https://www.youtube.com/watch?v=wevd7VwXC7Y
Surah Al Isra, Ayat 1-8

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
Hakikat Al Quran berkenaan Yahudi
- Isu Yahudi akan sentiasa bermain dalam kehidupan umat Islam
- Kaum Yahudi akan membuat kerosakan di muka bumi sebanyak dua kali, pada zaman ini (zaman Nabi Muhammad swt) dan kesombongan / keangkuhan yang besar.
- Apabila datang janji kerosakan yg pertama, kami menghantar hamba-hamba yang soleh
- Peristiwa kedua, Nabi menghalau mereka dari Madinah. Kemudian, Allah berikan kemenangan kepada Yahudi, byk harta & anak2, dan mendapat paling banyak mendapat sokongan
- Jika kamu berbuat jahat, kamu berbuat baik pada dirimu sendiri. Jika kamu berbuat jahat, jahat itu berbalik kepada dirimu sendiri.
- Apabila datang janji kedua, mereka yg akan mengalahkan kamu, kumpulan yg pernah mengalahkan kamu, dan akan masuk masjid Aqsa itu seperti pertama kali pertama masuk dgn kemuliaan / penuh kekuatan. seperti masuknya Umar Al Khattab. Mereka akan hancurkan tentera2 kamu. Mereka akan memburukkan wajah kamu. Mudah-mudahkan

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).
No comments:
Post a Comment