Don't be sad & cause undue stress to your life. Stop thinking of the worst & start having good thoughts of your Maker. He wants the best for you. You have to believe that.
Wednesday, 28 December 2016
12 Pintu Rezeki
*_MENAKJUBKAN !!!_*
*12 PINTU - PINTU REZEKI*
*1.Rezeki Yang Telah dijamin.*
_"Tidak ada satu mahluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"_
(Q.S.11:6)
*2.Rezeki Karena Usaha.*
_"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"_ (Q.S.53:39)
*3.Rezeki Karena Bersyukur.*
_"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"_ (Q.S.14:7)
*4.Rezeki yg Tak Terduga.*
_"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"_
(QS. At Thalaq :2)
*5.Rezeki Karena Istighfar.*
_"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta”_ (QS. 71 : 10-11)
*6.Rezeki Karena Menikah.*
_"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan karunia-Nya.”_(QS. an-Nur : 32)
*7.Rezeki Karena Anak.*
_"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”_(QS. al-Isra 31)
*8.Rezeki Karena Sedekah.*
_"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak"_ (QS. Al Baqarah 245)
9. Rezeki karena rajin menjalin tali silaturrohim
10. Rezeki karna Iman dan taqwa.
11. Rezeki karena pengorbanan diri, harta dan waktu utk urusan Keagamaan
12. Rezeki krn istiqomah membaca Al-Qur'an, Surah Al Waqiah, dan Sholat Sunnah Dhuha.
Yaa Allah,.. Yaa Robb,.. Yang Maha Kaya, Izinkanlah Kami berdoa: Barang siapa yg berbagi Share 12 pintu_Pintu Rezeki ini, Luas dan lapangkanlah Rezekinya dari arah yg tdk disangka sangka, rezeki yg halal dan penuh berkah barokah..., Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Pemilik semua pintu rezeki ,... Aamiin
Tuesday, 27 December 2016
7 Golongan akan dapat Perlindungan Allah di Padang Mahsyar
Amalan di dunia akan menentukan kita boleh jawab soalan Munkar dan Nakir dalam kubur.
Tips dr Rasulullah saw dr siksaan kubur - Baca surah Al-Mulk, surah tabarok. Baca sebelum tidur. Hanya ada 30 ayat. Jika jadi amalan, confirm kita ingat. Pasti kita melalui saat ini.
Pada hari semua org bawa diri masing-masing. Pada hari kebangkitan di padang mahsyar akan semua ketakutan tidak sempat malu kerana dahsyatnya rasa takut itu - memikirkan amalan masing-masing.
Eg - gempa bumi pun tak fikir dah org lain, apatah lagi bila di padang mahsyar.
7 Golongan akan dapat Perlindungan Allah di Padang Mahsyar
- di mana tiada perlindungan selain perlindungan Allah swt
1) Pemimpin yang adil - orang yg diberi tanggungjawab untuk memimpin.
Rasulullah saw:
Setiap drpd kamu adalah pemimpin. Dan kamu akan ditanya oleh orang yang dipimpin. Semua akan dipersoal oleh Allah swt.
Adil bermaksud meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Eg 1- Undang-undang Islam tak pukul rata. Zakat ialah drpd org kaya untuk org miskin. Hanya yang kaya dikenakan zakat.
Eg 2 - Kalau isteri meninggal dunia, suami dapat harta separuh shj kl tiada anak. Separuh lagi.
Eg 3 - Kalau ibu meninggal, ada anak 2 org seorg lelaki, seorg perempuan. Anak lelaki akan dpt 2/3, anak perempuan dpt 1/3 drpd harta ibu.
Eg 4 - Najis bayi lelaki umur 2 tahun minum susu ibu shj, najis ringan. Rasulullah saw dah nampak apa perbezaan najis bayi lelaki dan najis bayi perempuan. Rasulullah saw suka kanak2, pada zaman rasulullah saw cakap renjis je pada baju bayi lelaki 2 tahun. Bayi perempuan kena basuh krn..
Eg 5 - Musim sejuk, Rasulullah saw cakap sapu khuf (kasut kulit) kat atas je, tak perlu bawah walaupun kalau bawah lagi bersih.
Undang-undang Allah memang tidak dpt dihurai dgn akal manusia. Akan ada hikmah dari undang-undang Islam.
2) Pemuda yang hidup dalam beribadah kpd Allah swt
Kenapa pemuda?
Kerana waktu muda byk dugaan / cabaran.
3-7) Tak sempat. In shaa Allah bersambung.
Friday, 23 December 2016
Berbuat baik
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri” (An-Nisa : 36).
