Friday, 21 May 2021

Kebatilan Terancang vs Kebenaran Tidak Terancang

KEBATILAN TERANCANG vs KEBENARAN TIDAK TERANCANG

Kekejaman Zionis terhadap Palestin bukannya seperti musim tengkujuh yang bermusim.

Kekejaman Zionis adalah survival politik ideologi Zionis & Abang Long mereka, Amerika.

Kita tidak boleh sekadar melepaskan amarah tetapi salurkan kemarahan dengan strategi untuk solusi jangka panjang.

Ramai bersimpati dengan Israel kerana Zionis pandai menagih simpati memaparkan diri mereka sebagai mangsa yang mempertahankan diri dari ‘pengganas’ .

Umpama baling batu sembunyi tangan, mereka (Zionis) yang membantai Palestin dengan roket, bom & bom phosphorus tetapi menangis di hadapan dunia kononnya Palestin jahat membaling batu kerikil sehingga terluka anak jari kaki.

Mereka pandai menyusun strategi dan taktik. Kita pula sekadar melepaskan amarah dan setelah amarah dilepaskan, kita terlupa seketika dan mati akal ‘what to do next?

No. Not this time. Kita perlu susun strategi dan taktik;

1. KESEDARAN 
- Berikan kesedaran kepada masyarakat dunia bahawa Israel bukannya mangsa tetapi pemangsa
- Memberikan kesedaran bahawa Palestin bukannya pengganas tetapi yang mangsa pengganas musang berbulu ayam Zionis
- Memberikan kesedaran bahawa mereka media Pro-Zionis membohongi mereka.

2. MINAT
- Mewujudkan minat kepada masyarakat dunia untuk cakna isu Israel & Palestin
- Mewujudkan minat to know other side of story dari Palestin yang disembunyikan media Pro-Zionis
- Mewujudkan minat untuk mobilise activism di peringkat local sehingga mendapat perhatian pemimpin politik

3. TINDAKAN
- Menjadikan minat dari masyarakat dunia yang sedar akan kekejaman Zionis kepada tindakan untuk mendesak ahli politik untuk bersuara.
- Bertindak mendesak ahli politik untuk mengutuk dan tidak menyokong kezaliman Zionis
- Bertindak mendesak ahli politik dan wakil rakyat mereka untuk tidak memberikan dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin.
- Bertindak memberikan kesedaran kepada masyarakat sekeliling mereka.

Ingat, kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak terancang. 

Kali ini, kita rancang dan gerakkan bersama. Jikalau belalang terbang sendirian mungkin tidak kelihatan serta terdengar suaranya tetapi apabila terbang berkumpulan maka akan kelihatan seperti serangga gergasi dan suara yang menakutkan sehingga gajah yang berkali ganda lebih besar akan takut dan lari.

Kita tak nak lagi kempen kita syok sendiri dan hanya orang kita sahaja yang baca tetapi kita nak menjadikan mereka yang Pro-Zionis serta yang neutral bangkit bersuara mempertahankan hak asasi manusia rakyat Palestin.

Saya tidak mampu melakukannya keseorangan. Bukan saya tetapi KITA yang akan melakukannya bersama. Kami di MRM akan kaji, susun strategi, hasilkan video & poster serta artikel. Sesen pun sahabat tak perlu bayar. MRM usahakan duit sahabat sebarkan dan ajak orang lain untuk sebarkan informasi yang dikongsikan. Domino effect.

Ayuh kita lakukan bersama. KITA yang akan jayakannya dengan bantuan serta izin dari Allah. Moga Allah jadikan kita asbab kebangkitan Islam & pembebasan Palestin dari kezaliman Zionis. Allahuma Ameen 

https://t.me/brofirdauswong

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...