Sunday, 30 September 2018

How to inspire manners to your children!!

🏅
1. When entering the house greet your children with salams and kisses. This should help develop their sense of love and mercy.

2. Be good to your neighbours and never backbite. Never speak ill of other drivers when on the road. Your children listen, absorb and emulate.

3. When calling your parents, encourage your children to speak to them. When visiting your parents take your children with you. The more they see you take care of your parents the more they will learn to take care of you.

4. When driving them, say to school, don't always play albums or cds (even if good cds!). Rather, tell them the stories yourself. This will have a greater impact - trust me!

5. Read to them a short hadith a day – it doesn't take much time, but very impactful in creating strong bonds and wonderful memories.

6. Comb your hair, clean your teeth and wear presentable cloths even if sitting at home and not going out for the day. They need to learn that being clean and tidy has nothing to do with going out!

7. Try not to blame or comment on every word or action they say or do. Learn to overlook and let go sometimes. This certainly builds their self-confidence.

8. Ask your children's permission before entering their rooms. Don't just knock and enter, but wait for a verbal permission. They will learn to do the same when wanting to enter your room.

9. Apologize to your children if you made a mistake. Apologizing teaches them to be humble and polite.

10. Don't be sarcastic or make fun of their views or feelings, even if you "didn't mean it" and was "only joking". It really hurts.

11. Show respect to your children's privacy. It's important for their sense of value and self-esteem.

12. Don't expect that they will listen or understand the first time. Don't take it personally. Be patient and consistent.

13. Play some games with them. Let them enjoy your company. They will remember all that when they grow up.

14. Be firm. If they need reprimanding, don't hesitate in doing so. Correct their mistakes straight away. Never say "Oh he's only a child" or "He'll learn as he grows up"
No! This is the time to learn. If they don't learn now, they never will.

15. Teach them to be patient and to be grateful (Sabr & shukr). Don't give them everything they ask for. Stick to your limits. Withhold some things even if you have the capability to give them. And teach them to say 'JazakAllahu khaiyran' Tell them to do shukr of Allah over everything.

16. Finally, Always make Du'a for them from the depth of your heart. Your Du'as can be highly effective. Parents' Du'as are among those which are guaranteed acceptance.

May Allah swt give us the ability to raise our children with the best behaviour. May Allah make them coolness of eyes for us. May Allah give our children the best of both worlds; Dunya & Aakhirah. Aameen.

Thursday, 27 September 2018

Doa harian Fatin di tempat kerja

Bismillahirahmanirrahim..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampunilah segala dosa-dosaku. Permudahkanlah seluruh urusanku pada hari ini.. Berilah aku ketenangan, kekuatan (spiritual, mental & fizikal), kesabaran, keyakinan, kebijaksanaan, kepantasan & kecekapan untuk aku melaksanakan tanggungjawabku sbg hambaMu dan KhalifahMu dgn sebaik-baiknya sehingga selesai. Begitu juga untuk suamiku, anak-anak kami, kedua-dua ibubapa kami, adik beradik kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.
Kurniakanlah kami ilham agar kami dapat menjalankan kerja dengan produktif dan berkualiti, diberikan kejayaan dalam pekerjaan kami, keberkatan yang dapat memberikan kebaikan dunia & akhirat. Ampunilah dan permudahkanlah urusan kami. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik pengurus alam.. Hanya kepadaMu aku berserah..
Aminn Yarabbal alamin..

Tuesday, 25 September 2018

Doa untuk ayah

Ya Allah, ilhamkanlah kpd ayahku satu produk utk dijual dr kedai ayahku, yg mana ia memberikan rezeki yg melimpah ruah, mendapat bantuan drpd staff2 yang amanah dan berdedikasi tggi utk menjual produk itu, yang diberkatiMu, yang dapat memberikan kebaikan dunia dan akhirat.. Aaminn..

