Wednesday, 17 August 2016

Sombong

#Tazkirah Wednesday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tazkirah 14 ZULKA'DAH 1437 bersamaan 17 OGOS 2016

SOMBONG Itu Ada 3 Jenis

1. Sombong terhadap Allah swt -

Iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.

2. Sombong terhadap Rasul -

Tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.

3. Sombong terhadap makhluk -

Iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.

Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa, ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ

لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ

"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi."

(HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)

Semoga kita semua terpelihara daripada sifat sombong serta ujub.اللهم امين

Semoga bersama mendapat manfaat.

Selamat beramal dan beristiqomah.

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...