Wednesday, 31 August 2016

ADAKAH SAYA HIPOKRIT JIKA SAYA MENUTUP AURAT TETAPI MASIH MELAKUKAN MAKSIAT?

Antara bentuk jerat syaitan ialah menjadikan manusia berputus asa daripada rahmat Allah.

Antara jalannya ialah menjadikan manusia berputus asa di atas dosa-dosa yang dia lakukan sehingga merasakan tiada lagi pintu taubat untuknya.

Antara jalannya ialah menjadikan manusia meninggakan ketaatan kepada Allah lantaran rasa diri tidak layak menunaikannya kerana masih ada maksiat yang dilakukan.

Tidak ada manusia yang tidak berhak melakukan kebaikan. Di zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam ada sahabat yang penzina, ada yang kaki arak, akan tetapi adakah mereka menjauhkan diri daripada melakukan kebaikan yang lain?

Iman manusia sentiasa naik dan turun. Oleh kerana itu setiap hari kita meminta kepada Allah:

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukkan kami jalan yang lurus. [Al-Fatihah : 6]

Kenapakah kita meminta jalan yang lurus sedangkan kita sudah Muslim ketika membaca ayat ini?

Ini kerana yang kita minta ialah agar kita istiqamah di jalan yang lurus.

عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ :
Anas radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kerap membaca doa:

" يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ " ،
Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati aku di atas agama Mu.

فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا ؟ قَالَ : " نَعَمْ ، إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ "
. Lalu aku bertanya: Ya Rasulullah, kami beriman kepada engkau dan apa yang engkau bawa. Adakah engkau ada rasa takut/khuatir ke atas kami? Baginda menjawab: Ya. Sesungguhnya hati-hati ini berada di antara dua jari daripada jari jemari Allah. dia akan akan membolak-balikkan ia sebagaimana yang Dia kehendaki [Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Qadr, hadis no: 2066, hadis hasan]

Isteri Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, iaitu Ummu Salamah radiallahu 'anha menyatakan ini adalah doa yang kerap dibaca oleh baginda.

Oleh kerana itu kita berdoa dengan doa berikut:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami selepas Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami rahmat Mu. Sesungguhnya Engkau maha pemberi kurnia. [Ali 'Imran : 8]

Lazimilah doa ini agar hati kita kuat untuk kekal di atas jalan kebenaran.

Jika kita sudah tergelincir, kembalilah kepada Allah. Bukankah Allah sentiasa menerima taubat hambaNya?

حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي ،
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah berkata: Wahai anak Adam. Selagi mana engkau berdoa dan mengharapan kepada Ku, nescaya Aku ampuni apa sahaja yang engkau lakukan, Aku tidak kisah.

يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي ،
Wahai anak Adam. Jika dosa mu melangit tinggi, kemudia engkau memohon keampunan Ku, Aku akan ampuni diri mu, Aku tidak kisah.

يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً " . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ .
Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada ku dengan dosa seluas bumi, dan engkau bertemu dengan Aku dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan datang kepada mu dengan seluas keampunan.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3491, hasan gharib].

Kenapakah kita memilih menambah dosa di atas dosa yang lain?

Jika kita melakukan satu kebaikan dan masih melakukan satu kejahatan, kenapakah kita memilih membuang kebaikan itu atas alasan kita masih lagi melakukan kejahatan?

Bilakah kita akan menjadi manusia yang lebih baik jika kita menambah kejahatan di atas kejahatan?

Boleh jadi satu kebaikan ini akan menjadi bekalan kita untuk memotivasi diri menjadi lebih baik, akan tetapi kita memilih untuk membuangnya sehingga kita melakukan kejahatan yang lain. Adakah kita sedang melarikan diri daripada hidayah Allah.

Kita yang melihat seorang yang baik melakukan kejahatan, wajarkah kita berkata: Buat apa kau buat baik ni sedangkan benda jahat kau masih buat! Allah tak terima amal baik engkau! Buat apa solat kalau masih buat maksiat? Sia-sia sahaja tutup aurat tetapi masih buat maksiat!

Mereka yang berkata seperti di atas, renungilah hadis di bawah:

قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ كَانَ رَجُلاَنِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَآخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ وَالآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Ada dua orang lelaki bersaudara daripada Bani Israel. Salah seorang sering melakukan dosa dan seorang lagi bersungguh-sungguh beribadah.

فَكَانَ لاَ يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ .
Lelaki yang bersungguh-sungguh dalam ibadah ini setiap kali dia melihat saudaranya melakukan dosa dia akan berkata: Tinggalkanlah dosa ini.

فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَىَّ رَقِيبًا
Pada suatu hari, dia mendapati saudaranya sedang melakukan dosa lalu dia berkata: Tinggalkanlah dosa ini. Lalu saudaranya menjawab: Biarkan aku dan Tuhan ku. Adakah engkau diutuskan kepada ku untuk menjadi pemerhati ke atas ku?

فَقَالَ وَاللَّهِ لاَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لاَ يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ .
Saudaranya menjawab: Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni engkau, Dia tidak akan memasukkan engkau ke dalam syurga.

فَقُبِضَ أَرْوَاحُهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ
Lalu nyawa mereka berdua diambil dan mereka berkumpul di hadapan Tuhan sekalian alam. Allah berkata kepada lelaki yang kuat beribadah: Adakah engkau tahu apa yang Aku tahu? Adakah engkau berkuasa atas apa yang ada pada Tangan ku? Allah berkata kepada yang sering berdosa:

اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي وَقَالَ لِلآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ.  .
Pergilah, masuklah ke dalam syurga dengan rahmat Ku. Allah berkata kepada yang lain pula: Pergilah bersamanya (iaitu lelaki yang rajin beribadah itu) ke neraka.

قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَوْبَقَتْ دُنْيَاهُ وَآخِرَتَهُ
Abu Hurairah berkata: Demi tuhan yang diri ku di TanganNya, lelaki itu (iaitu yang kuat beribadah itu) berkata dengan satu perkataan yang memusnahkan dunia dan akhiratnya.
[Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, hadis no: 4883]

Hipokritkah kita jika masih melakukan maksiat dalam masa yang sama masih melakukan ketaatan kepada Allah?

Hipokrit itu ialah manusia yang melakukan ketaatan dan menzahirkan kesalehan kepada orang ramai akan tetapi sebenarnya dia berpura-pura.

Adakah kita sedang berpura-pura? Atau sebenarnya kita sedang berusaha membaiki diri kita yang penuh kelemahan?

Semoga kita semua terus menerus mencari hidayah Allah.

- Mohd Masri Mohd Ramli -

Tuesday, 30 August 2016

6 Cara Praktikal Mengurangkan Stress dan Tekanan Dengan Berkesan

Ditulis oleh Muhamad Naim

bagaimana mengurangkan stress dalam kehidupan yang mencengkam? * Stress by gotmyphilosophy

Hidup ini adakalanya memang menyesakkan.

Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan. Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan.

Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita.

Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi. Hutang belajar PTPTN perlu dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan yang bekerja adalah masih kecil. Belum ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Bukankah ini memeningkan dan menimbulkan stress?

Kita semua mempunyai cara tersendiri yang kita gemar lakukan untuk mengurangkan stress.

Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu.

InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:

1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.

Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.

Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.

Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.

Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.

Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out. Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.

Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)

Bacaan lanjut mengenai tidur Qailullah boleh dibaca disini.

3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga

mengurangkan stress
Mengurangkan stress dengan keluarga
Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.

4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran

Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan. Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.

Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.

Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini. Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.

Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi. Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.

Learning is not only entertaining, it’s also empowering—both of which are good for battling stress.

Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.� (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.

5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni

Saya sangat sukakan fotografi. Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress.

Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.

Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.

Jadi apa minat anda?

6. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur

Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. Pasti Anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.

InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya. Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.

Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.

Penutup

Tidak semua stress itu buruk.

Mengejar deadlines, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress. Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa. Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri. Jika tidak kita akan burn out.

Monday, 29 August 2016

Qurban 2016 dr Ustaz Johari Wahab

1) Qurban dikatakan begitu penting sehingga ulama di Pakisan mengatakan ia wajid dilaksanakan oleh semua org kecuali org gila.

2) Qurban dibuat dimana masjid kita nak raya

1/3 untuk kita
1/3 untuk jiran-jiran
1/3 untuk org miskin

3) Bahagian daging qurban yg diberi seeloknya bhgn daging shj.

4) Org yg membuat quran pilih sendiri lembu / kambing. Nabi saw pilih binatang qurban, yg paling baik ialah kambing.

5) Org yg menyembelih perlu belajar skill tumbangkan lembu. Tgk dlm youtube.

6) Pisau tak boleh asah depan lembu. Nabi saw beritahu Aisyah saw utk asah dahulu sblm bw ke tempat sembelihan. Pisau paling tajam. Pisau Zwilling dari Jerman, mata dr Osaka, Jepun, iaitu Kilang buat pedang samurai.

7) Baca bismillah, Allahuakbar. Tukang sembelih sebut Allahuakbar!

8) Pendapat Dr Yusof Al Qadrawi, daging qurban boleh bagi kpd orang kafir yg nak faham Islam. Tiada kata mutlak daging qurban haram pd org kafir.

9) Haji mabrur tiada balasan melainkan syurga.

Wednesday, 24 August 2016

7 cara jadi lebih baik


7 Cara Ubah Diri Jadi Semakin Baik Setiap Hari
“Soleh adalah fitrah.” Sponsored Buku Mencari Tuhan Yang Hilang tulisan Ustaz Yusuf Mansur, adalah sebuah buku tentang kehidupan Luqman yang telah jauh daripada Allah,...
GAYA HIDUP · INSYIRAH A · 24 JUN 2015
Setiap kesulitan akan segera digantikan Allah dengan sebuah rahmat. [Lt]
“Soleh adalah fitrah.”

SPONSORED

Buku Mencari Tuhan Yang Hilang tulisan Ustaz Yusuf Mansur, adalah sebuah buku tentang kehidupan Luqman yang telah jauh daripada Allah, mula kembali semula di jalan-Nya.

Setiap kesulitan akan segera digantikan Allah dengan sebuah rahmat. [Lt]
Setiap kesulitan akan segera digantikan Allah dengan sebuah rahmat. [Lt]

Setelah Luqman masuk penjara 2 kali kerana isu hutang, dia mula tekad dan menanam azam untuk berubah ke arah lebih baik. dalam satu topik dalam buku ini, ada dikongsikan 7 cara menilai diri.

1. Nilai semula apakah perbuatan buruk yang telah dilakukan

Nilai perbuatan buruk yang pernah kita lakukan yang mana Allah tidak suka dengan perbuatan itu. Antaranya seperti minum arak, berzina, bergantung kepada bomoh atau selain-Nya.

2. Bertaubat dengan bersungguh-sungguh

Bertaubat adalah bermaksud menyesali kesalahan yang kita lakukan, berazam tidak lakukannya lagi, serta memohon pengampunan daripada Allah. Kita berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk bertaubat dengan sesungguhnya.

