Thursday, 31 August 2017

*TIPS AJAR MENGAJI DI RUMAH*

Beberapa hari lepas. Saya terserempak dengan kenalan. Dia memujuk saya untuk terima anaknya mengaji dirumah saya secara tetap seperti dulu. Kerana suatu ketika dulu saya mengajar mengaji dirumah selepas balik mengajar dari sekolah sesi petang.

Saya menolak secara baik atas sebab tertentu.

Dia meminta tips bagaimana nak ajar anak mengaji di rumah.  Saya pun berkongsi dan bagi semangat untuk dia cuba ajar sendiri dirumah.

Saya taip disini agar dapat berkongsi dengan yang lain. Semoga bermanfaat.

1) Doa kat Allah supaya dapat mengajar dan mendidik anak sendiri mengaji. Mengajar anak sendiri perlu banyak sabar dan kawal marah dengan baik.

2) Wujudkan suasana mengaji yang consistent. Sekejap pun jadilah. Sebab anak tak boleh fokus lama - lama.  Mulakan dengan juz ama ataupun iqro. Ikut kemampuan dan kesesuaian ibu. (selepas subuh atau selepas magrib masa yang sesuai).

Mesti CATAT di buku@quran.
- tanda tempat berhenti membaca.
- tanda ubah@tidak.
- tulis tarikh supaya mudah utk kita lihat. (mak mak selalu lupa sebab banyak fikir)

3) Sentiasa ulang surah surah pendek untuk permulaan anak menghafal. Boleh cuba sebelum tido ataupun di dalam kereta semasa hantar@ambil anak ke sekolah.

4) Fokus satu surah sahaja sehingga dia hafal. Baca dan minta anak ikut sedikit demi sedikit.

5) Kekerapan anak mendengar akan membuatkan dia ingat. InshaAllah dia akan mula sambung ayat dihujung-hujung sebelum dia ingat satu baris ayat lengkap.

6) Betulkan kesalahan ayat berulang kali dan jangan terlalu garang supaya anak tak takut salah dan seronok belajar di rumah.

7) Puji anak dan bagi kata-kata semangat pada anak bila dia menunjukkan peningkatan. INI sangat PENTING!. Nak bagi hadiah pun tak salah.

8) Ibu @bapa kena ISTIQOMAH dan banyak SABAR.

9) Setiap kemampuan anak tidak sama. Jangan membanding beza dengan anak orang @ adikberadik yang lain. Jangan putus asa sekiranya anak lambat ingat. Teruskan ajar.

10) Jangan letakkan masa untuk anak berjaya ingat & hafal. Supaya tidak rasa tertekan mahupun kita  menekan anak. InshaAllah kekerapan kita mengajar dan mengulang ayat banyak menentukan kejayaan anak.

11) Didik anak untuk solat berjemaah. Supaya dia nampak seronoknya bila pandai baca surah.  Dia akan boleh solat.

12) Doa secara berterusan semoga Allah mudahkan anak kita belajar sama ada dengan kita mahupun di sekolah kerana proses belajar sangat panjang.

13) Guna abm untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik. Pasang cd dalam kereta @ tunjuk video mengaji yang menarik @tengok yang berkaitan.

IBU yang bekerja di luar rumah mahupun di dalam rumah. Kita ada banyak peluang untuk didik anak sendiri. InshaAllah.

Jom kita rebut peluang untuk dapat pahala dan keseronokan mengajar anak sendiri.

Boleh mulakan dari bayi di rumah secara santai.

Bila ibu jadi USTAZAH di mata anak. Secara tak langsung kita akan belajar dan akan ulangkaji. Kerana secara fitrah guru akan pastikan dia tahu sebelum mengajar.

Kita belajar anak pun belajar. Win - win situation.

Sikit - sikit tapi ISTIQOMAH. Mulakan sekarang.

Kitalah IBU kitalah GURU. InshaAllah.

Jom semangat ajar anak mengaji,
meskipun tak dapat gaji,
Inshaallah itulah amal kita nanti,
dapat pahala tak henti-henti,
meskipun kita dah mati.

Semoga berjaya! 😊

#AuraFitrah99
#QuranicHealingMalaysia
#amazingparent

Thursday, 24 August 2017

Didik anak

- Tingkatkan akaun emosi (eq) anak lagi penting berbanding akademik
- Mulakan sesuatu (sekali seminggu)

Kemampuan sosial atau bermasyarakat

Bermuamalat dgn manusia dan bersabar dgn mereka. Kita perlu mentarbiyah dgn dgn kita, pd masa yg sama, perlu bermasyarakat.

