Wednesday, 20 April 2016

Tadabbur surah Mukminun: 99-102

Orang kafir yang meninggal meminta untuk kembali ke dunia untuk membuat amal soleh yang mereka tinggalkan dahulu.

Ustaz perhati orang yg murah rezeki di UKM org yang soleh, byk puasa sunat, mengaji quran dan membuat amalan sunat yang lain.

Permintaan untuk hidup kembali di dunia hanya kata-kata shj. Allah takkan perkenan.

Hidup dalam alam barzakh sehingga dibangkitkan semula. Melayan malas 100 tahun, dibeduk dihimpit dalam alam barzakh 1000 tahun. Fikir2kanlah..

Tak boleh layan rasa malas utk beribadat.
Nak layan lagi malas baca quran selepas isya'. Cuba khatam Al Quran sebelum ramadhan dan ketika ramadhan.

Hanya amalan yang menjawab. Amalan peribadi yang dapat banyak ganjaran. Amalan bila berseorangan.

Mari kita memberatkan amalan timbangan agar menjadi orang yang beruntung. Jangan bertangguh amal soleh.

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...