Monday, 24 September 2018

Tips Keluarga Bahagia

Nafkah batin seorang suami dan isteri.
Perlu merangkumi aspek emosi, perasaan dan juga kehendak seksual.
Bukan nafkah batin sebelah pihak sahaja.
Malah kedua dua nya.
Bukan seksual semata tapi keintiman yang dibina bersama 😊

Kalau lah nafkah batin adalah tentang kehendak seksual,
Masakan ada suami yang berkecil hati bila si isteri tidak pernah memahami tugasan kerjaya nya.
Masakan juga ada isteri yang mengalami kemurungan akibat suami tidak membantu dalam tugasan rumah nya.
Masing masing punya hak yang perlu dipenuhi.

Sepanjang proses perkahwinan, Faiqah banyak juga ke ceramah / seminar dan membaca seberapa banyak buku berkenaan perkahwinan. Rata rata tidak langsung menyentuh tentang hak seksual. Sebab kebiasaan pasangan suami isteri sudah mahir bab yang ini.
Cuma bahagian yang lain masih lompong.

Dipetik daripada pengisian seminar yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew & Ustaz Syed Abd Kadir Al Joofre di Siri Keluarga Sunnah dan juga pembacaan sendiri

🌸Tips untuk mendapat keluarga yang bahagia dan hubungan suami isteri kekal keintiman.

1- Niat perkahwinan sentiasa diperbaharui.

Kalau dahulu sekadar kahwin sebab suka sama suka/keluarga jodohkan/ dah sampai usia untuk kahwin.
Kali ini perlu bersungguh meletakkan niat berkahwin kerana Allah . Untuk mendapat redha Allah dan untuk melengkapkan sebahagian daripada agama mengikut sunnah Rasulullah.
Matlamat perkahwinan itu perlu jelas untuk mencapai syurga Allah.

Bukan sekadar menunjukkan kemesraan di media sosial, tapi untuk merasakan sakinah, mawaddah, rahmah dan barakah dalam perkahwinan.

2- Wujudkan kasih sayang.

Selalu nyatakan perasaan, “i love u”, “i miss u”.
Selalu peluk, dukung, bergurau dengan pasangan tanpa rasa segan dan hilangkan perasaan menganggap pasangan adalah “stranger”.
Selalu ucapkan “terima kasih” setiap kali pasangan membantu. Hatta membantu membawa segelas air.
Selalu ucapkan “tolong” setiap kali meminta pasangan berbuat sesuatu. Hatta sekadar buka kan pintu.
Selalu ucapkan “maaf” setiap kali bertelingkah dan tidak sefahaman. Hatta berselisih pendapat yang kecil.
Selalu meraikan hobi/minat pasangan. Terutama minat yang bermanfaat. Seperti pasangan yang minat jogging atau membaca. Lebih baik kalau wujudkan hobi yang bermanfaat bersama.
Selalu ada “our time” / “dating” sekurangnya sebulan sekali, untuk berduaan, serta ada sesi heart to heart.
Selalu menyambut hari sejarah bersama. Contohnya suami naik pangkat , hari ulang tahun etc. Meraikan secara sederhana pun sudah memadai.

Manusia yang cinta akan Allah, perlu perbaiki hubungan dengan makhluk ciptaanya juga. Terutama hubungan sesama pasangan.

3- Lazimkan solat jemaah di rumah.

Solat lima waktu fardhu bagi lelaki wajib dilakukan di Masjid/Surau (melainkan ada keuzuran)
Isteri perlu mengalakkan suami solat di masjid. Tetapi solat sunat boleh berjemaah bersama pasangan dirumah.
Sentiasa jaga solat awal waktu dan kejutkan pasangan untuk lazimi qiamulail.

Seminggu sekali boleh bersama sama suami isteri berjemaah di surau/masjid.

4- Wujudkan suasana rumah yang ingat mengingati, belajar, mengajar, zikir dan beribadah.

Boleh cari satu rutin untuk dibuat bersama secara harian, mingguan dan bulanan.
Contohnya bertilawah Al Quran, tadabbur tasmiq hafazan, dan perbaiki bacaan.
Lakukan usrah bersama dengan mengupas tentang sirah, fiqh dan sebagainya.

Selalu lazimi melakukan ibadah bersama.
Bukan sekadar hiburan dibuat bersama.

5- Selalu upgrade diri dengan ilmu.