1- Beradaptasi
2- Berharmoni
3- Berinteraksi

- Jangan berlebihan mengkritik berdengkian terhadap masyarakat krn masyarakat fasad (tak baik atau rosak) krn ia boleh menjauhkan kurang
- Tidak mengasingkan kita dgn masyarakat krn merasakan kita lebih suci. Bergaul ttp berprinsip.
- Meyakinkan diri bila bergaul dgn masyarakat
- Meluaskan pengetahuan sehingga ke peringkat agama, culture
- Jaga penampilan diri dr realiti masyarakat
- Perhebatkan dlm diri dgn pandangan kasih sayang - tak judge org lain, bukan ckp perli, rasullah sesuaikan cara bercakap dgn org lain.
- Berusaha agar menjadi org yg tidak meminta, cukup gaji dgn material.
- Bermasyarakat bukan kerana rasa diri hebat
- Seimbang dgn pembaikan tingkahlaku dan peribadi - sentiasa perbaiki diri
- Kemahiran hidup, skills kecemasan, survival

Tuesday, 22 August 2017

Semoga aku dan suami mampu mendidik anak2 kami sepertinya.. Aamin..

Saya lihat seorang alim. Dia didik anaknya untuk tidur awal setiap malam. Pukul 10 malam sahaja semua anaknya dah tidur lena.

Dalam pukul 4.45 pagi semua anaknya dengan mudah bangun dan semuanya solat tahajud dan baca Al-Quran. Dengan sekali panggil.

Anaknya berebut-rebut nak pergi masjid solat subuh. 6 orang anaknya umur 4 tahun sampai umur 15 tahun.

Dari kecil dia didik anaknya zikir 300 pagi dan 300 petang. 100 kali tasbihat, 100 selawat, 100 x istighfar.

Untungnya anak-anaknya. Untungnya mak ayahnya. Hari ini ramai orang latih anaknya untuk main bola sejak kecil. Menyanyi sejak kecil. Pandai matematik sejak kecil. Pandai menari sejak kecil.

Benarlah agama ini mudah dan nikmat untuk orang iman kuat dan mengenal Allah. Bila iman lemah orang kata agama mudah juga tapi setelah mereka permudahkan sendiri.

Ya Allah umurku sudah tua tapi masih belum istiqamah bangun tahajud dan menangis. Ya Allah apalah yang aku cari dalam dunia ini. Wahai diri berapa lama lagi kamu perlukan masa untuk jadi hamba Allah yang sebenarnya

Adakah sehingga tanah kubur masuk dalam mulutmu

-Ustaz Ebit Lew-

Monday, 21 August 2017

TIPS GENIUS

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logik dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang kita .

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat.

Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad... sampaikan pada semua group agar mereka juga akan genius insyaa' Allah...

Jooom...trus mngaji
Bykkn solawat d istighfar.

Tuesday, 15 August 2017

Senarai blacklist ke syurga

Jom semak diri, agar kita tidak termasuk dalam senarai "blacklist" ke syurga.

Sembilan Orang yang Tidak Masuk Syurga:

1. Pemutus hubungan
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim!” (Riwayat Muslim)

2. Penggunjing
“Tidak masuk syurga si penggunjing!” (Riwayat al-Bukhari)
Menggunjing itu termasuklah mengumpat, memfitnah, kata belakang dan menyebarkan cerita buruk tentang seseorang.

3. Takbur
“Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya rasa takbur walaupun sebesar biji sawi!” (Riwayat al-Tirmizi)

4. Menyakiti jiran
“Tidak masuk syurga sesiapa yang jirannya tidak aman daripada perangai buruknya.” (Riwayat Muslim)

5. Makan harta haram
“Tidak masuk syurga daging yang subur dengan harta haram!” (Riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Hakim)

6. Pelaku kasar terhadap orang bawahan
“Tidak masuk syurga orang pelaku buruk terhadap hambanya!” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad)
Hamba pun sedemikian, inikan pula pembantu rumah, pekerja upahan atau pekerja bawahan yang merdeka.

7. Kahin
“Tidak masuk syurga si kahin.” (Riwayat al-Tabarani)
Kahin merangkumi tukang tilik, tukang sihir, bomoh, pawang dan sebagainya.

8. Percaya bomoh

9. Peminum arak
“Tidak masuk syurga peminum arak, orang yang mempercayai tukang sihir dan pemutus hubungan.” (Riwayat Ibn Hibban)

Nama-nama yang paling disukai Allah swt

Sunday, 13 August 2017

Doakan suami

“Saya akan kehilangan cinta suami?”

“Tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah.”

“Saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tetapi saya terus belajar dan mendengar. Saya ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah.”

Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia, jika usia perkahwinan baru memasuki tahun kelima, keenam atau kurang daripada itu.

Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al-Quran dan hadis. Ataupun oleh sajak dan ungkapan yang indah serta puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan.

Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita kerana bahagia itu ditempa oleh derita!.

