Tuesday, 28 April 2015

Pengisian dr Ustaz Ann Wan Seng

Doa pada awal Rejab Allah akan makbulkan..

Saidina Saad Bin Abi Waqas.. Allah sentiasa makbul doa beliau. Beliau makan makanan yang baik. Jika tak tahu sumber, beliau tidak akan makan.

Belajarlah tafsir bila baca al-Quran untuk seronok & tertarik dgn al-Quran..

Monday, 27 April 2015

Renungan Kehidupan by Prof Muhaya

Macam mana nak jadi seorang yg lebih bersabar & bersyukur..
Antaranya...

1) Fokus kpd apa yang kita ada. Bukan apa yang kita tiada sbb itu akan lead kepada tidak bsyukur..

2) Pandang semua org, pasangan, parents, inlaws dgn kasih sayang.. berterima kasih kpd mereka sbb mereka kite ada dalam kehidupan kite sekarang.

3) Semua org kena berusaha utk jd lebih baik,soleh,solehah..
Most keluarga yang ada masalah / tak tenang sbb tak jaga solat, solat lambat, tak khusyuk, cepat-cepat, tak berjemaah..

4) Usaha untuk keluarga harmoni/jemput rezeki -> selain usaha fizikal, usaha rohani kena lebih kuat iaitu qiam, dhuha, doa, jaga solat, jaga akhlak, jaga tanggungjawab n kewajiban kita..

Sunday, 26 April 2015

Doa Fatin 240415

Astahfirullahalazim...
Ya Allah..

Ampunilah segala dosa-dosaku..

Ampunilah di atas segala perasaan riak & takabbur di dalam hati ini...

Astagfirullahalazim...

Friday, 24 April 2015

Menjadikan Hidup Di Dunia Manfaat Untuk Akhirat

Perkongsian
5 Rejab 1436@24/4/2015

Menjadikan Hidup Di Dunia Manfaat Untuk Akhirat

Erti keseimbang di antara dunia dan Akhirat atau di antara agama dengan dunia itu ialah, setiap usaha atau perjuangan yang akan dibangun baik bersifat material mahupun fisikal, seperti bidang pembangunan, ekonomi, kebudayaan, perundangan ketenteran, pertanian, perhubungan dan lain-lain lagi, hendaklah Islam sebagai panduan pendisiplinnya atau dia tidak lari dari keterikatannya dengan tauhid dan syariat Islam atau Islam menjadi penyelarasnya.

Sebagai contoh:
Pertama: Niat.
Niat membangun projek atau tujuan projek itu dibuat hendaklah kerana Allah Taala, yang mana Allah Taala menyuruh membuat untuk kepemimpinan manusia.

Kedua:
Persoalan yang hendak dilakukan itu memang dibenarkan atau diwajibkan oleh Islam seperti membuat jalan raya atau bangunan. Bukan bangunan tempat judi atau tempat arak atau disko tempat bergaul bebas antara laki-laki dan perempuan.

Ketiga:
Pelaksanaannya harus betul. Seperti duitnya dari hasil yang halal, tidak boleh terjadi korupsi atau bahan-bahannya harus dari yang halal.

Keempat:
Membangun projek itu jangan sampai meninggalkan ibadah yang asas iaitu jangan sampai tertinggal atau mengabaikan Rukun Islam yang lima. Terutama solat lima waktu. Ertinya janganlah kerana membangun, sampai meninggalkan solat.

Kelima:
Dipergunakan secara betul seperti digunakan untuk pejabat, tempat solat, tempat pendidikan, tempat pertemuan, benteng pertahanan, untuk menerima tamu, tempat perdagangan dan lain-lain yang jelas tidak bertentangan dengan Islam.

Lima syarat tadi itulah agamanya atau Islamnya atau Akhiratnya. Dia telah menjadi pendisiplin di dalam membangun dunia tadi, iaitu projek itu. Maka pada dunia tadi ada Akhiratnya, iaitu lima syarat itu. Dunia tadi telah ‘beragama’ atau dengan kata-kata lain projek-projek dunia tadi telah jadi Islam atau telah di-Islamkan, kerana projek  yang bersifat dunia itu telah memenuhi syarat-syarat yang Islam kehendaki.

Kalau begitulah keadaannya, projek-projek tadi telah menjadi dunia dan Akhirat. Itulah juga agama, dan itu juga dunia.Yang berusaha membangun projek itu mendapat dua keuntungan, iaitu keuntungan dunia dan keuntungan Akhirat. Dunia pun menjadi maju, kerana projek tadi dapat dimanfaatkan di dunia. Dan dapat keuntungan Akhirat, kerana mengikut lima syarat itu diberi pahala di Akhirat dengan Syurga, iaitu untung yang maha besar lagi kekal abadi.

