111. (Ingatlah) pada hari (ketika) setiap orang datang untuk membela dirinya sendiri dan bagi setiap orang diberi (balasan) penuh sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan).
- Semua kasih sayang & hubungan silaturahim akan terputus pada hari akhirat kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri dan akan hanya menyelamatkan dirinya sahaja di mana pada hari itu segala hartabenda dan anak pinak tidak memberi apa2 faedah kecuali mereka yang mengadap Allah dlm keadaan hati yang suci dan bersih.
- Setiap amalan yang dilakukan samada baik atau buruk akan dibalas dengan sempurna di akhirat dan setiap orang tidak akan dizalimi sedikitpun samada dikurangkan pahalanya atau ditambah dosanya.
- orang yg berakal waras tidak akan membuang masa walaupun sesaat melainkan semuanya akan dipenuhi dgn amal soleh kerana hanya iman dan amal soleh shj yg dpt menyelamatkan manusia pada hari yang sangat menakutkan iaitu hari akhirat.
112. Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezeki datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (pen-duduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah, karena itu Allah menimpakan kepada mereka bencana kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang mereka perbuat.
- wajib bg setiap org berakal mengambil pengajaran drpd contoh yg dibuat oleh Allah dari ayat ini, iaitu jangan balas nikmat2 Allah dgn kekufuran dan maksiat
- semua musibah dan azab yang menimpa manusia disebabkan mereka kufur di atas nikmat-nikmat Allah
- setiap nikmat Allah walaupun kecil wajib disyukurinya, iaitu dgn menggunakan segala nikmat tersebut untuk mentaati Allah dan beribadat kepadaNya
- bersyukur kepada Allah dgn mentaatinya adalah cara terbaik untuk ditambah nikmat. manakala kufur terhadap nikmatNya akan menyebabkan kehilangan nikmat tersebut atau bertambah tetapi sebagai istidraj.
113. Dan sungguh, telah datang kepada mereka seorang rasul dari (kalangan) mereka sendiri, tetapi mereka mendustakannya, karena itu mereka ditimpa azab dan mereka adalah orang yang zalim.
- Nikmat paling besar, kenal Tuhan. Kalau manusia kenal Tuhan, manusia akan dapat dunia & akhirat.
- kekufuran paling besar oleh kaum musyrikin Mekah, telah dtg kepada Musrikin Mekah seorag Rasul, tetapi mereka mendustakannya. Dusta dalam dua bentuk: Percakapan & Perbuatan (ingkar: tolak hadis2 Nabi)
- Rasul kena datang, jangan tunggu orang jemput. sehebat Rasul pun kena dtg, jangan tunggu orang datang kpd kita. Tugas Rasul ialah menyedarkan (Kerja Pendakwah mmg kena datang - itu satu kemuliaan). Nabi mendatangi Mad'u. Nak berdakwah kena pergi, nak cari ilmu pun kena pergi. Menyampaikan ilmu itu satu tugas mulia.
- Lalu azab menimpa mereka. Azab itu yg menyakitkan (mental)