Sunday, 28 October 2018

Adab minum air

ADAB KETIKA MINUM AIR

1. Niat minum kerana Allah Taala
2. Minum dengan tangan kanan
3. Dilarang bernafas didalam cawan ketika minum
4. Dilarang menggunakan bekas minuman yang dibuat dari emas dan perak.
5. Minum dalam keadaan duduk.
6. Tidak mencela minuman jika tidak sedap.
7. Mulakan dengan bismillah
8. Akhiri dengan Alhamdulillah.

Banyak lagi adab-adab yang dianjurkan oleh Nabi SAW.

Jom amalkan, Moga dapat manfaat dari Allah

Wednesday, 24 October 2018

Amalan mudah utk dipraktikkan

Tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.

1 – *Membaca Surah Al-Ikhlas*

Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. Hadis Riwayat Ahmad
Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!

2 – *Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W*

Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.
Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. Hadis Riwayat Muslim
Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

3 – *Beristighfar Memohon Keampunan*

Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad
Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

4 – *Bertanya Khabar Keluarga*

Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.
Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. Hadis Riwayat Bukhari

5 – *Lafaz Tasbih*

Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda;
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. Hadis Riwayat Muslim
Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.
Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

6 – *Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan*

Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. Hadis Riwayat Bukhari
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

7 – *Mendoakan Orang Lain*

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.
Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. Insyallah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!
Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.Hadis Riwayat al-Thabarani

8 – *Sebarkan Kebaikan*
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.
Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Hadis Riwayat Muslim
Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!

Kesimpulan
Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.

Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.

Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.

Jom sama-sama kita sebarkan agar ramai lagi umat islam dapat manfaat dalam masa 1 minit.

Sunday, 14 October 2018

Tanda-tanda kematian

TANDA2 KEMATIAN
ISYARAT DARI ALLAH

Baca Dulu Hanya 2 Manit Saja

ALLAH Subhanahu Wata'ala telah memberi tanda kematian seorang muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari menjelang kematian..

Tanda 100 hari menjelang ajal : Selepas waktu Ashar (Di waktu Ashar karena pergantian dari terang ke gelap), kita merasa dari ujung rambut sampai kaki menggigil, getaran yang sangat kuat, lain dari biasanya,

Bagi yang menyadarinya akan terasa indah di hati, namun yang tidak menyadari, tidak ada pengaruh apa-apa..

Tanda 40 hari menjelang kematian : Selepas Ashar, jantung berdenyut - denyut.. Daun yang bertuliskan nama kita di lauh mahfudz akan gugur..

Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari..

Tanda 7 hari menjlang ajal : Akan diuji dengan sakit, Orang sakit biasanya tidak selera makan..

Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu..

Tanda 3 hari menjelang ajal : Terasa denyutan ditengah dahi, Jika tanda ini dirasa, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan orang yang
memandikan kita nanti..

Tanda 1 hari sebelum kematian : Di waktu Ashar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun,
menandakan kita tidak sempet menemui Ashar besok harinya..

Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk di bagian pusar, kemudian ke pinggang lalu ketenggorokan, maka dalam kondisi ini hendaklah kita mengucapkan 2 kalimat syahadat..

Sahabatku yang budiman, subhanALLAH, Imam Al-Ghazali, mengetahui kematiannya..
Beliau menyiapkan sendiri keperluannya, beliau sudah mandi dan wudhu, meng- kafani dirinya, kecuali bagian wajah yang belum ditutup..

Beliau memanggil saudaranya Imam Ahmad untuk menutup wajahnya..
SubhanALLAH..

Malaikat maut akan menampakkan diri pada orang- orang yang terpilih.. Dan semoga
kita menjadi hamba yang terpilih dan siap menerima kematian kapanpun dan di manapun kita berada..

Dan semoga akhir hidup kita semua Husnul Khatimah,
Aamiin..

Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:

1. Biarkan info ini tetap dalam page/grup ini.
2. Share info ini ke sejumlah orang yang Anda kenal dan Insya Allah ridha
Allah akan anugerahkan kepada setiap orang yang Anda kirim.

Marilah kita berdoa, bermunajat kepada Allah. Semoga Allah mengampuni kita, dan menghapuskan kita dari segala dosa yang telah lalu.

Aamiin

⚠ *80% orang tidak akan membagikan postingan ini.*
*Sekarang terserah anda....*

Thursday, 11 October 2018

Magnet Rezeki

Magnet menarik rezeki

✅ 1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing2 yg datang..
....................................
✅ 2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk di sumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
....................................
✅ 3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yg memerlukan.
....................................
✅ 4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅ 5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
....................................
✅ 6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅ 7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅ 8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................  
✅ 9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kepada orang yg duduk & bertuturlah dengan ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅ 10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
....................................
✅ 11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...
....................................
✅ 12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah..
Semoga kita dilimpahkan rezeki..Aamiin..

