Thursday, 7 November 2024

10 TIPS MENJADI IBU BAPA TERBAIK

1. PANGGIL ANAK DENGAN NAMA YANG BAIK
Panggilan yang baik mempengaruhi perwatakan dan kelakuan anak-anak.
2. DIDIK DENGAN PENUH KASIH SAYANG
Kasih sayang membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran.
3. KEMARAHAN PERLU DIKAWAL
Kemarahan tidak dikawal menjadikan anak-anak berasa takut, menjauhkan diri dan mungkin menjadi mangsa.
4. BERIKAN PENGHARGAAN
Penghargaan dapat menjadi motivasi bagi anak-anak melakukan yang terbaik.
5. DENGARLAH CERITA ANAK-ANAK
Melayan anak-anak bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan. Ianya juga hiburan yang takkan dapat dibeli.
6. TENANGKAN ANAK-ANAK SETIAP KALI MEREKA TERTEKAN
Apabila anak-anak berasa sedih, marah, kecewa dan menyesal tunjukkan kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri – setiap masalah ada jalan penyelesainya.
7. MENGAJAR ANAK-ANAK LEBIH DARI SEKALI
Apabila anak-anak bertanyakan tentang sesuatu hal yang sama berulang kali ia adalah proses pembelajaran.
8. LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK-ANAK
Masa yang diluangkan akan menjadikan anak-anak merasa mereka penting dalam hidup dan mengeratkan perhubungan.
9. ANAK-ANAK INGIN MENARIK PERHATIAN
Dengarilah tangisan dan kemarahan mereka kerana ia adalah cara untuk mewujudkan hubungan yang rapat antara ibu bapa dan anak.
10. JANGAN MEMBAWA BEBAN KERJA KE RUMAH
Utamakanlah keluarga dan anak-anak ketika berada di rumah.
Nukilan: Prof MAS
Pofesor Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
Pengasas Parenting Love Therapy (PLT)
Artikel asal: Jun 2021

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...