(Baca sepenuhnya tulisan ini dalam blog saya www.genta-rasa.com atau di dalam buku tulisan saya BEDUK DIKETUK LAGI)

Saturday, 12 August 2017

PART 2: MACAM MANA ELAK ANAK KETAGIH GAJET

Ok ok macam yang ibu AN & NA janji, ibu sudah tengok sambungan perbincangan pasal anak dan gajet 💪🏻
.
Tadi sempat juga suami cakap "ibu kena tengok hari ni. Biar ada kesudahan" sebab dari semalam kami suami isteri terkejut sebab sharing riboribo 😂

.
Hari ni 3 orang panel (tengok gambar). Sorry dari tepi pula snap gambar sebab AN conquer tengah sofa 😅

🔴Ibu bapa jadi role model - Jangan melekat sangat dengan gajet. Anak tengok tu! Dah kalau ibu dengan abi sibuk dengan fon, anak pun akan ikut. Papppp tampar pipi sendiri!

🔴Guna kuasa parents - jangan bagi full charge gajet tu. Supaya anak berhenti once bateri habis kan. Mujur ibu AN & NA selalu buat gini. Jangan bagi tau AN pula haha!

🔴Guna kuasa parents - jangan ajar anak password telefon/iPad. Part ni kita lepas, bi 😅

🔴Guna kuasa parents - ibu tidak bagi anak gajet, apaknya pula yang baik hati bagi huhu
Lepas tu dah kalau parents say no jangan pula segala auntie uncle jiran bagi green light pass gajet✖️

🔴Selalu ingatkan anak gajet tu parents punya. Teringat dulu AN pernah tantrum minta fon abi dia. Berulang kali cakap dengan AN fon tu abi punya. Abi ada kerja kena buat guna fon (padahal tiada pun). Then sekarang jarang dah minta fon abi.

🔴Panel juga ada sebut jadikan gajet ganjaran misalnya kalau anak buat kerja sekolah then baru dapat gajet tapi still kena kawal hari apa dan masa berapa lama.

🔴Bila anak tengah guna gajet, parents sebolehnya kena ada sama dengan anak. Explain apa yang anak tengah tengok tu. Biar ada interaksi. Contoh saya buat dengan AN is saya explain gajah warna apa, yang ni belalai yang ni gading. Then AN akan respon "besarnya bu"😅

🔴Ok yang ini terkena batang hidung sendiri - jangan suruh anak simpan gajet bila habis main, parents yang ambil dan simpan. So mulai sekarang ibu & abi kena rajin ambil dan simpan dari AN, ok bi?

🔴Part ni suka dan seperti diketuk dahi ibu ni nak oii
-wujudkan zon sifar teknologi misalnya tempat tidur, meja makan, dalam kereta.
-wujudkan masa sifar teknologi contohnya masa makan, masa tengah sanati dengan family.

🔴Buat aktiviti dalam rumah untuk kurangkan ketagihan anak pada gajet. Ohya ibu ni salah seorang peminat Puan Adlil tu, ibu follow fb beliau. Puan tu bagi contoh aktiviti ada 4 jenis beliau sebut tapi ibu sempat take note 3 ni ja huhu ampuuunn:
1. Pergerakan boleh lompat trampolin
2. sensory berjalan kaki ayam atas pasir atau rumput
3. kemahiran motor halus cari benda tersembunyi dalam pasir

🔴Prof galakkan kita bawa anak keluar supaya boleh stimulate sensory anak sebab persekitaran sangat membantu kita as parents ni bentuk anak. Bila di luar, sekeliling anak ada bunyi, bau, rupa dan interaksi - benda benda ni yang akan anak guna untuk belajar.

Ini ibu setuju sebab AN dulu tidak pandai bergaul bila bawa keluar (tapi memang jenis kuat senyum mesra sangat hehe). Masa mula-mula bawa pergi playground dia react seolah-olah the whole playground tu AN punya tau sebab kalau dalam rumah toys yang ada memang dia punya kan. Sekarang ni alhamdulillah dia dah pandai mingle up dengan budak lain 😊

🔴Satu poin yang buka mata ibu juga bila prof ada sebut kekadang taska/playchool terlalu pentingkan ilmiah then balik sekolah anak stress cari gajet. Serius bi, kita kena cari playschool yang tidak strict pada ilmiah sahaja 🤔

PERASAN TIDAK?

🔥Alasan klise kita: download video ilmiah misalnya ABC satu dua tiga supaya anak belajar.
Hakikatnya: still perlukan ransangan. Perlukan interaksi pelbagai. Gajet punya komunikasi satu hala saja, parents!

Bak kata Fiza Sabjahan tadi kita bukan menidakkan teknologi tapi menyeimbangkan 😊

Sebagai penutup, 3 panel bagi kesimpulan yang buat ibu cakap dalam hati - insoffff ibu insof😔:
✅Frekuensi - dalam seminggu hadkan berapa hari. Contoh 2/7 jangan tiap hari please!