Kadang yang membezakan setiap manusia adalah ilmu.
Penting dalam perkahwinan untuk ada ilmu perkahwinan, ilmu memahami pasangan, ilmu keibubapaan, ilmu ilmu agama dan lain lain.
Yang membentuk fikrah manusia ini adalah ilmu.
Ada waktu, hal yang satu ini ilmu suami terlalu rendah.
Ada waktu, hal yang itu ilmu isteri terlalu rendah.
Jadi, sama sama perlu bantu top up kan.
Lebih baik kalau sepakat untuk upgrade ilmu bersama. Supaya fikrah itu selari. Tidak lah seorang punya prinsip A, seorang lagi prinsip B.

Dan selalu rendahkan ego.
Jangan pernah merasakan kita lebih bijak/lebih pandai/lebih bagus daripada pasangan.
Selalu beri tunjuk ajar dan latih pasangan untuk turut tahu serta aplikasikan sesuatu ilmu.

6. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Slogan yang sinonim digunakan apabila dikaitkan tentang kerjasama. Sebaiknya pasangan suami isteri ini membahagi tugas sebaiknya.
Tak kira lah suami isteri masing masing bekerja atau salah seorang berada di rumah.

Nak merasakan harmoni dalam rumahtangga itu lebih baik jika tugas dapat dilakukan bersama.
Masak bersama, cuci atau sidai pakaian bersama.
Atau boleh juga bahagi tugas, si suami buat proses melipat baju, isteri masak di dapur.

Aktiviti yang dibuat bersama dan bertoleransi ini lebih mengeratkan hubungan, dan tenaga juga dapat disalurkan dengan baik dan efisyen.
Tidak ada yang bermasam muka, tidak ada satu pihak saja kerah tenaga, satu pihak duduk sahaja.

Perkahwinan ini jadikan sebagai medan memberi .
Banyakkan memberi daripada menerima.
InsyaAllah lebih merasa kan tenang dan bahagia

😊
Cukup lah 6 tips ini.
Ini pun mungkin rasa susah dan sukar untuk laksanakan.  Rasa bahagia suami isteri ini tidak boleh datang dari satu pihak. Perlu bergerak dalam pasukan.
Berusahalah untuk meperbaiki kekurangan dan mengoptimakan kelebihan.
Selamat bercinta dan dicintai. Buat lah secara perlahan dan mudah mudahan bertumbuh rasa kecintaan sesama pasangan.😊😊

Thursday, 20 September 2018

Resit Buku 2018

Hadis Kaya

KAYA DI DUNIA, MISKIN DI AKHIRAT

Renungkanlah nasehat berharga dari Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut ini:
"Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya, maka Allâh akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan (tidak pernah merasa cukup) (selalu ada) di hadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allâh tetapkan baginya. Dan barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama)nya, maka Allâh akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/ selalu merasa cukup (ada) dalam hatinya, dan (harta benda) duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya)".

[HR Ibnu Majah (no. 4105), Ahmad (5/183), ad-Daarimi (no. 229), Ibnu Hibban (no. 680) dan lain-lain dengan sanad yang shahih, dinyatakan shahih oleh Ibnu Hibban, al-Bushiri dan syaikh al-Albani].

Doa untuk anak yang menghadapi peperiksaan

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Tuesday, 18 September 2018

Punca Sakit

Penyakit bukan berpunca dari pemakanan semata mata tapi dari mental..fizikal dan pemikiran ...PUNCA SAKIT

Seorang *Profesor Muslim di Jepun* melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa *_kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani._*

1. Ternyata masalah *appendiks* bukan hanya diakibatkan kerana kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan.

2. *Darah tinggi* bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi.

3. *Kolesterol* bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak berlapis.

4. *Asthma* bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. *Diabetes* bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. *Penyakit liver* (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. *Penyakit jantung* bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.

