Bahan-bahan utk membuat Puding Raja ala Fatin
Bahan A
Pisang Mas -seikat, dibelah dua
Telur 1@ 2 biji yg dikepuk
Minyak untuk menggoreng
Bahan B
Susu cair 1 tin
Air masak 2 tin
Tepung custard 4-5 sudu
Susu pekat @ gula 4-5 sudu ikut suka
Esen vanila 1 tudung
Sedikit butter
Secubit garam
Bahan A - Pisang
1- Celup pisang mas ke dalam telur yang telah dikepuk
2- Goreng pisang mas
3- Setelah masak, angkat & terus susun ke dalam bekas puding. Terus susun kerana pisang yg baru digoreng tu masih lembut.
Bahan B - Custard
1- Letak susu cair dan tambah 2 tin air masak. Guna tin yg sama nak sukat air masak. Slow fire.
2- Tambah tepung custard. Kacau perlahan-lahan sehingga pekat.. still slow fire. lebih kurang 20 min.. tgk atas kepekatan.
3- Bila dah pekat, masukkan esen vanila, sedikit butter & garam utk memberi rasa lemak pd custard.
4- Tuang custard dlm bekas puding.
5- Simpan dlm peti ais.
No comments:
Post a Comment