lihat ke arah langit, kita merasa hidup kita luas
jika kita lihat kebumi, hidup akan sempit
apa yang kita tak sangka,
bila letak kepala di bantal, bila akan aku berhenti berlari & berjalan
kita akan pulang tanpa membawa apa2, tanpa dato', apa2 pangkat
selagi mana kita bertawakkal, kita akan dapati hidup ini luas
Ya Rabb, tolonglah aku...
Saturday, 25 July 2020
Thursday, 23 July 2020
Liqa' bersama Sab
1) Tilawah: Surah Maryam (19:1-25)
2) Tadabbur: a) 19:4 Kisah tidak berputus asa Nabi Zakaria yang tidak pernah kecewa dalam berdoaDia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.b) Maryam dibesarkan dalam Mihrab - cara nak didik anak2.
3) Kalam Murabbi - Dalam 10 hari sehingga 10 Zulhijjah (9 Zulhijjah) perbanyakkan ibadah
4) Asma Allah Al Khaliq - Maha PenciptaAllah menciptakan segala sesuatu dan dia memelihara segala sesuatu. (Al-Zumar : 62)
5) TaujihAidiladha - Kisah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail
Surah Ibrahim Ayat 37
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.
Apakah ibrah dr sejarah Nabi Ibrahim?
1) Taat & patuh kpd Allah = Ketakwaan seorang hamba kpd PenciptaNya (Al-Khaliq) - Kalau kita boleh ke?
2) Allah menjadikan nyawa manusia sangat berharga - Mungkin jika tiada kisah ini - Korban mungkin jadi manusia
3) Hubungan sesama manusia - sedekah untuk berkorban
4) Peningkatan akhlak
5) Air Zam Zam yang tidak pernah kering sebagai jasa pengorbanan Siti Hajar
6) Hakikat manusia ini sama, yang membezakan manusia adalah taqwa
Thursday, 16 July 2020
SS Dato Dr Asri-Hidayah Sering Dihadirkan Tetapi Manusia Menolaknya Kerana Tidak Mengenalinya
Minta kepada Allah swt kebaikan kesemuanya
Hok di dunia, semua sekali
Hok di akhirat, semua sekali
Yang kita tahu, dan yang kita tak tahu
Minta jauh dari kejahatan, semuanya sekali
Apa yang di dunia (segera)
Apa yang di akhirat
Apa yang kita tahu, dan yang kita tak tahu
Istikarah - kerana kita tak tahu apa yang di depan
Hok di dunia, semua sekali
Hok di akhirat, semua sekali
Yang kita tahu, dan yang kita tak tahu
Minta jauh dari kejahatan, semuanya sekali
Apa yang di dunia (segera)
Apa yang di akhirat
Apa yang kita tahu, dan yang kita tak tahu
Istikarah - kerana kita tak tahu apa yang di depan
Monday, 13 July 2020
CARA MEMILIKI AKHLAK MULIA “Ust. Adi Hidayat”
Tawakkal adalah Keajaiban Hidup - Dr Asri
- Tiada siapa yang dapat menjangka apa yang akan berlaku esok hari secara tepat
- Kadangkala kita rasa perkara yang kita tak boleh buat, jika Allah mengizinkan, ia boleh berlaku
- Ada orang yang berasa besar dgn kekuatan yang dia ada, tiba2 dia gagal dlam hidupnya
- Dulu waktu sekolah orang yang mendapat no 1 atau no 2, tetapi bila dewasa tidak semestinya menjadi orang yang hebat
- Dalam agama, antara yang perkara yang paling penting adalah tawakkal, bergantung sepenuhnya kpd Allah swt
- Manusia disuruh berusaha, tetapi manusia perlu yakin yang sebenarnya, di atas usahanya ada kuasa yang lebih besar iaitu Allah swt
- Ayat surah at Thalaq (ayat seribu dinar) utk wanita yang ditalaq
Friday, 10 July 2020
APAKAH YANG PERLU KITA LAKUKAN 1 JAM SELEPAS SUBUH
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan. Yang sihat cukup karbo dan juga protin serta rendah kalori..Sangat membantu untuk menaikkan metabolisme badan.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Saturday, 4 July 2020
Sabar by Ustaz Pahrol Juoi
Bila kita dinasihatkan agar sabar...hati kita bertanya bagaimana? Sabar tidak semudah yang diucapkan.
Sabar itu ertinya 'menahan'. Tahan dulu hati apabila menerima musibah dengan lima langkah ini:
1. Ucapkan kalimah Istirja' - akui kita dari (kepunyaan) Allah. Maka kita layak diuji. Jangan mempersoalkan 'kenapa aku?'
2. Sedarilah musibah itu datang daripada Allah. Allah itu Maha Pengasih. Sudah pasti apa yang datang daripadanya baik-baik belaka. Ingatkan hati, "semua ini pasti baik walaupun aku belum nampak dan merasakannya."
3. Pesan pada diri "aku banyak dosa, ujian ini adalah cara Allah mengampunkan dosa-dosa ku." Agar dengannya aku tidak terseksa di neraka. Akhirat itu sesungguhnya ada.
4. Ingat janji Allah, yang diulangiNya sehingga dua kali, selepas kesusahan pasti ada kemudahan. Terimalah dan 'layanilah' musibah itu sebagai tetamu di kamar hati dengan baik..InsyaAllah dia akan cepat pergi.
5. Musibah ini belum tentu seburuk yang disangka. Allah telah berpesan, " ada perkara yang kamu tidak suka tetapi itu baik bagi kamu." Pujuk hati, Allah yang memberi musibah ini lebih tahu apa yang baik bagi ku berbanding diri ku sendiri.
Justeru wahai diri, apabila dipesankan kepada mu: Bersabarlah... maka itu bermaksud menahan. Bagaimana untuk menahan? Maka ambillah lima pesan di atas sebagai panduan.
(Dariku tidak ada harta, bantuan ku hanya dengan kata-kata. Semoga ada manfaatnya. Amin.)
# Aku tidak mahu kau derita kerana aku pernah merasainya. #
Subscribe to:
Posts (Atom)
Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu
Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael, Kak Leen Humaira & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...
-
Choosing the best country for Muslims to migrate depends on various factors, including personal preferences, career opportunities, cultural ...
-
Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael, Kak Leen Humaira & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...
-
3 Sunnah bersama Isteri yg ramai org Tak pandang serius sedangkan inilah akan mnjadi asbab makin semaraknya lagi kasih sayang dan kebhgiaan ...