“Saya akan kehilangan cinta suami?”
“Tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah.”
“Saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tetapi saya terus belajar dan mendengar. Saya ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah.”
Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia, jika usia perkahwinan baru memasuki tahun kelima, keenam atau kurang daripada itu.
Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al-Quran dan hadis. Ataupun oleh sajak dan ungkapan yang indah serta puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan.
Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita kerana bahagia itu ditempa oleh derita!.
(Baca sepenuhnya tulisan ini dalam blog saya www.genta-rasa.com atau di dalam buku tulisan saya BEDUK DIKETUK LAGI)
No comments:
Post a Comment