Saturday, 13 June 2015

Akrab dengan Allah, Intim dengan Manusia dr Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Lebih afdal meninggalkan mengumpat pada siang hari dr mendirikan solat pada malam hari.

Amalan-amalan kita disaring di antara 7 langit kerana mengumpat, riya' sombong dll.

Kepatuhan kepada suami boleh membawa ketaatan kepada Allah. Dosa dengan suami, minta maaf dengan suami. Kelembutan dalam rumah tangga.

Punca manusia ego dengan manusia kerana ego dengan Allah. Bersyukur kpd Allah kerana ada orang menegur kita. Kerana itulah hakikat Allah mendidik kita, manusia melalui manusia lain.

Lihat apa yang ditegur adalah cara Allah mendidik kita, kita menjadi kurang marah.
Lihat apa yang ditegur - betul atau tidak. Bukan siapa yang menegur. 

Orang yang ego:-
Kalau org atas (boss), dia mudah marah.
Kalau dia org bawah (staff), dia mudah merajuk.

Perlunya pendidikan di pejabat, kuliah fardu ain, kuliah kesedaran & tarbiyah. Jangan hanya mengejar produktiviti. Satu, ilmu kemahiran & satu lagi, soft skills (hatinya dapat melihat kerja itu satu ibadah). Dan bagaimana kawan-kawan itu dapat menegakkan keimanan & ketakwaan. Menjadikan seluruh kerja sebagai ibadah kepada Allah. Bekerja bukan utk majikan sahaja, tp utk Tuhan.

Melihat sahabat yg tak bertegur sapa. Menjadi org tgh / pendamai yang baik, perlu ada niat yang ikhlas, ilmu & kemahiran. Dalam syariat, bagi maklumat yg boleh mendamaikan.
"Saya tengok sejak dia berkrisis dengan kamu, dia asyik bermuram durja, nampak sedih tu... rasa-rasa macam nak minta maaf.."
"Saya rasa kalau dia minta macamana..?"
"Rasanya dia dah menyesal.."

Dalam mendamaikan, kita boleh menceritakan cerita tidak sepenuhnya benar tetapi melalui tafsiran kita.

Yang penting, niat & doa sungguh-sungguh untuk mendamaikan kawan kita.

Berhati-hatilah dgn urusan manusia..
Selesaikan urusan dengan manusia, perlu minta halal & minta maaf.

Menyempurnakan hajat lebih baik menunaikan iktikaf.

Ibadah & ukhwah.

Siapa yang paling baik ibadahnya dengan Allah, in shaa Allah dia adalah paling tinggi ukhwahnya sesama manusia.

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...