Jadi seandainya kita faham ajaran Islam dan tidak buruk sangka dengannya dan mahu bersungguh-sungguh mengamalkannya dan kita jadikan Islam sebagai pengawal, maka apa lagi yang hendak ditakutkan dengan Islam. “Nanti kalau ikut Islam mundur, kita akan ketinggalan, kita tidak maju.” Fikiran seperti ini seharusnya tidak timbul, kalau kita mengikut ajaran Islam, dunia yang kita bangun itu benda juga. Itu juga yang hendak jadi dunia sahajakah, atau itu jugalah yang hendak jadi kedua-duanya sekaligus iaitu dunia dan Akhirat, atau agama dan dunia. Apabila lima syarat tadi jadi pendisiplin, maka usaha kita itu walau di bidang yang manapun ia menjadi dunia Akhirat, atau agama dan dunia. Bukan terpisah. Bukan terasing seperti yang banyak difaham oleh umat Islam selama ini, maka seimbanglah sudah di antara dunia dan Akhirat atau agama dengan dunia.

Jika sekiranya lima syarat tadi tidak diperdulikan, usaha kita itu jadi dunia semata-mata. Kalau pun tidak ada unsur- unsur yang menyebabkan kita berdosa tapi sayang dan rugilah usaha kita itu tidak mendapat pahala apa-apa. Hanya mendapat untung di dunia saja. Tidak sampai mendapat keuntungan di Akhirat. Maka tidak seimbanglah usaha kita itu. Hanya jadi dunia semata, tidak mendapatakan Akhirat.

Oleh kerana demikian maka timbul, ambil dunia tinggal akhirat, ambil Akhirat, tinggal dunia. Sedangkan persoalannya satu, kecuali ibadah asas. Apa yang dikatakan itu cukuplah saya datangkan satu contoh. Kalau kita faham, kiaskanlah saja usaha-usaha dan perjuangan kita itu di aspek-aspek yang lain.

Wassalam

With lil maira

Doa Fatin Farhana

Bismillahirahmanirrahim..

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa-dosaku, kedua ibubapaku, keluargaku, anak-anakku, sahabat serta sesiapa sahaja yang bersamaku..

Ya Rahman,
Bantulah aku untuk mengingati & mensyukuri nikmatMu ketika susah mahupun senang. Tolonglah aku untuk menerima apa yang telah Engkau takdirkan untukku..

Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala isi hati ini...
Tabahkanlah & tenteramkanlah hatiku.
Peluklah aku erat-erat wahai Tuhanku. Agar aku amat tenang dalam dakapanMu..

Ya Razak,
Kurniakanlah aku usia yang diberkati & bermanfaat. Bantulah aku untuk menerobos sempadan diri serta hindarilah aku dr sifat-sifat mazmumah.

Wahai Tuhanku yang Maha Penyayang,
Matikanlah aku disaat Engkau paling redha denganku, dan matikanlah aku disaat aku paling redha denganMu..

Ya Allah perkenankanlah..

Fatin Farhana Mohd Azemi
HambaMu yang sangat lemah & berdosa..

Thursday, 23 April 2015

Menjadikan Hidup Di Dunia Manfaat Untuk Akhirat

Perkongsian
4 Rejab 1436@23/4/2015

Menjadikan Hidup Di Dunia Manfaat Untuk Akhirat

Memang agama Islam itu, kalau dapat difahami dan mampu mengamalkannya, dia akan membawa pada keselamatan dunia dan Akhirat. Di sinilah keistimewaan ajaran Islam yang tidak ada pada agama lain.

Apabila kita telah dapat menerima bahawa dunia Akhirat mesti seimbang atau agama dan dunia itu mesti seimbang, bagaimana hendak mengimbangkannya? Apa maksud dari seimbang di antara dunia dan Akhirat? Apakah maksud seimbang di sini? Kalau menurut ukuran bilangan, kalau satu sama-sama satu. Kalau dua, sama-sama dua. Atau kalau ia jenis yang dapat diukur untuk dibagi seimbang, kalau satu kaki itu hendaknya kita bagi sama-sama enam inci. Atau kalau dua orang yang berkongsi dagang, mereka mengeluarkan modal yang sama banyaknya, kemudian apabila mendapat untung dua ratus rupiah, maka hendaknya setiap orang mendapat seratus rupiah? Atau kalau barang yang akan ditimbang yang beratnya satu kg maka batu timbangannya harus satu kg juga beratnya. Barulah ia seimbang. Ya! Kalau terjadi kepada benda sama benda. Jenisnya sama seperti yang disebutkan di atas tadi, yang sama jenis maka kita bisa dan dapat menerimanya.