Saturday, 17 December 2016
7 Cara Berubah Secara Istiqamah
7 Cara Berubah Secara Istiqamah
Istiqamah. 9 Huruf yang ringan dibicarakan namun liat dan begitu berat untuk melakukannya. Ada pelbagai aspek istiqamah yang kita boleh adaptasi. Antaranya: Sponsored 1)...
INSPIRASI · INSYIRAH A · 4 FEB 2015
Istiqamah. 9 Huruf yang ringan dibicarakan namun liat dan begitu berat untuk melakukannya. Ada pelbagai aspek istiqamah yang kita boleh adaptasi. Antaranya:
SPONSORED
1) Orang yang ingin berhijrah daripada dunia jahiliahnya.
2) Orang yang ingin berubah daripada tabiat yang buruk kepada tabiat yang lebih baik, sekaligus meninggalkan tabiatnya yang buruk.
3) Orang yang ingin menjadikan rutin hariannya produktif tanpa sesaat pun mensia-siakan masanya di dunia.
Dan ada pelbagai jenis istiqamah yang boleh kita renungkan. Akhirnya pasti jawapannya adalah, untuk berubah ke arah sesuatu yang lebih baik.
7 Cara berubah secara berterusan ini adalah, antara yang kita boleh lakukan supaya paling minima, kita menghasilkan perubahan walau sekecil zarah. Kerana sesungguhnya gunung-ganang itu terdiri daripada kerikil-kerikil kecil.
Anda boleh lakukan 7 cara ini mengikut kesesuaian anda. Mungkin tidak perlu ikut urutan.
Istiqamah #1 – Matlamat Yang Jelas
Andai kita belajar hadis, perkara yang pertama yang disebut adalah tentang niat. Begitulah pentingnya sebelum kita berubah, kita jelaskan matlamat ‘kenapa kita nak berubah?’. Analoginya begini:
SPONSORED
Kita nak pergi ke sesuatu tempat. Pasti ada destinasi betul? Apabila kita tahu destinasi, maka kita akan lebih mudah dapat membuat pilihan dan keputusan, jalan mana yang mahu digunakan untuk ke sana.
Nah! Beginilah pentingnya menetapkan matlamat tentang, ‘mengapa kita nak berubah?’. Minda ini apabila kita jelaskan apa yang kita mahu, maka inshaAllah lebih mudah ia faham dan memberi arahan kepada yang lain.
Ambil satu kertas A4, jawab 2 soalan di bawah,
Mengapa aku nak berubah?
Apakah impak apabila aku berubah?
catat tulis
Mencatat perkara penting membantu sebagai peringatan berterusan. [itsawriterthing]
Anda boleh bermula dengan menulis perkara-perkara negatif. Contoh:
“Aku tak suka, aku selalu solat lewat.”
Selepas anda senaraikan semua perkara-perkara negatif yang menyebabkan anda ingin berubah, tukarkan kepada ayat-ayat positif seperti contoh di bawah:
“Aku suka, aku selalu solat awal waktu.”
Kemudian, slash ayat-ayat negatif yang anda tulis tadi. Hasilnya, otak anda akan mula fokus apa yang anda inginkan. Barangkali antara sebab kita masih berubah, kita fokus kuat kepada perkara-perkara yang kita tidak suka. Dan ia semakin membuat kita membencinya. Justeru, tukar fokus kita. Mula fokuskan pada perkara-perkara positif.
Istiqamah #2 – Melazimi Taubat
Mungkin istiqamah yang anda sangkakan bukan tentang dosa, namun pasti yang anda mahukan adalah perubahan yang lebih baik kan? Syarat untuk berubah adalah meninggalkan yang tidak mahu, dan mula fokus kepada perkara yang kita mahu. Ada pepatah dalam bahasa Inggeris,
“Let go of the past and the past will let go of you.”
Taubat adalah bermaksud menyesali perbuatan lalu dan berazam memperbaiki perbuatan akan datang. Yakni, kita nak bina sesuatu yang baru dalam diri kita, dan syaratnya adalah perlu meninggalkan perbuatan lalu.
“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu: Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini.”
Imam Ghazali
Selagi kita masih di takuk yang lama, pasti susah untuk kita beralih kepada sesuatu yang baru betul? Justeru, penting untuk sentiasa melazimi taubat.
Supaya kita sentiasa bersihkan diri daripada perkara-perkara lalu, sama ada dosa atau tabiat buruk, seterusnya fokus dengan keras untuk membina pahala dan tabiat baru yang lebih baik.
