Monday, 3 November 2025

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi,

Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea…
Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadikanmu trofi pencapaianku, 
tetapi cukuplah agar kamu tumbuh membesar menjadi hamba yang taat kepada perintah-Nya, 
serta menjauhi segala larangan-Nya..

Ingatlah wahai sayang,
kita ini Hamba dan Khalifah Allah di muka bumi ini, 
dihidupkan bukan untuk berlumba dengan manusia, 
tetapi untuk mencari redha Ilahi..

Jika kamu tersilap langkah, 
segeralah bertaubat, beristighfar, dan berlindung dengan ta‘awuz..
kerana sifat orang beriman itu bukan tidak pernah berbuat salah, 
tetapi cepat-cepat kembali kepada-Nya..

Engkaulah harta Ibu yang paling berharga, 
bukan pada pencapaianmu..
tetapi pada hatimu yang lembut dan tunduk kepada Tuhanmu.

Semoga setiap langkahmu sentiasa dipimpin Allah SWT..

Dunia ini hanya sementara, tetapi kasih Ibu dan rahmat Allah kekal selama-lamanya..

Nukilan oleh,
UmmuFaaz aka Fatin Azemi

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...