3. Berjanji untuk melepaskan perbuatan buruk yang lalu

Kita berdialog dengan Allah di samping berikrar untuk melepaskan segala perbuatan buruk yang lalu. Ia adalah refleksi kita bertawakal kepada Allah untuk menyerahkan diri kita kepada-Nya. Doa yang boleh digunakan,

“Ya Hayyu, ya Qayyum, dengan rahmat-Mu, daku mohon pertolongan. Baikilah segala urusanku dan janganlah Kau serahkan aku kepadaku walau dalam sekelip mata.”

SPONSORED

4. Mula beramal semula

Kembali menjadi hamba-Nya. Tunduk dan patuh kepada ajaran-Nya, seperti solat, puasa, zakat atau sedekah, berbuat baik kepada manusia, dan menghindari kemungkaran.

5. Berusaha menjadi yang terbaik dalam kalangan manusia

Menggalakkan diri membuat kebajikan terutamanya kepada mereka yang memerlukan seperti yatim piatu, fakir miskin dan sebagainya. Dengan cara ini, ia akan mengajar erti syukur kepada mereka yang kurang berkemampuan.

6. Lebih banyak bergantung dan menyerahkan diri kepada Allah

Andai sebelum ini, lebih banyak bergantung kepada manusia atau perkara lain, mulakan semula untuk meletakkan pergantungan kepada Allah. Ia adalah salah satu bentuk tawakal.

7. Berterusan berubah – tidak mampu buat banyak, buat sedikit

Untuk menjadi seseorang yang baik, akan ada banyak cabaran, bisikan nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu, walau kita tidak mampu buat semua perkara, jangan tinggal semua. Memadai kita usahakan buat seminima mungkin.

Apabila 7 perkara di atas dilakukan dengan sebaiknya, insya-Allah kebesaran Allah akan mula nampak dalam diri kita. Azab yang seakan tidak mahu pergi dan menyelimuti kehidupan kita, akan segera digantikan Allah dengan sebuah rahmat.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI

Twitter
Facebook
Google
Insyirah A

Insyirah A
Pengasas WriteThrough - sebuah jenama yang menekankan penulisan tentang pembinaan keyakinan dan kekuatan dunia dalaman. Memperkenalkan nama TeknikBAD.com - teknik berdoa yang santai, mudah dan berkesan (dengan izin Allah).

SPONSORED

BACA LAGI
10 Cara Memberi Walaupun Kita Tidak Kaya
OLEH DALIN ALI · 13 NOV 2015
GAYA HIDUP
8 Tip Penggunaan Internet Yang Selamat Untuk Kanak-kanak
OLEH DALIN ALI · 19 JAN 2016
KELUARGA
8 Perkara Tentang Pelaburan Forex
OLEH PAKDI · 16 NOV 2015
GAYA HIDUP
Judi Yuran Pertandingan?
OLEH DR MOHD ASRI · 11 SEP 2015
IBADAH
Mencintai Kerja Itu Mendekatkan Diri Dengan Redha Allah
OLEH C.O.M · 29 FEB 2016
INSPIRASI
5 Skil Hidup Yang Lelaki Perlu Tahu
OLEH HANIFF NASIR · 24 JAN 2016
KELUARGA
Langgan Siri Tazkirah Mingguan
Siri tazkirah yang menarik akan dihantar terus ke email anda.

Masukkan emel anda
LANGGAN
© Tazkirah 2015
Tentang  ·  Hantar Tazkirah  ·  Karier  ·  Hubungi
 

Tuesday, 23 August 2016

Kelebihan Solat Dhuha

💡💡💡💡💡💡💡💡💡💡💡 *BERBAHAGIALAH BAGI ANDA YANG SELALU RAJIN SOLAT DHUHA*
💡💡💡💡💡💡💡💡💡💡💡

*Pertama* : orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. *"Barangsiapa yang selalu mengerjakan shalat Dhuha niscaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”*(HR. Turmudzi)

*Kedua :*barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah. *"Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”* (HR. Hakim).

*Ketiga :* orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. *"Barangsiapa yang shalat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya delapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di surga untuknya.”*(HR. At-Thabrani).

*Keempat :* orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk surga lewat pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. *"Sesungguhnya di dalam surga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”* (HR. At-Thabrani).

*Kelima :* Allah menyukupkan rezekinya. *"Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan menyukupimu di akhir harimu.”*(HR. Abu Darda`).

*Keenam :* orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. *“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.”* (HR Muslim).

*Ya Allah mudahkanlah kami untuk selalu mengamalkan solat dhuha.*

*JOM KITA PAKAT2 SOLAT DHUHA*

Sunday, 21 August 2016

See bad things as lessons

Do not see bad things as problems, see them as lessons. Without them we would not be able to learn and grow.

By Dr Bilal Philips

Saturday, 20 August 2016

Don't talk harsh

Don't leave someone with harsh, unkind words ringing in their ears. Make peace & move on. You don't want this to haunt you on Judgement Day!

By Mufti Ismail Menk

Thursday, 18 August 2016

Rezeki dr Jalan yg Tidak Terlindas di Hati

Assallamualaikum wbt.

*MUTIARA QURAN PAGI INI*

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ  ۚ  وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۥ ٓ  ۚ  إِنَّ اللَّهَ بٰلِغُ أَمْرِهِۦ  ۚ  قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

[QS. At-Talaq: Ayat 3]

Wednesday, 17 August 2016

Sombong

#Tazkirah Wednesday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tazkirah 14 ZULKA'DAH 1437 bersamaan 17 OGOS 2016

SOMBONG Itu Ada 3 Jenis

1. Sombong terhadap Allah swt -

Iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.

2. Sombong terhadap Rasul -

Tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.

3. Sombong terhadap makhluk -

Iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.

Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa, ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ

لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ

"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi."

(HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)

Semoga kita semua terpelihara daripada sifat sombong serta ujub.اللهم امين

Semoga bersama mendapat manfaat.

