Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله berkata,
“Maksud husnul khatimah (akhir hidup yang baik) bukanlah engkau meninggal dunia ketika di masjid, di atas sejadah, atau engkau meninggal dunia dalam keadaan mushaf ada di hadapanmu.
Kerana sesungguhnya manusia terbaik Rasulullah ﷺ wafat di atas tempat tidurnya. Sahabatnya, iaitu Abu Bakar As-Siddiq yang merupakan sebaik-baik sahabat juga wafat di atas tempat tidurnya. Khalid bin Walid juga wafat di atas tempat tidurnya padahal beliau seorang yang digelar ‘pedang Allah yang terhunus’ dan telah terjun dalam 100 kali peperangan namun tidak pernah mengalami kerugian.
Akan tetapi husnul khatimah itu adalah:
• Engkau wafat dalam keadaan bersih dari syirik
• Engkau wafat dalam keadaan bersih dari kemunafikan.
• Engkau wafat dalam keadaan menghindari Ahli Bid’ah dan bersih dari kebid’ahan.
• Engkau wafat dalam keadaan di atas Al Quran dan As Sunnah serta mengimani isinya tanpa takwil.
• Engkau wafat dalam keadaan kosong dari darah kaum muslimin, harta, dan kehormatan mereka, serta engkau wafat dalam keadaan memenuhi hak Allah dan hak hamba-hamba-Nya terhadap dirimu.
• Engkau wafat dalam keadaan hati yang bersih, niat yang suci dan akhlak yang mulia tanpa dengki dan dendam kepada seorang muslim.
• Engkau wafat dalam keadaan menjalankan solat yang lima waktu berjamaah bagi mereka yang berhak melakukannya berjamaah, serta…
• Engkau wafat dalam keadaan telah menunaikan kewajiban Allah terhadap dirimu.
Iklan.
Ya Allah, perbaikilah akhir keadaan kami dalam semua urusan dan lindungilah kami dari kehinaan dunia dan azab di akhirat. Ya Allah, perbaikilah akhir hidup kami dan kembalikanlah kami kepada-Mu dalam keadaan tidak terhina dan terbongkar aib.” [Fatawa Nur Alad Darb].
➖➖➖➖➖➖
قال الشيخ العلامة محمد بن صالح العثيمين – رحمه الله تعالى – :
” ليس المقصود من حسن الخاتمة أن تموت و أنت في المسجد أو على سجادة الصلاة أو تموت و المصحف بين يديك .
فقد مات خير البرية جمعاء و هو على فراشه . مات صديقُه الصديقُ أبو بكر و هو خيرُ الصحابة على فراشه . مات خالد بن الوليد على فراشه و هو الملقب بسيف الله المسلول و الذي خاض ١٠٠ معركة و لم يخسر أياً منها .
– و لكِنَّ حُسْنَ الخاتمة :
✓• أن تموتَ و أنت بريءٌ من الشرك .
✓• أن تموتَ و أنت بريءٌ من النفاق .
✓• أن تموتَ و أنت مفارقٌ للمبتدعة بريءٌ من كل بدعة .
✓• أن تموتَ و أنت على الكتاب و السنة و مؤمنٌ بما جاء فيهما دون تأويل .
✓• أن تموتَ و أنت خفيفُ الحمل من دماء المسلمين و أموالِهم و أعراضِهم ، مؤدياً حق الله عليك و حق عباده عليك .
✓• أن تموتَ سليمَ القلب طاهرَ النوايا و حَسَنَ الأخلاق ؛ لا تحملُ غلاً و لا حقداً و لا ضغينةً لمسلم .
✓• أن تصلي خمسَكَ في وقتها مع الجماعة لمن لهم حقُّ الجماعة و تؤدي ما افترضه اللهُ عليك .
اللهم أَحسنْ عاقبتَنا في الأمور كلِّها و أجرْنا من خزي الدنيا و عذابِ الآخرة .
اللهم أَحسنْ خاتمتَنا و ردَّنا إليك مرداً جميلاً غير مخزٍ و لا فاضحٍ .
📚 |[ فتاوى نور على الدرب ]| .
No comments:
Post a Comment