Syaitan akan selalu berusaha mencetuskan permusuhan antara suami dan isteri serta menjadikan mereka bertengkar lalu berpisah.
Diriwayatkan bahawa Abu Umamah al-Bahili RA (wafat 81 H) pernah berkata;
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْتِي إِلَى فِرَاشِ أَحَدِكُمْ بَعْدَ مَا يَفْرِشُهُ أَهْلُهُ وَيُهَيِّئُونَهُ، فَيُلْقِي عَلَيْهِ الْعُودَ أَوِ الْحَجَرَ أَوِ الشَّيْءَ، لِيُغْضِبَهُ عَلَى أَهْلِهِ، فَإِذَا وَجَدَ ذَلِكَ فَلاَ يَغْضَبْ عَلَى أَهْلِهِ، قَالَ: لأَنَّهُ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ
Sesungguhnya syaitan mendatangi ke tempat tidur salah seorang daripada kamu selepas ia telah dibentangkan dan disiapkan oleh pasangannya untuk tidur malam lalu dia pun melontarkan kayu atau batu atau sesuatu ke tempat tidur itu supaya orang tersebut menjadi marah kepada pasangannya.
Apabila kamu mendapati hal seperti itu maka janganlah kamu menjadi marah kepada pasangan kamu kerana ianya adalah perbuatan syaitan.
[HR. Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad]
# Dalam perkahwinan, jika kita terjumpa apa-apa perkara yang menimbulkan kemarahan kita secara tiba-tiba terhadap pasangan. Maka hendaklah kita bersabar dan berusaha membuat penilaian yang sepatutnya sebelum memulakan apa-apa tindakan!
No comments:
Post a Comment