Selamat beramal dan beristiqomah.

Tuesday, 16 August 2016

Tanya Allah bila runsing

Bila kita runsing dalam membuat keputusan..
Mengapa kita sibuk bertanya kepada manusia demi manusia.. mengapa tidak kita tanyakan kepada Allah terlebih dahulu?

Tazkirah drpd program daie di tv3

Manhaj Hidup Muslim

Benda batil umpama seperti buih.
Kebatilan itu meletup spt buih.

Apakah kalimah khabisah - cakap benda buruk

Mudah perempuan masuk syurga?
Taat Allah, Rasul & Suami

Sbb org lelaki boleh kahwin 4 dan org perempuan tak boleh - Taat

Sucikan hati & lapangkan fikiran

Dalam filem Star Wars, ada kata-kata menyebut, "Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.”

Keresahan, kemarahan, kebencian tanpa fikiran yang rasional adalah sifat negatif yang membawa kepada penderitaan.

Sucikan hati. Tawadhu' dan berfikiran lapang. Kita membuat pilihan untuk kebaikan, biarlah Allah yang menentukan natijahnya.

Oleh Hj Fadzli Yusof

Restore your trust to Allah

Depression, self-doubt and low self-esteem are all whisperings of Satan. Don't despair. Pull yourself out and restore your trust in the Almighty alone.

Monday, 15 August 2016

Forgive Yourself

Don't be afraid to admit when you're wrong. A mistake, a poor choice, or bad decision doesn't mean there is something wrong with you.

By Dr Bilal Philips

Manage your Time

We know how fast time flies. There's no replay; no going back. So don't waste it with idle talk & gossip. Respect His Blessing of time!

By Mufti Ismail Menk

Sunday, 14 August 2016

Overthinking

Overthinking is the biggest cause of our unhappiness. Keep yourself occupied. Keep your mind off things that don't help you. Think positive and trust Allah!

By Dr Bilal Philips

Saturday, 13 August 2016

Power Parenting - Pengasuhan Gaya Nabi

#Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki
PENGASUHAN GAYA NABI
==================

nak jadi parent kena ada usaha utk jaga kesihatan diri

berusaha utk menjadi ibu yg baik.

kalau nak belajar dgn baik kena ajar diri sendiri.

Ustzh Isfadiah rapat dgn ayahnya.

Ustzh mengkaji santun cara nabi mendidik anak2.

Surah Ali Imran surah tema keluarga. watak imran tiada dlm surah tu. tp watak isteri imran diceritakan.

Surah luqman surah didikan anak2.

nabi yg cerita nya pasal anak2 sahaja iaitu nabi yaakub.

Allah tinggalkan byk model yg boleh dicontohi.

parent adalah satu jawatan tak boleh letak jawatan. jawatan seumur hidup.

Allah tak htr hanya AlQuran. tp hantar nabi utk demontrasi.

cara nabi adalah yg terbaik.
"Org yg paling baik antara kamu adalah org yg paling baik dgn ahli keluarganya.dan aku adalah terbaik dalam melayan ahli keluargaku."

Rasulullah adalah role model.

set minda anak.
skill bakat anak.

setiap hari 15 minit JOM AMAL refer buku 365 didik anak cara nabi.
buat bersama anak2.

#kupasan video
#video 1-kanak2 sekolah jepun.
disiplin dan peraturan.
sediakan peraturan dlm rumah dan syura dgn suami/isteri.

#video 2 - 911 nanny
pengawasan/kepekaan
contoh teladan
fokus

#video 3 - kanak2 hisap rokok 40 btg setiap hari sejak 18 bulan
galakkan

#video 4 - calo
u are here not to survive, u are here to fight

Power Parenting - Prof Muhaya

SEMINAR POWER PARENTING 30/7/2016

SECOND SESSION: Prof. Dato Dr Muhaya

✅ Kita akan dapat apa yang kita niatkan.
✅ Sebelum buat apa-apa, perlu ada niat yang jelas.
✅ Sentiasa buat refleksi diri:
1) Fizikal
2) Mental
3) Spiritual
✅ Fokus untuk didik hati
✅ Jiwa kita yang tenang, anak-anak kita tenang.
✅ Anak adalah anugerah Allah yang diberi melalui kita.
✅ Amanah ibubapa untuk didik anak-anak menjadi:
1) Hamba Allah yang taat kepada Allah.
2) Khalifah (bagi kebaikan kepada manusia).
3) Buat apa-apa ikut syariat.

✅ Fokus dalam keluarga hanyalah:
1) Syurga
2) Neraka
3) Dosa
4) Pahala

✅ Tips 5-US
1) Niat mesti lurus
2) Ibadat mesti bagus
3) Hati mesti tulus
4) Usaha mesti telus
5) Taubat mesti terus

✅ Hanya orang yang cinta dunia akan stress. Orang kaya ialah orang yang rasa cukup (qanaah).
✅ Sentiasa zikrullah dalam hati (daripada duduk saja-saja tu).
✅ Perkataan dan perbuatan mempengaruhi tenaga kita (perkataan dan perbuatan baik=tenaga kuat, perbuatan dan perkataan negatif=tenaga lemah)
✅ Fokus on developing yourself (berjaya atau tidak bergantung kepada berapa banyak kita nak berubah)
✅ Formula: Peristiwa+Respon=Hasil Kehidupan (depend kepada how we respon kepada peristiwa yang berlaku).
✅ Untuk berubah, sebut 4 perkara:
1) Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur
2) Apakah 1 fikiran negatif yang halang saya jadi baik?
3) Apakah tabiat negatif yang cegah saya jadi baik? Try to fight tabiat buruk
4) Apakah tindakan yang kita boleh buat untuk ubah tabiat negatif tersebut?
✅ Kalau anak tak dengar cakap kita, tanya diri kita. Kita dengar tak cakap anak-anak kita?
✅ Kita degil dengan Allah, anak-anak konfem degil dengan kita
✅ 3 peringkat didikan anak-anak:
1) 0-7 tahun: Give love. Bagi kasih sayang
2) 8-14 tahun: Disiplin
3) 15-21 tahun: Be friend
✅ Hargai anak kita
✅ Jika perkara negatif berlaku, taubat dulu. Mintak ampun dari Allah
✅ Ubah diri sendiri dulu. Untuk ubah apa yang kita dapat, ubah apa yang kita beri. Pernah bagi negatif, akan dpt negatif. Bagi yang baik, dapat yang baik-baik.
✅ KUALITI SOLAT menentukan KUALITI KEHIDUPAN

