Ya Allah...
Ampunilah sgl dosa2 ku...
Bantulah aku untuk memperbaiki diri..
Jadi isteri yg taat kpd suami selagi ia mendapat redhaMu..
Ya Allah...
Ampunilah sgl dosa2 ku...
Bantulah aku untuk memperbaiki diri..
Jadi isteri yg taat kpd suami selagi ia mendapat redhaMu..
Tadabbur Surah At Taubah Ayat 104-105
9:105
Dan diperintahkan kepada manusia melakukan amal, bekerja. Tak boleh duduk diam.
Imam Nawawi meninggal umur 43 tahun. Beliau ulangkaji byk kitab dan menulis. Faham konsep Ikmalu (diperintahkan bekerja).. Apa amal yg kita buat..
Kisah seorg usahawan farmasi di Bangi. Amalan harian cari duit sampai mlm, ending bg duit buat sekolah RM3.2 juta.
Kerja2 yg kita buat di dunia ini bukan FOC. Allah lihat apa amal kamu dan Rasul lihat amal kamu, dan org beriman juga melihat amalan kita.
Boleh baca buku sifat2 solat oleh Ustaz Hasnan.
Kita akan dikembalikan kpd Allah tanpa minta dan tak tahu bila. Allah mengetahui apa yg ghaib dan nyata... Sifat Allah.
Dan diberitakan kpd manusia apa yg kamu usahakan.
9:104
Kita kena yakin berapa byk kita tersilap, cepat-cepat bertaubat kpd Allah..
Tidakkan kamu tahu bhw Allah menerima taubat hamba-hambaNya dan menerima zakat dan Allahlah Maha Penerima Taubat Maha Penyayang..
Bila tersasul.. bertaubatlah kpd Allah
Kesimpulan Tazkirah
- Kat dunia tak dpt dr aktiviti
- Kita ada saksi - Allah, Rasulullah dan Org beriman
- Kita akan dikembalikan any time oleh Allah
- Allah tahu apa yg kita kerjakan
Surat Taubah tiada bismillah
Taubat terbuka anytime
Saat kematian org resah. Banyakkan memyesali diatas dosa-dosa lalu.
Bulan Syaaban, bangunlah dan solatlah kamu.. Buat pada malam nisfu syaabn. Semua akan mendapat keampunan kecuali mereka yg syirik pd Allah swt.
Kalimah Toyyibah
Orang beriman percaya dgn janji Allah.
Org yg zalim ialah org yg dapat islam ttp menyerang Islam.
Sentiasa memberi peringatan kepada org lain.
_Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?_
_Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
_Mari kita baca jawapannya..._
------------------------------------------------
_Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_
_*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_
_*Satu*_
_Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_
_👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_
_👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_
_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._
_*Tiga*_
_Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._
_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._
_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._
_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_
_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_
_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_
_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_
_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_
_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_
_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._
_7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_
_8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_
_9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_
_10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_
_11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._
_12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_
_13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_
_14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._
_15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._
_16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_
_17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._
_18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia._
_19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_
_20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_
_21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_
_22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._
_*Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah*_
Syurga *lelaki* pada perempuan iaitu ibu.
Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*
Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.*
Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.* Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*
Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.*
*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlukan orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*
*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*
Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu *berurusan* dengan *orang lain...*
Seorang *General Manager* tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*
Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*
Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang *terbaik* dan *terhebat*???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf *ujub, riak, sombong dan hina.*
Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*
Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.
Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.
Sama2 kita renungkan...
Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael, Kak Leen Humaira & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...