Sunday, 16 September 2018

Sibuknya Aku

🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejenak Pagi:
*SIBUKNYA AKU*

*Seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya*

*"Jangan engkau tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak engkau membacanya, engkau akan mendapati urusanmu akan bertambah mudah"*.

🌹Lalu anak murid itu mengikut apa yang dinasihatkan oleh gurunya, pada permulaannya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari,

🌹Lalu dari hari kehari, jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah, dan dia mendapati urusannya semakin dipermudahkan oleh Allah,

🌹Kemudian dia bertanya kepada gurunya "wahai guruku, aku mendapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu aku baca semakin meningkat, sedangkan aku seorang yang sibuk dengan kerjaku"

🌹Maka gurunya berkata "waktu seharianmu menjadi berkah, kerana banyaknya engkau membaca Al-Quran, engkau terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusanmu walaupun hanya waktu yang singkat.."

🌹Subahanallah
Melalui kisah tadi sudah membuktikan bahawa, apabila kita membaca Al-Quran waktu kita menjadi lebih berkah.

🌹Secara logiknya, bila kita membaca banyak helaian al-Quran, ia akan mengambil masa yang lama bukan??

🌹Mesti hanya sedikit waktu yang berbaki, sehingga kita hanya mampu melakukan hanya sedikit urusan lain, tetapi

🌹Semakin banyak al-Quran kita baca, kita akan mendapati semakin banyak pula urusan yang mampu kita lakukan.

Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana *BERKAHnya waktu, dan kerana urusan kita DIPERMUDAHkan oleh Allah Sang Penjaga masa kita*.

Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bersabda;

*"Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah ke atas dirinya* maka Allah akan menanamkan 4 *penyakit* padanya:

🍄- Kebingungan yang tiada putusnya.
🍄- Kesibukan yang tidak ada hujungnya.
🍄- Keperluan yang tidak pernah merasa cukup. dan
🍄- Angan-angan yang tiada penghujungnya.

(HR. IMAM THABRANI)

Semoga kita bisa terus istiqomah beribadah dg penuh keikhlasan berharap ridha Allah.

Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.
*Robbana Taqobbal Minna*
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), aamiin

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...