Nota: Sila share dan sebarkan. Semoga bermanfaat untuk semua.

Wednesday, 10 August 2016

Cara Untuk Didoakan Oleh Malaikat

#Tazkirah Wednesday#
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tazkirah 07 ZULKA'DAH 1437 bersamaan 10 OGOS 2016

Bagaimana Cara Untuk Didoakan Oleh Malaikat

Caranya: Doakan saudara muslim kita dengan kebaikan, maka malaikat akan mendoakan kebaikan yang sama untuk kita.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak ada seorang muslimpun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim).

Semoga kita bisa mengambil pelajaran dan mengamalkannya.
bagi yang sudah membaca status ini, langsung amalkan ya ?

Semoga para malaikat mendoakan kebaikan untuk kita semua.

Ya Allah, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengatur segala urusan. Berikan solusi dan kemudahan atas segala urusan sahabat-sahabatku yang sedang menghadapi beban dan masalah dalam hidupnya, kuatkan hati mereka untuk tetap setia berada di jalan-MU dan tetap berprasangka baik dengan segala ketentuan-MU.

Allahumma aamiin.
Ya Allah kabulkanlah doa-doa kami.

Semoga bersama beroleh manfaat.

Selamat beramal dan beristiqomah.

Friday, 5 August 2016

Jangan Suka Bermusuh

Jangan Suka Bermusuh

*عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ*

_Dari Aisyah radliallahu 'anha, ia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda: "Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh)" (HR Bukhari No: 6651)_

Pengajaran:

1.  Keras kepala adalah sifat yang beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan merupakan sifat Iblis.

2.  Iblis menjadi kufur akibat dari sifat keras kepala dan sombong dengan merasakan dia lebih baik dari orang lain.

*عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ*

_Dari Abdullah,  Nabi SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan." (HR Muslim No: 133)_

3.  Orang yang suka membantah adalah mereka yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya  seorang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidak sefahaman dan permusuhan.

*Marilah kita menjauhi sifat keras kepala dan suka membantah*

Wednesday, 3 August 2016

Parenting Gaya NLP


[16:48, 30/07/2016] ‪+60 19-211 8757‬: #Hj Fadzli Yusof
Aplikasi NLP
www.nlpmalaysia.net

Anak satu pelaburan.
melabur skim cepat kaya. mula2 je happy lepas tu...down.
begitu juga dgn anak.

surah al-luqman
tanggungjwb parent kpd anak2.
ajarlah anak ketika umur 7 tahun. pukul 10 tahun.
tggjwb parent ajar selama 3 tahun 5 kali sehari solat. setahun 800x utk solat. 10800x selama 3 tahun suruh anak solat.

bersabar didik anak. bersabar didik anak.

www.facebook.com/fadzliyusofpage

15 denda tanpa memukul anak.

5 emosi utama seorg anak
1. INGIN DITERIMA

oleh 2 org yg paling penting dalam hidup dirinya ibu dan bapa.
#malangnya sekrg anak diterima oleh kawan2.
tunjukkan bahawa kita kena terima anak kita. buat setiap hari.

aksi yg kita tak diterima
1. marah
2. tak tengok dia cakap
3. bandingkan
4. bapak tak tegur anak sebulan kerana dpt 8A1B

#ignotic noman.
gelombang otak mudah diproses.
-waktu pagi tgh mamai
-waktu nak tidur tgh mamai.
-emosi intent. sgt happy. sgt sedih.

becareful semasa cakap anak dlm keadaan ignotic.

cth. time tu kita ckp kenapa degil sgt ni.

kalau kita tny pertanyaan di saat ignotic sgt bahaya.

cth. beli byk coklat. faizal jgn mkn lagi. lps lunch baru mkn.
lepas tu faizal curi mkn.

kenapa suka kacau adik. sbb hari2 kacau adik.

dah kantoi mughalazoh.

skrip yg betul
+faizal bdk yg baik. faizal buat mcm ni sbb faizal lapar ye. minta maaf dgn mak.

2. INGIN DICINTAI.

Kalau nak mak sayang dapatkan 5A.
kalau nak coki coki sayang mak dulu.

jgn perjudikan kasih sayang. Jangan sesekali kasih sayang dgn condition.

ramai rockers berhijrah adalah dr latar blkg keluarga yg saling menyayangi.

u must keep loving your kids uncondiotionally.

sesungguhnya Allah sungguh gembira kepada hambaNya yang bertaubat.

Allah sayang kita lebih dr kita sayang anak.

3. INGIN DIIKTIRAF

4. BERASA PENTING

say hi waktu bangun pagi.

berckp dgn org yg kita syg dlm keaddn phone dihdpn.

berckp dgn org yg syg smbil pegang phone.

berckp dgn org yg syg sambil memandang phone.

forget phabby(tak tahu ejaan)

limitkan masa kalau biz online

grp wassap tak urgent. anak adalah sosial urgent.

bila dgn anak avoid phone.

malam tak perlu updt fb. schedule kan time updt.

kalau nak buat mlm mintak kebenaran anak.