Dan masih banyak lagi.Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah

- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%

Maka benarlah firman ALLAH
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah. QS: As-Syuura 42 :30-31

*Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit hati, hasad, hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur sombong, angkuh dan lain-lain.*

A good read for self-reflection.*

Sunday, 16 September 2018

Sibuknya Aku

🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejenak Pagi:
*SIBUKNYA AKU*

*Seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya*

*"Jangan engkau tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak engkau membacanya, engkau akan mendapati urusanmu akan bertambah mudah"*.

🌹Lalu anak murid itu mengikut apa yang dinasihatkan oleh gurunya, pada permulaannya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari,

🌹Lalu dari hari kehari, jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah, dan dia mendapati urusannya semakin dipermudahkan oleh Allah,

🌹Kemudian dia bertanya kepada gurunya "wahai guruku, aku mendapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu aku baca semakin meningkat, sedangkan aku seorang yang sibuk dengan kerjaku"

🌹Maka gurunya berkata "waktu seharianmu menjadi berkah, kerana banyaknya engkau membaca Al-Quran, engkau terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusanmu walaupun hanya waktu yang singkat.."

🌹Subahanallah
Melalui kisah tadi sudah membuktikan bahawa, apabila kita membaca Al-Quran waktu kita menjadi lebih berkah.

🌹Secara logiknya, bila kita membaca banyak helaian al-Quran, ia akan mengambil masa yang lama bukan??

🌹Mesti hanya sedikit waktu yang berbaki, sehingga kita hanya mampu melakukan hanya sedikit urusan lain, tetapi

🌹Semakin banyak al-Quran kita baca, kita akan mendapati semakin banyak pula urusan yang mampu kita lakukan.

Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana *BERKAHnya waktu, dan kerana urusan kita DIPERMUDAHkan oleh Allah Sang Penjaga masa kita*.

Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bersabda;

*"Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah ke atas dirinya* maka Allah akan menanamkan 4 *penyakit* padanya:

🍄- Kebingungan yang tiada putusnya.
🍄- Kesibukan yang tidak ada hujungnya.
🍄- Keperluan yang tidak pernah merasa cukup. dan
🍄- Angan-angan yang tiada penghujungnya.

(HR. IMAM THABRANI)

Semoga kita bisa terus istiqomah beribadah dg penuh keikhlasan berharap ridha Allah.

Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.
*Robbana Taqobbal Minna*
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), aamiin

Friday, 7 September 2018

Kiriman Doa 2018 - Ayu

Salam Ayu,
Tahniah dapat rezeki menunaikan haji tahun ni. Subhanallah. Bestnya..!

Fatin nak minta tolong doakan Fatin ketika di Tanah Suci - Tempat Allah makbulkan doa kita semua.

Mohon doakan Fatin agar:-

1) K Fatin dan keluarga mendapat keampunan Allah, mati dalam husnul khatimah & mendapat syurga Firdaus.

2) Diberi kekuatan untuk istiqamah membaca dan menghafal Al-Quran setiap hari. Dapat mengajak suami dan anak-anak mengaji Al-Quran bersama-sama. Juga diberi kekuatan istiqamah dalam perkara kebaikan yang lain spt exercise, menyediakan pemakanan yg berkhasiat utk keluarga dll

3) Ditarik segala rasa takut dalam menghadapi cabaran hidup. Bantulah K Fatin untuk simpan takut hanya kpd Allah swt.

4) Dikurniakan jiwa yang mutmainnah - jiwa yang sentiasa tenang, sabar, tabah dan bersyukur dalam mengharungi hidup ini sehingga akhir hayat K Fatin. 

5) Perkahwinan K Fatin dan suami mendapat sakinah, mawaddah dan rahmah drp Allah swt. 

6)  Mendapat Bos-Bos dan Rakan-rakan yang beriman dan baik hati di tempat kerja.

7) Sesiapa yang berurusan dgn K Fatin merasa senang & lembut hati dengan K Fatin. 

8) Allah memberkati, memberi kesihatan dan memanjangkan usia kedua ibu-bapa kami dan kami dapat menggembirakan mereka sebelum mereka pergi. 

9) Hubungan silaturahim keluarga Fatin dgn keluarga suami termasuklah antara kedua ibu-bapa dan adik-beradik kami bertambah erat till jannah.