Kalau ukuran panjang, akan di bagi, maka haruslah sama panjangnya. Jangan sampai ada yang lebih, ada yang kurang. Dia jadi tidak seimbang. Kalau jenis timbangannya sama beratny, Begitulah seterusnya.
Kemudian, apakah yang dimaksud dengan seimbang di antara dunia dan Akhirat, atau di antara agama dengan dunia itu seperti ukuran benda-benda tadi? Kalau kita kata ya, tanggapan itu adalah satu kesalahan atau kehilafan, karena kedua persoalan yang hendak diseimbangkan ini tidak sama sifatnya. Dunia adalah alam syahadah atau alam benda atau alam fisik. Sedangkan Akhirat adalah alam ghaib yang waktunya tidak terbatas. Alam
syahadah iaitu dunia ini waktunya terbatas atau ada keakhirnya.

Agama, ia bersifat maknawiyah dan rohaniah sedangkan dunia bersifat maddiah iaitu fisikal dan material. Maknawiah dan rohaniah dapat ditangkap dan dirasakan oleh akal dan jiwa atau roh, sedangkan dunia yang bersifat maddiah itu dapat dirasa oleh mata dan sentuhan lahir. Dia bersifat hissiah, dan kalau begitu kedudukannya, kedua-duanya tidak sama. Satu bersifat material atau maddiah dan yang satu lagi bersifat maknawiah dan rohaniah. Dua perkara ( persoalan) yang tidak sama ini akan diseimbangkan, mana yang dapat digunakan dengan mengikut hukum logik atau mana yang dapat diukur menggunakan teori ilmu akal atau ilmu mantik. Kalau kita lakukan juga, ini sangat tidak tepat. Dia merupakan satu kesalahan yang besar. Satu kesilapan yang akan berakibat pada kerusakan yang besar sekali. Dia akan merusakkan peranan agama itu sendiri.

Oleh sebab itu kalau hendak mengimbangkan di antara dunia dengan Akhirat atau di antara agama dengan dunia, harus berhati-hati. Pada dunia ada campur tangan manusia, tapi agama, manusia tidak dapat campur tangan langsung. Dia adalah hak mutlak Allah Taala. Oleh sebab itu sekali lagi saya katakan berhati-hatilah.

Kerana demikian itu maka disini apakah yang dimaksud dengan seimbang ? Dan bagaimana hendak menyeimbangkannya di antara dua persoalan yang berlainan sifatnya itu? Adakah ia berbeza di antara satu sama lain? Atau satu sama lain itu terserap menjadi satu? Kalau kedua-duanya bersifat material atau fisikal tentu dapat dilihat. Tapi satu bersifat material, kelihatan dan bisa dirasakan dan satu lagi bersifat maknawiah dan rohaniah, tidak kelihatan oleh mata dan tidak dapat dirasa oleh sentuhan kerana dia bukan bersifat hissiah. Kalau kelihatan atau dapat dilihat maka mudah dan suka untuk menyukat (membezakan) sejauh mana yang dikatakan seimbang itu. InsyaAllah bersambung.

Wassalam

Tuesday, 21 April 2015

Kenapa Islam hari ini dihina?

Kenapa Islam hari ini dihina?
Kerana penghambaan kepada orang kafir, bukan penghambaan kpd Allah. Orang Islam suka mengikut cara hidup orang kafir, sejengkal demi sejengkal. Atas kebodohan kita sendiri.

Pengertian Islam
1) Rukun Islam
2) Tunduk, patuh, taat tanpa dipaksa
3) Cara hidup
4) Peraturan (eg puasa, solat, politik)
5) Pedoman, penawar dlm memperbaiki masalah ummah

Cuba guna undang-undang Allah.

Allah menunjukkan kita 5 ciri-ciri Islam yg benar-benar hakiki supaya Islam tidak dihina:-

Al-Anfal:2-3

1) Bila mendengar perkataan Allah, maka rasa gementar dalam hatinya. eg Bila azan je.. pg masjid

2) Bila mendengar ayat-ayat Quran, bertambah iman.

3) Sentiasa bertawakal kepada Allah. eg sakit, cari rezeki tawakkal kepada Allah

4) Orang yang solat. Boleh jamak qasar walaupun lebih 3 hari.

5) Bila dia ada rezeki, dia infakkan harta ke jalan Allah.

TK

Thursday, 9 April 2015

Membina keyakinan diri oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Assalamualaikum wbt..
Membina keyakinan diri by Ustaz Pahrol Mohd Juoi (Radio Ikim)

Sebelum buat keputusan perlu ambil kira semua aspek.
Kesalahan tidak membuat keputusan lebih bahaya / besar daripada membuat keputusan yang salah..
Jangan biarkan kita menangguh kerja.. Jangan gopoh dalam membuat keputusan.

Dalam membuat keputusan, kita perlu bermuzakarah dgn orang yang rapat kita, berilmu. Seterusnya, bermuzakarah dgn Allah.

Kegagalan adalah satu peluang untuk memulakan dgn lebih bijaksana.

Janganlah kita meminta hidup yg mudah, tetapi mintalah hati yg tabah..

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...