Saturday, 4 July 2020

Sabar by Ustaz Pahrol Juoi

Bila kita dinasihatkan agar sabar...hati kita bertanya bagaimana? Sabar tidak semudah yang diucapkan.

Sabar itu ertinya 'menahan'. Tahan dulu hati apabila menerima musibah dengan  lima  langkah ini:

1. Ucapkan kalimah Istirja' - akui kita dari (kepunyaan) Allah. Maka kita layak diuji. Jangan mempersoalkan 'kenapa aku?'

2. Sedarilah musibah itu datang daripada Allah. Allah itu Maha Pengasih. Sudah pasti apa yang datang daripadanya baik-baik belaka. Ingatkan hati, "semua ini pasti baik walaupun aku belum nampak dan merasakannya."  

3. Pesan pada diri "aku banyak dosa, ujian ini adalah cara Allah mengampunkan dosa-dosa ku." Agar dengannya aku tidak terseksa di neraka. Akhirat itu sesungguhnya ada. 

4. Ingat janji Allah, yang diulangiNya sehingga dua kali, selepas kesusahan pasti ada kemudahan. Terimalah dan 'layanilah' musibah itu sebagai tetamu di kamar hati dengan baik..InsyaAllah dia akan cepat pergi.

5. Musibah ini belum tentu seburuk yang disangka. Allah telah berpesan, " ada perkara yang kamu tidak suka tetapi itu baik bagi kamu." Pujuk hati, Allah yang memberi musibah ini lebih tahu apa yang baik bagi ku berbanding diri ku sendiri. 

Justeru wahai diri, apabila dipesankan kepada mu: Bersabarlah... maka itu bermaksud menahan. Bagaimana untuk menahan? Maka ambillah lima pesan di atas sebagai panduan. 

(Dariku tidak ada harta, bantuan ku hanya dengan kata-kata. Semoga ada manfaatnya. Amin.)

# Aku tidak mahu kau derita kerana aku pernah merasainya. #

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...