Friday, 24 April 2015

Menjadikan Hidup Di Dunia Manfaat Untuk Akhirat

Perkongsian
5 Rejab 1436@24/4/2015

Menjadikan Hidup Di Dunia Manfaat Untuk Akhirat

Erti keseimbang di antara dunia dan Akhirat atau di antara agama dengan dunia itu ialah, setiap usaha atau perjuangan yang akan dibangun baik bersifat material mahupun fisikal, seperti bidang pembangunan, ekonomi, kebudayaan, perundangan ketenteran, pertanian, perhubungan dan lain-lain lagi, hendaklah Islam sebagai panduan pendisiplinnya atau dia tidak lari dari keterikatannya dengan tauhid dan syariat Islam atau Islam menjadi penyelarasnya.

Sebagai contoh:
Pertama: Niat.
Niat membangun projek atau tujuan projek itu dibuat hendaklah kerana Allah Taala, yang mana Allah Taala menyuruh membuat untuk kepemimpinan manusia.

Kedua:
Persoalan yang hendak dilakukan itu memang dibenarkan atau diwajibkan oleh Islam seperti membuat jalan raya atau bangunan. Bukan bangunan tempat judi atau tempat arak atau disko tempat bergaul bebas antara laki-laki dan perempuan.

Ketiga:
Pelaksanaannya harus betul. Seperti duitnya dari hasil yang halal, tidak boleh terjadi korupsi atau bahan-bahannya harus dari yang halal.

Keempat:
Membangun projek itu jangan sampai meninggalkan ibadah yang asas iaitu jangan sampai tertinggal atau mengabaikan Rukun Islam yang lima. Terutama solat lima waktu. Ertinya janganlah kerana membangun, sampai meninggalkan solat.

Kelima:
Dipergunakan secara betul seperti digunakan untuk pejabat, tempat solat, tempat pendidikan, tempat pertemuan, benteng pertahanan, untuk menerima tamu, tempat perdagangan dan lain-lain yang jelas tidak bertentangan dengan Islam.

Lima syarat tadi itulah agamanya atau Islamnya atau Akhiratnya. Dia telah menjadi pendisiplin di dalam membangun dunia tadi, iaitu projek itu. Maka pada dunia tadi ada Akhiratnya, iaitu lima syarat itu. Dunia tadi telah ‘beragama’ atau dengan kata-kata lain projek-projek dunia tadi telah jadi Islam atau telah di-Islamkan, kerana projek  yang bersifat dunia itu telah memenuhi syarat-syarat yang Islam kehendaki.

Kalau begitulah keadaannya, projek-projek tadi telah menjadi dunia dan Akhirat. Itulah juga agama, dan itu juga dunia.Yang berusaha membangun projek itu mendapat dua keuntungan, iaitu keuntungan dunia dan keuntungan Akhirat. Dunia pun menjadi maju, kerana projek tadi dapat dimanfaatkan di dunia. Dan dapat keuntungan Akhirat, kerana mengikut lima syarat itu diberi pahala di Akhirat dengan Syurga, iaitu untung yang maha besar lagi kekal abadi.

Jadi seandainya kita faham ajaran Islam dan tidak buruk sangka dengannya dan mahu bersungguh-sungguh mengamalkannya dan kita jadikan Islam sebagai pengawal, maka apa lagi yang hendak ditakutkan dengan Islam. “Nanti kalau ikut Islam mundur, kita akan ketinggalan, kita tidak maju.” Fikiran seperti ini seharusnya tidak timbul, kalau kita mengikut ajaran Islam, dunia yang kita bangun itu benda juga. Itu juga yang hendak jadi dunia sahajakah, atau itu jugalah yang hendak jadi kedua-duanya sekaligus iaitu dunia dan Akhirat, atau agama dan dunia. Apabila lima syarat tadi jadi pendisiplin, maka usaha kita itu walau di bidang yang manapun ia menjadi dunia Akhirat, atau agama dan dunia. Bukan terpisah. Bukan terasing seperti yang banyak difaham oleh umat Islam selama ini, maka seimbanglah sudah di antara dunia dan Akhirat atau agama dengan dunia.

Jika sekiranya lima syarat tadi tidak diperdulikan, usaha kita itu jadi dunia semata-mata. Kalau pun tidak ada unsur- unsur yang menyebabkan kita berdosa tapi sayang dan rugilah usaha kita itu tidak mendapat pahala apa-apa. Hanya mendapat untung di dunia saja. Tidak sampai mendapat keuntungan di Akhirat. Maka tidak seimbanglah usaha kita itu. Hanya jadi dunia semata, tidak mendapatakan Akhirat.

Oleh kerana demikian maka timbul, ambil dunia tinggal akhirat, ambil Akhirat, tinggal dunia. Sedangkan persoalannya satu, kecuali ibadah asas. Apa yang dikatakan itu cukuplah saya datangkan satu contoh. Kalau kita faham, kiaskanlah saja usaha-usaha dan perjuangan kita itu di aspek-aspek yang lain.

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...