✅Durasi - berapa jam setiap sesi. Contoh yang 2 hari bukan 24jam. Mungkin 2 jam saja.

✅Konten - atau bahasa mudah isi video yang anak tengah tonton tu. Bentuk ilmiah atau permainan pastikan parents ada di sebelah. Risau kalau macam YouTube tu kan anak TERtekan video yang tidak sepatutnya. Jadi satu hal pula nanti 🤔

✅ suka ibu dengar salah satu panel tu sebut the best parenting is thru akhlak 😍 semoga ibu ni berakhlak la ya pada AN & NA hehe

✅ Pemikiran parents mesti lebih tinggi daripada anak sebab kuasa besar sebenarnya dari parents.

Memang ramai yang risau bab-bab gajet ni macam zombie datang gigit anak supaya infected. Saya ni hah pun risau sebab AN & NA membesar di tangan saya. At the end of the day, anything happen baik buruk AN & NA saya yang kena soal siasat dulu 🙈

Sebab itu saya suka baca buku atau tulisan pasal parenting sebab parenting ni bukan pencapaian tapi perjalanan. Banyak benda lagi kena belajar 😊

Pheww panjang lebar ibu bebel buat sharing haha! Parents yang baca ni mohon doakan AN & NA saya cepat sembuh dari demam. Terima kasih ❤️

Saya izinkan share kalau bermanfaat. SHARE ya bukan kopipes (berpeluh karang ni sambil layan demam AN & NA kesianlah pada saya 😅)

Kalau ada percanggahan info dari diskusi tadi dengan apa yang saya share ni mohon tegur saya dan saya akan betulkan.

Terima kasih sudi share penulisan saya ni sampai viral korang kerjakan hehe

Hahhh bagi yg belum baca Part 1 boleh klik link ini 👉🏻 http://bit.ly/2hMtofa

Momster yang masih belajar
#nijabagitips #nijasukasharing #momsterneej #alahaiAN #alahaiNA

Tuesday, 8 August 2017

Kelebihan Muazin Dan Solat Berjemaah

Assalamualaikum wbt.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kelebihan Muazin Dan Solat Berjemaah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya manusia (Muslim) mengetahui apa (kebaikan) yang terdapat pada azan dan saf pertama, lalu mereka tidak akan mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka akan melakukannya. Dan seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir pertama pada solat berjemaah, nescaya mereka akan berlomba-lomba untuk mendapatkannya. Dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat pada solat Isya dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun harus dengan merangkak" (HR Bukhari No: 580)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah memberi kelebihan kepada orang yang menjadi muazin dan solat berjemaah di sof pertama.

2.  Jika Muslim itu mengetahui kelebihan menjadi muazin dan berada di saf pertama, nescaya mereka akan mengundi dan berebut untuk melaungkan azan serta berada di saf pertama.

3.  Allah juga memberikan kelebihan kepada orang yang sentiasa sempat takbirratulihram bersama imam dalam solat berjemaah.

4.  Muslim yang prihatin kelebihan solat berjemaah pada waktu isya dan subuh akan sentiasa berusaha melakukannya walaupun terpaksa merangkak ke masjid.

5.  Muslim yang menunaikan solat isya dan subuh berjemaah seolah-olah ia telah bersembahyang sepanjang malam. Hadis Rasulullah SAW:

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ

Dari Utsman bin ‘Affan ia berkata; “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melaksanakan solat isya berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam.” (HR Tirmizi No: 205)

6. Marilah kita merebut keutamaan dan kelebihan dalam beramal:

a. Sebagai muazin
b. Solat berjemaah di saf pertama
c. Mendapat takbirratulihram bersama imam dalam solat fardhu berjemaah
d. Dapat solat isya dan subuh berjemaah di masjid.

08hb Ogos  2017
15hb Zulkaedah 1438H

Sunday, 6 August 2017

Keutamaan azan

1- Pahala azan sgt besar
2- Makhluk dan benda yg mendengar azan akan menjadi saksi di akhirat
3- Muazzin mendapat keampunan sejauh org yg mendengarnya.
4- Muazzin mendapat pahala spt org yg solat bersamanya
5- Muazzin mendapat kepercayaan Allah
6- Muazzin didoakan oleh rasulllah saw
7- Azan buat syaitan takut dan lari smpi terkentut-kentut
8- Leher muazzin akan dipanjangkan di padang mahsyar
9- Org yg azan dibanggakan Allah dihadapan malaikatNya
10- Muazzin akan dimasukkan syurga.. Puncak segalanya.

Seks education

Seks education bermula dari aurat. Jaga aurat dlm keluarga.
- Adab masuk bilik
- Jaga aurat dari bawah pusat ke bawah lutut.

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...