Monday, 14 March 2022

Pesan untuk anak-anakku..

Assalamualaikum wbt Abg Faaz, Kak Maira & Hana..

Lama sungguh ibu tak blogging.. Sedikit coretan untuk anak-anak bertuah ibu..

Ibu harap anak2 ibu semua berada dalam ketenangan menghadapi cabaran hidup sementara kita masih bernyawa di dunia yang fana ini.. ingatlah nanti kita semua akan kembali kepadaNya..

Mungkin pada waktu Abg Faaz, Kak Maira & Hana baca artikel ni ibu dah tiada atau sudah tua..

Ibu nak pesan pada anak-anak bertuah yang ibu sangat sayangi..

1) Taatlah pada perintah Allah swt

2) Ikutilah sunnah Rasulullah saw


- Jaga waktu yang Allah swt kurniakan untuk kita..

- Cuba disiplinkan diri dengan perkara yang bermanfaat setiap hari.. Biarlah sedikit asalkan berterusan..

- Berkasih-sayanglah antara adik beradik dan saudara mara, sepupu sepapat dan sesiapa saja yang bersama-samamu..

- Maafkan orang lain agar kita sentiasa tenang

- Bersabarlah menghadapi dugaan hidup..

- Banyakkan bersyukur.. Redha dengan ketentuanNya..

- Berkawan / Bergaul dengan orang-orang yang soleh & berilmu

- Bila Allah swt berikan nikmat, jangan sesekali merasa sombong..

- Bykkan ibadah sunat..

- Carilah pasangan hidup yang taat pada perintahNya.. 

- Amanah dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diberikan. Jika tidak mampu melaksanakannya, maklumkan.. jgn tanggung seorang diri..

- Bila ditimpa dugaan maupun diberi nikmat, sentiasalah kembali kepadaNya..


Setakat ini sahaja coretan ibu untuk hari ni..

Ibu sayang Abg Faaz, Kak Maira & Hana kerana Allah swt..


Semoga Allah swt sentiasa melindungi anak-anak bertuah ibu ni dan memberi kejayaan dunia & akhirat kepada kita semua..


Aaminn...

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...