Saturday, 25 May 2024

AJAR ANAK-ANAK KITA TENTANG INI:


1.  Hormat orang tua.  Ajar ini sejak dari kecil.  Kalau orang datang salam.  Kalau pergi ke rumah orang pun salam.  Kalau tetamu datang ke rumah, ketuk pintu anak-anak agar mereka keluar dari bilik bilik dan bersalam.

.
2. Hormat orang tua juga bermaksud, tidak meninggi suara terhadap orang yang lebih berusia.  Tidak berlawan kata.  Tidak memperlekehkan pandangan orang yang lebih berusia.

.
3.  Didik anak-anak untuk diam jika tidak bersetuju dengan pandangan orang yang lebih tua.  Ini sebenarnya adalah pesanan dari arwah bapa saudara saya. 

.
4.  Ajar anak-anak kita untuk menghargai dan menikmati apa yang mampu kita berikan.  Tidak membandingkan diri kita dengan orang lain.  Dan selalu belajar untuk berasa cukup dengan apa yang kita mampu beri.

.
5.  Beri kefahaman kepada anak-anak bahawa adalah sangat penting untuk menjaga solat.  Jangan putus asa untuk didik anak tentang ini.

.
6.  Beri kasih sayang kepada anak-anak dengan sepenuh hati, penuh kemaafan, penuh keikhlasan dan penuh doa.  InsyaAllah semua itu akan sampai kepada mereka.  Dan mereka pun akan mengasihi kita dengan ikhlas juga.

.
7.  Ajar anak agar tidak mengadu-ngadu tentang kepayahan hidup kepada orang lain.  Menjauhi keluh kesah.  Dan memperbanyakkan syukur.

.
8.  Biasakan anak-anak untuk ucap dua perkataan ini… Iaitu “terima kasih” dan “minta maaf”…

.
9.  Didik anak kita agar jauh dari sifat sombong.  

.
Dzuriasikim Dzulkefli

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...