Allah sebut sabar, solat & zakat.
Berdasarkan pengalaman, ramai orang perempuan skrg yang minta cerai, sebab perangai org lelaki tidak berubah. Ego.
Orang perempuan sabar, tetapi mulut / cemburu. Orang lelaki perlu sabar dgn mulut org perempuan.
Model pertama anak2 lihat ialah bapa.
Jangan bergaduh depan anak-anak.
Zaman skrg, salah satu punca penceraian adalah handphone.
Dalam perkahwinan, perlu jujur.
Skrg ada perempuan curang, sbb suami tidak suka mendengar & tidak bagi perhatian.
Bila dah berkahwin, org perempuan nak bermanja dgn suami. Lelaki perlu ada ketahanan diri / kekuatan qolbu.
Motivasi paling hebat dalam islam ialah solat tahajud.
Perlu pengorbanan bangun malam. Solat tahajud perlu ada kekuatan qolbu.
Peranan suami
- Orang lelaki wajib bekerja.
- Jika isteri minta duit RM50, bagi RM200. Dgn isteri jangan berkira.
- Jadi imam, solat berjemaah.
- Peluk isteri, usap kapala isteri setiap kali selepas solat berjemaah.
Di Malaysia skrg, masalah besar adalah ketagihan dadah. Tak boleh diubati.
Peranan isteri
- Jaga perut suami, bila suami balik rumah, isteri sediakan makanan. Tolong isteri masak.
Ketepikan masalah kecil2.
Saling hormat-menghormati. Hormat keluarga mertua. Islam adalah agama akhlak.
Senyum.
Jgn membandingkan dgn org lain. Skrg byk ancaman; whatsapp family tunjuk dll.
Jgn meminta suami sesuatu yang suami tak mampu. Jangan ikut org sgt.
Saling sayang-menyayangi antara satu sama lain
Peluk pasangan setiap hari - setiap kali selepas solat berjemaah (tgh tenang). Pegang bahu, tgk mata pasangan, usap kepala. Bagus jika anak2 tgk.
Peluk anak-anak setiap hari.
Kalau tak boleh nak bercakap pada suami, peluklah suami.