minum jus buah-buahan segar sepanjang 3 hari.
Dan anda akan terkejut apabila rakan-rakan anda memberitahu anda bagaimana berseri anda kelihatan!
BUAH KIWI:
Kecil tetapi kuat.
Ini adalah sumber yang baik kalium, magnesium, vitamin E & serat. kandungan vitamin C adalah dua kali ganda daripada oren.
EPAL:
Sebiji Epal seharimenjauhkan doktor?
Walaupun epal mempunyai kandungan vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan & flavonoid yang meningkatkan aktiviti vitamin C dengan itu membantu untuk mengurangkan risiko kanser usus besar, serangan jantung dan strok.
STRAWBERRY:
Buah Perlindungan.
Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang tertinggi di kalangan buah-buahan utama & melindungi tubuh daripada penyebab kanser, salur darah tersumbat dan radikal bebas.
ORANGE:
Ubat paling manis.
Mengambil 2-4 oren sehari boleh membantu menjauhkan selsema, mengurangkan kolesterol, mencegah & membubarkan batu karang serta mengurangkan risiko kanser kolon.
TEMBIKAI:
Penghilang dahaga paling sejuk. Terdiri daripada 92% air, ia juga penuh dengan dos gergasi glutathione, yang membantu meningkatkan sistem imun kita.
Mereka juga adalah sumber utama lycopene iaitu oksida melawan kanser.
Nutrien lain yang didapati dalam tembikai adalah vitamin C & Potassium.
JAMBU BATU & BETIK:
Anugerah tertinggi untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan vitamin C yang tinggi.
Jambu batu juga kaya dengan serat, yang membantu mencegah sembelit.
Betik kaya dengan karotena; ini adalah baik untuk mata anda.
Minum air SEJUK atau minuman selepas makan = KANSER
Bolehkah anda percaya ini?
Bagi mereka yang suka minum air sejuk atau minuman sejuk, fakta ini sangat bermakna kepada anda.
Ia adalah nikmat untuk minum secawan air sejuk atau minuman sejuk selepas makan.
Walau bagaimanapun, air atau minuman sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.
Ia akan memperlahankan proses penghadaman kita.
Apabila 'enapcemar' ini bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal.
Ia akan kekal di dalam usus.
Tidak berapa lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada KANSER!
Ia adalah lebih terbaik untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Mari kita lebih berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu, lebih baik peluang kita boleh hidup.
Oleh itu mari kita lakukannya.
Tuesday, 2 January 2018
Al Quran & Umur
*R E N U N G A N*
*AL QURAN & UMUR*
*Berkata Abdul Malik bin Umair:*
*"Satu-satunya manusia yang tidak tua* adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".
*"Manusia yang paling jernih akalnya* adalah para pembaca Al-Quran".
*Berkata Al-imam Qurtubi :*
"Barang siapa yang membaca Al-Quran, maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".
*Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.*
"Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".
*Berkata Ibnu Solah :*
"Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca *Al-Quran*, maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia".
*Berkata Abu Zanad :*
"Di tengah malam, aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca *Al-Quran".*
*Berkata sebagian ahli tafsir :*
"Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".
"Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya".
Bila anda Cinta pada *Al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *Al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.
*Umur kita terlalu singkat*
... hingga *ALLAH* kurniakan *Lailatul Qadar* untuk menambah umur amal.
*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* pinta *bersilaturrahim* untuk memanjangkannya.
*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *Puasa Enam hari* di bulan Syawal seperti berpuasa setahun.
*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *baca Surah Al-Ikhlas* seperti membaca sepertiga *Al-Quran*.
*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat di Masjidil Haram* seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.
*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat berjemaah* nilainya 27x lebih daripada solat sendirian.
*Hidup ini terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *satu huruf bacaan Al-Quran* dengan 10 pahala/kebaikan.
*Hidup ini terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan siapa yg *beramal jariyah, share ilmu yang bermanafaat, dan mengusahakan anak2nya jadi anak yg soleh,* pahalanya akan terus mengalir ke alam kuburnya.
Wahai diri..., *usia umat Nabi Muhammad SAW rata2 hanya 63 - 65* tahun. Kalau saat ini usia kita *Sudah 45 tahun,* paling lama *20 tahun* lagi Malaikat Al Maut akan menjemput kita..
*HIDUP INI TERLALU SINGKAT... JANGANLAH DI SIA-SIAKAN KESEMPATAN YANG DIBERIKAN ALLAH SWT. ...*
Baarakallah......
Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu
Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael, Kak Leen Humaira & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...
-
Choosing the best country for Muslims to migrate depends on various factors, including personal preferences, career opportunities, cultural ...
-
Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael, Kak Leen Humaira & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...
-
3 Sunnah bersama Isteri yg ramai org Tak pandang serius sedangkan inilah akan mnjadi asbab makin semaraknya lagi kasih sayang dan kebhgiaan ...