Monday, 19 December 2022

Khairat Kematian

*Khairat Kematian yang boleh dituntut oleh waris simati mengikut kelayakannya*

*1. KHAIRIAH MASJID*
■Sekitar RM 500 – RM 5,000
■Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

*2. Tabung Haji*
■RM 1,500
■Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di Tabung Haji

*3. PERKESO*
■RM 2,000
■Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

*4.  KWSP*
■RM 2,500
■Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

*5. Pembayar ZAKAT*
■RM 3,000 [MAIWP] bergantung kepada negeri masing-masing
■Syarat: Pembayar zakat

*6. Bantuan Mengurus Jenazah JPA*
■RM 3,000
■Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

*7.  BANK RAKYAT*
■RM 3,000
■Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

*8. MAYBANK*
■RM 1,000
■Syarat: Akaun Individu sahaja

*9. ASNB*
■RM 200 – RM 2,000
■Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

*10. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)*
■RM 1,000
■Syarat: Skim Khairat Kematian (SKK) layak bagi Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan sahaja
■dituntut di kaunter BSN yang terdekat

*11. SKIM TAKAFUL*
■RM 2,000 – RM 5,000
■Syarat: si mati pencarum takaful

*12. PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI*
■RM 500 – RM 5,000
■Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi

*13. PENCEN (Kakitangan Awam)*
■RM 3,000

*14. Pemegang Kad Kredit Islamic*
■RM 500 – RM 2,000 bergantung kepada kad
■Pelan perlidungan takaful percuma + khairat kematian

*15. Khairat Kematian pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) asal Sarawak*
■Sebanyak RM3,000
■Berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020,
■Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
■Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak

*16. LAIN-LAIN*
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu itu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
Macam mana nak tuntut?

*Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian.*

*PERINGATAN* supaya jangan ditangguh kerana permohonan bagi khairat kematian ini ada tempoh waktu
Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso, sila carum secara sukarela.
Yang tidak ada insuran/takaful diri, silalah beli takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi sekadar mampu bayar. Cukup yang murah tetapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti. Biarkan waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban kerana kehilangan kita..

Sunday, 18 December 2022

12 PERKARA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN YANG KITA TAHU, TAPI KITA TAK PERNAH AMBIL TAHU

BUAT RENUNGAN DAN INGATAN KITA BERSAMA

*❤1). Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat berbanding solat bersendirian.* *Tetapi ruginya kita MASIH TIDAK MAMPU UNTUK BERJEMAAH DI MASJID ATAU SURAU.*

*❤2). Kita mengetahui bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.*

*❤3). Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.*

*❤4). Kita mengetahui bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.*

*❤5). Kita mengetahui bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.*

*❤6). Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di Syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.*

*❤7). Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.*

*❤8). Kita mengetahui bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, KITA TIDAK PERNAH MELUANGKAN WAKTU MEMBACA AL-QURAN DALAM JADUAL HARIAN KITA.*

*❤9). Kita mengetahui bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali Syurga dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.*

*❤10). Kita mengetahui bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang paling banyak solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. TETAPI SAYANG KITA TERLALU MEREMEHKAN SOLAT MALAM.*

*❤11). Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. TETAPI SAYANG,,, KITA TIDAK PERNAH MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK HARI ITU.*

*❤12. Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. TETAPI SAYANG, KITA SELALU HANYUT DENGAN SENDA GURAU DAN PERMAINAN DUNIA, SEAKAN KITA MENDAPAT JAMINAN HIDUP UNTUK SELAMANYA2 .*

*( p/s : SAYA TELAH MENGIRIMKAN NASIHAT INI KEPADA ORANG YANG SAYA CINTAI KERANA ALLAH, MAKA KIRIMKANLAH NASIHAT INI KEPADA ORANG YANG KITA CINTAI LILLAHITAALA.)*

*Barakallahu wa min kum....*

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...