Friday, 26 April 2024

Anak sulung

Anak sulung ini anugerah dariMu Ya Allah

1. Jadikanlah anak sulung kami ini anak yang pandai menjaga diri & kehormatannya Ya Allah

2. Jadikanlah juga anak sulung kami anak sulung yang pandai menjaga adik- adik di bawahnya lagi lagi ketika ketiadaan kami suatu hari nanti Ya Allah

3. Jadikanlah anak sulung kami sebagai contoh ikutan yang baik untuk adik beradik yang lain Ya Allah

4. Jadikan anak sulung kami anak yang berbudi bahasa & tinggi akhlaknya

5. Ya Allah, selamatkan anak sulung kami daripada tipuan dan segala jenis fitnah dunia Ya Allah

6. Jadikan anak sulung kami anak yang faham agama dan setiap hari berdoa untuk kami selepas setiap kali solatnya Ya Allah

7. Jadikan anak anak sulung kami anak yang sihat fizikalnya, cerdas akalnya, bahagia emosinya dan besar jiwanya Ya Allah

Ya Allah. Kami maafkan segala salah silap anak sulung kami dan semua kesilapan anak anak kami dan mohon Ya Allah lembutkan juga hati anak anak kami untuk memaafkan segala kekurangan diri kami.

Makbulkan doa kami ini Ya Allah. Aaminn

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...