Wednesday, 19 October 2022

Pesanan untuk Anak-anak Ibu

Buat Abang Faaz,Kak Maira dan Hana ...

Ketahui lah lbu sangat menyayangimu...
IngatIah pesan Ibu.. yang kita hidup di dunia ini hanya sementara...
Kehidupan kita yang abadi hanya di akhirat Kelak.

Ingatlah wahai Anak - Anakku, di dunia ini Allah beri kita peranan iaitu sebagai Hamba Allah dan sebagai Khalifah Allah. Mohonlah kepadaNya agar kita mampu melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita, kerana di sini juga tempat kita diuji...

Bergantung haraplah hanya kepadaNya..
Usahlah kita barharap pada makhluk Allah, kerana mereka itu lemah dan tidak kekal..

Janganlah sombong di atas segala nikmat yang Allah swt anugerahkan kepadamu..
Gantikan perasaan itu dengan kesyukuran dan ketaatan kepada Nya.

Apabila diuji dengan kesedihan, bersabarlah sayang...
Yakinlah dalam setiap kesedihan itu ada kemudahan yang banyak..
Berdoalah dengan sepenuh keyakinan, kerana Allah pasti memakbulkan doamu..

Maafkan Ibu jika ada kekurangan dari lbu dalam membersarkanmu, mendidikmu..
Semoga Allah swt melimpahkan keberkatan, kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat anak-anak lbu..  Aaminn ya robb al alamin.

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...