Ciri-ciri Maid yg dicari

1) Beriman kepada Allah
2) Baik hati dan baik akhlak
3) Kasih dan sayang pd anak-anak
4) Amanah, menjaga maruah diri dan menjaga maruah dan keaiban kami
5) Dapat menjaga, mendidik dan mendisiplinkan anak2 dgn rutin yg diberi
6) Cekap mengemas rumah
7) Membantu ketika kami perlukan bantuan

Saturday, 6 October 2018

Doa Fatin dapat Maid Amanah

Ya Allah.. 
Pertemukanlah aku dgn maid yg:-

1) Beriman kepadaMu
2) Baik hati dan akhlaknya
3) Kasih dan sayang kpdku dan anak-anakku
4) Amanah, menjaga maruah dirinya dan menjaga maruah dan keaiban kami
5) Dapat menjaga dan mendidik anak2ku termasuklah akhlak Rasulullah saw dan al Quran
6) Cekap mengurus dan mengemas rumahku
7) Membantuku ketika aku perlukan bantuan
8) Aku juga dpt bantu kehidupannya dan keluarganya
9) Setia bekerja denganku sehingga selepas hayatku
10) Dapat sama-sama aku bw beliau dan keluarganya ke syurga FirdausMu

Aminn.. Yarabbalalamin...

Thursday, 4 October 2018

Cara solat khusyuk

Bismillah hirRahmanir Rahim

*Artikel ini panjang. Namun ia sebuah praktikal agar solat yang dikatakan penuh nikmat benar-benar dirasai dan dikecapi.

Syariat = ilmu solat
Tariqat = mendirikan solat
Hakikat = ohhh… ini nikmatnya
Makrifat = menikmati nikmat sebuah pertemuan dengan Allah.

Solat itu memuji.
Solat itu memohon.
Solat itu berterima kasih/syukur.

Pujian, permohonan dan terima kasih itu datang dari hati. Lalu mengalir ke tubuh dan tubuh menjadi ringan dalam mendirikan solat.

Benar… sangat benar. Solat sangat berat kecuali bagi mereka yang khusyuk yang sentiasa menyedari Allah.

Allah satu-satunya Tuhan yang berhak dipuji. Satu-satunya Tuhan tempat pergantungan. Satu-satunya Tuhan untuk kita berterima kasih/syukur.

BAHKAN Allah satu-satunya yang layak menjadi Tuhan seluruh alam. Bukan hanya Tuhan kepada orang Islam. Tetapi Tuhan semuanya. Yang lain, apa jua pun hanyalah makhluk…. Fana.

PERSEDIAAN KHUSYUK
Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan sebelum masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan. Pengalaman peribadi, betapa bahagianya hati ini dalam kesedaran ini.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

*Pastikan kenal Allah agar tidak nanti membandingkan Allah dengan alam untuk merasakan kebesaranNya. Ternyata andai kita membandingkanNya, kita syirik padaNya.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri (muslim) ya Allah.”

Inilah kefahaman kita seeperti mana kita menyebut “i Love U” tapi dalam hati kita sangat faham bahawa “i Love u” itu adalah “aku mencintaimu”.

Ia sama dengan Doa iftitah. Sebuah komunikasi dengan Allah. Sebuah skrip yang ditetapkan Allah agar kita tahu bagaimana untuk berkomunikasi denganNya. Untuk memujiNya, untuk berjanji denganNya.

Bukan membaca tetapi berkomunikasi dengan Allah. Kita pasti asyik yakni khusyuk denganNya.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

Hidup kita pasti setiap masa kita perlukan petunjuk dan kekuatan. Kita mohon agar Allah berikan jalan yang lurus. Jalan yang mana? Kita serahkan pada Allah. Namun kita mohon agar jalan itu adalah jalan mereka yang telah Allah beri nikmat, bukan jalan yang Allah murkai dan bukan jalan yang sesat.

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata. Pujian dari bibir semata-mata adalah pujian yang menipu. Sanggupkan kita menipu pada Allah dan ia di dalam solat? Allahurabbi…. astaghfirullah.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah.. TUHAN yang menghidupkan kita yang sentiasa meliputi segala sesuatu. Allahuakbar.

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milikmu? adakah pujian milik kita? siapa kita yang sering ingin dipuji? siapa kita yang sering ingin mendabik dada dengan kerja kita? Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita? Siapa kita yang sentiasa mengejar pujian orang lain? Siapa kita?…. Astaghfirullah… astaghfirulllah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah Allah. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah… sedarlah Allah… lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan. Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/ petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Didoakan ini menjadi titik permulaan untuk kita benar-benar berusaha bersungguh-sungguh untuk khusyuk pada Allah. Jadikan ia sebuah azam lebih daripada yang lain.

Tuesday, 2 October 2018

Doa Mula Kerja Fatin

Bismillahirahmanirrahim..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampunilah segala dosa-dosaku. Permudahkanlah seluruh urusanku pada hari ini.. Berilah aku ketenangan, kekuatan (spiritual, mental & fizikal), kesabaran, keyakinan, kebijaksanaan, kepantasan & kecekapan untuk aku melaksanakan tanggungjawabku sbg hambaMu dan KhalifahMu dgn sebaik-baiknya sehingga selesai. Begitu juga untuk suamiku, anak-anak kami, kedua-dua ibubapa kami, adik beradik kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.
Kurniakanlah kami ilham agar kami dapat menjalankan kerja dengan produktif dan berkualiti, diberikan kejayaan dalam pekerjaan kami, keberkatan yang dapat memberikan kebaikan dunia & akhirat. Ampunilah dan permudahkanlah urusan kami. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik pengurus alam.. Hanya kepadaMu aku berserah..
Aminn Yarabbal alamin..

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...