5. BERASA BERDIKARI

anak nak jd mcm dewasa.

tugas parent. anak spt deposit acc. acc. pelaburan perlu deposit setiap hari. ia satu portfolio pelaburan.

SENI MEMUJI ANAK

memuji dgn intensiti emosi yg tinggi.

sentiasa puji anak at least sehari sekali.

5 komponen pujian
1. sebutkan kebaikan yg dia lakukan. sama ada ia adalah USAHA ataupun HASIL.

kalau anak remaja.
kalau sebut nama agak kliase
cth anak 17 thn melukis dengan cantik.
puji cantiknya nurul meluks
pujian impaks wow! cantiklah lukisan ni.nurul ni mmg pandai melukislah. tasik tu mcm basah. pokok mcm hidup.

2. perincikan USAHA atau HASIL itu kpd 3 perincian.

3. nyatakan perasaan anda terhadap apa yg berlakukan.
mak bangga, I am proud with you.

4. puji diri anak dgn label yg baik.
kreatif. bijak.

5. masukkan aksesori pujian
awesome, terbaik, good job
[16:49, 30/07/2016] ‪+60 19-211 8757‬: #Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki
PENGASUHAN GAYA NABI
==================

nak jadi parent kena ada usaha utk jaga kesihatan diri

berusaha utk menjadi ibu yg baik.

kalau nak belajar dgn baik kena ajar diri sendiri.

Ustzh Isfadiah rapat dgn ayahnya.

Ustzh mengkaji santun cara nabi mendidik anak2.

Surah Ali Imran surah tema keluarga. watak imran tiada dlm surah tu. tp watak isteri imran diceritakan.

Surah luqman surah didikan anak2.

nabi yg cerita nya pasal anak2 sahaja iaitu nabi yaakub.

Allah tinggalkan byk model yg boleh dicontohi.

parent adalah satu jawatan tak boleh letak jawatan. jawatan seumur hidup.

Allah tak htr hanya AlQuran. tp hantar nabi utk demontrasi.

cara nabi adalah yg terbaik.
"Org yg paling baik antara kamu adalah org yg paling baik dgn ahli keluarganya.dan aku adalah terbaik dalam melayan ahli keluargaku."

Rasulullah adalah role model.

set minda anak.
skill bakat anak.

setiap hari 15 minit JOM AMAL refer buku 365 didik anak cara nabi.
buat bersama anak2.

#kupasan video
#video 1-kanak2 sekolah jepun.
disiplin dan peraturan.
sediakan peraturan dlm rumah dan syura dgn suami/isteri.

#video 2 - 911 nanny
pengawasan/kepekaan
contoh teladan
fokus

#video 3 - kanak2 hisap rokok 40 btg setiap hari sejak 18 bulan
galakkan

#video 4 - calo
u are here not to survive, u are here to fight

Power Parenting - DMFK

SEMINAR POWER PARENTING 30/7/2016

First Session: Dato DMFK
✅ Don't ever claim "I am ok/aku dah ok" sebab: manusia mula jadi jahat bila dia rasa dia baik.
✅ Untuk sebarang perubahan: kene byk bersyukur sebab sgt ramai org tak bersyukur.
✅ Tanda-tanda org yg bersyukur:
1) Patuh perintah Allah
2) Lakukan setiap perkara dgn terbaik (always do the best in everything you do)
3) Bantu org tanpa syarat
4) Doakan org lain (org yg doakan org lain tanpa org itu ketahui, malaikat akan aminkan doanya dan doakan mende yg sama utk dirinya)
5) Maafkan org lain

✅ Asas utama: buat baik kepada kedua ibu bapamu supaya anak-anak mu berbuat baik kepada mu.
✅ Do good things no matter what.
✅ Rutin harian parents sebagai "inspirer": memberi inspirasi & contoh yg baik kepada anak-anak (ransang anak-anak & bagi penjelasan).
✅ Before do anything, DOA. (Apa yang mak ayah ckp itu DOA. Apa yang mak ayah fikir itu DOA. Maka, cakap & fikir yang baik-baik sahaja).
✅ Nak ubah orang lain, ubah diri sendiri dulu.
✅ 40 hari tak masuk dalam majlis ilmu, hati jadi gelap (majlis ilmu nowadays dah luas & senang didapati. Cth tengok majlis ilmu di tv @ internet).
✅ Manusia ditegur oleh Allah melalui manusia lain. Jadi, jangan marah/kecil hati bila ditegur. Jangan kecil hati walaupun cara menegur itu kurang hikmah.
✅ Kenal diri (siapa kenal diri, dia kenal Tuhannya).
✅ Mak ayah jangan marah-marah waktu pagi. Boleh menjejaskan emosi anak sepanjang hari.
✅ Kenapa mak bapak baik-baik, tapi anak jahat/tak dengar kata?
1) duit/rezeki TAK berkat (zakat tak dikeluarkan dengan sempurna. Zakat pendapatan tak setel. Ramai org terlepas pandang zakat emas dan perak)
✅ Kenapa mak bapak tak hebat mana dari segi pendidikan dan lain-lain tapi dapat anak yang baik-baik/pandai etc?
1) Amalan mak bapak itu sendiri (sentiasa doakan yang baik-baik kepada anak-anak & selalu mengaji quran) : sebab doa mak bapak mustajab👍🏻
✅ Menurut kajian, anak yang nakal semasa kecil akan jadi orang dewasa yang bijaksana.
✅ Allah temukan yang terbaik untuk kita. Apa yang Allah bagi tak pernah silap (cth: jodoh).
✅ Kenal diri,
1) Kelebihan (gilap dan guna kelebihan yang ada pada diri kita untuk berjaya)
2) Kelemahan diri (atasi kelemahan diri untuk tujuan memperbaiki diri).
✅ Jangan risau anak tak dengar cakap kita, risaulah yang anak tengok diri kita (sebab anak akan tiru apa yg dia nampak).
✅ Rutin mak ayah yang cemerlang:
1) Solat wajib 5 waktu diawal waktu, solat-solat sunat tak tinggal terutama witir (setiap malam, bkn ramadhan sahaja), solat sunat taubat sebelom tido (jangan tido sebelom solat taubat).
2) Istighfar 70x setiap hari
3) Suami isteri memaafkan sebelom tido
4) Murnikan hati dengan sentiasa zikir, istighfar & solat taubat (semua ni membuka pintu rezeki)
5) Maafkan semua org sebelom tido
6) Tido mengiring ke kanan, baca doa & 3 Qul (kalau kita buat ni sebelom tido, setiap saat kita tido dapat pahala)
✅ GAMBAR YANG JELAS ITU ADALAH DOA YANG PALING MAKBUL
✅ Cara belajar yang betol:
1) duduk di kerusi/meja study
2) mengadap kiblat
3) Baca doa & surah Al Insyirah
4) Sebelom belajar, doakan guru-guru

