Monday, 27 April 2020

Nasihat Ustaz Pahrol Juoi utk Ibu

Hari ini ibu nak kongsikan kepada anak2 yg ibu sayangi - Abg Faaz, Kak Maira & Hana..
Yang ujian yg kita terima sebenarnya semua dari Allah swt. Bergantung haraplah hanya kepada Allah swt.

Anak2 yg ibu sayangi, dalam kehidupan yang singkat ini.. Bykkanlah bersabar ya..
Letakkan Allah swt yg paling utama dlm hidup kita.

Ibu telah melalui pelbagai ujian di tempat kerja dan dalam kehidupan ibu..
Ibu tahu, dalam mengukuhkan kebergantungan kita kpdNya, kita akan selalu dihentam dgn ujian demi ujian. Maka bersabarlah sayang.. Satu hari kelak, anak2 ibu semua akan merasa manisnya sabar di dunia ini. Dan yang paling utama, dgn bersabar, kita akan mendapat redha Allah dan pulang ke SyurgaNya.

Ibu telah melalui byk episod kedukaan dan ujian dlm hidup ibu. Antara nasihat yg ibu pernah terima ialah dr Ustaz Pahrol Mohd Juoi:-

Assalamualaikum. Kerenah fi tempat kerja memang tidak akan habis. Itu ujian. Dalam menghadapi ujian, jgn lihat ujian dan siapa yang menjadi sebab pada ujian...tetapi lihat SIAPA di sebalik ujian itu. Bukankah Allah? Maka bersabarlah, dengan bersangka baik...di sebalik kepahitan ada kemanisan dan pengubatan. Allah nak hapuskan dosa kita melalui ujian. Bukankah kita banyak dosa? Jika boss minta buat kerja di luar waktu bekerja, itu satu yang salah. Melainkan kalau secara overtime dengan ganjaran. Jangan campur aduk antara tugas peribadi dan organisasi. Wallahualam


Semoga ia menjadi teladan untuk anak-anak ibu sayang..

Friday, 24 April 2020

Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew

Ustaz Ebit Liew
21 Pesanan Bermakna Dari Beliau
Posted on April 21, 2020 

1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”


Friday, 10 April 2020

Tips untuk Membantu agar Puasa anda menjadi semakin Produktif

1) Berbuka dengan makanan yang berkualiti, bukan kuantiti atau tinggi kalori. 

Pastikan anda makan dengan baik dan mengatur makanan yang mempunyai nutrisi seimbang serta rendah gula. Hindari gula dan lemak tinggi. Ketika berbuka, minum sedikit (atau pada jam-jam awal berbuka) sebelum makan makanan utama pada hari sedikit malam (atau selepas solat Maghrib @ Isya').


2) Anda harus merancang hari-hari anda. 

Salah satu kebaikan berpuasa adalah anda dapat merancang dengan cermat. Lakukan evaluasi harian sebelum tidur (lihat buku muslim produktif), dengan menyedari bahawa sambik saya mencerna makanan, inilah waktu yang bermanfaat dan tenang untuk menyiapkan hari esok ketika saya bangun kembali.


3) Kerjakan tugas terberat terlebih dahulu.

Perhatian yang diperlukan bagi pekerjaan kita yang paling sukar sering terjadi ketika kita sedang mengurangi makanan dalam kondisi berpuasa. Jadi, pastikan anda memulakan tugasan yang terberat terlebih dahulu spt kata-kata Brian Tracy,"Eating that Frog". Ini sesuatu yang baik untuk dilakukan setiap hari dalam setahun, kerana ia akan membuat waktu-waktu anda yang lain pada hari itu menjadi lebih mudah dan dapat mengurangkan kecemasan. Jika kita sudah membiasakan diri dengan pola ini, inshaaAllah ia dapat membantu Ramadhan anda menjadi produktif, inshaaAllah.


4) Jadilah orang yang peka / sensitif pada perubahan

Jika terjadi perkara yang membuat anda marah atau bingung, sebutkan,"Maafkan saya, saya lupa. Saya sedang berpuasa." Atau,"Maaf, saya tidak dapat mengendali diri, saya sedang memikirkan tentang kuih baulu"

TBC

Tips Praktis untuk Memasukkan Kebiasaan Berpuasa ke dalam aktiviti Rutin Anda

1) Putuskan untuk berpuasa sunat pada setiap Isnin & Khamis, atau
2) Berpuasa 3 hari di pertengahan bulan sebagaimana saranan Rasulullah saw. Ia juga dipanggil 3 hari Putih iaitu pada 13, 14 dan 15 setiap bulan tahun Hijrah. Cetak terlebih dahulu kalendar Islam utk 6 bulan ke hadapan dan tanda tarikh-tarikh pada kalendar Masihi agar menjadi pengingat agar anda dapat berpuasa.

Pada hari-hari puasa tersebut, pilihlah 3 tugas paling sulit yang anda ingin selesaikan sambil menjalankan ibadah puasa. Luangkan beberapa jam pertama setiap hari untuk mengerjakan tugas-tugas tersebut. Ini akan mendorong anda untuk tetap produktif pada hari-hari lain kerana anda merasa terlibat dan terinspirasi, inshaaAllah.

Wednesday, 8 April 2020

Fatin's Positive Affirmation

I'm kind, I'm beautiful, I'm solehah, I'm smart, I'm organised, I'm joy, I ❤️ myself, I ❤️ my job. I'm grateful! Alhamdulillah ala kulli hal🌹


I am kind, radiating warmth and compassion to everyone I meet.
I am joy, bringing light and happiness wherever I go.
I am solehah, living with purpose, integrity, and faith.
I am beautiful, inside and out, embracing my unique self with love.
I am smart, capable of solving challenges and achieving great things.
I am focused, channeling my energy toward my goals with determination.
I am grateful, appreciating every blessing in my life.
I am organized, creating clarity and order in all that I do.
I am productive, accomplishing tasks with efficiency and enthusiasm.
I love my family deeply and cherish every moment with them.
I love my job, finding fulfillment and joy in what I do each day.

I embrace lessons from challenges.

Every part of me is aligned for growth, success, and happiness! ✨


Wednesday, 1 April 2020

Hikmah Covid 19

Covid 19 ni sebenarnya Coach / Trainer hati kita..

Covid 19 telah menjadikan manusia tidak mempunyai apa2..
Allah berikan Covid 19 supaya manusia tidak lagi ego, tidak merasakan diri hebat..
Bukan siapa2..

Terima kasih Allah..

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...