Friday, 24 April 2015

Doa Fatin Farhana

Bismillahirahmanirrahim..

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa-dosaku, kedua ibubapaku, keluargaku, anak-anakku, sahabat serta sesiapa sahaja yang bersamaku..

Ya Rahman,
Bantulah aku untuk mengingati & mensyukuri nikmatMu ketika susah mahupun senang. Tolonglah aku untuk menerima apa yang telah Engkau takdirkan untukku..

Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala isi hati ini...
Tabahkanlah & tenteramkanlah hatiku.
Peluklah aku erat-erat wahai Tuhanku. Agar aku amat tenang dalam dakapanMu..

Ya Razak,
Kurniakanlah aku usia yang diberkati & bermanfaat. Bantulah aku untuk menerobos sempadan diri serta hindarilah aku dr sifat-sifat mazmumah.

Wahai Tuhanku yang Maha Penyayang,
Matikanlah aku disaat Engkau paling redha denganku, dan matikanlah aku disaat aku paling redha denganMu..

Ya Allah perkenankanlah..

Fatin Farhana Mohd Azemi
HambaMu yang sangat lemah & berdosa..

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...