Mahu tulisan anak cantik
Antara soalan yang kerap ditanya ialah mengenai bagaimana untuk mengajar anak menulis. Kebiasaan pihak NURY akan menjelaskan dengan memberitahu ibi bapa supaya mengajar anaknya membaca dahulu. Mengajar anak membaca menyediakan anak dengan perbendahaharaan kata yang diperlukan disamping menyediakan contoh terbaik bagaimana ayat boleh di bina serta bagaimana untuk menerangkan cerita. Mengajar anak membaca berasaskan satu program yang tersusun dan disampaikan secara berulang kali, konsisten dan jelas adalah permulaan yang baik.
Manakala ada juga pertanyaan mengenai cara menghadapi anak-anak yang berputus asa untuk cuba menulis. Dalam hal ini, biasanya pihak NURY akan menjelaskan kepada ibu bapa itu lakukan :
PERTAMA :
Pastikan sesi menulis anak tidak terlalu lama agar dia dapt membuat yang terbaik berulang kali dalam satu hari iaitu sesi menulis dirancang sebagai sesi pendek yang dilakukan beberapa kali dalam sehari.. sesi menulis yang terlampau panjang adalah memenatkan dan membosankan.
KEDUA :
Sediakan anak peralatan menulis serta permukaan menulis yang membolehkan aktiviti dilakukan dengan mudah. Pertama kali aktiviti ini dimulakan, berilah anak pena marker dan bukan pensel atau kapur yang mudah patah. Pastikan saiz pena yang digunakansesuai untuk tangannya yang kecil. Permukaan seperti papan putih pula adalah lebih baik daripada kertas yang mudah koyak yang akan mungkin menyebabkan anak tidak minat untuk meneruskan aktiviti menulis.
Anak kecil lebuh mudah menulis dalam keadaan berdiri daripada duduk. Dalam keadaan berdiri, fokus adalah lebih senang dan pergerakkan tangan adalah lebih mudah. Menggunakan permukaan yang besar untuk menulis mengizinkan anak membuat lakaran yang besar dan mudah. Pencahayaan serta suasan yang tenang mempengaruhi kejayaan program.
Tingkat kebolehan
Ada pertanyaan yang berkaitan cara membantu meningkatkan kebolehan anak menulis. Dalam hal ini, NURY akan membaritahu ada beberapa aktiviti yang dapat menggalakkan pembangunan otak yang tersusun yang diperlukan untuk menulis. Antara aktiviti tersebut adalah brachiation atau penggunaan monkey bar yang sering kita temui di taman permainan.
Aktiviti mengayun merentasi brachiation atau monkey bar menggalakkan pembentukanfokus mata di samping membangunkan koordinasi motor halus. Aktiviti ini juga menggalakkan pembentukan dada serta pengambilan oksigen yang diperlukan oleh otak. Selain dari itu, ibu dan ayah haruslah memastikan bahawa anak merangkak dan menjulur. Seratus ela sehari melaksanakan aktiviti ini akan meningkatkan kebolehan yang sofistikated seperti membaca dan menulis tulisan kecil.
Tulisan cantik & kemas
Ada ibu bapa berharap agar tulisan anak nampak cantik dan kemas. Sikap ini bagus keranaibu bapa ini begitu teliti terhadap perkembangan anaknya. Jadi untuk melatih supaya tulisannya cantik, apabila anak sudah suka menulis dengan sendirinya, ibu bolehlah mengajak anak melihat cara menulis dengan betul. Pada percubaan pertama, lukis satu garisan dan cadangkan kepada anak, jika huruf-huruf dapat ditulis atas garisan maka ia akan lebih cantik dengan beberapa syarat.
Tunjukkan kepadanya bahawa ada huruf-huruf yang seharusnya mengambil posisi duduk seperti a,c,e,i,m,n,o dan lain-lain. (Ajar anak menulis tulisan kecil dahulu.) Tunjukkan juga huruf-hurut yang mempunyai posisi berdiri seperti b,d,k,l,t dan huruf lain serta posisi berjuntai kakinya seperti g,j,p,q dan seterusnya. Ada baik jika ibu bapa menjadikan posisi huruf ini sebagai poster untuk rujukan anak. Galakkan anak menulis mengikut posisinya. Apabila anak telah memahami konsep ini, cadangkan kepada anak bahawa dia boleh tulis dengan lebih cantik sekiranya kita tambah satu garisan lagi.
Tunjukkan kepada anak bahawa huruf-huruf seharusnya diletakkan di antara dua garisan kecuali bahagian yang tegak serta berjuntai. Bila anak dapat menulis dengan konsisten berdasarkan panduan ini, tambahkan dua garisan lagi dia atas dan bawah dua garisan lama. Cadangan bahawa huruf-huruf yang ditulis tanpa melepasi garisan-garisan tersebut akan kelihatan lebih cantik dan kemas. Ibu bapa harus ingat langkah-langkah yang diajar di atas seharusnya dilakukan bila anak bersedia dan setuju melakukannya. Jika tidak, segala usaha yang dilakukan agar anak minat menulis akan jadi sia-sia. Ibu dan ayah perlu menjadikan sesi menyeronokkan di samping memberi ganjaran yang setimpal bila anak berjaya menulis dengan baik.
Apa jua bentuk pertanyaan, ia amat membantu untuk memastikan perkembangan anak terbentuk secara positif. Anak jika dibantu dan di didik dengan betul dan konsisten dia akan mudah mengikut sebarang pembelajaran yang diberikan kepadanya.
No comments:
Post a Comment