Semalam, lama betul dapat mendengar keluhan ayah di Kelana Jaya. Ayah kelihatan terlalu letih dan makin lemah saban hari.. Harapan ayah yang sangat tinggi terhadap anak-anaknya.
Ayah ingin memberikan kata-kata nasihat bagi sisa-sisa kehidupannya..
Antara yang boleh kakak simpulkan..
1- Pegang Quran sokmo di mana-mana berada. Bykkan mengaji Al-Quran di waktu pagi.
2- Exercise jogging sejam sehari. Mula dgn pace yg perlahan dahulu.
3- Cari rezeki bukanlah utk kaya seperti ada rmh istana, tetapi utk kesenangan hidup dan dpt bantu orang lain juga.
4- Beban kerja itu satu aset untuk kita. Kerana ia merupakan pengalaman berharga krn hanya kita yang buat.
5- Business yg stabil hanya buat kedai makan dgn foodtruck. Krn cost ini kurang compare beli rmh kedai.
Ya Allah, Tuhanku yg Maha pengasih lg Maha penyayang.. Berkatilah dan panjangkanlah umur kedua ibu bapaku. Bantulah agar ibu bapaku sempat bertaubat kpdMu dan melaksanakan sisa-sisa tanggungjawab mereka sehingga selesai. Agar mereka tenang bila menemuiMu.
Matikanlah mereka dalam husnulkhatimah. Tempatkanlah mereka dlm syurga tertinggiMu. Sayangilah mereka spt mereka menyayangiku ketika aku masih kecil. Berilah aku kesempatan, kekuatan dan keberkatan utk menggembirakan dan berbakti kpd mereka sebelum mereka pergi..
Amin yrb...
No comments:
Post a Comment