1. Hormat orang tua. Ajar ini sejak dari kecil. Kalau orang datang salam. Kalau pergi ke rumah orang pun salam. Kalau tetamu datang ke rumah, ketuk pintu anak-anak agar mereka keluar dari bilik bilik dan bersalam.
.
2. Hormat orang tua juga bermaksud, tidak meninggi suara terhadap orang yang lebih berusia. Tidak berlawan kata. Tidak memperlekehkan pandangan orang yang lebih berusia.
.
3. Didik anak-anak untuk diam jika tidak bersetuju dengan pandangan orang yang lebih tua. Ini sebenarnya adalah pesanan dari arwah bapa saudara saya.
.
4. Ajar anak-anak kita untuk menghargai dan menikmati apa yang mampu kita berikan. Tidak membandingkan diri kita dengan orang lain. Dan selalu belajar untuk berasa cukup dengan apa yang kita mampu beri.
.
5. Beri kefahaman kepada anak-anak bahawa adalah sangat penting untuk menjaga solat. Jangan putus asa untuk didik anak tentang ini.
.
6. Beri kasih sayang kepada anak-anak dengan sepenuh hati, penuh kemaafan, penuh keikhlasan dan penuh doa. InsyaAllah semua itu akan sampai kepada mereka. Dan mereka pun akan mengasihi kita dengan ikhlas juga.
.
7. Ajar anak agar tidak mengadu-ngadu tentang kepayahan hidup kepada orang lain. Menjauhi keluh kesah. Dan memperbanyakkan syukur.
.
8. Biasakan anak-anak untuk ucap dua perkataan ini… Iaitu “terima kasih” dan “minta maaf”…
.
9. Didik anak kita agar jauh dari sifat sombong.
.
Dzuriasikim Dzulkefli