Friday, 29 May 2020
8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar
Di dalam kesibukan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.
Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.
Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.
#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. (Hadis Riwayat Ahmad)
Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, IN sya Allah kita akan memperolehi rumah di Syurga!
#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.
Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. (Hadis Riwayat Muslim)
Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.
#3 – Beristighfar Memohon Keampunan
Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.
#4 – Bertanya Khabar Keluarga
Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.
Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. (Hadis Riwayat Bukhari)
#5 – Lafaz Tasbih
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. (Hadis Riwayat Muslim)
Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.
Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.
#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan
Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.
#7 – Mendoakan Orang Lain
Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, InsyaAllah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.
Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. In sya Allah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!
Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya. (Hadis Riwayat al-Thabarani)
#8 – Sebarkan Kebaikan
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.
Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. (Hadis Riwayat Muslim)
Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!
Kesimpulan
Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.
Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.
Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Allah sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.
KONGSIKAN ARTIKEL INI
Baginda Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. InsyaAllah ramai yang akan mendapat manfaat. Fii amanillah๐ท
Zikir Bila Lafaz Allah Segera Menyahut
Monday, 25 May 2020
Post Ramadhan
Thursday, 21 May 2020
7 AMALAN MURAH REZEKI
๐ธ1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)
๐ธ2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin
Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
๐ธ3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil 'Adziim
Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
๐ธ4. Membaca Surah Al-Ikhlas
Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR. At-Tabrani)
๐ธ5. Membaca Surah Al-Waqi'ah
Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
๐ธ6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi
Muhammad (s.a.w)
Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
๐ธ7. Melazimkan beristighfar
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
๐ธJuga, amalkan membaca doa murah rezeki ini
Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.
Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin.
Sunday, 17 May 2020
Tips Doa Qiyamullail 10 malam terakhir
Tuesday, 12 May 2020
Cara motivasi diri sendiri - Self Motivation
Bangunlah Sembahyang Malam
- Istigfar 100 kali di waktu sahur
- Mengaku dosa2 & menzalimi diri - robbana zolamna anfusana.
- Jangan menyesal di dalam kubur & padang mahsyar = biar menyesal sekarang
- Di antara orang2 yang berbahagia ialah orang yang sentiasa mengingatkan dosa2 yang lalu
- Pada waktu malam, dia bertaubat, istigfar & sembahyang malam
- Berebut-rebutlah mencari pahala / berbuat kebajikan
- Sedekahkan apa yang kita sayang > takkan dpt kebajikan selagi kita tak sedekahkan apa yg kita sayangi
- Untuk org miskin, Nabi saw suruh zikir Subhanallah
- Yg tak buat sunat pun masuk syurga, cuma rugilah
- Barangsiapa yg solat sunat selepas Maghrib, Allah swt ampunkan dosa kita 20 tahun
- Barangsiapa yg solat sunat sblm Subuh, lebih baik dari dunia dan seisinya
- Walaupun dunia ni sedekah semua kpd faqir miskin, tak sama bertakbir bersama Rasululllah saw
- Barangsiapa yang buat umrah di bulan Ramadhan, pahala bersamaan seperti membuat Haji bersama Rasulullah saw
- Sedekah RM1, pahala sedekah RM700
- Bersugi sekali, pahala 70 kali ganda
Sunday, 10 May 2020
ESQ Parenting - Bagaimana melahirkan anak2 yg confident & ceria?
1) Anak2 bukan mewarisi sikap kita > anak2 ikut kitab mana ni?
2) Allah yg memberi sikap / ilhamkan kpd anak2
3) Ada dosa kita yg Allah belum ampunkan, Allah wariskan kpd anak2.. cth anak2 bg ibu susah hati
> creativity anak
> dosa ibu bapa yg lalu
> potensi anak
4) Anak2 kita mungkin tidak mewarisi apa yang kita buat, pekerjaan kita
5) Apa yg kita belajar dari ibubapa, tidak semestinya itu yg kita ajar anak2
6) Kegemaran / kesukaan anak2 berbeza, ikut kesukaan anak2. Ibu bapa perlu tahu kekuatan / karekter anak2 kita
Penting menanam misi kehidupan utk anak-anak
Sebelum fokus kepada kareer, focus kekuatan anak2 kita
- personaliti, bakat / obvious talent: menulis, menyanyi, berlakon
- hidden talent: macamana anak2 buat keputusan, macamana nak manage risiko, melihat potensi, menganalisa masa-masa lalu >
Bagaimana nak tahu hidden talent anak2?
= Bermula drpd ibu bapa yang menghargai hidden talent pasangan masing-masing
= Tunjukkan toleransi kpd pasangan, baru anak2 akan appreciate kelebihan orang lain
= Contoh: waktu mula-mula kahwin, kenapa dia macam ni? Sebab kita compare dgn diri kita. Byk org tidak mahu memahami, dia ikut shj kerana tidak mahu bergaduh. Cuba cari kekuatan pasangan kita. eg suami suka jumpa org
> Boleh guna aplikasi Strength Finder, Brain Color, utk kenal anak2 kita
- Kenal diri sendiri dahulu, kenal diri pasangan > untuk melaksanakan tanggungjawab
- Saling memahami & appreciate kelebihan pasangan masing2
- Baru dpt kenal & appreciate kelebihan anak2 = contoh, futuristic, empathy, strategic - kl tak boleh ni, boleh tak buat cara ini / cara lain, developer, responsibility (ambil tanggungjawab walaupun tak tahu boleh atau tak boleh buat - susah nak kata no), byk idea (appreciate idea2 anak - jgn cakap suruh senyap),
- Hidden talent boleh dikenalpasti dgn bila bersama2 dgn anak2, tp perlu ada base utk kenal diri > Strength Finder - tools
Setelah lebih 20 tahun kahwin, baru Coach Huda betul-betul kenal kekuatan / potensi pasangannya
- dlm proses anak2 membesar, anak2 memahami pengaruh - apa yang dia lihat di Youtuber, bila ditanya byk kali, anak memberi tahu nak ramai orang utk disayangi, yg penting form kasih sayang kita teruskan. Jgn ambil serious sgt sbb pengaruh termasuk pengaruh kawan2 mmg akan ada. > minat akan sentiasa berubah, yg penting kita gilap / invest kasih sayang
- jika anak pandai tenis, lemah math > fokus kembangkan bakat tenis anak2, inshaaAllah math boleh diperbaiki kemudian
- pengaruh pihak ketiga. ibubapa mulakan dgn:-
1) Bykkan berdoa kpd Allah
2) Bangunkan leadership > dicintai (membangun hubungan) > trust > diikuti >
Kesimpulan
1) Misi Kehidupan adalah tugas utama yg perlu ditanam diri anak dari kecil > menumbuhkan benih pokok, eg pokok durian (bg baja durian).
- wariskan iman, islam & ehsan
- melalui speech, penulisan, ilmu coaching utk lebih
2) Hidden talent - pendiam / strategic thinking - byk berfikir
- byk bercakap / rship thinking
3) Kareer
- Kita kerja amanah
- Contoh Pak Fir - parents jual pakaian muslimah. skrg Pak Fir menjual baju akhlak
Intelektual, emosional dan spiritual kena di seimbangkan..
Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu
Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael, Kak Leen Humaira & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...
-
Choosing the best country for Muslims to migrate depends on various factors, including personal preferences, career opportunities, cultural ...
-
Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael, Kak Leen Humaira & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...
-
3 Sunnah bersama Isteri yg ramai org Tak pandang serius sedangkan inilah akan mnjadi asbab makin semaraknya lagi kasih sayang dan kebhgiaan ...