✅ Setiap arahan pada anak, perlu ada gambaran.
1) Contoh arahan yg SALAH : Makan elok-elok (tiada gambaran disini macam mana cara nak makan elok-elok & anak tak bole proses arahan tu sebab dia pon tak tau macam mana nak makan elok-elok)
2) Contoh arahan yang BETUL: Irsyad, Amna.. Nak makan duduk, pastu baca doa makan & makan pakai tangan kanan ye.. (Dari sini anak dapat gambarkan macam mana cara nak terima arahan sebab gambaran yang diberikan oleh mak ayah nya jelas).

✅ Cara didik anak lelaki: guna logik & terangkan kenapa boleh kenapa tak boleh
✅ Cara didik anak perempuan: guna emosi ( kasih sayang & pujian. Puji untuk tingkatkan aura positif anak.

✅ Bentuk matlamat yang JELAS dan bentuk MISI dalam keluarga (contoh: ayah nak anak ayah jaga solat diawal waktu & baca quran lepas solat.
✅ Anak-anak kita SEMUANYA hebat tetapi berbeza-beza.
✅ Waktu maghrib, jangan benarkan anak keluar rumah melepasi waktu Maghrib (pesan Nabi untuk kita berada didalam rumah diwaktu Maghrib).
✅ Baca quran (rumah yang dibaca kan al Quran didalamnya Allah bagi rahmat).
✅ Dalam rumahtangga kita, HARAMKAN perkataan Negatif.
✅ Ibu bapa berubah dulu sebelom nak ubah anak-anak.
✅ Sentiasa ingatkan anak-anak tentang ibadah.
✅ Sebelom masuk rumah:
1) Baca Bismillah+ Surah Al Ikhlas+ salam = orang-orang dalam rumah & jiran =kaya (Hadis Sahih).
✅ Cara nak cari hidayah & rahmat Allah: terima tetamu dengan ikhlas kerana tetamu membawa masuk 1000 hidayah & membawa balik 1000 maghfirah.
✅ Parents please: No gadget at home. Gadget adalah untuk merapatkan yang jauh. Jangan kerana gadget ia menjauhkan yang dekat. Pukul 9-11pm no gadget. Simpan dalam almari.

✅ Waktu yang paling jitu untuk nasihatkan anak-anak:
1) Sebelom tido
2) Nasihat semasa tido: luarbiasa hebat
3) 30 saat baru bangun tido
4) Selepas mandi (gelombang Alfa dikeluarkan oleh tubuh anak memberikan ketenangan kepada anak)
5) Selepas solat
6) Selepas mengaji quran
7) Selepas didoakan anak dengan (Al Fatihah, Ayat Kursi, Al Insyirah, Ayat 1-5 Surat Toha, surah Al Hasyr (lau anzalna hazal quran..)

✅ Jangan lupa bangun pagi doa "Allahumma inni asaluka ilman nafia wa rizqan toyyiba wa amalan mutaqobbala"
✅ Selalu baca doa elak malas dan sifat negative
✅ Sentiasa baca Bismillah 5 untuk perlindungan diri

Nota: Sila sebarkan ilmu ini. Semoga bermanfaat.

Sharing nota ringkas saya. mungkin kurang lengkap.

Part 1
Paradigma Ibu Bapa Cemerlang - Dr Fadzillah Kamsah
A. Prerequisite Ibu Bapa Cemerlang
1. Patuh perintah Tuhan
2. Berbuat baik pada ibubapa
3. Bantu orang tanpa syarat - kita tak tau ibadah mana yang akan bantu kita masuk syurga.
4. Doakan orang lain.

B. Rutin fitrah ibu bapa sebagai inspirer
C. Anjakan paradigma - change heart, mind and action.
D. Doa2 kecemerlangan.  Percaya yg anak kita adalah anak yg terbaik.

" Semalam aku seorang yg pandai dan ingin mengubah dunia.

Hari ini diriku seorang yg bijaksana dan aku mahu mengubah diriku sendiri" - Jalaludin Al Rumi

Ibu Bapa wajib berubah sekiranya ingin anak2 kita berubah.