Istiqamah #3 – Berdoa Kepada Allah
Mu’az bin Jabal ra menceritakan bahawa suatu hari Rasulullah saw memegang tangannya seraya mengucapkan:
“Hai Mu’az, demi Allah sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu. Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu.”
Lalu baginda bersabda,
“Aku wasiatkan kepadamu hai Mu’az, jangan kamu tinggalkan bacaan setiap kali di akhir solat hendaknya kamu berdoa, ‘Allahumma a’in ni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik’ (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu, bersyukur kepadaMu, dan beribadah dengan baik kepada-Mu).”
Riwayat Abu Daud
Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Selepas kita berniat, kita serah ke Allah terus untuk menguruskan diri kita. Sesungguhnya Allah sebaik-baik pengurus. Hatta jantung yang berdegup inipun kita tidak mampu uruskan, apatah lagi, menguruskan seluruh diri kita.
doa taubat
Berdoalah kepada Allah, memohon hidayah dan rahmat limpah kurniaNya. [pixgood]
Boleh juga baca doa ini supaya Allah membaiki segala urusan kita, dan seterusnya menguruskan diri kita mengikut kebijaksanaan-Nya:
“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmat-Mu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata.”
Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani
Istiqamah #4 – Mulakan Dengan Perubahan Yang Ringan Dan Termampu
Jangan gelojoh. Tergesa-gesa itu daripada syaitan. Analoginya, andai sekarang berat kita 150kg, jangan gelojoh mahu terus turunkan kepada 50kg. Hatta Al-Quran diturunkan secara berperingkat.
“Jangan takut perlahan. Yang lebih patut ditakuti adalah, apabila tidak bergerak langsung.”
Lebih baik turunkan berat badan sedikit demi sedikit secara natural dan tanpa penyakit. Berbanding, turun menjunam namun mendapat 101 penyakit kerana, pemakanan yang tidak sihat dan penggunaan produk kuruskan badan yang banyak. Ini analogi sahaja supaya lebih mudah faham.
Daripada Aisyah rha, Nabi Muhammad saw bersabda:
“Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Contoh, seumur hidup tak pernah baca Al-Quran terjemahan. Jangan terus gelojoh mahu habiskan satu juz. Memadai baca 1 ayat pada tiap hari. Biar perlahan asal bergerak.
Contoh lain, bagi yang ingin melatih fokus, boleh mulakan tugasan itu tiap 5 minit. Selepas itu andai rasa boleh lama, teruskan. Sekiranya rasa sudah tak mampu, berhenti sekejap, dan sambung semula. Biar perlahan asal tugasan itu dapat diselesaikan sedikit demi sedikit.
Istiqamah #5 – Pilih Persekitaran Yang Sama Dengan Misi Kita
Rasulullah saw bersabda,
“Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi.
Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.
Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak.”
Riwayat Bukhari 5534 dan Muslim 2628
Andai kita pelajar yang mahu capai dean list pada semester itu, maka bergaul lah dengan orang yang sama misi dengan kita. Supaya misi kita tidak terganggu sebaliknya saling mendorong sesama rakan bagi mencapai misi itu.
persekitaran yang baik membawa hati dan jiwa yang tenang. [Bin Muhamad]
Persekitaran yang baik dapat membawa hati dan jiwa yang tenang. [Bin Muhamad]
Andai kita orang yang mahu berniaga, maka bergaul lah dengan orang yang sudah lama berniaga. Supaya daripada situ, kita boleh mendapatkan tip perniagaan daripadanya. Berbanding kita bersama dengan orang yang tidak suka berniaga, pasti dicemuh atau direndah-rendahkan niat kita untuk mulakan pernaigaan.
Istiqamah #6 – Jaga Solat, Dan Sentiasa Mengingati Allah
Solat mempunyai rahsia tersembunyi yang boleh membantu kita perbaiki perubahan kita. Andai kita seorang yang suka bertangguh, cuba kita perhatikan adakah kita seorang yang selalu melengahkan solat?
Andai kita seorang yang selalu tergesa-gesa, cuba renung cara kita solat. Adakah tergesa-gesa atau secara perlahan-lahan dan khusyuk? Pepatah Inggeris mengatakan:
“How you do anything is how you do everything.”
Pasakkan diri untuk sentiasa berusaha menunaikan solat pada awal waktu, dan memperbaiki cara kita solat selama 21 hari. Kemudian, lihat bagaimana kehidupan kita setelah memperbaiki solat kita. InshaAllah pasti ada perubahan untuk projek istiqamah kita.
Solat Berjemaah
Solat merupakan salah satu tanda kita sebagai hamba mengingati Pencipta.
