Susah tidur malam mendatangkan stress dalam diri. Pusing kanan dan kiri, tukar bantal, ubah posisi, semuanya serba tak kena. Mata cuma mampu dipejam tapi tak mampu untuk lena selayak orang yang sedang tidur. Sedar-sedar dah pagi.
Stress tak boleh tidur
Banyak petua dan amalan yang dikongsi untuk membantu mereka yang bermasalah seperti ini.
Namun, yang saya mahu kongsi ini diambil dari ibrah pemuda Kahfi. Di sebut dalam satu surah yang sangat afdhal dibaca setiap hari Jumaat. Tak kira malam atau pagi. Sesiapa beramal dengannya, Insyaallah akan terselamat dari fitnah Dajjal.
Doa untuk orang yang susah tidur:
Amalkan surah Al-Kahfi ayat 11,
Allah menidurkan pemuda-pemuda ini dengan menutup pendengarannya, sehingga beberapa tahun yang terbilang. Yang disebutkan dalam Al-Quran adalah 300 tahun dan lebih. Secara tepatnya, Wallahua'lam.
Amalkan dengan istiqamah dan yakin. Dengan harap pada Allah yang menghidupkan dan mematikan, yang menidurkan dan mengejutkan.
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.
Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.
Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.
Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Nauzubillahi minzalika.
Petua Mudah Tidur Malam, Malah Lebih Lena & Nyenyak.
Menurut David Simon, Pengarah The Chopra Center di Carlsbad, California, Amerika Syarikat mengatakan tidur yang nyenyak adalah dasar yang kuat untuk kesihatan mental dan fizik. Ini kerana, sel-sel dalam tubuh memerlukan istirehat yang mencukupi. Beberapa fakta yang boleh membantu meningkatkan kualiti tidur anda:
1) TENTUKAN GELOMBANG TIDUR
Rasa mengantuk seperti gelombang yang datang setiap 60-90 minit sekali dan teknik ini dikenali sebagai ultradian rhythm. Menurut Dr David Morawetz, pakar gangguan tidur dari Melbourne mengatakan menangguhkan waktu tidur kerana ingin membaca buku hingga ke satu bab akan mebuatkan mata anda tidak mengantuk lagi kerana anda sudah melewatkan gelombang tidur itu.
Tidur umpama anda ‘berlayar’. Tangkap gelombang ketika anda mengantuk, jika anda kehilangan momen itu, anda harus menunggu sehingga gelombang mengantuk datang pada masa 60-90 minit lagi.
Pada waktu gelombang tiba, tetapkan posisi tempat tidur kerana gelombang itu hanya bertahan selama 5-7 minit sahaja. Apabila rasa mengantuk datang, tinggalkan segala aktiviti yang anda lakukan dan tidurlah.
2) TIDUR PADA WAKTU SEPATUTNYA
Anda tidak perlu ke bilik tidur pada waktunya setiap malam. Jika hari tersebut anda tidak letih atau penat, tentu anda akan terbaring di atas katil berjam-jam tanpa tertidur. Adalah lebih baik anda berbaring di atas katil ketika anda mengantuk.
Kebanyakan mereka yang mempunyai insomnia yang kronik, akan mengalami kesukaran untuk tidur, suka mengeluh dan banyak berfikir.
Jangan terlalu memikirkan kenapa sukar untuk tidur kerana ia boleh menjadi perkara rutin dan benar-benar tidak boleh tidur.
3) NYAHKAN EMOSI KETIKA TIDUR
Salah satu punca utama membuatkan anda tidak boleh tidur kerana memikirkan masalah sehari-hari seperti bertengkar dengan pasangan, masalah kewangan, isu di tempat kerja atau apa yang harus dilakukan esok.
Walaupun semua masalah ini perlu ditangani tetapi tidak semestinya anda perlu selesaikan di tempat tidur.
Kalau boleh, atur jadual pada waktu siang untuk melakukan apa yang anda fikirkan dan supaya hal ini tidak muncul semasa anda ingin tidur.
Anggaplah sebaik sahaja kepala anda mencecah bantal, semua masalah sudah tiada dan tidurlah dengan penuh lena.
4) BERSIHKAN TEMPAT TIDUR.
Sebuah penelitian di University of Worcester mendapati kebanyakan selimut atau cadar boleh membawa sehingga 20,000 kuman debu dalam rumah. Jika keadaan ini berlaku, ia boleh menyebabkan implikasi serius seperti gejala asma, radang saluran pernafasan, masalah kulit dan sebagainya.
Seeloknya, anda perlu mencuci selimut sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali untuk menghindarkan gejala alahan yang menganggu.
5) BANGUN PAGI PADA WAKTU YANG SAMA
Sebenarnya anda tidak perlu tidur pada waktu yang sama setiap malam. Tetapi, anda perlu bangun jam yang sama setiap pagi. Jika diamalkan, a boleh menjadi kebiasaan dan anda akan tidur pada waktu yang sama setiap malam.
Perlu diingat, segeralah ke tempat tidur apabila anda mula menguap dan mata terasa berat.
6) BILIK TIDUR HANYA UNTUK HUBUNGAN INTIM DAN TIDUR
Jagalah tempat tidur sebagai tempat untuk hubungan intim bersama pasangan yang sah dan tidur sahaja. Jangan sesekali melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, mendengar radio atau membuat kerja pejabat di atas katil.
Aktiviti-aktiviti ini amat berlawanan dengan tidur kerana anda telah memfokuskan tempat tidur dengan fikiran yang sibuk.
Oleh itu, lakukan kegiatan tersebut pada waktu dan di tempat yang lain.
7) TENANG DAN NIKMATI
Dalam kajian selama 16 tahun, penelitian yang dilakukan di Case Western Reverse University Ohio mendapati wanita yang kurang tidur – 5 jam atau kurang setiap malam boleh menyebabkan berat badan mereka naik dengan cepat.
Jadi, nikmatilah waktu tidur dengan mengatakan bahawa tidur yang cukup akan membuatkan anda tetap langsing.
8) JAUHI DARI ‘TIDUR AYAM.
Kebanyakan anda akan tertidur di depan televisyen dalam beberapa jam sebelum waktu tidur yang sepatutnya. Ini akan membuatkan anda sukar tidur pada malam hari. Akibatnya, gantian tidur waktu malam dibawa ke waktu siang.
Namun begitu, tidur-tidur ayam yang anda lakukan pada waktu siang akan membuatkan anda sukar tidur lebih cepat dan nyenyak.
9) CUBA TIDUR SENDIRI.
Menurut penelitian Austria mengatakan berkongsi tempat tidur dengan rakan sebilik boleh mengurangkan ketenangan fikiran (kecuali pasangan suami isteri).
Namun, beberapa peneliti percaya wanita boleh tidur dengan nyenyak tanpa gangguan tidur berbanding lelaki (suami) kerana faktor kitaran hidupnya seperti melahirkan anak, menopaus atau kesibukan dalam seharian dalam menjalankan tugas-tugas rumahtangga.
10) JANGAN TERTEKAN KERANA ‘TIDAK TIDUR’
Sebenarnya, kemampuan untuk tidur boleh hilang apabila anda terlalu bimbang tentang ‘tidak tidur’. Dengan kekusutan fikiran yang berterusan akan membuatkan anda terjaga.
Jadi, ketika anda berjalan menuju ke bilik tidur katakan pada diri sendiri yang anda tidak perlu bimbang untuk tidak tidur. Berbaring di atas katil untuk berehat, tenangkan fikiran dan hilangkan stres yang berlaku, tentu anda akan tertidur dengan sendirinya.
No comments:
Post a Comment