Jgn marah atau benci orang yang tegur kita..reality Allah hantar mereka untuk bantu kita masuk syurga.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Langkah Asas untuk Hijrah Diri
# Kenal Diri
# Positif di waktu pagi menyebabkan positif sepanjang hari
# Ibu bapa cemerlang suka buat apa yg Ibu bapa tidak cemerlang enggan lakukan
#Ibu bapa cemerlang mengeluarkan kekuatan dan atasi kelemahan

"Jangan risau jika anak tak dengar cakap kita, risaulah yang anak sentiasa lihat perbuatan kita"

E. Rutin Ibu Bapa Cemerlang
1. Solat fardhu, sunat rawathib, duhha, taubat, hajat, tahajud, witir dan doa. Tidur itu ibarat mati..solat taubat sebelum tidur. Minta maaf suami isteri. Maafkan semua sebelum tidur.
2. Maafkan semua
3. Tidur ikut ke kanan ikut sunah
4. Buang air dgn betul

F. Anjakan Minda
1. berfikir dlm bentuk gambar yg dirangsang oleh kata2
2. bertindak mengikut gambar dlm minda
3. minda tak dapat bezakan realiti dan fantasi
4. Minda lelaki dan wanita berbeza

G. Langkah Bijak untuk rangsang anak2.
1. Set matlamat yang jelas. Cuba bentuk misi keluarga bersama-sama.
2. Ibubapa berubah dulu.
3. Rumahtangga yg harmoni
4. Sentiasa gamit hidayah Allah
5. Gunakan waktu yg mustajab untuk nasihat anak..i.e. sebelum, semasa tidur, bangun tidur, selepas mandi, selepas solat, selepas ngaji, selepas didoakan.

to be continued.

Power Parenting - Parenting Skill

SESSI 3 Power Parenting
#Dr Tengku Asmadi
Parenting Skill

Education system di Malaysia tidak membongkar kemahiran anak-anak yg berbeza-beza.
cth : bila ada sebarisan haiwan monyet, gajah, ikan, anjing laut, penguin disuruh memanjat pokok. Dah tentu monyet tersengih lebar sbb mmg kemahiran dia memanjat. sedangkan haiwan lain tercengang je la dengan rasa kecewa.

- tengok kebolehan anak yang berbeza.

ASAS POWER PARENTING
💟agama
💟sahsiah
💟akademik
💟skil

💟AGAMA
Nak anak cemerlang
1. jaga waktu solat. solat awal waktu.
2. rajin baca al-quran.

-apabila anak rajin baca quran, anak jadi pintar.
-bila asas agama kukuh Insya Allah, rezeki murah.

Orang sekarang meminang tak tanya kerja apa. Mereka tanya boleh jd imam tak?

💟SAHSIAH
Sikap anak datang dari rumah
40% ibu bapa
60% guru, rakan, media

Jangan tonjolkan kelemahan kita depan anak.
cth: jgn kata negatif pun depan anak. spt merungut bila kita tak boleh buat sesuatu.
Hati2 apa kita buat. anak ikut.
Hati2 apa kita cakap. anak ikut.
Bila anak duduk sebelah kita. Dia tangkap/rekod apa yg dia nampak.
cth; bapa biasa suke ckp b*** bila sedang marah. terutamanya semasa memandu kereta bila ada kereta lain memotong. anak yang di sebelah tengok dan rekod. Itu yg dicakap nanti.

💟AKADEMIK
Hanya ada Akhlak baik, jujur, amanah tanpa ada ijazah boleh dapat kerja ke?
Boleh dengan berniaga.

Terima hakikat tak semua anak akademik ok.
Walaupun dia tak straight A di dunia, Insya Allah straight A di akhirat.
Jangan terlalu memaksa anak dapat A. sekadar kemampuan mereka.

💟SKILL
Orang ada skill boleh hidup.
Develop skill mereka spy mrk boleh cari rezeki.
cth tukang urut, goreng pisang, melukis, photographer.

Besarkan anak ikut zaman.
🚩Otak yg cerdik dlm usia 7 thn pertama. waktu ni beri pelbagai pendedahan.
🚩Perasaan ingin tahu anak-anak sangat kuat.
🚩Sekiranya dimarah bila mrk bertanya akan membantutkan perasaan ingin tahu mrk.

Statistik PDRM buat kajian anak yg lari dr rumah umur 15-19 thn.

sbb tu usia 8-14 ▶ kena tegas.
             usia 15-19▶ jadikan mrk kawan. tegur cara baik.

💟BEBELAN POSITIF
▶berfikir dalam bentuk gambaran.
▶gambar bentuk tingkah laku.

Otak kita akan hasilkan apa yg kita gambarkan.

Perkataan 'JANGAN' tak tergambar dalam otak.
Otak tak boleh gambarkan perkataan 'JANGAN'

Otak percaya sekiranya dilakukan berulang2.

4 PERKARA PERLU PROGRAM OTAK
1. Cadangkan
2. Unik
3. Berulang2.
4. Emotionally strong.

cth. bayangkan sebakul durian.
cuba jangan bayangkan sebakul durian

▶tentu nak bayang jugakkan sebakul durian tu.

iklan di tv contohnya mmg gunakan 4 perkara di atas.

cth.
1. Aimankan anak mak yg pandai. betul ke pandai (not important)
2. Unik kan.
3. Ulang cakap
4. Emosi - Aimankan anak mak yg baik ( walau dlm keadaan marah)

Beza bebelan +ve dan -ve

Bebelan -ve (IBU A)
1. Abang kenapa bersepah baju.
2. Abg dah pukul brp ni masih lepak lagi.

Bebelan +ve (IBU B)
1. Abg baju masukkan dalam bakul, please.
2. Abg masuk mandi, lepas ni nak solat.

Generasi sekarang
Dapat habuan dulu cth ipad tp makesure solat, homework siap.

Generasi dulu
buat dulu smpi siap baru dapat habuan.

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...