Di samping itu, bagi meningkatkan potensi perubahan kita, usahakan untuk sentiasa mengingati Allah. Sama ada berzikir atau berdialog atau meluahkan kepada Allah apa yang kita mahukan untuk perubahan kita itu, dan betapa kita sangat perlukan Allah untuk membuat transformasi kita berjaya dengan izin-Nya.
Istiqamah #7 – Bersyukur Pada Tiap Proses
Apabila kita masuk syurga, apa yang kita boleh raikan bukanlah tentang matlamat kita dapat masuk syurga. Tetapi proses yang telah kita lalui untuk masuk ke syurga.
Seperti kita masuk universiti 3 tahun untuk dapatkan Ijazah. Pasti ketika hari graduasi kita, ada 101 perasaan. Antaranya gembira. Gembira kerana telah berjaya tamatkan pelajaran selama 3 tahun itu setelah melalui 101 pengalaman suka dan duka di dunia kampus.
Satu kegembiraan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. [Luftphilia]
Satu kegembiraan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. [Luftphilia]
Hari graduasi itu adalah hari kita raikan segala usaha dan penat lelah, menamatkan dunia kampus untuk mendapatkan ijazah kita. Sama juga dalam projek istiqamah ini.
Setelah berjaya satu perkara yang buat kita gembira, dan berpuas hati pada hari itu, tulis dalam satu buku yang kita boleh namakan sebagai, Buku Kejayaan.
Contoh. Tulis tarikh 4 Februari 2015. Di bawahnya senaraikan:
1. Saya siapkan assignment Multimedia bersama rakan dalam masa 3 jam.
2. Saya telefon ibu selama 5 minit untuk bertanya khabar.
3. Saya baca 1 ayat Al-Quran nombor 216 dalam surah Al-Baqarah.
Antara tip hidup tenang adalah kita membandingkan diri kita pada hari semalam dengan hari ini. Bukan dengan membandingkan diri kita dengan diri orang lain yang sudah Bab 20, sedangkan diri kita yang baru Bab 1.
InshaAllah dengan menulis dalam Buku Kejayaan, kita lebih jelas tentang perubahan yang kita lakukan. Sedikit namun ada penambahbaikan pada tiap hari.
Kan best tengok! Baru bersemangat! Buku Kejayaan juga adalah salah satu cara kita bersyukur kepada Allah dan diri, bahawa kita dapat buat lebih baik pada hari itu berbanding sebelum ini.
Rumusan – Jangan Pandang Belakang, Jalan Terus
Allah tidak akan jemu selagi kita tidak jemu untuk berubah. Allah tidak melihat hasil, sebaliknya Allah melihat usaha kita. Walau kita berusaha sekecil 0.0001mm, pasti Allah akan mengganjarkan usaha kita berubah ke arah lebih baik untuk-Nya.
Perbanyakkanlah apa yang Allah suka, inshaAllah Allah beri apa yang kita suka mengikut kebijaksanaan-Nya. Saat kita ada terdetik untuk meminta, barangkali itu tanda Allah nak beri. Justeru, mintalah.
Gunakan hashtag #ProjekIstiqamah untuk memulakan transformasi. Selamat berjuang! Bismillah.
KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Twitter
Facebook
Google
Insyirah A
Insyirah A
Pengasas WriteThrough - sebuah jenama yang menekankan penulisan tentang pembinaan keyakinan dan kekuatan dunia dalaman. Memperkenalkan nama TeknikBAD.com - teknik berdoa yang santai, mudah dan berkesan (dengan izin Allah).
SPONSORED
BACA LAGI
Nak Sayang Abah Macam Fatimah Sayang Nabi!
OLEH RUSYDI · 15 APR 2015
KELUARGA
15 Cara Beritahu Anda Sukakan Dia!
OLEH DALIN ALI · 26 AUG 2015
REMAJA
Kisah Dua Srikandi Syurga Sempena Isra’ Mikraj
OLEH NUR ISMALINA HARIS · 5 MAY 2016
WANITA
Bagaimana Tuhan Gandakan Rezeki Setelah Bersedekah RM5?
OLEH TIM TAZKIRAH · 30 APR 2016
INSPIRASI
5 Peringkat Kesempurnaan Solat
OLEH ANAS · 23 OCT 2016
IBADAH
Permulaan Cerita Kita Tidak Penting
OLEH USRAH SANTAI · 20 DEC 2015
INSPIRASI
Langgan Siri Tazkirah Mingguan
Siri tazkirah yang menarik akan dihantar terus ke email anda.