10) Cikgu2, Teacher2 , Pengasuh2 anak-anak K Fatin menjaga dan mendidik mereka dgn amanah dan penuh kasih sayang. Anak2 K Fatin jadi hamba yg cemerlang dunia akhirat.

11) K Fatin dan suami dpt membawa ibubapa dan anak2 mengerjakan haji pada usia yang muda dgn pakej yang paling baik dan paling selesa utk kami beribadah.

12) Dikurniakan keikhlasan, kekuatan untuk memperbaiki kelemahan diri (jadi orang yang fokus, itqan, yakin, tegas tetapi lembut, berani membuat keputusan & bersegera dlm perkara kebaikan) dan diberi kemudahan dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya sehingga selesai, inshaaAllah.

13) Permohonan adik suami K Fatin utk buka stesen Petronas diluluskan dlm interview 13 Sept ni.. Mendapat lokasi yg strategik, yg dekat dgn rumah kami, yg dpt membawa kami lagi dekat padaNya.

14) K Fatin dan perniagaan suami dibukakan pintu rezeki yang seluas-luasnya, yg diberkati, yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

15) K Fatin dan keluarga dikurniakan kesihatan yg baik utk beribadah padaNya.

Aminn..

Terima kasih banyak-banyak ya. Semoga Allah merahmati Ayu & keluarga. Aminnn..

Fatin Farhana Mohd Azemi

2018

Sedekah

RENUNGAN JUMAAT 26 Zulhijjah 1439H 7/9/2018
                   اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ
"SEDEKAH YANG BERMAKNA DAN BESAR PAHALANYA"..Dari Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa ada seseorang datang kpd Nabi SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, sedekah yg bagaimanakah yg paling besar pahalanya?"
Baginda Nabi SAW menjawab: "Sedekah yg paling besar pahalanya ialah sedekah ketika kamu masih sihat, ketika kamu suka akan harta, ketika kamu takut miskin dan ketika kamu ingin kaya. Jgnlah kamu menunda-nunda sehingga nyawa sudah sampai ke kerongkongan ( yakni sakarat) baru kamu berkata, "utk si fulan sekian2, dan utk si fulan sekian2", padahal harta itu sudah menjadi hak ahli waris."
(Sahih Bukhari dan Muslim, hadis No. 90 - Riyadus Solihin jilid 1-Wasallam

Thursday, 6 September 2018

Taqwa

Explain to your children how Taqwa is the major part of our religion and how to instil in our lives.

*What is Taqwa?*

*Taqwa* is not only about manners..
*Taqwa* is not about looking Islamic...
*Taqwa* is not about sporting a beard or wearing a Hijab...
*Taqwa* is not about appearance

*BUT*

*Taqwa* is when you miss a prayer, you feel uneasy the whole day...
*Taqwa* is when you speak a lie, you feel bad...
*Taqwa* is the guilt that follows when you hurt someone knowingly or unknowingly...
*Taqwa* is the shame and regret that follows a sin you committed knowing full well how it stands in the sight of Allah...
*Taqwa* is when you cannot sleep after disobeying or disrespecting your parents...
*Taqwa* is to cry in the depths of night fearing none but the one above the Arsh...
*Taqwa* is the fear that refrains us from sinning when nobody familiar is around...
*Taqwa* is the guts and the will to please Allah, even when the whole world is hell bent on displeasing Him...
*Taqwa* is to wear that beard and Hijab for the sole reason of pleasing our Creator and to keep it on as per Sunnah....
*Taqwa* is to stay happy and smiling, knowing that this world is a prison for believers...
*Taqwa* is the good manners and character we practice for the sake of Allah...
*Taqwa* is the struggle to better ourselves according to Islam, with each passing day...
*Taqwa* is not just about rising in deen,   but about falling, rising again and never letting go!
*Taqwa* is all about what is IN OUR HEARTS.

_And if our hearts are filled with proper *Taqwa*, then actions automatically follow..._
_And the sweetness of these actions is so fulfilling!_

You are not forced to share....
_*But as Allah Subhanahu Taala  says:*_
_*Remind, for reminder benefits the believers*_ ✨

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...