Tuesday, 23 April 2024

Doa 40 tahun

Tok guru kata, umur 40 tahun ni adalah tahap usia matang manusia. Selalunya kehidupan sudah lebih stabil. Dalam masa sama, banyak nikmat telah diperolehi & banyak juga ujian besar mula menimpa.

Maka pada waktu ini, apakah DOA yang patut diminta?

Ulama kata, elok kita baca DOA KHAS yang Tuhan kongsikan dalam Surah Al-Ahqaf, ayat 15 : 

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ ۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

"Ya Tuhanku, bimbinglah daku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku & kedua ibu bapaku dan agar aku kuat melakukan amal soleh yang Engkau redhoi, dan kurniakanku zuriat soleh & solehah. Sesungguhnya aku ingin kembali bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang berserah diri"

Doa ini mengajar kita memohon rezeki PALING BESAR iaitu : 

---> rezeki INABAH (kembali ke jalan-Nya).

Rezeki ingat Allah. Rezeki nak halakan kehidupan untuk cari redha Allah. Dan semua ini bakal diraih dengan kita berdoa, memohon 5 perkara yang telah disusun dalam doa tersebut iaitu :

1. BERSYUKUR
2. Perbanyakkan AMAL SOLEH
3. Mohon ANAK-ANAK jadi soleh
4. Perbanyakkan TAUBAT & ISTIGHFAR
5. Meninggal dalam iman & islam

Tuan puan dimuliakan,

Begitulah kefahaman doa ini. Mari kita amalkannya setiap hari ya. Semoga Tuhan merahmati baki umur kita & dipermudahkan merain husnul khatimah, amin.

Dalam pada itu, di saat kita berada di 10 malam terakhir di mana LAILATUL QADAR bakal berlaku, saya nak ajak anda perbanyakkan amal soleh. Andai ia jatuh pada lailatul qadar, beruntung kita kerana pahalanya bakal digandakan 30 RIBU KALI GANDA.
 
Mari kita usahakan 1 amal soleh untuk tambah bekal pahala akhirat iaitu dengan bersedekah. 

Minggu depan, kami bercadang untuk hadiahkan 33 al-Quran baru kepada pelajar tahfiz. Jemput infaq ya, bantu kami cukupkan Quran ini. Semoga niat kita bantu pelajar mengaji dengan Quran  baru akan menjadi asbab Tuhan makbulkan doa kita, amin.

Berapa pun jumlah infaqnya, kami amat menghargai.

Atas keluhuran budinya, kami doakan semoga Allah s.w.t lipatgandakan rezeki & dibuka pintu barokah seluasnya, amiiin

Terima kasih sebesarnya dari kami.
Boleh menginfaq menerusi link ini ya : 

bit.ly/10mlmAkhir
bit.ly/10mlmAkhir
.
Ustaz Asraff Ayob al-Hafiz

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...