SIAPAKAH DI KALANGAN ORANG YANG BERPUASA YANG PALING BANYAK PAHALANYA DI SISI ALLAH TAALA?
Daripada Sahl bin Mu'az bin Anas al-Juhani Radhiyallahu 'Anhu, daripada bapanya, daripada Rasulullah ﷺ menyatakan bahawa ada seseorang yang bertanya kepada Baginda ﷺ :
Siapakah di kalangan para mujahidin yang paling besar pahalanya?
Baginda ﷺ menjawab :
"Mereka yang paling banyak berzikir kepada Allah Taala."
Dia bertanya lagi :
Siapakah di kalangan ORANG YANG BERPUASA yang paling banyak pahalanya?
Baginda menjawab :
"Mereka yang paling banyak berzikir kepada Allah."
Lalu Baginda juga menyebutkan perkara yang sama untuk ibadah solat, zakat, haji dan sedekah kepada kami.
Kesemuanya Rasulullah ﷺ bersabda:
"Orang yang mendapat pahala yang paling besar dalam setiap ibadah tersebut adalah mereka yang paling banyak berzikir kepada Allah."
Abu Bakar Radhiyallahu 'Anhu berkata kepada Umar Radhiyallahu 'Anhu :
Wahai Abu Hafs, orang yang berzikir membawa semua kebaikan?
Rasulullah ﷺ bersabda: "Ya".
Hadith riwayat al-Imam Ahmad dan al-Imam at-Thobrani rahimahumallah.
Salehuddin bin Abu Samah,
https://www.facebook.com/salehuddin.binabusamah
No comments:
Post a Comment