Masukkan emel anda
LANGGAN
© Tazkirah 2015
Tentang · Hantar Tazkirah · Karier · Hubungi
Friday, 16 December 2016
Simple Sunnah
*Koleksi Simple sunnah*
(1-16)
*Simple Sunnah#1*
1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan (^_^)
2.Tutup Kepala bila masuk tandas.
*Simple sunnah#2*
1.Kibaskan Tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3.Kepala menghadap kiblat.
4.Baca doa tidur (^_^)
*Simple sunnah#3*
1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.
*Simple sunnah#4*
1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid. (^_^)
*Simple sunnah#5*
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk
3. Masuk tandas xboleh lama2.
4. Jangan makan n minum dalam Tandas (^_^)
Simple sunnah#6
1.Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2.Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri.
*Simple sunnah#7*
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah (^_^)
*Simple Sunnah#8*
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.
*Simple Sunnah#9*
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.
*Simple Sunnah#10*
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.
*Simple sunnah#11*
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yg ingin membentuk anak2)
*Simple sunnah#12*
1.Basuh tangan sebelum makan.
2.Makan buah dahulu baru makan nasi.
3.Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki 2.
4.Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.
*Simple sunnah#13*
1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.
*Simple sunnah#14*
1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa isnin dan Khamis.
*Simple sunnah#15*
1. Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas untuk sejukkanya.
4. jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.
*Simple sunnah#16*
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT
2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam
3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW
Semoga bermanfaat 😊😊😊🅿
Monday, 5 December 2016
Tips ke MAHA
Tips ke Maha 2016:
. Pakai flat shoes/sport shoes/sandal. No high heels please. Kesian tgk adik2 yg pakai kasut tinggi day 1.
. Bawa payung
. Kalau bawa anak kecik bawa carrier@stroller
. Kene ready mental n fizikal utk bjalan skit.
. Macam xsesuai nak bawa mak ayah yg dah tua btongkat bjalan di Maha. Sian tgk. Tp kalau ada kerusi roda ok.
. Makanan dan air byk dijual. Xpayah bawa bekal.
. Bawa baby wipes kot2 emergency anak2 poo n ade toilet air perlahan
. Bagi muslimah, Bawa telekung sndiri senang. Telekung sgt limited dan org ramai.
. Make sure hari yg plan utk ke Maha xde plan lain2 lps tu. Biar sehari suntuk di sana so xde la rushing2. Boleh jln..n rehat kt mana2. Jln lagi n mkn pula..solat n baru balik..
. Kalau rasa nak shopping byk, nk beli pokok ka..etc..bawa troli siap2. Troli or bakul pasar pun ok
. Jgn segan makan tester. Alang2 kt maha..rasa je tester yg usahawan bg.
. Parking for visitor RM5. bayar di pintu nk keluar nnt
. Kalau nak beli makanan2 dulu.. boleh park dgn masuk dari pintu yg dkt hosp serdang. Tapi kalau nk beli pokok2 ..n jln2 ke taman2..rmh mokcun..kg durian runtuh upin ipin..parking di pintu besar hway dr puchong mhala ke bangi tu.
. Trem sll penuh. Kalau rasa xlarat jln..park yg hujung2 parking lot. So di trem nnt kita nak naik ada la tempat ddk. Kalau park depan2.. trem penuh..depa bye2 je kita nnt. Along mmg jln kaki prkg jauh atau dkt. Xpela.exercise. mak buyong mmg da lama xjalan2 jauh ni.
. Datang awal pagi pun xpe. 9am dah siap parking. Nnt pi pun dgn hati tenang.
. Bawa beg besar skit. So barang2 dibeli boleh sumbat dlm 1 beg. Tp ade trolley lg bgs
. Make sure anak dlm pengawasan kita. Dok dgr ada anak hilang masa di surau tadi.
. mana2 anak2 kecil yg jenis kencing xleh tahan, elok dipakaikan pampers. Takut nk ke toilet nnt jauh skit nk jln.
Ok.selamat mencuci mata di Maha2016
#maha2016 #iatbazaar #citraklasik #b348 #popiahbasah #keriagulamelaka #acarikankeringdankedondong #karipapalisha #sambalhitammenangis #sambalketuk #tipsmaha
Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu
Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael, Kak Leen Humaira & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...
-
Choosing the best country for Muslims to migrate depends on various factors, including personal preferences, career opportunities, cultural ...
-
Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael, Kak Leen Humaira & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...
-
3 Sunnah bersama Isteri yg ramai org Tak pandang serius sedangkan inilah akan mnjadi asbab makin semaraknya lagi kasih sayang dan kebhgiaan ...